Mari Letak Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Macam betul je..

Macam betul je...
Sebenarnya saya terima link ni di mesej di watsup, wechat, dah berkali-kali. Tapi saya abaikan.
Hinggalah hari ini seorang kenalan saya menghantar link yang sama kepada saya barulah saya klik
ke link tersebut. Tengok-tengok macam cara paid survey / atau senang kata web ini sedang mengumpul
bakal-bakal surveyor yang bakal diberikan kerja online bila dah cukup bilangan mereka nanti.

Shhhh, bukan wordless wednesday

                                             
                                         

Boleh tahan sedap.

Azam dan cita-cita.

Tiga hari lagi kita akan menjengah ke tahun baru. Meninggalkan apa saja yang telah berlaku pada
 tahun ini dalam kenangan. Tahun baru - 2014, selain bakal meriah dengan sambutan, ia juga sering
 dihiasi dengan azam-azam baru bagi lebih memaniskan perjalanan dan memberikan semangat.
Apakah azam yang paling popular menjelang tahun baru ?


Daniel

Dia bukan setakat comel tapi juga banyak mulut ,sehingga kadang aku confius dia ni lelaki ke perempuan.
Kalau di kejiranan aku, semua jiran dari India ke Cina adalah kenalannya. Keramahannya pada orang
asing kadang buat aku risau. Maklum la dia bukan jenis penakut . Semua orang tua ,terutamanya yang
lelaki dikatanya kawan baik. Hobinya selain bergambar dan menjadi model klip video jiran sebelah,
adalah juga mengambil gambar. Ada aura menjadi photographer Si Daniel ni.

  Gambar 5 hari selepas baik berkhatan.

 Paling rapat dengan kak long.
 Adik bongsu kesayangan.
Selain tu dia juga pakar cari duit.  Ini salah satu pamphlet yang dilekatkan didinding bilik
sepanjang cuti sekolah. Memang dia pandai buat duit oo. Nasib baik aku dapat free servis
picit kaki. Ok gak kan ? Adik-beradik tetap kena bayar beb. Kalau tak cari pasal dengan dia,
maulah dia bagi diskaun. Kalau tak......harapanlah.

Dan  semalam  dia  merungut kerana ketiadaan pelanggan, " boringlah hari ni.........,
 tak ada pelanggan nak urut kaki." Sedih air mukanya. Sedang closing date semakin hampir.
( Cuti sekolah dah nak sampai ke penghujung. nampak dia letak date 2/1/2014 ? )
" Rilex la dik, nak berniaga memang kena kuat."
" Kalau esok pun tak ada pelanggan...rugilah Daniel ma."
" Ok, picit kaki mama,nanti mama bayar RM 1."
" Tak payahlah......untuk mama dah tentu Daniel buat free."

Teringat lawak dia pada aku satu hari...; " mama, kita kat rumah ada 2 tv tak pakai. Apa kata....
kita jual aja dua-dua tv tu. Nanti mama dapat duit. Kita jual sebuah RM 100. Kalau 2 biji mama
dapat RM 200. Banyak duit mama nanti...."

" Bagus cadangan tu, tapi apa kata mama jual Daniel aja. Kalau jual Daniel RM 200 ribu mama boleh dapat..."

" Mama ni,tak sayang Daniel ea ? Tak nak kawan mama. "
Tak pasal dia merajuk. Sensitif. Mama sayang sepenuh jiwa dan ragalah...

Sewaktu bersantai di Eagle ranch PD. Ada gaya model kan ?

Amanah



Aku sebenarnya memang tak berapa suka nak angkat talipon bila memandu. Kecuali bila aku tengok
call tu datang berulang-ulang dan nombor yang mendail tu aku kenal. Angkat jugalah dan aku masuk
ke lorong kiri , mencari tempat yang sesuai untuk berhenti di bahu jalan.

" Aei Lengleng, aku dah buat keputusan. Aku dah cakap dengan Wan....., sekarang aku nak cakap
 sendiri dengan kau. "

" Kau..., nak cakap pasal ko dah buat keputusan nak pergi oversea semula kan ? Wan dah cakap
dengan aku sebelum aku keluar ofis tadi. Kau........, tak pergi untuk mencarut kan ? "

" Not to worry babe .....aku tau kau baru silver tapi aku dah masuk emas. Tak mau perkara
 mengarut dah.  Aku cuma nak amanahkan isteri dan anak-anak aku pada korang berdua, kalau ada
 apa-apa hal  jadi pada aku. Aku ada adik dan ada kawan-kawan yang lain yang boleh dipilih tapi
aku tak mau. I just want both of you to take care of my family should anything happen to me and
 don't say no please. "

Dia matikan talipon dan selang seminit selepas tu aku menerima mesej ini ;-

Lyn..., bintang ada 5 penghujung. Segi 4 ada 4 penghujung
Segi 3 ada 3 penghujung. Garisan lurus ada 2 penghujung
Hidup kita HANYA ada 1 penghujung
Tapi PERSAHABATAN, umpama bulatan yang tiada penghujung.

Fikiran aku menghimbau gurauan kasar antara kami beberapa bulan yang lepas dan aku terasa
pelupuk mata aku mula berat dan berair. Aku bersetuju dengan pepatah ' mencari sahabat sejati bagai mencari jarum di dalam tepung '.

                                       
                    Hidup hanyalah sebuah perjalanan yang hanya ada satu penghujung



Hafiz

" Hafiz !!!! Mana serai ? " aku melaung Hafiz dari bawah. Berlari dia turun ke bawah dan
 menemui aku di dapur. Sejak balik tadi aku sibuk membetulkan pasu-pasu bunga di halaman rumah.

" Tu......," dia menunjuk pada 2 helai daun keras-kasar, berbentuk
tirus memanjang yang terletak di atas meja dapur

" Hafizzzz.......itu bukan serai tapi lalang." Geramnya aku.
Kalau itu serai sekalipun, mama bukannya nak pakai daun, tapi batangnya !!"  Aku tarik telinga Hafiz dan tunjuk dia rumpun serai di belakang rumah.

" Tu....nampak ? "

" Oo, bukan kat depan tepi jalan tu ," dia mengadeh menahan sakit.

" Bila pulak mama,tanam serai kat tepi jalan besar. Kat belakang rumahlah..."

Aku tinggalkan Hafiz untuk mengambil serai barang 2/3 batang. Aku pegi mandi. Selesai mandi petang
tu aku jengah semula ke dapur..
Nah engkau...............

                             

  Ini gambar dari Google,tapi sebanyak inilah juga rumpun serai aku yang dicabut anak bertuah tu.

Hafiz menyengih berdiri kat tepi pintu ruang dapur.
 " Hafiz dah cabutkan untuk stok seminggu,mama jangan panggil-panggil Hafiz lagi. Hafiz tengah
syok main game ni, ok ? " Dia memberi signal good kat aku dengan ke 2 ibu jarinya sambil
mengenyit mata.
Tiba-tiba aku terasa ingin ketuk tangan dia kuat-kuat pakai sudip besi.

BRIM 2014

Peruntukan bagi BRIM 2014 berjumlah RM 4.6 billion yang memberi manfaat kepada 7.9 juta penerima.
Mungkin cadangan seperti di bawah ini boleh ditimbang-timbangkan oleh PM kita sebelum meneruskan BRIM bagi 2015 :-

                 

projek mega,share,share rakyat dalam projek mega, Brim, Brim2014, rakyat, dapat manfaat, projek mega, apa kata anda, mohon saham, share BR1M

      

Kalau setiap tahun peruntukkan BRIM RM 4.6 Billion.......memang bukan sikit duit tu...
Apa pula kata anda ? Setuju ke kalau BRIM digantikan dengan share rakyat marhaen dalam 
PROJEK-PROJEK MEGA ? Lebih sama rata dan sama rasa, tak gitu ??

Soldier of fortune

2/3 hari kebelakangan ni memang aku tidak berblogwalking. Kehilangan mood. Bukan kerana
Natasha Umairah tak dapat keputusan cemerlang dalam PMRnya. Pada aku dia dah buat the best.
Mungkin tidak secemerlang anak-anak lain yang dapat 8A dalam PMR, but i know she already did
her best. Kerana apa aku kata her best, sebab selama ni dia memang selalu kantoi dalam math, sejarah
geografi. Markah sejarah dan geo biasanya hanya cukup-cukup makan ( itu pun kalau lulus la )

" Tasha tak tau ma,kenapa setiap kali subjek geografi dan sejarah, mata Tasha terus kuyu dan terus
rasa nak tidur. Satu apa pun tak masuk kat kepala Tasha."

Manakala markah mathnya pula biasanya tak pernah lebih dari D atau terus E. Jadi bila dia dapat 3A
 untuk subjek english, geografi dan sejarah........, sebenarnya aku agak terkejut. Tiba-tiba pulak BM
yang dia biasa score A, dapat B. Natasha menanggis bila dia cuma dapat 3A, 4B dan 1C (math).

Salam kawan lama

Hari ini lepas maghrib aku terima message ini di Watsup. Hemm, watsup lagi .........

                                         

Saya ; Terima kasih kerana ingatkan aku. Ko tu dah solat belum ?

Kawan : Mestilah dah. Sebab tu aku ingatkan ko pulak ni hehe...

Saya : Kalau aku mati dulu, agak-agak ko datang tak ziarah jenazah aku ?

Kawan : Mesti. Pastilah aku datang....tapi kalau aku ada kat London time tu ko kena bagi aku notice seminggu lebih awal.

Ciss, kurang asam.

Tension, aku memang agak tension hari ini dan terlebih emosi pulak. Allah Hu Akbar.
Moga semuanya dipermudahkan.

Resepi masak sardin ringkas

Lauk apa yang paling senang dimasak ? Biar aku jawab sendiri - sardin. Sardin ada
macam-macam brand, dari cap ayam sampailah ke cap Tesco. Aku suka sardin cap
TESCO kerana rasanya lebih kurang sama dengan sardin Marina dan cap Ayam. Sardin
Tesco ni mula-mula dipekenalkan dulu memanglah murah tapi sekarang boleh tahan mahal
mahal juga harganya. Dalam RM 5.00 setin besar. Tapi aku suka texture sardinnya yang
lembut dan rasanya pun boleh tahan juga. Tak kalah dengan sardin lain y ng lebih branded
dan harganya lebih mahal.

Tension



Aku tak faham macam mana kucing kat rumah aku berminat nak makan segala makanan
yang kami makan. Dari roti, jemput-jemput, bubur kacang, sampailah ke goreng pisang dan durian
semua mereka bedal. Aku ingat lain kali nak ajar kucing-kucing tu semua makan sambal belacan
 la pulak.
                                       







Si Aslan ni pulak, hobinya kutip ranting / daun kering dari luar dan bawak masuk ke dalam rumah.

Si Kishya kepandaiannya kencing, berak, betul-betul dalam lubang tandas dan bila lepas makan dia
cuci mulut pakai tangan, betul-betul macam manusia cuci mulut lepas makan.
                                   
                                       
Si Snow bell..., panggil nama dan tepuk tangan 3 kali gerenti dia berlari panjat tangga dan terkam
kita yang baring atas katil. Serupa anjing.Trainernya of course le si Nurul. Semua kucing dengar
cakap dia.                                

Si Sakura hobinya tangkap cicak. Bagus, cicak kat rumah aku memang tak berani melilau tak tentu.
 arah. Maklumlah berjiran dengan rumah kosong, faham-faham ajalah.

Si Comel hobinya memang merenung bulan bila bulan mengambang kat dapur rumah.
Dia berangan apa pun aku tak tahu.
Rumah aku bila hari Ahad, biasanya adalah hari untuk bermalas-malas ( lambat bangun tidur ).
Lepas subuh biasanya kami sambung tidur lagi. Confirm semua pakat bangun pkul 10 pagi...tapi

Si Chetah ( kami panggil dia Che Ta ), confirm akan panjat dari beranda rumah sebelah yang
kosong ke beranda rumah aku ( master bedroom ) di mana bilik aku berada dan mula
mengiau kalau aku bangun lambat. Aku tak tahu dia tengok jam kat mana......, tapi biasanya
bila dia mula memekak dengan menggiau sekuat hati, elok aku celik mata aja mesti jam dah
 9.30am. Hermm...alarm kucing lebih power dari alarm aku di hand phone.
Selagi aku tak bangun dan tak buka pintu bilik, selagi itulah dia menggiau kat branda aku.
 Hiss..... sabar ajalah.

Tapi yang paling aku hangin antara Si Aslan dan Si Chetah.....aku tak tahu siapa yang dah melepas
kat gebar aku 2, 3 hari niiii. Arghh.....tension aku. Siap, kalau aku tau sapa punya kerja.... nanti aku
kurung ko kat luar rumah. Tapi aku pasti tengah malam nanti, Nurul pasti turun dan bukakkan pintu
untuk kucing tu masuk ke dalam rumah semula dan aku tak tahu samada aku nak tension dengan
kucing ke dengan Nurul ?

Err..lagi 2 ekor tak ada dalam gambar - merayap.

Mega Topup GiveAway By Mojatcerewet.com

Mega Topup GiveAway By Mojatcerewet.com
KLIK BANNER UNTUK JOIN

Jom join Mega Topup GiveAway By Mojatcerewet.com sejumlah RM255 Topup untuk dimenangi! Klik banner atau klik SINI untuk join !

Mega Topup GiveAway By Mojatcerewet.com dianjurkan oleh Mojat dan disponsor oleh Adam Faiz,Fatin Farhanah,Munirah Rahman,Aina roseberry,Ana Ahmad,Cik Amal,Kasih Lestari Abadi,Anis AMira,Izyanyancinnamon,Maisarah,Hawa Syazana dan coretanku inpirasiku !



Tarikh tutup 21/12/2013 at11.30pm

Silver & Gold - Hidden Secrets Of Money Ep 1 - Currency vs Money - Mike ...

Silver & Gold - Hidden Secrets Of Money Ep 2 - Seven Stages Of Empire - ...

Cuba baca kejab



Mungkin masih ada umat Islam tidak tahu bahwa label-label yang bertulis ‘This product contain substance from porcine, sebenarnya bermaksud produk ini mengandungi bahan daripada babi. Selain itu, antara label yang kerap digunakan adalah ‘The source of gelatin capsule is porcine’ yang bermaksud ‘Kapsul dari 
gelatin babi.

Berikut antara istilah sains yang digunakan dalam produk yang mengandungi unsur babi :-
1. Pork - Istilah yang digunakan untuk daging babi di dalam masakan.
2. Swine - Istilah yang digunakan untuk keseluruhan kumpulan spesis babi.
3. Hog - Istilah untuk babi dewasa, berat melebihi 50 kg.
4. Boar- Babi liar.
5. Lard - Lemak babi yang digunakan bagi membuat minyak masak dan sabun.
6. Bacon - Daging haiwan yang disalai, termasuk babi.
7. Ham - Daging pada bahagian paha babi.
8. Sow - Istilah untuk babi betina dewasa (jarang digunakan).
9. Sow Milk - Susu babi.
10. Pig - Istilah umum untuk seekor babi atau sebenarnya bermaksud babi muda, 
berat kurang daripada 50 kg.
11. Porcine - Istilah yang digunakan untuk sesuatu yang berkaitan atau berasal daripada babi. 

Porcine sering digunakan di dalam bidang perubatan untuk menyatakan sumber yang berasal daripada babi.
Sebarkan kepada semua saudara-saudara kita agar lebih berhati-hati. Moga Allah S.W.T akan membalas jasa baik anda dan memelihara kita di dunia dan di akhirat.
Wallahua'lam. 

Nota :

Maaf, tidak menukarkan bunyi dan ejaan perkataan dari babi ke khinzir. 

Kisah Lloyd

Ada seorang hamba Allah, ada projek tapi tak ada financer. Fikir punya fikir untuk dapat dana dia pun
buat satu kertas kerja dan buka satu syarikat. Oleh kerana nama dia Lloyd, dia gunakan sempena nama tu untuk syarikat dia. Menggunakan syarikat sdn. bhd dan kertas kerjanya yang nampak macam betul, kelihatan projeknya betul, unjuran kira-kiranya pun betul, maka dia berjaya mendapat
 pinjaman dari bank.

Dapat duit dari bank dia beli peralatan pejabat dan mula menggaji pekerja. Tanpa pengetahuan
 pekerjanya Lloyd dah pindahkan semua wang syarikat ke tempat lain. Setelah beberapa bulan
syarikatnya mula mengalami masaalah, creditors pakat cari, pekerja pakat tuntut gaji.
 Masing-masing file kan saman. Pekerjanya pun file kan saman kerana Lloyd telah
menyalah gunakan wang syarikat.
Bila sampai di court, hakim tanya Lloyd, " adakah kamu mengaku bersalah ? "

" Tidak . Tuan Hakim," jawab Lloyd dengan yakin.
"Kenapa ? Ini syarikat sdn. bhd.... " tanya tuan hakim.
" Saya memang tak salah tuan hakim," Lloyd jawab tanpa ragu.
" Kenapa ? " tuan hakim tanya lagi .
" Betul ini syarikat sdn. bhd....,..tapi tuan hakim tau tak siapa nama saya ? "
" Kamu jangan mempersendakan mahkamah, saya beri amaran pada kamu."
" Saya tidak bermaksud tuan hakim. Nama syarikat ini adalah Lloyd dan nama saya juga adalah Lloyd,
di mana salah saya mengeluarkan wang sendiri di sini ??? "

Hakim pening. Korang yang baca pun peningkan ?
Rasa-rasanya selain kerusi meja apa yang creditors tu boleh angkut ya ?
Macam Nabil kata ' lu pikir lah sendiri '. Cik kak nak tido. Selamat malam  

Life begins at forty

Why must life begins at forty ? Sebelum forty tu tak ada life ke ? Eh, bukan selepas forty , jangka hayat kita dan semakin pendek ? Almaklum badan dan mula bau tanah. Takut, sekali orang azan terus tumbang..

Kenderaan musim hujan

Masih musim hujan lagi. Aduyaiii......, tak berani sangat merayap ke KL macam selalu.
Bimbang tersangkut dalam banjir kilat. Agaknya kenderaan jenis apa yang kita perlukan
di musim hujan yang begini ya ????





Sekurang-kurangnya terselamatlah kita daripada terpaksa mengharung banjir atau enjin mati
sewaktu meranduk banjir kilat di Kuala Lumpur. Malah aktiviti percutian ke Pantian Timur
tetap boleh berjalan seperti biasa. Ngeee..............

SEGMEN : Kenapa aku jadi blogger


Segmen KENAPA AKU JADI BLOGGER ?? Segmen ini dianjurkan oleh AKU PENGHIBUR.COM.
Susah juga aku nak jawab soalan cepu cemas ni .

Sebenarnya salah satu dari cita-cita aku satu ketika dulu adalah untuk menjadi novelis.
Aku suka menulis tapi hobi menulis itu terpaksa aku tinggalkan bila memasuki alam pekerjaan
dan seterusnya bila berumah tangga. Menjadi ibu, mengurus rumahtangga dan being a self
employed dalam waktu yang sama memang bukan tugas yang mudah. Perbezaan pengalaman
dan kehidupan mencipta ruang-ruang kosong untuk diisi. Kehidupan memang stress dan untuk
melepaskan stress aku tidak bodoh untuk menjerit tidak tentu hala, tidak mampu untuk memaki
 hamun orang. Selain ibadah, blog adalah satu cara untuk aku mencurah dan melegakan perasaan.
Aku berkongsi segalanya di sini. Pemikiran aku, kehidupan aku yang ruwet dan lucu malah idea
untuk meneruskan kehidupan ke farsa yang seterusnya. Walau banyak perkara yang melukakan
terjadi.......bagi aku hidup ini tetap indah. Klise kalau mungkin aku tuliskan ayat ' aku menulis
bukan kerana nama '. Realitinya tanpa nama yang tepat blog ini mungkin tiada pembaca dan jujurnya
aku memang tidak terlalu mengambil kira hal itu kerana....................................
Kerana blog ini aku hasilkan hanya untuk merakam perjalanan hidupku. Tidak lebih dan tidak kurang.


segmen kenapa aku menjadi blogger, kenapa , jadi blogger, seronok jadi blogger, segmen, aku menjadi novelis.

Untuk mengetahui syarat menyertai segmen ini bolehlah menjengah ke blog AKU PENGHIBUR
dan pemenangnya akan  menerima hadiah-hadiah seperti di bawah  :-)

1 Blog akan direview oleh Akupenghibur.com

10 pemenang akan menerima Set Sarung Bantal dan sarung Tisu oleh
Wirdaamir-world.blogspot.com

10 pemenang fridge magnet oleh Dakuamatmenyintaimu.blogspot.com

2 X RM 5 Top UP



So tunggu apa lagi, jom join sekali.

SUAMI TERBAIK

Anda stress ya ? Jangan risau anda tidak keseorangan. Jom baca cerita ni sekejab.

Sekumpulan lelaki berada di bilik persalinan di salah sebuah kelab eksklusif lagi mewah
di pusat bandar. Setelah keluar dari gym, tiba-tiba  kedengaran bunyi deringan handphone dari
penjuru bilik tersebut.  Panggilan itu disambut oleh salah seorang dari mereka dan terjadilah
dailog seperti di bawah ;

" Helo....."

" Abanggg....., sayang ni."

" Hemm..... "

" Abang masih ada kat kelab  lagi ke ? "

" Iya.. "

" Abanggg.., sayang sekarang ada kat Shopping Complex dua block dari  kelab abang tu. Sayang
ada nampak kain sutera keluaran terbaru. Cantikkkk bangg, ermm boleh ke sayang beli kain tu ? "

" Berapa harganya ? "

" Cuma RM 1,500 aje..........."

" OK, belilah. Kalau dah memang sayang suka sangat kain tu."

" Ohh...., terima kasih abang, dan tadi kan.....sebelum datang ke sini sayang singgah jab
di Cycle & Carriage .... tengok Mercedes Benz model terbaru. Lawa banggg. Sayang sukaaa
sangat. Ermm, sayang dah bincang dengan salesman kat situ dan dia setuju bagi kita good price.
Lagi pun elok juga kita tukarkan dengan BMW yang kita beli tahun lepas...."

" Berapa harga yang dia bagi ??? "

" Cuma RM 280,000 jee..........."

" Ok, tapi pastikan harga tu dah on the road."

" Great, before we hang up bang, ada satu perkara lagi........."

" Apa dia ???? "

" Abang jangan terkejut pulak, sayang dah semak akaun bank abang, dan pagi tadi sayang
sebenarnya dah singgah ke pejabat agen hartanah..., sebab sayang dapat tau rumah yang kita tengok
tahun lepas, sekarang dah nak dijual. Alaa, rumah yang ada swimming pool bentuk love tu dan
ada taman orkid kat belakangnya berhadapan dengan pantai....cantikkan bang ?? "

" Ok, ok abang faham. Berapa harga yang dia orang mintak ? "

" Cuma......RM 740,000 aja. Ok kan bang harganya ? Sayang dah tengok dalam akaun kita cukup
lagi untuk cover harga tu. "

" Eloklah tu, confirmkan cepat sebelum orang lain beli tapi....cubalah dapatkan harga RM 700,000
kalau boleh ok ? "

" Ok. Sayanggg abang. Terima kasih darling. Kita jumpa lagi malam nanti ya. Bye bang.
I love you. "

" Bye. I love you too. "

Lelaki itu menghentikan perbualan. Menutup flap handphone . Dia kemudiannya mengangkat
tangan sambil memegang handphone dan bertanya, " ADA SESIAPA TAHU HANDPHONE
NI SIAPA PUNYA ? "

Hahaha.....masaklah tuan punya handphone tu nanti                

Ayat seribu dinar

Bukanlah kerana hanya mengamalkan ayat ini kita boleh menjadi kaya tanpa usaha. Sebaliknya
usaha yang istiqamah, tawakal dan sabar itulah yang membawa kepada kejayaan.

                                         
doa untuk kaya, ayat 1000 dinar, usaha, kaya dan ternama, petua kekayaan, cara untuk kaya.
   Sumber Google

Dato Fadzilah Kamsah kata, bila kita berniaga, orang mintak satu kita bagi 3 itu tanda kita
pandai ambik hati pelanggan dan pandai strategi perniagaan. Dia pesan lagi banyakkan membaca
ayat ini bila keluar dari rumah dan sewaktu memasuki premis perniagaan kita. Ulang lagi
bacaan ini ketika keluar dari kawasan premis perniagaan dan dalam perjalanan pulang ke rumah
dan sewaktu memasuki kawasan rumah kita. Jangan lupa bagi salam bila masuk ke rumah sendiri.


Bernafas dalam lumpur

Bernafas dalam lumpur. Hanya ada 2 jenis ikan degil yang aku suka perhati. Pertama ikan pelaga,
ke 2 ikan tembakol @ digelar juga ikan belacak. Ingat kisah Batu Belah Batu Bertangkup ?
Bagaimana Si Pekan memakan semua telor ikan tembakol bahagiannya dan bahagian ibunya
iaitu Mak Tanjung ? Sebenarnya dari kecil aku bertanya- tanya, sedap ke telor ikan tembakol tu ?
Bapak diam tak pernah membalas pertanyaan ku. Yang dia jawab, " entah bapak cuma suka makan
telor ikan masin je. "  Je ? Selamba betul bapak aku ni. Eleh bapak, dia yang mengajar aku makan telor
ikan dengan telor penyu, cuma dia tak ajar aku makan telor ikan tembakol.

Bagaimana menangani serangan jantung ketika berseorangan


Buat masa ini penyakit jantung masih merupakan pembunuh nombor satu di dunia dan
menurut stastik serangan jantung berlaku setiap 20 saat di seluruh dunia dengan kadar 1
 kematian bagi setiap 1 minit. Banyak mitos tentang penyakit jantung ini antaranya ialah
Serangan jantung hanya dialami oleh mereka yang berusia lanjut.

GIVEAWAY PESERTA BERTUAH


KLIK BANNER UNTUK JOIN


SYARAT PENYERTAAN:
1. Blogger yang tinggal di Malaysia
2. Follow blog Yumida
3. Add to circle Google+Yumida Huda (bagi yang ada akaun Google+)
4. Like page Yumida (bagi yang ada Facebook)

5. Buat entri bertajuk: Giveaway Peserta Bertuah
6. Copy & paste kod di bawah ke dalam ruangan HTML entry anda:

HADIAH:


Pemenang akan menerima sehelai blouse gojes menawan ni. Mungkinkah anda pemenang bertuah tersebut. Jengjengjeng… Jom! Sama-sama kita raikan GA simple ni.


TAMAT: 31 DISEMBER 2013