Showing posts with label masakan ikan. Show all posts
Showing posts with label masakan ikan. Show all posts

May 8, 2014



Kalau tak der lauk, makan nasi dengan acar ikan masin sahaja dah sedap. Simpan stok untuk hari hari lain. Bulan puasa boleh simpan stok. Saya suka masak acar ni sebab satu rumah bau wangi. Ni resepi yg saya buat untuk makan sendiri. Kalau untuk meniaga tu saya tak pasti macam mana nak adjust ketahanan dia. selalu saya simpan sebulan ajer lepas tu habis.

Acar Ikan Masin Talang

250g isi ikan masin talang (rendam , tos tukar air beberapa kali dalam sejam lebih)
minyak secukupnya utk goreng ikan

Bahan tumbuk/kisar
3 biji bawang besar
2 inci halia
2 inci kunyit hidup

rempah
1 tbsp ketumbar
1 tbsp jintan putih
1 tbsp jintan manis
(sangai dan kisar)

2tbsp cili kisar
1 tsp serbuk kari
1 tbsp biji sawi
2 batang daun kunyit
3/4 cawan cuka
1/2 cawan air
2 tbsp gula
1 1/2 cawan minyak (boleh tambah ikut suka)

hiasan
12 biji cili api
10 biji bawang merah kecil
5 biji bawang putih

Cara membuatnya:
-Panaskan minyak. Goreng ikan masin sebentar. Angkat dan tos
-tukar minyak baru, masukkan 1 1/2 cawan minyak.
-Tumis bahan kisar spt bawang, halia dan kunyit. Masukkan daun kari.Tumis sehingga wangi.
-Masukkan rempah kisar dan cili kisar tumis sehingga terbit minyak.
-Masukkan cuka, gula dan air. Masukkan bahan hiasan spt bawang merah, bawang putih dan cili api.
-Akhir sekali masukkan ikan masin. Rasa dan adjust ikut suka.
-Masak acar ni kena ada masam cuka dan manis gula. Kalau perlu tambah garam



Apr 23, 2014

Menu simple tapi sedap. Boleh buat banyak banyak untuk stok. Sedap makan dengan bubur , nasi dan kalau saya suka makan dengan roti. Kalau balik kampung teluk intan, ikan bilis sana cantik dan murah. Berbaloi.. 

Serunding Ikan Bilis

200g ikan bilis dah siang
3 ulas bawang besar
5tbsp cili boh
1 tbsp sos tiram
2 ulas bawang putih belah dua
1 asam keping kecil
masukkan ikan bilis dan bawang dalam mesin food processor.gaul dengan sos tiram, cili boh dan asam keping.
panaskan minyak. masukkan bawang putih sampai naik bau.masukkan bahan lain.goreng sampai kering.perisakan dengan garam. jgn lupa pakai non stick pan ya

Sep 19, 2012


Kalau pekena botok ikan dengan nasi panas,memang tak toleh kiridan kanan. Sedap botok ni terletak pada kekuatan rempah.Kalau rempah dimasak sempurna, cukup rasa,memang sedap. Menu ni terkenal di johor. Lagi-lagi time puasa,banyak dijual di pasar ramadan.

ni resepinya


Untuk rempah 

1-2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
seinci halia
seinci lengkuas
2-3 biji buah cekur
1-2 batang serai.
2 batang cili api
(hiris semua bahan dan masuk dalam mesin pengisar, blend halus-saya tumbuk semua bahan )
sedikit minyak untuk menumis
sebungkus rempah kari baba's
1/2 kotak santan kecil
2 sudu besar cili boh
2-3 sudu besar kerisek
sedikit air asam jawa
daun kunyit dihiris
garam secukup rasa.

Panaskan minyak, tumis bahan yang dikisar sampai naik bau. Masukkan cili boh , rempah kari dan  kacau. Masukkan santan ,air asam jawa. Kacau sebati. Akhir sekali masukkan kerisek, perisakan dengan garam dan tabur daun kunyit. Pes kenalah pekat. Kalau kurang pekat tambah kerisek. Bila masak, biarkan sejuk

Ikan tengiri dibasuh dengan air asam jawa.

Layukan daun pisang. Susunkan pucuk ubi kayu, daun kaduk (daun kaduk ni lynn potong 3), letakkan rempah tadi. Letakkan 1 hiris ikan tenggiri dan letakkan rempah lagi dan akhir sekali daun pucuk ubi dan daun kaduk.Bungkus botok dan kukus sampai masak. Lynn kukus pakai periuk trio selama 50min.

**kalau ada boleh tambah apa-apa daun seperti daun cekur dsb. Lynn pakai daun ubi kayu dan daun kaduk ajer)