Assalammualaikum. Hai hari nih kita dalam segmen ketuk-ketuk
dapur blogger. Haa hari ni saya nak share resipi yang tersangat-sangat lah
simple, murah dan senang. Tambah-tambah lagi untuk student-2 yang duduk hostel.
Takkan lah hari-hari nak beli, sesekali tuh cer try masak. Nanti dah kawin kan
senang. Mak mertua gerenti puji melambung kat korang. Haa gitu lah gamaknya kan
-.- Okay resipi kita hari nih ayam masak merah / ayam
sambal.
1. Pastikan ada ayam dan sebelum nak
masak tuh kenalah basuh bersih-bersih kan. Haa ade tips sikit, kalau ayam tuh
hanyir, lepas dah cuci bersih-2 korang gaulkan dengan tepung dan bilas balik.
Insyaallah tak hanyir lagi :)
2. Goreng ayam yang dah di basuh. Tak tau nak
goreng ayam? Okay takpe, kita ajar eh. Ambil ayam yang dah di basuh tadi, letak
kunyit dan garam lepas tuh gaulkan sampai sebati. Panaskan minyak dan masukkan
ayam tuh.
3. Nak masak ayam sambal nih, ayam yang di
goreng tuh tak payah garing sangat nanti keras bila nak makan. So agak-agak dah
masak tuh angkat je terus.
4. Untuk
buat sambal, mesti kena ade bawang putih, bawang besar dan halia dan di
tumbuk. Kalau korang nih jenis pemalas sangat, haha guna blender pon boleh. Lepas
tumis kan bawang-bawang tadi.
5. Agak-agak dah garing masukkan, kulit kayu
manis, bunga lawang ngan bawang besar nih.
6. Kalau korang nak bagi bau dia sedap letak
kan daun pandan sikit. Gerenti bau dia sedap. Betul tak tipu pon. Sambil tuh
masukkan cili masak/ cili kering yang dah di blend. Agak-agak lah banyak mana korang nak
kan. Masukkan sikit sos tomato bagi ade rasa masam-masam sikit. Dan masukkan
garam, gula dan sedikit aji na moto untuk penambah perasa.
7. Bila nampak macam dah masak sambal tuh,
masukkan ayam yang korang goreng tadi. Kacau sampai sebati, lepas tuh siap.
Haa senang je. Tak susah pun. Malas ngan rajin je nak masak
tuh kan. So selamat mencuba. Assalammualaikum.