Tengku Adnan Menang Poster, Husam Pula Menang Undi

on Apr 30, 2013




Bagi sesiapa yang pergi dan meronda-ronda sekitar Putrajaya serta melihat kebanjiran poster calon BN Tengku Adnan Tengku Mansor yang  melimpah dipasang di sepanjang jalan, di simpang-simpang dan di pelbagai tempat lainnya, tentulah menyangka beliau seolah-olah tiada saingan dan bakal menang mudah di kawasan itu.

Poster beliau dalam pelbagai bentuk dan rupa hampir memenuhi semua tempat di Putrajaya. Gambar Najib dan Muhyiddin pun tidak sebanyak gambarnya walaupun di Pusat Pentadbiran Kerajaan itu, kedua mereka adalah pemimpin tertinggi di situ.

Poster lawannya pula, Husam Musa begitu susah untuk ditemui dan hanya kelihatan di kawasan-kawasan tertentu sahaja. Logo Pas dan bilik gerakan PR juga tidak sebanyak yang dimiliki oleh BN. Semua kawasan Putrajaya bagai dimonopoli dan ditakluk  oleh Ku Nan.

Dan jika berdasarkan poster juga, tentu benarlah kata Ku Nan sebelum itu bahawa Husam akan hilang deposit di Putrajaya ini.

Sebelum itu, ramai yang tertanya-tanya apa muslihat Husam mencabar dirinya bertanding di Putrajaya kerana diketahui umum kawasan itu merupakan kubu kuat BN dan pengundinya pula terdiri daripada kakitangan kerajaan yang sememangnya  menjadi tanggapan umum lebih mesra dengan BN.

Tetapi sejak Husam mengumumkan bertanding di situ,  berkempen serta turun padang ke Putrajaya, tiba-tiba senario politik Putrajaya berubah sama-sekali. Mood pengundi juga berubah. Ditambah dengan kehadiran Nik Aziz dan Ustaz Azhar Idrus membantu kempen Husam yang menyaksikan 20 ribu dan 30 ribu orang hadir, Putrajaya tidak lagi dilihat kubu yang selamat bagi BN.

Ku Nan yang dulunya "cakap besar" dan memandang rendah dengan Husam, mulai berpeluh dingin sekarang ini. Tidurnya juga dikhabarkan tidak lagi selena dulu. Tanggungjawabnya untuk memastikan Parlimen Putrajaya terus kekal ditangan BN menjadi semakin berat.

Dengan jumlah pengundi sekitar 15 ribu dan melihat respon kakitangan kerajaan terhadap program ceramah Husam, orang sudah mula bercakap bahawa Ku Nan akan tumbang kali ini. Kedudukannya sebagai Setiausaha Agung UMNO tidak lagi dilihat kukuh untuk mempertahankan Putrajaya.

Jika Putrajaya jatuh ke tangan Pas dan Husam berjaya menyingkirkan Ku Nan, bukan saja Ku Nan akan menanggung malunya, malah Najib, UMNO, BN dan semua pemimpin serta ahlinya juga akan turut rasa terpukul. Bayangkan Putrajaya yang menjadi kebanggaan UMNO dan BN, tiba-tiba Ahli Parlimennya daripada Pas.

Lantaran itu, sebelum nafasnya menjadi semakin sesak, Ku Nan segera mendapatkan bantuan untuk memberinya ruang nafas yang lebih selesa. Beliau bukan saja membawa Mahathir, orang yang mencetuskan idea pembinaan Putrajaya untuk membantunya, malah turut juga membawa Daim Zainuddin bagi  meyakinkan pengundi agar terus mengekalkan BN di situ.

Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin juga sudah turun dan dikhabarkan menjelang hari pengundian nanti, Najib juga akan turun mempunyai acara kempen khusus di Putrajaya.

Ternampak kini semua pimpinan UMNO mulai bimbang akan kekalahan Ku Nan dan kehadiran tokoh-tokoh besar itu mengiyakan hakikat Putrajaya sedang kritikal. Ku Nan dengan jentera UMNO Putrajaya saja, tidak mungkin mampu lagi mempertahankannya.

Meskipun dari segi poster, kelihatan Ku Nan jauh mendahului tetapi jika kita rajin bertemu dan berbual dengan kakitangan kerajaan di sana, memang ternampak keinginan kepada perubahan  dan memilih Husam.

Selain faktor anak-anak Kelantan yang dikatakan  ramai menjadi pengundi di Putrajaya, kakitangan kerajaan juga sudah mempunyai pemikiran dan pengetahuan yang lebih terbuka berbanding dahulu berikutan pelbagai maklumat begitu mudah mereka perolehi sekarang ini.

Mereka juga merupakan kelompok yang sentiasa berada di zon selesa, siapa pun berkuasa, mereka tetap juga pegawai kerajaan. Tidak bermakna jika hari ini mereka kakitangan kerajaan dan selepas pilihanraya nanti Parlimen Putrajaya dimenangi oleh Husam, mereka boleh dibuang kerja. Siapa pun Ahli Parlimen Putrajaya dan siapa juga yang memenangi pilihanraya akan datang, baik BN ataupun PR, kakitangan kerajaan tetap kakitangan kerajaan.

Sambutan kepada Husam juga kerana beliau disifatkan sebagai pemimpin muda, sesuai dengan kebanyakan kakitangan kerajaan dan pengundi Putrajaya yang merupakan pengundi muda dan suka kepada pemimpin muda.

Selain itu, arus kebangkitan rakyat yang berlaku di mana-mana juga turut mempengaruhi kakitangan kerajaan untuk berubah sama.

Secara keseluruhannya, cabaran Ku Nan memang tidak lagi mudah. Beliau kini terpaksa menelan kata-katanya sendiri bahawa Husam akan hilang deposit. Memang Ku Nan mempunyai jentera yang kuat, sumber kewangan yang kukuh dan pelbagai kelebihan berada dipihaknya. Namun Husam tidak mungkin hilang deposit. Ku Nan mungkin menang dari segi poster, tetapi Husam mampu memenangi undinya.

Apa yang perlu dilakukan Husam ialah mengekalkan momentum kebangkitan pengundi di Putrajaya dengan menjemput tokoh-tokoh besar PR lagi Putrajaya seperti Hadi Awang dan Anwar Ibrahim pula, selain gerak kerja kempen yang biasa.

Ku Nan pula, dengan bantuan kempen oleh  Mahathir, Daim, Muhyiddin,, Najib serta kekuatan jentera dan sumber kewangan yang kukuh, kelebihan nampak berpihak kepadanya. Namun jika Tuhan telah mentakdirkan nasib tidak baik kepadanya, maka terimalah seadanya keputusan  pada 5 Mei nanti.




Photobucket

Kenapa Jawatankuasa Disiplin UMNO Tidak Mengambil Tindakan Terhadap Mahathir Kerana Terang Terangan Menyokong Calon Bebas...?

on





Mahathir terlalu ‘emotional’ dan ‘personal’ terhadap Husam Musa serta memandang rendah terhadap calon PAS di Putrajaya itu. Mahathir sememangnya seorang yang angkuh tetapi saya tidak pernah terfikir keangkuhan bekas Perdana Menteri itu tiada batasannya. Saya ingatkan hanya Firaun sahaja yang berkata tiada siapa yang boleh menyainginya di dalam dunia ini.

Mahathir cuba merendah-rendahkan Husam Musa dengan meminta Husam duduk diam-diam di Kelantan dan jika dah berjaya di Kelantan barulah minta izin untuk bekerja di Putrajaya. Siapa Dr Mahathir ini untuk menyekat Husam ke Putrajaya? Meminta Husam meminta izin sebelum ke Putrajaya itu menampakkan sikap ego besar bagi melindungi perasaan ‘desperate’ beliau sehingga sanggup bercakap begitu peribadi terhadap seorang warga negara sebuah Persekutuan yang lain.

Mahathir telah menunjukan ‘desperation’ beliau dengan begitu ketara. Husam tidak perlu menjawabnya, kerana pengundi Putrajaya akan menjawabnya tidak lama lagi. Husam hanya perlu berdiam diri. Anggap sahaja Mahathir itu sebagai seorang yang sedang sakit. Putrajaya itu bukannya kepunyaan Dr Mahathir dan beliau terlupa yang Putrajaya itu dibina atas hasil Petronas dan bukannya hasil dari keluarga beliau.

Mahathir bercakap seolah-olah Kelantan itu terlalu miskin dan Husam wajar duduk di Kelantan diam-diam. Siapa Dr Mahathir untuk meminta Husam berdiam diri? Negara ini negara demokrasi dan sesiapa sahaja boleh bertanding di mana-mana. Kita boleh mengkritik lawan kita dalam politik tetapi kena adalah sedikit etika lebih-lebih lagi beliau pernah menjadi pemimpin utama negara suatu ketika dahulu.

Sebenarnya Dr Mahathir ini tidak ada siapa yang boleh menolongnya untuk memulihkan status beliau sebagai seorang bekas pemimpin yang ulung. Kesilapan ini bukan kesilapan sesiapa tetapi kesilapan beliau sendiri. Beliau sendiri memilih untuk merasa resah gelisah dalam kehidupannya. Tiada siapa yang menyuruh beliau untuk melakukan kesalahan demi kesalahan semasa menjadi pemimpin utama negara dahulu.

Beliau sendiri yang suka untuk melakukan keganasan terhadap partinya dan dirinya sendiri. Beliau jugalah yang telah memecat hakim-hakim yang tidak bersalah. Kesalahan hakim-hakim Mahkamah Agong dahulu semata-mata hakim-hakim semasa itu bersikap adil dan terhormat. Mahathir tidak suka kepada hakim yang mengutamakan keadilan. Bagi Mahathir keadilan hanyalah jika keuntungan berpihak kepada beliau. Apabila beliau merasakan hakim akan memberikan ‘verdict’ yang tidak memihak kepada beliau, maka hakim itu akan mendapat penghakiman dari beliau pula.

Entah apa yang menyebabkan Dr Mahathir terlalu ghairah untuk mempertahankan UMNO itu sedangkan beliau sendiri pernah keluar dari UMNO yang beliau tubuhkan di Sri Perdana dahulu. Kita juga tidak faham kenapa beliau tidak pula mahu UMNO bertanding di Pasir Mas dan meminta pula calon UMNO yang tidak menyerahkan kertas pencalonannya supaya jangan diambil tindakan. Kita sedang menunggu tindakan UMNO terhadap Dr Mahathir kerana menyokong calon bebas. Mahathir sepatutnya dipecat bersama 61 ahli UMNO yang lain kerana bertanding bebas dan menjadi penyokong kepada calon-calon bebas itu.

Kenapa Dr Mahathir tidak dipecat? Kenapa UMNO biarkan Mahathir bermaharajalela tanpa sebarang sekatan daripada jawatankuasa disiplinnya? Jika Dr Mahathir sendiri membunuh peluang UMNO untuk menang di Pasir Mas kenapa beliau beriya-iya sangat mempertahankan UMNO di Putrajaya? Kenapa Dr Mahathir mahu beriya-iya sangat untuk meruncingkan keadaan negara ini? Apakah niat sebenar Dr Mahathir ini?

Apa salahnya jika UMNO kalah di Putrajaya? Adat pertandingan mestilah ada kalah menangnya. Dr Mahathir mahukan UMNO bersifat seperti beliau mengendalikan UMNO dahulu. Beliau tidak berani bertanding sekali lagi dalam pemilihan UMNO maka beliau terus mengharamkan UMNO itu. Apabila dirasakan akan kalah dalam pertandingan tinju beliau akan musnahkan pentas tinju itu dan akan membina pentas tinju yang lain. Jika dirasakan kalah dalam pertandingan bola sepak, beliau akan alihkan tiang gol ke mana beliau suka.

Mahathir mahukan semua manusia mengikut kehendak beliau dan jangan ada yang menentangnya. Mahathir telah mengalahkan semua musuh-musuhnya sehingga tiada siapa yang beliau hendak kalahkan lagi. Sekarang Mahathir sedang berhadapan dengan ‘nature’ dan saya merasakan jika semua orang membantu beliau sekali pun, beliau tidak akan dapat diselamatkan lagi. Beliau akan terus dengan keresahannya sampai bila-bila.

Sekarang kita doakan Mahathir ini agar beliau kembali berada dalam ketenangan hidup. Beliau ini sebenar-benarnya memerlukan pertolongan dari kita. Seperti yang saya sebut tadi tiada siapa yang boleh membantu beliau lagi selain dari kita berdoa untuk beliau mendapat ketenangan yang amat-amat beliau perlukan sekarang ini.

Ini menjadi pengajaran kepada pihak Pakatan Rakyat jika diberikan mandat untuk berkuasa. Perdana Menteri gantian nanti janganlah melakukan kerja seperti yang dilakukan oleh Dr Mahathir semasa beliau berkuasa dahulu. Jika melakukan perkara yang sama keterlaluan maka zaman persaraan kehidupannya akan dihimpit dengan perasaan seperti yang dialami oleh Mahathir sekarang ini.

Beringat-ingatlah. Jika keresahan ini boleh dialami oleh Dr Mahathir, ia akan juga dialami oleh sesiapa yang lain jika melakukan perlakuan yang sama seperti yang dilakukan oleh Dr Mahathir itu.




Photobucket

SPR - MALAYSIA TIRU ZIMBABWE ATAU ZIMBABWE TIRU MALAYSIA?

on




Persepsi aku terhadap Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia ( SPR) sebelum ini memang tinggi. Maklumlah kedua-dua pengerusinya sebelum TS Abdul Aziz Yusuf aku kenal rapat. Sebelum TS Abdul Aziz ialah TS Abdul Rashid bin Abdul Rahaman. Seorang yang betul-betul tegas dalam menjalankan tugasnya. Apatah lagi antara beliau dengan SPR adalah ‘sama’. Seingat aku, beliau begitu lama sekali menjadi Setiuasaha SPR. Aku kenal dan agak rapat dengannya ketika beliau bertugas di Kementerian Pendidikan. Walaupun tegas dan ‘ditakuti’ namun aku sangat-sangat menghormati beliau  sampai kini.

Sebelum TS Abdul Rashid menjadi pengerusi SPR, jawatan itu dipegang oleh TS Omar  bin Mohd Hashim. Aku mengenali dan rapat dengannya semenjak beliau bertugas sebagai Pengarah Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia bermula pada tahun 1978. Beliau merupakan bekas ‘boss’ dan juga ‘mentor’ yang amat aku hormati sehingga kini. Seingat aku tidak pernah berlaku sebarang kekecohan besar ketika beliau menjadi Pengarah Peperiksaan dan sepanjang kerjayanya di Kementerian Pendidikan. Dan apabila beliau menjadi Pengerusi SPR pun tidak terdapat keadaan seperti yang berlaku sekarang. Kacau bilau……( PERSEPSI AKU LER )

Tugas TS Abdul Aziz  sebagai Pengerusi SPR agak berat kerana beliau mengambil alih daripada tokoh-tokoh pentadbir yang hebat, tegas dan adil dalam menjalankan tugas sebagai pengurus SPR. Kita tak tahu apa sebabnya SPR jadi kelam kabut. Kita tidak pula menuduh bahawa kekelam-kabutan itu berpunca daripada  kelemahan TS Abdul Aziz menguruskan badan itu. Kita tahu TS Abdul Aziz juga adalah bekas pegawai tinggi kerajaan yang banyak memberikan sumbangan kepada negara. Ataupun mungkin keadaan tak tentu arah SPR itu berpunca daripada arahan yang tidak menentu dari kepimpinan politik. Mungkin…..

Persepsi rakyat kini adalah SPR berada dalam keadaan yang cukup lemah. Jikalau ditafsirkan dalam bentuk peribahasa Melayu, SPR itu adalah dalam keadaan ‘bodoh sombong’. Banyak sungutan rakyat tidak diselesaikan dengan aman. Bersih mengemukakan beberapa perkara yang perlu ‘dibersihkan’ oleh  SPR.  Ada yang diambl tindakan tetapi banyak yang tidak dipedulikan.

Keadaan begini menyebabkan rakyat cukup marah. Dan disamping itu pula pihak SPR cuba ‘menegakkan benang basahnya’ dengan jawapan-jawapan dan alasan yang tidak munasabah. Rakyat lagi marah. Kemarahan rakyat itu berpunca daripada keadaan dimana SPR seolah-olah menganggap rakyat masih bodoh dan tongong. Sebahagian besar rakyat sudah celik dan bijak. Malah jauh lebih bijak daripada para pegawai yang ada di SPR itu sendiri. Kelulusan sebahagian besar rakyat yang berada diluar adalah jauh lebih tinggi daripada kelulusan dan pengalaman yang ada pada setengah pegawai di SPR itu sendiri.Pegawai SPR seharusnya faham tentang hal ini.

Secara kebetulan aku membuat sedikit kajian mengenai keadaan Election Commisson di Zimbabwe. Mengapa perbandingan yang aku buat itu dengan negara Zimbabwe? Mengapa tidak dengan negara-negara maju di Eropah seperti Amerika Syarikat atau Switzerland. Aku buat begitu kerana bagi aku kedudukan negara kita sudah hampir benar dengan negara Zimbabwe. Lagipun Presiden Zimbabwe adalah kawan amat rapat Tun Dr. Mahahthir Muhammad, bekas Perdana Menteri Malaysia.

Human Rights Watch World Report 2008: Events of 2007 ada menyatakan,
“The case of Malaysia illustrates why government seek control of the electoral machinery. Its government-dominated Election Commission rejected opposition efforts to remove alleged phantom voters from the electoral rolls, eliminate the widespread use of absentee ballots by government workers, and permit access state-controllled media by all political parites”

Itu pandangan badan hak asasi manusia peringkat antarabangsa. Nama negara Malaysia sudah tercalar. Tak banyak sikit tetap tercalar. Orang luar sudah tahu apa yang berlaku dan apa yang sedang dibuat oleh pemerintah kita. Jangan fikir orang luar itu bodoh. Bahagian risikan mereka jauh lebih canggih daripada apa yang boleh kita lakukan. Sekiranya berlaku sesuatu yang tidak menyenangkan hasil daripadaa tindakan negara luar, maka jangan diletakkan kesalahan itu kepada rakyat atau pihak pembangkang. Renung diri sendiri.

Negara Malaysia agak boleh dipuji kerana tidak mengambil langkah seperti setengah negara-negara di dunia yang melakukan halangan-halangan kepada calon-calon untuk mengambil bahagian dalam PRU. Antara langkah yang digunakan untuk menggagalkan calon lawan ialah dengan tidak membenarkan mereka menjadi calon. Pernah berlaku di Iran  pada tahun 204, di Cuba,, Tunisia dan di Thailand juga. Di Malaysia keadaan sedemikian tidak berlaku. Syukur…

Namun begitu aku cuba tinjau keadaan yang berlaku di Zimbabwe berkaitan dengan tindakan pihak berwajib dalam menangani kempen pembangkang.
Martin Meredith dalam bukunya. “Mugabe: Power, Plunder and the Struggle for Zimbabwe” ada menulis,
“ In Zimbabwe, armed riot police violenly disrupted political rallies in February 2007, firing tear gas at opposition supporters and arresting more than 70 of them in the cities of Harrare and Bulawayo before imposing a three- month ban on all political rallies and demonstrations in Harrare, the capital…”

Macam lebih kurang sama pula keadaan yang wujud di Zimbabwe dengan keadaan yang berlaku di Malaysia. Aku tak kata serupa. Aku kata lebih kurang sama. Maknanya kita dah nak dekat sama lah tu dengan Zimbabwe. Namun begitu untuk ‘memujuk’ hati kita untuk meyakinkan bahawa keadaan di negara kita belum lagi sampai ke tahap di Zimbabwe, aku perturunkan satu lagi petikan yang boleh menjelaskan keadaan itu.

“ In Zimbabwe…..( 2008) the government has let loose youth militia and ‘ war veterans” to beat, torture and rape opposition figures, and the police have used excessive force, sometimes lethal, to break up opposition demonstrations.” berdasarkan buku Martin Meredith in “Mugabe: Power, Plunder and the Struggle for Zimbabwe”

Kesimpulannya, berdasarkan keadaan-keadaan yang berlaku di Zimbabwe dan dibandingkan dengan keadaan yang berlaku di negara kita itu semacam lebih kurang sama. Jadi timbul pertanyaan di kepala aku, siapa ikut siapa.

Malaysia tiru Zimbabwe ke atau Zimbabwe yang tiru Malaysia.


Abuhassanadam
30 April 2013





Photobucket

SPR Oh SPR......Kenapa Suka Disumpah Rakyat?

on





Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengatakan 60,673 kad pengenalan (IC) meragukan seperti didedahkan dalam Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkenaan dengan “Projek IC” masih sah kerana tiada sebarang keputusan muktamad diputuskan.
Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof menjawab dakwaan pemantau pilihan raya Malaysian Electoral Roll  Analysis Project (MERAP) yang mengatakan senarai pengundi bermasalah tersebut masih berada dalam daftar pemilih.
“Senarai daftar pemilih yang dibangkitkan dalam RCI itu masih sah, lagipun tiada sebarang keputusan muktamad yang dicapai.
“RCI pun masih belum habis dan buat keputusan, macam mana kita nak buang daftar pemilih tersebut,” kata Abdul Aziz kepada The  Malaysian Insider.
Abdul Aziz juga berkata pengundi tersebut adalah warganegara Malaysia, malah daftar pemilih tersebut telah dipamerkan sejak dua  minggu lalu bermula pada 17 Januari lalu dan selesai diwartakan sebagai pengundi untuk pilihan raya 5 Mei ini.
“SPR telah pun pamerkan senarai daftar pemilih itu selama dua minggu, kalau mereka bantah sepatutnya ia buat dalam tempoh itu.
“Kenapa sekarang mahu membangkitkan dan membuat macam-macam tuduhan,” katanya lagi.
MERAP mendakwa Kebanyakkan pengundi ini didaftarkan dengan alamat tidak lengkap, di bawah jantina berlainan atau tarikh lahir  berbeza atau di negeri yang mereka tidak dilahirkan, dengan contoh pelbagai orang didaftarkan di bawah satu IC.
Lebih kurang 80 peratus daripada 60,653 pengundi didaftarkan dengan alamat tidak lengkap, 44 daripada mereka di bawah jantina  berlainan, 193 di bawah tahun lahir berbeza dan 123 di negeri yang mereka tidak dilahirkan, kata pembantu penyelidikan MERAP Lee  Wee Tak hari ini.
Beliau mengatakan pendaftaran tertinggi berlaku diantara 1990 hingga 1993 apabila Sabah diperintah oleh parti pembangkang Parti  Bersatu Sabah (PBS).
Abdul Aziz walau bagaimanapun berkata SPR tidak mempunyai kuasa untuk memberikan IC ataupun kewarganegaraan seperti yang  didedahkan dalam RCI, menegaskan semua pendaftaran pengundi dilakukan hanya jika individu tersebut memiliki kad pengenalan biru.
“Macam mana mereka mendapat IC atau warganegara itu bukan kerja SPR, apabila warganegara membawa IC biru untuk mendaftar  sebagai pengundi kita kenalah terima,” terang Abdul Aziz lagi.
RCI berkenaan “Projek IC” di Sabah telah ditangguhkan ke 20 Mei iaitu dua minggu selepas pilihan raya, disebabkan kerana insiden pencerobohan pengganas bersenjata Sulu di Lahad Datu, Sabah pada Februari  lalu.
Sesi pendengaran pertama diadakan selama lima hari, bermula 14 Januari. Sehingga kini, 62 saksi telah dipanggil untuk memberi  keterangan.
Pada Pilihan Raya 2008, BN akan kehilangan majoriti tradisi dua pertiga sebahagian besarnya disebabkan oleh kekalahan besar di  semenanjung dimana mereka hanya menang 85  kerusi manakala pembangkang mendapat 80 kerusi.
BN diselamatkan oleh Sabah, Sarawak dan Labuan dimana gabungan pemerintah itu menundukkan pembangkang, hampir menyapu  bersih apabila menang 55 kerusi parlimen manakala pembangkang hanya menang dua.
Sejumlah hampir 13.3 juta pengundi termasuk 5,200 pengundi luar negara layak untuk mengundi untuk memilih 222 wakil di  Parlimen dan 505 wakil Dewan Undangan Negeri (DUN) di 12 negeri. Sarawak telah menjalankan pilihan raya negeri pada 2011.



Photobucket

PENDEKAR TAIK KUCING.....TEMBERANG AJER LEBIH...

on




KUALA LUMPUR, 30 April -- Pelakon, Azhar Sulaiman menunjukkan laporan polis yang telah dibuat oleh beliau mengenai akaun facebook yang didakwa telah digodam oleh kumpulan cyber troopers parti pembangkang semasa sidang media di sini, hari ini.
Beliau membuat laporan polis kerana khuatir tentang keselamatan dirinya yang diugut dan dicemuh melalui akaun Facebook.
--fotoBERNAMA (2013) HAKCIPTA TERPELIHARA



 
KUALA LUMPUR, 30 April -- Pelakon, Azhar Sulaiman menunjukkan 'tweet' yang diterima di akaun twitter beliau semasa sidang media mengenai akaun facebook beliau yang didakwa telah digodam oleh kumpulan cyber troopers parti pembangkang di sini, hari ini.
Beliau telah membuat laporan polis di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail 3 petang tadi.

Read more: http://kafesantai.blogspot.com/2013/04/artis-yag-tidak-takut-dipanah-petir.html#ixzz2RxMPJMeN



Photobucket

Rafidah: Jangan beri Kamilia undi simpati

on



alt

Anggota Majlis Tertinggi Umno Tan Sri Rafidah Aziz mengingatkan pengundi terutama wanita supaya tidak memberikan undi simpati khususnya kepada calon bebas yang bertanding pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

Beliau berkata tindakan itu akan menyebabkan Barisan Nasional (BN) kehilangan undi dan seterusnya menjejaskan agenda yang dirancang kerajaan untuk negara dan rakyat.


"Mungkin calon bebas ini tidak boleh menang tetapi undi simpati itu walaupun sedikit akan sebabkan BN kehilangan undi dan ini merosakkan parti," katanya kepada Bernama selepas menghadiri majlis Kasih Yayasan Wanita Malaysia Melaka di Melaka.

Sebagai contoh di Parlimen Kuala Kangsar katanya pengundi wanita tidak seharusnya memberikan undi simpati kepada bekas Naib Ketua Wanita Umno Datuk Kamilia Ibrahim yang dipecat parti kerana bertanding sebagai calon bebas.

"Tindakan beliau (Kamilia) itu merupakan satu pengkhianatan kepada parti semata-mata untuk memenuhi cita-cita peribadi," katanya.

Justeru katanya pengundi perlu jelas dan rasional dengan membuat pilihan yang tepat tanpa dipengaruhi emosi.




Photobucket

Punca manifesto PR dapat sambutan.

on



wacana siri19
Wan Saiful Wan Jan mempengerusikan Wacana Sinar ke-19 Manifesto PRU13 BN vs PR. Ahli Panel (dari kanan) Dr Maszlee, Dr Shaharuddin dan Dr Mansor.


SHAH ALAM - Manifesto Pakatan Rakyat (PR) lebih diterima rakyat berbanding yang dirangka Barisan Nasional (BN) kerana ia berjaya menyentuh hati mereka termasuk dalam soal hasil mahsul negara yang jelas tidak diagihkan seadilnya.

Menurut Ketua Kluster Etnisiti dan Pekerjaan, Institut Kajian Etnik (Kita), Profesor Dr Mansor Mohd Noor, sebab itu masyarakat lebih dekat dengan manifesto PR yang lebih memahami keperluan mereka.

"Hinggakan jumlah 10 peratus yang kaya ini menguasai 70 peratus harta negara hatta pendapatan negara.

"Jadi kita yang lain-lain ini sengih sahaja," ujar beliau pada siri Wacana Sinar ke-19 yang bertajuk "Manifesto PRU13 Barisan Nasional vs Pakatan Rakyat" di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf hari ini.

Bagaimanapun menurut beliau, setakat ini manifesto yang dibentangkan oleh PR juga tidak mampu menyelesaikan masalah utama negara.

"Masalah terbesar kita ialah kita gagal menguruskan kekayaan negara ini. Ini yang saya nampak Umno tidak faham kerana mereka ini parti pemerintah.

"Kedua-dua manifesto ini tidak menguruskan masalah. Ini hanya akan membankrapkan negara kerana akhirnya sumber yang ada ini terhad," ujar Mansor.

Disebabkan inilah ujarnya, kuasa rakyat begitu penting dalam menentukan kekayaan negara bukan hanya diagihkan kepada rakyat, namun pada masa yang sama digunakan bagi tujuan pembangunan negara.

"Kita sekarang ini hanya membazirkan sumber kita. Bagi saya kedua-dua pihak terlibat. Inilah yang menyebabkan kuasa rakyat lebih utama.

"Saya lebih yakin dengan kebijakan rakyat. Kita rugi sebenarnya kerana tidak tahu penyakit kita. Kita tak boleh biarkan yang kaya dan akhirnya rakyat menderita," ulas beliau lagi.

Minggu lalu, Pusat Kajian Pilihan Raya dan Demokrasi Universiti Malaysia (Umcedel) yang berkongsi hasil kajiannya menunjukkan manifesto PR lebih memenuhi harapan rakyat berbanding manifesto BN.

Dalam kajian terhadap 1,407 responden pengundi berdaftar yang dibuat pusat kajian itu, 42 peratus dari mereka bersetuju terhadap manifesto PR dan hanya 36 peratus bersetuju dengan manifesto BN manakala 22 peratus memilih tidak pasti.

Kajian tersebut dijalankan bermula pada 3 April iaitu hari pembubaran Parlimen sehingga ke hari penamaan calon pada 20 April.

Antara tawaran paling memberi kesan kepada pengundi adalah tawaran penurunan harga minyak yang dijanjikan Pakatan Rakyat jika berjaya menguasai pentadbiran negara.

Tawaran lain yang turut disokong pengundi termasuklah menghapuskan tol, menurunkan harga kereta, penurunan caj elektrik dan harga air lebih rendah, penghapusan PTPTN, pemberian permit teksi individu serta gaji minimum.



Photobucket

Dakwat Kekal Yang Tidak Kekal

on





Hanya beberapa jam selepas dakwat kekal digunakan pertama kali di Malaysia, sudah pun ada aduan bahawa ia sebenarnya boleh ditanggalkan.
Perkara itu sama sekali bertentangan dengan jaminan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bahawa dakwat itu akan kekal sekurang-kurangnya tujuh hari selepas dicalit dengan berus.
NONESeorang askar yang terlibat dalam undi awal pagi tadi berkata, beliau sudah membuang banyak dakwat hanya menggunakan air – hanya enam jam kemudiannya.
“Dah tinggal 30 peratus saja, itu pun tak basuh pakai sabun Fab. Standard dia macam dakwat stamp pad. Tak kuat mana.
“Atas kuku boleh hilang seratus peratus. Cuma celah-celah kuku susah sikit. Atas kulit rasanya boleh hilang kalau dibasuh gunakan sabun yang agak kuat,” kata askar itu melalui SMS.
Beliau inginkan indentitinya dirahsiakan.
Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Yusog ketika dihubungi meminta perkara itu diserahkan kepada polis untuk menyiasatnya kerana laporan polis sudah dibuat.
“Menurut percubaan oleh SPR, ia tidak dapat ditanggalkan (menggunakan sabun, pencair atau sanitiser tangan) dan masih boleh dikesan,” jelasnya.
Short URL: http://www.freemalaysiakini2.com/?p=78424


baca lagi sini  

Photobucket

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List