Wednesday, November 18, 2009

NAK TENGOK YG MANA SATU


pUTIH hITAM .
sI pUTEH =Orang politik kena tengok.
TaPi YG INI Wajid kena tengok jugak
Orang PAS Orang BN Dap MCA ,MIC KeadiLan.....
Semua kena pajkat tengok


MASALAH
MAT HITAM
MAT NEGRO
>>>>>>>>>>>>>>>>
Rosak bangsa rosak Budaya Rosak Agama Kerana kemasukan orang Hitam ini.....
Jangan Jadi Kambing Hitam
Atau Berok Hitam..


Thursday, November 5, 2009

Angkara Iblis

Tengahari menjelang Zohor di mana ada salah satu Iblis sedang berada dalam Masjid. Kebetulan hari itu adalah hari Jumaat di mana saat berkumpulnya orang. Iblis sudah ada dalam Masjid ia kelihatan begitu khusyuk. Para jemaah mulai memenuhi setiap ruang dalam masjid. Iblis menjelma menjadi ratusan bentuk masuk dari segala penjuru samada atas jendela, pintu atau pintu masuk tandas. Pada setiap orang, Iblis juga masuk dalam telinga, saraf mata, urat nadi lalu menggerakkan denyut jantung setiap para jamaah yang hadir. Iblis juga menyelinap di setiap sejadah.




"Hai, iblis!", panggil tuan imam ketika baru masuk ke Masjid itu. Iblis merasa terusik : "Kau kerjakan saja tugasmu, tuan imam. Tidak perlu kau menegah saya. Ini hak saya untuk mengganggu setiap orang dalam Masjid ini!", dengus Iblis

"Ini rumah Tuhan, iblis! Tempat yang suci, kalau engkau mahu ganggu, kau boleh lakukannya di luar nanti!", tuan imam cuaba mengusir Iblis itu.

"Tuan imam! hari ini adalah hari ujian bagi mencuba sistem baru". kata Iblis membuatkan tuan imam tercengang.

"Saya sedang menerapkan cara baru untuk menjerat kaummu".

"Dengan apa?" tanya Tuan imam

"Dengan sejadah!" jawab Iblis.

"Apa yang boleh kau lakukan dengan sejadah itu, Iblis?"

"Pertamanya saya akan masuk ke dalam hati setiap pemilik saham industri sejadah. Mereka akan saya ulikkan dengan mimpi untung besar. Sehingga, mereka akan terus memeras buruh untuk bekerja dengan upah yang rendah demi keuntungan besar!"

"Ah, itu kan memang cara lama yang sering kau pakai. Tidak ada yang baru, Iblis?"

"Bukan itu saja tuan imam..." tegas Iblis.

"Lalu?" tanya tuan Imam lagi

Iblis menjawab, "Saya juga akan masuk pada setiap hati juru reka sejadah.Saya akan menumbuhkan gagasan agar para juru reka itu agar membuat sejadah yang lebar-lebar"

"Untuk apa?" tanya tuan imam

"Supaya, saya lebih berpeluang untuk menanamkan rasa ego pada setiap kaum yang engkau pimpin, Tuan imam! Selain itu, Saya akan lebih bebas untuk masuk dalam sof solat. Dengan sejadah yang lebar maka barisan sof akan renggang. Dan saya ada di celah sof yang renggang itu. Di situ Saya boleh ikut membentangkan sejadah". jawab Iblis dengan yakin.



Dialog Iblis dan Tuan imam terputus seketika.



Dua orang datang di mana keduanya membentangkan sejadah. Keduanya duduk berdampingan. Salah seorangnya memiliki sejadah yang lebar manakala seorang lagi membawa sejadah lebih kecil. Orang yang punya sejadah lebar seenaknya saja membentangkan sejadahnya tanpa melihat kanan-kirinya. Sementara orang yang punya sejadah lebih kecil merasa tidak enak hati jika harus mendesak jamaah lain yang lebih dulu datang.



Tanpa berpikir panjang maka pemilik sejadah kecil membentangkan saja sejadahnya sehingga bahagian sejadah yang lebar ditutupi sepertiganya. Kemudian keduanya melakukan solat sunat



"Nah, lihat itu Tuan imam!", Iblis memulai dialog lagi.

"Yang mana?" Tuan imam bertanya

"Ada dua orang yang sedang solat sunat itu. Mereka punya sejadah yang berbeza ukuran. Lihat sekarang, aku akan masuk di antara mereka". Seru Iblis yang kemudiannya lenyap.

Iblis sudah menyelinap masuk ke dalam sof. Tuan imam hanya memerhatikan sahaja kedua orang yang sedang melakukan solat sunat itu. Tuan imam akan melihat kebenaran rancangan yang dikatakan Iblis sebelumnya.

Pemilik sejadah lebar, rukuk dan kemudiannya sujud. Tetapi ketika bangkit dari sujud maka dia membuka sejadahya yang tertutup lalu meletakkan sejadahnya di atas sejadah yang kecil. Hingga sejadah yang kecil kembali berada di bawahnya.

Dia kemudian berdiri. Sementara itu pemilik sejadah yang lebih kecil telah melakukan hal serupa. Ia juga membuka sejadahnya kerana sejadahnya telah ditutup oleh sejadah yang lebar. Perkara ini terus berjalan sehingga selesai solat.

Bahkan ketika solat Jumaat yang wajib juga kelihatan berlakunya kejadian seperti itu di beberapa sudut dalam masjid itu.

Orang lebih memilih untuk berada di atas daripada menerima di bawah. Di atas sejadah dapat dilihat bagaimana orang sudah berebut kekuasaan atas lainnya. Siapa yang memiliki sejadah lebar, maka dia akan meletakkan sejadahnya di atas sejadah yang kecil.

Sejadah sudah dijadikan oleh Iblis sebagai pembezaan kelas. Pemilik sejadah lebar dikelaskan sebagai para pemilik kekayaan di mana setiap saat harus lebih di atas daripada yang lain.

Dan pemilik sejadah kecil adalah kelas bawah di mana setiap saat akan sentiasa menjadi orang yang dipandang rendah dari pandangan orang yang berkuasa. Di atas sejadah, Iblis telah mengajari orang supaya selalu menguasai orang lain.

"Astaghfirullahal adziiiim ", .