Mari Letak Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

I will do it my way


Nama saya Lina binti Mohamad Munir tapi bila ditulis dalam ic terus jadi Lina binti Md. Munir. Pejabat Pendaftaran malas nak tulis panjang-panjang kut. Terus buat short form. Mohamad Munir tak pasal-pasal disebut Mad Munir. Apa ??? Dah kahwin ???? Ermm....dah sangat. Heheheh...anak pun dah 6 orang ya. 

                                                        
Bercakap pasal ‘nama’ .....ermm, nama anak sulung saya lagi panjang Wan Nurfarah Assheqen binti Wan Arifin. Panjang kan ? Dulu saya nak namakan dia Farah Assheqen jer tapi papa dia tulah...nak tambah ‘ Nur’ katanya. Dah tu dia tambah lagi nama keturunan dia ‘Wan’. So....bila nak ditulis dalam ic punyalah panjang sampai tak cukup ruang. Habis kisah, nama anak je yang ditulis. Nama bapaknya pulak hilang. Bila buat apa-apa urusan orang selalu tanya puteri sulung saya, “ ehh....mana nama ayah awak ni ? Tak de bapak ke ?”  Bila buka akaun PTPTN di Maybank lagi sedap, di kad PTPTN tu hanya tertulis ‘ Wan Nurfarah Asshe’ ? Sabar aja lah.

Semenjak berhenti kerja lapan tahun sudah dari syarikat hartanah saya hanya berkerja sendiri dan menjadi surirumah tiga suku masa. Okeylah tu kan ? J Ada masa untuk bekerja, masa untuk uruskan anak-anak dan buat business health and beauty product online including marketing , and other things which i cannot mention here serta beberapa perkara lain yang saya suka di internet. Salah satunya yang ni lerr.

Blog ini adalah untuk saya menyatakan aspirasi, berkongsi kisah dulu dan sekarang. Malah juga untuk tempat untuk saya melahirkan pendapat dan harapan saya tentang masa depan. Kira-kira apa ya yang bakal saya tuliskan nanti ???