Mari Letak Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MERDEKA Semerah Padi

Esok rakyat Malaysia sekali lagi merayakan hari kemerdekaan bagi negara tercinta ini. Esok merakam sejarah kemerdekaan yang ke 55 tahun. Aku bersyukur berada di bumi bertuah ini. Tanah keramat yang diserapi dengan semangat Hang Tuah, Dol Said, Mat Kilau, Pendekar Siamang Gagap, Rentap, Mat Salleh dan ramai lagi yang tak mampu ku sebut. Bukan sekadar merakam nama perwira-perwita Bukit Kepong yang berjuang sehingga syahid seperti Leftenan Adnan, Sarjan Jamil yang telah berjuang bermati-matian demi mempertahankan kedaulatan negara yang gemilang ini.


Seputar kisah di Aidil Fitri

Hari ini adalah hari ke sembilan dalam bulan Syawal. Pun begitu masih  ramai yang sibuk menyambung beraya setelah pulang dari kerja. Aku percaya hujung minggu ni pasti jem lagi di kebanyakan tempat di ibu kota dengan kereta-kereta bersesak-sesak di jalan-jalan raya. Tempat tujuanya pasti  rumah terbuka.

Bila kali terakhir aku up date blog ni ? Emmm 4hb Ogos 2012. Sejak dari tu ..no story. Time does not permit me to do an update on this blog. There are something disturbing my mind and i just can't cope with it. Akhirnya apa yang aku tuliskan dalam entri aku yang sebelum ini terkena batang hidung sendiri.
Itulah bila tepuk air di dulang terpercik ke muka sendiri .


Blogger atau GOBLOK ?


Kenapa ramai yang tertarik menjadi BLOGGER ?
Kerana semula jadi memang suka menulis ? Dulu tulis di dairi – baca sorang-sorang. Sembunyikan dairi tu jangan sampai orang lain tahu. Jangan sampai orang lain baca. Sekarang dah moden. Tulis dairi juga tapi dalam blog. Publish online, semua orang baca.
 Ada ke orang nak baca ? Hebat sangat ke bila orang baca ?