Mari Letak Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Segmen #2 Bloglist 12 Jam Mialiana.com



Pencarian bloglist bagi bulan Mei dan Jun 2013 di Mialiana.com bermula tepat jam 11.00 pagi sehingga 11.00 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen #2 Bloglist 12 Jam Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI.
Senang dan mudah bukan?

15 blog yang bertuah akan dipilih oleh Mia Liana sendiri dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

Dekat di hati

                       
dANIEL, ANAK BUNGSU, MANJA, BIJAK, CERDIK, DANIEL BERGAYA MODEL, ALA MODEL.
Mr. Boncitit


Di kampung




Di Hayat Kuantan. Bab terjun kolam dialah heronya
Usia 2 setengah tahun
Di Pantai Telok Cempedak






Imam muda
Silat cakar rimau. Tengah berlatih dengan abang sepupu ni



Sempat ustazah ni tunjuk peace.


Daniel dengan cousin


Di Eagle Ranch Port Dickson. Posing sebelum bermain Go Cart.
Istana KL
Daniel

Bab bergaya, dialah juara. Tak payah diajar. Memang pandai posing. 

" Daniel sayang mama, bila Daniel dah besar nanti, Daniel tak nak masuk sekolah asrama. Daniel nak tinggal dengan mama....sekolah kat sini aja."

" Kenapa tak nak masuk sekolah asrama ?"

" Mama juga yang kata kan...sekolah kat mana-mana pun sama...yang penting diri sendiri. Daniel nak tinggal kat sini.  Nak jaga mama. Dah besar nanti Daniel nak jadi tokey hotel, mama dengan papa dengan adik-beradik Daniel semua buleh masuk dan duduk di situ..FREE AJA."

" Tapi Daniel ingat masa tu mama dah tua kan ??? Dah tak larat nak jalan...ermm kalau Daniel nak jadi tokey hotel dengan saintis boleh tak ma ? Bila jadi saintis Daniel nak cipta robot. Mama duduk aja kat rumah ....tak payah buat apa-apa kerja, semua robot yang siapkan. Mama tak payah masak - robot Daniel pandai masak. Tak payah kemas rumah - robot Daniel buat. Robot Daniel ni boleh buat semua kerja termasuk jadi security guard. Mama rehat aja kat rumah dengan papa."

" Rehat aja ? Kalau mama sakit macam mana ?"

" Robot ni pandai ma, dia guna kuasa solar. Mama tak payah caj. Daniel dah programkan supaya dia ambik ubat yang betul untuk mama. Mama dah tak payah jumpa doktor lagi kalau sakit..betul maa. "  

" Kalau masa tu mama dah tak larat..kena pakai pampers...nak pegi cebuk kat tandas...robot tu boleh buat ke ?"

" Erkk...rasanya yang tu Daniel tak programkan - kena cari nurse jugalah kan ma ??"

" Dah tu....Daniel buat apa ?"

" Daniel kan sibuk cari duit, mama duduklah dengan robot dulu. Nanti tengahari Daniel balik teman mama jab".

Aduss...bisa.      

APRIL EDITION GIVEAWAY BY DYSHA SAHHIR




                                                       



April Edition by dysha sahhir

  • buat entry  dengan tajuk : April Edition giveaway by dysha sahhir
  • copy paste banner diatas
  • follow blog dysha dan blog ixbarr
  • like 
  • klik sini dan sini dan sini
  • letak blog dysha dalam bloglist
  • letak url entry di blog dysha dan di ruangan entry ini sahaja
  • tarikh 16 april 11 pm -30 april 11 pm

pemilihan pemenang:
  • orang selalu komen diblog dysha dan aktif di fanpage dysha.

cara nak menang:
  • bertapa di blog dysha dan komen je banyak-banyak di blog ini.
  • kalau nak seribu daya :) gud luck

pemenang
  • 5 orang dicari


hadiah-hadiah:
top 1


  • 1 keychain sea glass tajaan ixbarr dan 1 set sticker (5 keping)


top 2
1 set sticker ( 10 keping)

top 3
1 set sticker (8 keping)

top 4
couple button badge (new design)

top 5
1 button badge ( new design)

HELO..., tinggal gajet tu sekejab !


 

Pilihan Raya Umum ke 13 Malaysia yang akan diadakan pada 5hb Mei  2013 bakal berlangsung beberapa hari lagi. Rata-rata semua dah tahu Pilihan Raya bermaksud  MENGUNDI. Namun masih ada segelintir anak muda yang langsung tidak ambik peduli tangung jawab tersebut dan kenapa mereka perlu mengundi ? Ah….setakat pangkah gambar di kertas dan kemudiannya memasukannya ke dalam kotak  - buang masa. Tak menarik langsung. Apa nak kisah kalau kerajaan bertukar sekali pun ? Apa parti memerintah pun tak  apa. Sama juga. Tak ada duit tetap tak boleh isi petrol. Roti canai tetap kena bayar RM 1 sekeping. Teh tarik tetap berharga RM 1.40 segelas. Sendiri makan sendiri bayar, sesekali  jer ada orang belanja. Internet  tetap kena bayar sendiri . Wifi restoren mamak  dan kopitiam aja yang free. Sementara manisfesto bukanlah janji  dan slogan hanya  tinggal slogan. Erkk…baik layan gajet canggih lagi bagus. iPad, Samsung Galaxy S III, iPhone 5, Powerbook, Tablet, eh..Unifi  lagi laju laa.., kat tempat kau dah ada ? Digi Mobile 2GB not bad, layan dengan iPad memang tak gaduh kalau nak bertenet.

Janji semua kemudahan masa kini dapat dinikmati dengan maksimum, hal-hal lain banyak yang tidak dipeduli….relax bro. Eh., tapi bukan semualah yang begini….. Itu di sebelah Nepal. NEPALLLL.  Rata-rata golongan muda di Malaysia memang  bertanggungjawab. Anak-anak muda di Malaysia sangat berinformasi. Jaringan media social dari Blog, Face Book, Twitter, instagram, Google Plus, You Tube lebih menarik untuk dilayari daripada membaca akhbar dan menonton berita di tv. Orang mudalah katakan…….

Anak muda, cubalah rasakan denyut nadi sebagai  warganegara Malaysia. Jalankan tanggungjawab kita. Marilah mengundi. Undi  kita menentukan siapakah yang boleh memerintah untuk jangkamasa 5 tahun ke hadapan.



Psst : Aku memang tak fancy gajet-gajet moden  ini.  Ada aku  guna. Tak ada.., rasanya tak kemaruk nak jelling. Kebaikan  dan kecanggihan gajet moden ini sama banyak dengan keburukannya. Secanggih mana sesuatu gajet tetap ada kelemahan. Gajet aku sangat murah. Janji  boleh diguna untuk bertalipon dan bersms . Tak dapat call dan kebetulan angin sampai time tu….., talipon aku hempas. Hehe…sebab tu aku kena pakai talipon yang murah je.

Kenapa dengan AKU




Berbagai cara dan bentuk ganti diri digunakan dalam penceritaan mahupun laporan di dalam media internet . Pilihan terbaik menggunakan ‘saya’ sebagai ganti diri kerana ianya bersifat lebih resmi dan sopan. Hamba, patik, kita, mek, cek, kawan yang menunjukkan semangat lebih ' kekitaan'  yang juga merujuk kepada ganti diri ‘nama’, memang jarang digunakan. Alasannya adalah kerana golongan audien yang membaca, adalah dari golongan yang berbagai dan tidak dikenali. Justeru amat tidak sesuai jika ganti diri 'saya' ditukar kepada AKU. 
Aku’ dipolemikkan  sebagai kasar untuk dipentaskan kepada pembaca. Kenapa ?

NAMA-NAMA KUIH DI MALAYSIA


Jom kita tengok kehebatan kuih muih di Malaysia. Kat negara lain tak ada, confirm.
Kat Malaysia je yang ada. 



        1.    Kuih paling gangster                                  -     Lompat Tikam
        2.    Kuih paling sexy                                         -     Puteri mandi
        3.    Kuih paling keji                                           -    Taik itek
        4..   Kuih bajet cute                                           -     Cek mek molek
        5.    Kuih untuk awet muda                                -     Seri muka
        6.    Kuih paling alim                                          -     Kuih ketayap
        7.    Kuih penyakit lelaki kronik                          -      Batang buruk
        8.    Kuih suka kena pukul                                 -      Kuih lompang
        9.    Kuih dari zoo                                            -      Badak Berendam
        10.  Kuih yang boleh bangun sendiri                  -     Kuih bangkit
.       11.  Kuih untuk orang yang tak suka mandi        -     Kuih ‘ Bau lu ‘
        12.  Kuih Paling lembab sedunia                        -     Kuih siput
        13.  Kuih paling tenteram dan nyaman              -     Kuih Makmur
        14.  Kuih 1 Malaysia                                           -     Kuih telinga keling
        15.  Kuih paling munafik                                     -     Kuih talam dua muka

kuih, kuih hebat dan manis, lemak, kuih talam dua muka, pulut kacang hitam
Kuih talam 2 muka
                                           Dari blog :  http://cinqleafclover.blogspot.com


KUIH telinga keling, kuih, kuih penderam, kuih penderam di pasar malam, penderam yang rasanya manis dan sedap
Kuih Telinga Keling @Penderam. Aku  kenal kuih ni sejak tinggal kat Selangor

                                            Dari blog http://syaniaftersix.blogspot.com



munafik, tenteram dan nyaman, kuih makmur, kuih telinga keling, tak suka mandii, hebat, tempat korang ada
                       Kuih tahi itik Dari blog http://najwasofwani.blogspot.com

                                  

             Tak payah kenalkan kuih apa http://lifeprettyshort.blogspot.com/
       
         Itu baru kuih, belum lagi nama segala sayur mayur dan pelbagai lauk pauk yang
         pelik-pelik...hehehe. Chow.

10 SEBAB KENAPA SAYA SAYANG JIRAN SAYA

"Barang siapa yang beriman dengan ALLAH dan hari akhirat, maka janganlah ia menyakiti tetangganya."
        
      (  Hadis riwayat Bukhari. )


"  Sebaik-baik sahabat adalah yang paling baik terhadap sahabatnya dan sebaik-baik tetangga adalah
    orang yang paling baik terhadap tetangganya. "

      ( Hadis riwayat Tharmizi )


wanita yang tabah, ibu yang penyayang, rempit, suri rumah, tak bergossip, mesyuarat tingkap.


Aku memang sukar untuk menyukai orang lain kecuali orang itu mempunyai beberapa kualiti
yang menyebabkan saya memang perlu menyukai dia. Mungkin aku ego, tapi untuk yang satu ini aku rasa ego itu berbaloi. Duduk berjiran dari dahulu hingga sekarang memang melalui berbagai situasi yang berbeza. Jiran aku yang seorang ini aku kenali semenjak 4 tahun aku bermukim di sini dan naluri ku terus menyukainya sejak kali pertama kami berkenalan dan bertegur sapa.
Apa hebatnya dia ?

1.  Seorang wanita tabah dan ibu yang penyayang

2.  Bukan kaki gosip dan bukan kaki mengumpat

3.  Berfikiran terbuka, dan mudah faham banyak perkara walau hanya seorang suri rumah.

4.  Bukan ahli mesyuarat tingkap atau pun pagar.

5. Teman aku bertarawih, pergi kenduri kawin dan ziarah kematian.

6. Dia periang dan  tidak pernah prajuadis pada orang lain.

7. Bila kami keluar bersama kalau kali ini aku belanja, next time dia akan kata
    ' this is my treat ' pulak.

8. Ringan tulang terutamanya bila ada majlis tahlil dan yassin. Yang ni aku paling suka,
    tak payah panggil, confirm dia datang sendiri .

9. Pandai jadi Mc Gyver
   ( yang ni aku kena salute dengan dia, kalau setakat merepair paip pecah dan sinki, dia buat
    sendiri je, dia tau batang paip saiz apa dan jenis apa nak guna. Aku tak tau )

10.  Ini paling best - boleh tahan berani dan  kaki rempit on the road.
       Dari Subang ke Ampang kami ambik masa 20 minit je. Dia drive aku cuma jadi navigator.

Aku amat bersyukur dikurnia dengan jiran yang sebegini. Mudah-mudahan perhubungan dan persaudaraaan ini kekal sepanjang hayat.












FENOMENA DR. AZIZAN OSMAN

Sabtu 13hb April 2013 jam 8.30 pagi bertempat di tingkat 4 Menara PGRM Cheras sekali lagi berlangsung seminar motivasi  ' BERANI BERNIAGA 2013'. Dari 10 siri seminar yang telah di adakannya setakat ini tidak silap aku bermula tahun 2010 hinggalah April 2013, aku telah terlepas 7 siri seminar motivasinya dan ini adalah sesi seminarnya yang terakhir untuk tahun ini . Aku pergi bersama anak ku Farah.

Saya mau review blog korang oleh LEODS

SEGMEN SAYA MAU REVIEW BLOG KORANG OLEH LEODS.

               
segmen review, blog lynn munir kena review, apa leod kata, jom tengok sini, baca review ini, join blog review

SYARAT-SYARATNYA :-

FOLLOW BLOG LEODS dan copy paste link blog dalam entry ini.
Tak perlu buat entry cuma tampal banner di atas entri masing-masing dan linkkan ke 
blog leods. SENANG DAN MUDAH. 

            TARIKH TUTUP PENYERTAAN : 15HB APRIL 2013

LEODS KATA SEMUA PESERTA AKAN DIREVIEW BLOGNYA.

Psst : Sesekali apa salahnya dengar apa orang kata pasal blog saya. Joinlah.

PANTUN CERITA CERITI



Kalau traktor berganti lori
Masak lemak pucuk labu
Tutup sudah bab ekonomi
3 siri artikel cukuplah tu

Penat menulis artikel ekonomi
Bukan bermaksud menjadi poyo
Hanya berkongsi maklumat terkini
Supaya kita tak sama-sama....hadooo


Bukan terbitan karangkraf
Pasang pelekat bancuhan simen
Entri disimpan di dalam draf
Selepas ini aku nak join segmen

Susu dicampur madu lebah
Petua sihat dan awet muda
Hidup ini jangan gegabah
Lepas bersegmen, berehatlah pula

pantun lyn munir, pantun 2 kerat, artikel ekonomi, poyo, segmen, retro, old school,tak berapa nak muda
Pantun dikarang curahan hati
Ada 4 kerat, ada 3 kerat                                   
2 kerat saja yang tak ada
Yang tak berkerat pun ada
Yang tinggal karatnya saja    :-)

Tanam pisang rapat-rapat
Biarlah senang puyuh berlari
Cari puyuh goreng tak dapat-dapat
Rupanya peniaga dah cabut larii...

Aku suka retro dan memang old school
Maklumlah dah tak berapa nak muda...
Eh, apa sal korang semua ketawa ??????
                                     
                                 


Apa itu BRICS


BRICs  adalah kesepakatan  kumpulan yang merujuk kepada negara  Brazil, Rusia, India dan China  
yang awalnya dikenali sebagai kuasa ‘ Big four’. Singkatan ini dicipta oleh Jim O’Neill pada tahun 2001, dan telah mula digunakan secara meluas sebagai simbol perubahan kuasa ekonomi global. 
Keanggotaan BRICs kemudiannya telah  diperluaskan lagi dengan kemasukan Afrika Selatan ke dalam kumpulan ini. Dari 4 negara besar, New kids On The Block ini kemudiannya dikenal semula sebagai BRICS ( Brazil, Rusia, India, China dan Afrika Selatan. )
  
Pakatan ekonomi BRICS yang baru muncul inilah yang telah merampas  kedudukan  petro dollar US sebagai medium pertukaran global. Bagaimana semua ini boleh berlaku ? Pertambahan penduduk dan pertumbuhan ekonomi yang pesat  di negara-negara BRICS membuatkan mereka mampu menawarkan peluang pelaburan yang lebih baik kepada pasaran global. Jika sebelumnya US dollar menjadi world  reserved currency, dengan wujudnya BRICS kedudukan itu sebenarnya telah dirampas. Negara-negara BRICS telah bersetuju untuk menerima mata wang anggota mereka dalam setiap urusan perdagangan tanpa menggunakan dollar US. Sebagai contoh apabila China membeli  dari Brazil negara itu boleh membayar harganya dengan menggunakan samada Chinese Yuan  ( mata wang China ) atau pun menggunakan ‘  Brazilian real = BRL ( mata wang Brazil ) dan akibatnya sangat menjejaskan penggunaan dollar US sebagai medium pertukaran global. Penggunaan mata wang sesama anggota BRICS telah dapat menyelamatkan malah menurunkan beribu-ribu kos perniagaan.

Begitulah seterusnya penggunaan US dollar diketepikan dalam perdagangan antarabangsa sedikit demi sedikit. Dan semuanya sedikit sebanyak berpunca dari hutang Amerika yang telah pun meningkat kepada 16 trillion dollar yang menyumbang kepada kejatuhan ekonomi dunia.

Terkini Indonesia dikatakan ( secara senyap ) berpotensi untuk menyertai BRICS. Jadi pakatan ekonomi ode baru ini kemungkinannya sekali lagi ditukar kepada BRIICS. Semuanya adalah kerana negara-negara tersebut mengalami pertumbuhan ekonomi  iaitu 25% pertambahan nilai tanah, 40% pertambahan penduduk yang keduanya bila digabungkan menjadikan GDP mereka bernilai lebih 
20 trillion dollar.
                                                         


Psst : Kita sebenarnya sedang menyaksikan bagaimana China membeli  Treasury bills, notes dan bond-bond  US dan kemudian menjualnya semula di belakang mereka dan China lebih memilih untuk membeli dan memiliki lebih banyak bond-bond dari Iraq dan Vietnam. Kerana apa ? Anda fikir-fikirkan. 

Jika saya boleh menyarankan :-

1.      Beransurlah  membeli emas
2    2.       Mulalah menyimpan perak
3    3.      Bukalah mata kepada pertanian
4    4.      Jangan malu memulakan penternakan
5    5.       Simpanlah walau pun sedikit mata wang asing negara BRICS ( hard currency ) dan 2 negara di atas   sebagai pelaburan jangkamasa panjang.   
     

       Ruj  :  1. http://www.veteranstoday.com  
                2. http://useconomy.about.com  
                3. Mr. Wiki









APA ITU MATAWANG RIZAB


Mata wang rizab atau mata wang utama, adalah mata wang yang dipegang dalam kuantiti yang besar oleh kebanyakan  kerajaan dan institusi-institusi sebagai sebahagian daripada rizab pertukaran asing mereka. Ia juga cenderung untuk menjadi mata wang perdagangan antarabangsa bagi PENETAPAN HARGA sesuatu produk yang diniagakan di pasaran global contohnya untuk penetapan harga  minyak, emas dan lain-lain.

Negara yang matawangnya diiktiraf sebagai world reserved currency memegang sedikit keistimewaan di mana , negara Ini boleh membeli barangan pada kadar yang lebih rendah sedikit daripada negara-negara lain . ( Negara yang mata wangnya tidak menjadi ‘ world reserved currency’  terpaksa membayar setiap pembelian dengan harga lebih tinggi sedikit dalam setiap urusan kos urus niaga mereka. ) Selain itu ia juga memberikan keistimewaan kepada  negara tersebut  untuk mendapatkan pinjaman  wang pada kadar yang lebih baik, kerana akan sentiasa ada pasaran yang lebih besar untuk mata wang itu daripada orang lain.  Contoh; dollar US telah lama digunakan sebagai  ‘ world reserved currency’.

Bagaimanapun disebabkan kecuaian , boros dan kegelojohan  US berbelanja , negara itu telah mencetak  wang mereka tanpa bersandarkan sebarang simpanan emas mereka dan bukan hanya US malah Greece dan hampir keseluruhan Eropah ( hingga menyebabkan krisis ekonomi ) kecuali German. German sudah memulakan langkah mengembalikan simpanan emas sebagai reserved negara dan sandaran wang mereka.

Tanpa kita sedari tempat US sebagai pemegang ‘ world reserved currency’ sedang diambil alih oleh kumpulan pemegang ekonomi ode baru yang menamakan diri mereka BRICS. Yea New Kids On the Block named BRICS yang kebanyakannya adalah negara dari ASIA.

         2.  http://www.zerohedge.com
                                                       
      Gambar dari file : www.telegraph.co.uk

Psst : Berbanggalah menjadi sebahagian dari Asia.

BERAKHIRNYA PETRO DOLLAR


PETRODOLLAR adalah satu sistem yang merujuk kepada pertukaran nilai dollar yang diterima oleh negara-negara pengeksport minyak dunia terutamanya OPEC yang terhasil melalui penjualan/pertukaran minyak mereka. Istilah ini dicipta pada tahun 1973 oleh seorang professor ekonomi yang bernama Ibrahim Oweiss dari Georgetown Universiti.

Petrodollar bukan bermaksud mata wang Amerika sebaliknya adalah penghasilan yang diterima dan kemudiannya boleh ditukar kepada petrocurrency -  ( merujuk kepada penggunaan mata wang sebenar negara-negara pengeksport petroleum itu tadi ). Selain negara-negara Timur Tengah, Kanada juga boleh dirujuk sebagai negara petrodollar kerana Kanada juga mengeksport minyaknya ke negara-negara lain.

Aliran masuk petrodollar ke negara-negera  pengeluar minyak ini sememangnya memberi kesan besar kepada nilai matawang mereka. Contohnya Kanada, peningkatan 10% dalam harga minyak 
memberikan peningkatan 3% dalam nilai dolar Kanada berbanding dollar Amerika.

1944 melalui Persidangan Bretton Woods telah mengukuhkan lagi  dollar Amerika sebagai mata wang resmi perdagangan antarabangsa malah juga sebagai matawang rizab global. Namun 1971 menjadi tarikh penting bila Amerika mula meninggalkan standard emas antarabangsa  dan US mula mencetak wang tanpa bersandarkan simpanan emas mereka. Sistem wang fiat mengambil alih dan mula diterima pakai oleh seluruh dunia lalu bermulalah fasa pertama keruntuhan petrodollar.

Namun disebalik kejatuhan pasti ada perkara lain yang mengisi ruangan....saksikan video di bawah 

                               
       2. Mr. Wiki

TUHANKU - CHAIRIL ANWAR


                                 Tuhanku dalam termangu
                                 Kusebut nama MU
                                 Biar susah sungguh
                                 Mengingatkan KAU penuh seluruh
                                 TUHANku cahaya MU
                                 Panas suci
                                 Bagai kerdip lilin
                                 Di kelam sunyi
                                TUHANku aku hilang bentuk
                                Kembara di negeri asing
                                TUHANku pintu MU ku ketuk
                                Aku tak bisa berpaling

                                                    
          ASALNYA OLEH PENYAIR TERKENAL INDONESIA  CHAIRIL ANWAR
                           Lagu DOA - Dendangan kumpulan Harmoni ( Zubir Ali )

Ini data dari Mr. Wiki
Chairil Anwar (26 July 1922 – 28 April 1949) was an Indonesian poet and member of the "1945 generation" of writers. He is estimated to have written 96 works, including 70 individual poems.
Anwar was born and raised in MedanNorth Sumatra, before moving to Batavia with his mother in 1940, where he began to enter the local literary circles. After publishing his first poem in 1942, Anwar continued to write. However, his poems were at times censored by the Japanese, then occupying Indonesia. Living rebelliously, Anwar wrote extensively, often about death. He died in Jakarta of an unknown illness.
His work dealt with various themes, including death, individualism, and existentialism, and were often multi-interpretable. Drawing influence from foreign poets, Anwar used everyday language and new syntax to write his poetry, which has been noted as aiding the development of the Indonesian language. His poems were often constructed irregularly, but with individual pattern

Jika aku memilih  -   Go as fas as you can and come back when you see the light.
La illa ha illallah
La illa ha illallah
La Haula Wala Quwwata Illa Billah Hil Aliyil 'Azim. '

Tiada Tuhan Melainkan Allah
Tiada Tuhan Melainkan Allah
Tiada Daya  Dan Kekuatan  Melainkan dari Allah yang Maha Tinggi 
Lagi Maha Mulia 
      
               Astagfirullah, Astagfirullah, Astagfirullahal ‘adzim
         LA ILA HA ILLA ANTA, SUBHANAKA INNI KUNTU MINAZZOLIMIN


 Aku mohon keampunan MU Ya Allah, 
 Aku mohon keampunan MU Ya Allah 
 Aku mohon keampunan kepada MU Allah Yang Maha Agung 
  
Tidak ada TUHAN yang sebenarnya disembah melainkan Engkau YA ALLAH. Maha Suci Engkau. Sesungguhnya aku adalah dari orang yang membuat zalim.

LAGENDA 1ST SIXTEEN....BELASAH !!

Apa ? BELASAH ???
Aku tak salah dengar ke ni ? Aku amati lagi butiran suara di hujung sana. Dan dia bersungguh-sungguh mahukan aku pergi ke sekolah itu sekarang juga. Dia sendiri tak dapat hadir kerana ada pertemuan dengan pegawai dari NIOSH. Aku jeling jam di dinding. Lagi 10 minit ke pukul 4 petang sedang langit sudah mula
mendung. Aku sendiri baru saja sampai ke rumah. Enjin kereta pun masih panas lagi. Aduh........

SUARA MENGILAI DI CABLE CAR GENTING



29hb Mac 2013

Kalau orang lain pilih bercuti pada hujung minggu. Aku pilih jumaat. Malas nak bersesak bila hujung minggu tambahan pula tempat ' hot ' macam Genting ni pasti ramai yang bakal mengunjunginya. Perjalanan yang tidak dirancang ini melakar kenangan indah bersama anak-anak.
" Kenapa tak nak bawa kereta naik Genting ma, mama kan dah biasa bawa kat cornering," Hafizul bertanya bila aku menolak idea untuk memandu ke sana.