Setelah 3 hari mummy publish pasal program 7 hari detox ni..terdapat 5 orang termasuk mummy yang berminat nak join program ni...so kawan2 terima kasih sudi join program ni..terima kasih sbb mummy tak keseorangan untuk diet...bukan apa sebelum ni diet ala2 nak tak nak jer...so mummy xtermasuk dalam kategori untuk dapat hadiah yer..mummy sekadar ingin teman untuk berdiet...
so mummy da update senarai peserta program...kalau ada yang nak tarik diri leh bagitau mummy yer..dan pada sesiapa yang ingin join sila tinggalkan komen di ruangan komen walaupun program detox da bermula tapi tarikh akhir detox tetap sama untuk setiap peserta iaitu 31/5/10 walaupun lambat join ok...pada yang nak tau syarat2nya boleh tgksini..
2) 1 bantal dengan nama peserta yang berjaya (contoh seperti di bawh)- sponsor bywani_ibu mia
3) Percuma 2 keluaran majalah rapi (1bulan)- akan diposkan pada hujung bulan..
so setakat ni dulu hadiah yg bakal anda dapat k..kalau ada sponsor lain mummy akan update later...
p/s- ada yang bertanya kalau xder blog bleh join ker? ok pada sesiapa yang tiada blog tapi berminat nak join leh hantarkan nama, berat beserta gambar timbangan dan gambar terkini ke dilla_sham@yahoo.com.sg..nati mummy akan update pic dalam blog mummy k
PADA PESERTA YANG DA JOIN SILA BUAT ENTRI PERTAMA ANDA TENTANG PROGRAM NI..SILA LETAKKAN PIC TIMBANGAN BESERTA GAMBAR DAN DETAIL DIBAWAH UNTUK MUMMY PANTAU...
-NAMA -UMUR -BERAT TERKINI -BERAT YANG INGIN DICAPAI
Apa pengumuman yang mummy nak buat ni..macam kecoh jer mummy ni kan...ermm ingat tak entri mummy sebelum ni pasal diet...memandangkan mummy nak misi mummy tercapai bulan 5 ni mummy nak ajak saper2 yang tengah semangat nak diet untuk join mummy dan kawan mummyibu_miani berdetox...idea asal datangnya dari kak zel..tapi telah di gubah ideanya oleh mummy dan ibu_miayang tengah bersungguh-sungguh nak kuruskan badan..so we olls ambik keputusan nak ajak uolls yang berminat join sama...
mesti nak tau hadiah baru nak join kan...camni..konsep detox we olls ni bukan semata2 hadiah tapi balik pada tujuan asal nak meramaikan dan memberi semangat sesama kita...maybe ada yang kata mummy tiru contest kak zel ni...ok mungkin ada persamaan tapi disebabkan mummy xleh nak join contest kak zel mummy buatla program ni..tp bkn contest yer...lebih kepada program....so hadiah xla sebesar mana
ok sebelum nak detox mummy nak bagitau DIET PLAN menu dan apa yg perlu uolls buat sebelum detox..info ni mummy dpat dari ibu_mia...
before detox
Preparing yourself mentally and physically is very important to the success of this diet. A few days before you plan to start you should make sure you have done the following:
1. Make sure you are doing it for the right reasons and determine what you intend to achieve
2. Drink 8-10 glasses of water each day to prime the body to shed weight as well as perform detox activities. Absolutely NOCAFFEINE OR ALCOHOL
3. Stock up on foods you need for the next 7 days – fruits, vegetables, skim milk, lean meats/fish etc.
4. Weigh yourself, and of course, take the following very seriously.
DAY 1 Fruits. All fruits are allowed except bananas
DAY 2
Vegetables. Either stir-fry or salads. Start the day with one baked or boiled potato to make up for loss of energy from Day One. Upto one teaspoon of olive oil can be used as salad dressing today.
DAY 3
Fruits and vegetables – as much as you want. No bananas and no potatoes
TIPS
Day 3 is an effective way of combining days 2 and 3 and getting the benefits of both days. Your body chemistry is changing because you are not getting any refined carbohydrates, saturated fats, excessive sodium and artificial flavour enhancers and additives. Your body is getting completely natural nutrition – which will optimize the weight loss process.
DAY 4
Bananas and milk. You can eat upto 8 bananas and 3 glasses of skim milk to restore potassium levels
Day 4 is meant to make up for the reduced levels of calcium (from milk), potassium (from bananas) and carbohydrates and fibre (from bananas). Although you are allowed to have 8 bananas today, you might not have the craving to eat all the bananas.
TIPS
Remember, in addition to bananas and milk, you can also have “Wonder Soup” today. Start your day off with 2 bananas and a glass of milk. For lunch, have a bowl or two of the soup. The vegetables in the soup will give you a sensation of feeling full. You can have another banana for desert today. Do the same for dinner.
DAY 5
Protein and Tomatoes. You can have a piece of meat/fish either grilled or baked for lunch and dinner with tomatoes.
Today is the day to make up for all the protein in your system. The meat will give you protein and if you consume fish, you will get your share of Omega 3 Fatty acids which do wonders for health. The tomatoes give you fibre and minerals – in particular lycopene which is a super-food for the human body. Eating the tomatoes will also aid in flushing out the system
TIPS
Day 5 will go by smoothly if you enjoy eating meat or fish. Vegetarians can substitute with tofu which is a rich source of high quality vegetable protein. Start your day with Wonder Soup or slices of tomatoes with salt and pepper. For lunch and dinner you can grill or bake the meat/fish/tofu. You can have this with the “wonder soup”. Try to eat cold water fish such as Salmon or Tuna – both of these are excellent sources of protein and contain the high levels of Omega 3 Fatty acids beneficial to the body. Omega 3 Fatty acids are one of the few compounds that the human body does not produce on its own hence it is essential to get it from an external source.
Remember to eat 6-8 fresh tomatoes today.
DAY 6
Protein and vegetables. Same as Day Five except, add more vegetables either in salad or stir fry form
Day 6 is a lot like Day 5 – only that you need to eat as many vegetables instead of restricting yourself to tomatoes.
TIPS
You can eat your meat/fish/salmon with vegetables (stir-fry or salad) and “Wonder Soup”. By now, your body is well under way with the weight loss and you will notice a difference in the way you feel and how your clothes fit today.
DAY 7
Fruits, vegetables and juices. Consume an assortment of fruits, vegetables and vegetable juices. Half a cup of brown rice is optional – but not recommended. You are now on your last day of the diet. You might feel a little weak this morning because your body has not consumed too much carbohydrate in the last 2 days. Today, you can eat fruits, vegetables and vegetable juices. Brown rice is optional but not recommended if you want to see weight loss.
Ok kesimpulannya makanan untuk uolls amalkan semasa proses detox adalah hanya buah-buahan / sayuran / bijirin dan ikan atau ayam yg hanya dipanggang/bakar atau rebus...sila take note yer...kalau nak makan nasi boleh dalam kadar minimum..sbb kita buat detox 7 hari...tiada paksaan..kalau xmakan lagi bagus...
kalau uolls xikut jadual tu pun xper janji makanan yg uolls ambik mesti berasaskan dalam menu yg diberi yer...tak nak yang berlemak dan berminyak..
3 hari yang tak detox tu terpulang uolls nak makan aper janji uolls jaga pemakanan dan maintain berat.ingat yer tujuan program ni untuk kurangkan berat dan mencapai misi uolls k...
ok meh tgk syarat2nya dulu...
1) Terbuka padasemuayang bersungguh2 ingin kuruskan badan xkira berat anda berapa yer..yang penting berapa banyak berat yang akan turun mulai dari tarikh detox sampailah penghujung program..(sila bagi komitment pada yang nak join yer) dan mempunyai blog
2)Tiada yuran sebab hadiah pada yang berjaya nati mummy yang akan sediakan iaitu sekotak SLIMMING AMPOULE berharga RM80..Kalau ada penaja lain pun mummy alu-alukan..kalau ada rezeki maybe dapat hadiah yang lain jgk yer...hadiah akan di update sekiranya ada pertambahan..
3) Program Detox bermula pada1/3/2010 - 31/05/2010.. tempoh detox selama 63 hari..
4) Detox selama7 hariberturut-turut dan akan berehat dari detox 3 hari selepas 7hari berdetox...kecuali kalau hari detox jatuh pada hari Sabtu dan Ahad...ini bagi membolehkan sesiapa yg ingin menghadiri majlis pada hari tersebut cth kenduri...tapi wajib sambung untuk cukupkan 7 hari..(mummy xnk bebankan uolls untuk program detox ni okey..mummy nak suma enjoy berdetox)
5)Wajibletakkan menu 7 hari berdetox..tanpa gambar pun xper..janji update..tak kira nak update setiap hari atau setiap hujung minggu...
6) Wajibattachkan gambar timbangan uolls setiap minggu selepas 7hari berdetox..attachkan jgk piccas uolls yang terkini dengan timbangan pada permulaan join contest ni yer..
7) Peserta program yang tidak cukup detox 7 hari seminggu secara automatik akan terkeluar daripada program ini...Sila jujur kalau ada yang terkantoi tak berdetox ok..
8) Bilangan peserta hanya10 orang (sekiranya mendapat sambutan, peserta hanya di hadkan kepada20 org sahaja)..ini bagi membolehkan mummy memantau setiap peserta..
9) Peserta dengan penurunan berat paling banyak layak menerima hadiah dari mummy..
10) segala produk untuk mempercepatkan proses penurunan berat dibenarkan...
okrasanya nijer kot syarat2nya...Tapi kalau uolls ada nak tambah atau tegur lehla komen kat bahagian komen yer...mana tau uolls tak paham ke..nak tambahapa2 ker..mummy sila kanidea2 dari uolls nati mummy akan update later...ok padakak zel..sori kalau mummy tiru idea program akk yer...mummy buat program ni sebagai teman mummy untuk mencapai misi mummy bulan 5 ni..nak masuk programkak zelxlayak...so uolls yang nak join sila tinggalkan nama n link blog korang kat komen ek...senang mummy nak update peserta nati..so kalau uolls rasa mampu silala join program ni..tapi pada yang nak join pastikan serius ok..
Akhir kata dari mummy
SELAMAT MENJOINKAN DIRI DALAM PROGRAM DETOX 7 HARI..
Waahh tajuk pasal kurus la plak...mummy ni asyik citer pasal nak kurus jer..kurusnya tak lagi..hehe...takpela sekurang-kurangnya mummy berusaha untuk kurus...
ok..mummy ada dapat email dari kawan mummy tentang diet ni...setelah mummy baca barula mummy tau kenapala diet mummy tak begitu menjadi..kenapala agaknya yer..meh sini mummy nak share info yang mummy dapat...maybe ada yang da tau pasal info ni..mummy jer yang lambat tau kot...
email yang mummy dapat tu tentang diet mengikut kumpulan darah...memandangkan mummy selalu derma darah so memang mummy tau jenis darah mummy..jenis darah mummy jatuh dalam kumpulan A...meh kita tengok diet yang sesuai untuk darah jenis A..
Diet untuk darah jenis A
Dr Peter J D´Adamo dalam bukunya menyarankan pemilik jenis darah A mengambil diet vegetarian dengan pengambilan makanan yang mengandungi lektin yang sedikit. Ini kerana jika kandungan lektin diambil dalam kuantiti yang banyak akan mengakibatkan masalah perut.Katanya, mereka yang mempunyai darah jenis A menghasilkan kandungan lendir lebih banyak berbanding jenis darah lain. Keadaan ini menimbulkan risiko terhadap penyakit jenis alahan seperti asma, infeksi telinga dan gangguan pada saluran pernafasan.
Sumber makanan berasaskan haiwan seperti ikan dan ayam boleh diambil tetapi dalam kuantiti terbatas. Individu jenis darah ini juga dianjurkan mengambil susu yang sudah melalui proses penapaian seperti susu masam, krim tanpa lemak, keju alami, telur dari jenis organik atau ayam kampung (dalam jumlah terbatas), lemak (dalam jumlah terbatas), kekacang dan bijirin dan susu kacang soya. Individu darah jenis ini perlu mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan dalam kuantiti yang banyak.
piramid makanan untuk vegetarian
so diet yang mummy kena amalkan adalah diet vegetarian...ermmm walaupun mummy bukanla suka sgt dengan semua jenis sayur tapi mummy akan cuba amalkan mulai sekarang...selain tu mummy kena amalkan makan buah-buahan dlm kuantiti yang banyak dan kurangkan daging dan ayam..so mummy da mula untuk diet jenis ni..ni mummy tunjukkan jadual makan yang mummy ambik..
pagi- jus super maxx..ni mcm gantikan jus buah jgk...
1 keping roti wholemeal milo panas
tengahri-sup sayur
- buah epal
malam- jus buah epal@orange
- sebelum tido- segelas susu soya @ susu rendah lemak
setakat ni mummy cuba hindarkan nasi tapi bukan tak makan langsung okey...tapi seminggu 2 kali mummy akan makan...tak pun mummy makan dalam kuantiti yang sikit dan lebihkan sayur..
ok..habis bab diet...kalau da kurus tapi tak fit tak best jgk kan..maksud mummy fit ni ialah korang penah tak tengok orang kurus tapi still perut menggelebeh..still ada spare tyre..ok oleh sebab tu mummy da beli supplement untuk hilangkan atau kurangkan selulit ni.. ok ni body contour gel dari Leesa Formula..krim ni elok untuk kurangkan selulit..agak panas tapi elok untuk perut mummy yang xcun ni..maklumla mummy c-zer tak berbengkungkan..
lepas mummy gunakan krim ni mummy akan gunakan korset..korset ni mummy beli jenama Beautiful premium set..memang harganya agak mahal tapi mummy rasa amat berbaloi untuk dapatkan perut yang kempis..wahhh kempis tu..hehe..tapi memang selesa sangat pakai korset ni...ni contoh gambar..agak malas untuk capture pic sebenar tapi sama seperti pic kat bawah ni yer..mummy akan gunakan korset ni setiap hari..yang bestnya walaupun pakai 5 hari still xberbau sebab dia nyah bau..lagipun mummy keja dlm air-cond so mmg xberbau...ok krim dan korset mmg mummy wajib pakai setiap hari..
selain dari benda di atas mummy jgk keluarkan peluh...ha kalau diet tapi peluh tak keluar pun lambat jgk nak kurus kan..so mummy akan pegi sauna 2@3 kali seminggu..ala xjauh pun mummy pegi..dalam bangunan umah mummy gak..free jer..so kemudahan yang ada harusla mummy gunakan..
lepas mummy sauna mummy akan sapukan thermo active ampoule kat seluruh bahagian badan mummy yang bermasalah..ok apa gunanya ampoule ni? ok sebenarnya mummy pernah pegi London Weights Management untuk trial..so free trial..masa mummy buat treatment tu lepas jer sauna dorang sapukan ampoule ni..uolls tau tak harga untuk satu tiub ampoule adalah RM150..Of coursela mahal kan sebab pusat pelangsingan ni memang nak duit lepas tu dorang charge untuk perkhidmatan dorang..sesiapa yang pernah buat tretment kat slimming centre mesti tau benda ni..so mummy beli ampoule ni sangatla murahnya dari slimming centre...amat berbaloi...lagipun seminggu mummy hanya gunakan 2@3 kali seminggu jer..
sebab apa ampoule di pakai selepas sauna? sebab lepas sauna pori2 kulit kita terbuka so daya penyerapan amat tinggi time ni..mudahla serap ke dalam kulit
waahh panjang tul mummy cerita kali ni kan..sekadar berkongsi cara mummy diet dan kurangkan saiz badan mummy yang makin montel ni..kalau ada yang baca entri mummy sebelum ni..mummy kan da target bulan 5 untuk dapatkan berat ideal..bukan saja berat tapi bentuk badan pun kena cantik..maklumla mummy teringin nak pakai baju2 kebaya yang da bersawang tu dan nak bergaya cam dolu2..hehe
pic selingan sebagai pembakar semangat..time ni saiz baju s atau m..saiz seluar 26..skang baju saiz L seluar plak 29..alahai..doakan mummy berjaya dengan misi ni yer..insyaallah mummy akan publish bentuk badan mummy bulan 5 nanti k..wish me luck ok.. time ni baru pas seminggu kawin..berat 48kg...
ha ni bentuk badan arini yang semakin berketul2..sangat tak suka..
ok mummy share jenis darah yang lain.. mana la tau uolls pun nak diet atau tengah diet kan...
Diet untuk darah jenis B Individu darah jenis B lebih fleksibel. Teori Dr Peter J D’Adamo menyarankan mereka menghindari makanan beku atau makanan dalam tin manakala sangat menganjurkan makanan berasaskan susu yang memiliki kandungan karbohidrat yang tinggi. Diet golongan darah jenis AB
Pola makan pemilik golongan darah AB adalah gabungan antara pola makan golongan jenis A dan B. Penyakit yang berisiko dijangkiti adalah sinus, infeksi telinga, dan gangguan saluran pernafasan. Pengambilan jenis makanan yang dianjurkan adalah hidangan laut, semua jenis telur (kecuali telur itik), susu fermentasi (melalui proses penapaian), minyak zaitun, minyak kacang soya, minyak kacang tanah, kacang tanah, semua jenis sayuran kecuali jagung, taugeh dan cendawan dan semua jenis buah-buahan kecuali jeruk. Diet untuk darah jenis O Dr Peter J D’Adamo menyarankan pemilik darah jenis O lebih banyak mengambil makanan berprotein tinggi, mengikut diet rendah karbohidrat dengan pengambilan ikan atau daging (kecuali daging yang diolah) serta sayur-sayuran yang banyak, telur dan kacang namun menghindari produk susu dan gandum.Beliau juga menyarankan mereka mengehadkan pengambilan buah-buahan.
Sebelum tu ampun yer kak ina sbb lambat bebenor tunaikan permintaan kak ina yg satu ni...baru arini teringat...ngee
Entri kali ni mummy nak tunjukkan skill mummy yg xberapa skill ni untuk mendeco kek..simple deco jer..da lama da mummy buat kek ni..time ni sbb nak sambut tahun baru dan sempena Sofea 6bulan...mummy tunjuk step by step untuk mendeco kek k..
step 1- lepas kek siap di bakar potong menjadi dua untuk buat layer..selalu uoll mkan kek kan ada filling kat tengah2kan..xkisahla filling aper..mengikut citarasa uolls k..ni mummy buat kek strawberry..
step 2- sapukan filling kat tengah2 then cantumkan semula kedua2 bahagian tadi
step 3- sapukan plak fresh cream untuk topping..mummy gunakan strawberry fresh cream
step 4- sapukan topping untuk bahagian tepi pulak..
step 5-ratakan sapuan keseluruh bahagian kek
step 6-bila da rata lehla start deco..so mummy buat simple deco jer..tp xcapture pic plak masa buat deco ni..so ni hasilnya..mummy gunakan gadget untuk dpt design camni..
step7- pastu mummy buat deco kat tepi dulu ngn warna pink yg terang skit..tips dia klu nak buat deco pastikan base topping warna lembut dari deco...cam ni mummy guna soft pink ngn light pink..
step 8- teruskan mendeco bahagian atas kek plak..still deco yg lebih kurang sama...tipsnya kalau nak deco jgn terlalu banyak design..nati nampak kek serabut..
step 9- oleh kerana mummy malas nak buat buttercream rose dengan rajinnya mummy guna rose yg siap ni jer..just tempek jer kat kek..senangkan?
step 10- da tempek bunga lehla buat daun..tp daun mummy buat yg buttercream...
tadaaa..ni la hasilnya..simple jer..untuk makan satu famili..ok la kan...abaikan muka mummy yg pucat itew k..
p/s-ada gak yg request suh mummy tunjuk skill deco barbie kek tu..ermm insyaallah mummy akan tunjuk nati k sbb aritu xtangkap gambarla...next time k..
Kali ni mummy nak share tentang perbezaan antara lelaki dan wanita..uolls msti da tau apa bezanya kan...tp mummy nak share mengikut kajian..mummy dapat info ni masa mummy pegi kursus minggu lepas. so mummy nak share kat uolls plak...tp kali ni mummy nak ambik dari sudut lebih mendalam...bkn sekadar beza yg selalu kita dengar...ok hope uolls enjoy...sebab masa mummy dengar pun terus kata dlm ati..a,ahla..betul..so jom kita tgk...
1) Wanita bercakap lebih banyak daripada lelaki?
Mengikut kajian dalam sehari wanita akan mengeluarkan7 hingga 8 ribupatah perkataan..ermm banyakkan?
Manakala lelaki pulak hanya mengeluarkan2 hingga 3 ribupatah perkataan sehari..
sebab tu orang kata perempuan ni banyak mulut...yg sering dikaitkan dengan mengumpat pun kaum wanita kan? tp xbermakna kaum adam x mengumpat yer...ok meh mummy citer aper hikmahnya Allah jadikan kaum wanita ni banyak bercakap..
Cuba kita tgk situasi kat rumah..kalau da ada anak saper yg akan lebih byk masa untuk berckap? ibu kan? contohnya ibu ni akan dodoikan anak..akan jaga anak sambil borak2 ngn anak..bila anak menangis ibu yg pujuk...so bayangkn kalu kemahiran bercakap takde atau kurang pada wanita..sifat kelembutan yg ada pada ibu yang membuatkan ibu lebih mahir dalam komunikasi...
ok dari sudut rumahtangga plak...contoh time balik keja...selalu orang kata ha cuba tgk kereta sebelah uolls time balik keja atau time nak g keja..kalau rancak berbual tu msti pasangan kekasih..kalau diam jer masing2 tgk depan tu msti pasangan suami isteri..ok meh mummy huraikan..ok selalunya kalau balik keja kita sembang dgn suami msti suami bagi respon yg sikit..contoh:
isteri: abang makan aper arini?
suami: nasi..
isteri: la nasi jer..lauk aper?
suami: ikan
isteri: ikan jer?xder sayur ker?
ha..kat sini da nampak kan yg wanita ni mmg banyak ckp..kesimpulannya kat sini kaum lelaki banyak abiskan waktu bercakap di tempat keja..sebab tu bila balik patah perkataan jadi kurang..sbb penat..tapi wanita tak..sbb wanita balik still kena bercakap terutama yg ada anak....sampai anak nak tido pun ibu still bercakap..betul x? so kaum wanita kalau suami kurang respon bila bercakap jangan ingat dorang x sayang kita okey..tp xsemua yer..mummy bercakap pada majoriti...
2) lelaki buta warna? wanita sukakan warna?
Mengikut kajian jgk kaum adam ni buta warna..ermm tp bukan buta warna xtahu warna apa hokey..maksudnya kat sini kaum adam xreti nak mix n match..tak macam kaum hawa yg semuanya kalau boleh nak sedondon..eh mstilah kan..kalau kita beli bju warna merah tudung pun kita nk warna tu match ngn baju tu..jarang kita tgk kalau pakai baju merah tudung warna hijau..msti nak match..kalau boleh beg ngn kasut pun nak sama warna..kalau lelaki xkisah pasal nak match ni..
sebab tu kaum adam kalau shopping ni dia x suka lama2..msti nak cepat..sbb dorang x terdorong dengan warna..sebab tu iklan kat tv atau jualan murah dorang suka gunakan byk warna..sbb wanita sasaran pihak pengiklan..kalau lelaki tgk iklan macam biasa jer..kalau wanita pantang ada jualan murah..pastu masuk mall pun berjam2 sbb warna2 dalam mall buat wanita rambang mata berbanding lelaki..so jelaskan kat sini..fuhhh panjang plak huraiannya..
3) wanita lebih jelas pada pandangan sisi? lelaki lebih jelas pada jarak belakang dan depan?
uolls tau tak apa maksud ni? okey meh mummy nak huraikan..
wanita lebih jelas pada pndangan sisi tetapi lemah menganggar jarak..
cuba uolls tgk situasi realiti..kalau perempuan bawak kereta time nak parking..ermm msti ambik masa nak parking kan..mummy xnak kata orang tapi mummy pun sama..ngeee..msti nak betul2 kan kereta berkali2..nak2 kalau parking ikut side belakang..susah nak menganggar jarak..ni mmg mummy setuju sgt2..tapi lelaki x...kadang2 sekali parking jer..kadang2 bunyi sensor keta da berbunyi2 pun lelaki relax jer berbanding wanita padahal jauh lagi..betul x?
tetapi wanita sangatla expertnya bab pandangan sisi berbanding lelaki..contohnya kalau nak tgk seseorang tanpa pandang terus pada orang tersebut..
wanita A- eh B cuba ko tgk tepi tu..eii tah apa2 tah..pakai baju xcantik langsung..(sambil memandang mengunakan ekor mata)
wanita B-(pun sambil memandang mengunakan ekor mata)..a,ahla you..eii xsesuai..
ha nampak tak? wanita hanya memandang sisi jerkan untuk melihat seseorang supaya orang yg dituju xperasan pun yg dia sedang diperhatikan..hehe uolls penah lalui x situasi ni..ngee..
tetapi kaum lelaki tersangatla lemah untuk melihat pandangan sisi..contohnya..cuba uolls tgk kalau lelaki nampak perempuan cantik cam ner dorang tengok?? ermm mana boleh tgk pandangn sisi..msti toleh dua kali punya..siap ternganga lagi..kalau boleh nak tgk sampai perempuan tu hilang dari pandangan mata..kan? tp bila di fikir balik itulah realitinya walaupun bkn semua tapi kebanyakkannya...
4) wanita sensitif berbanding lelaki?
Yang ni sure uolls tau kan..xperlu dipertikaikan lagi..tapi mummy nak huraikan ngn contoh2nya sekali supaya uolls puas ati..
wanita tersangatla sensitifnya..kadang-kadang hal kecik pun bleh jadi kecik ati..contohnya kalau kawan yang selalu g lunch ngn kita tiba2 x ajak kita..uolls kecik ati x?ermm jgn tipu x baik okey..tapi kaum adam kalau kawan xajak makan sama ada dorang kesah..xder maknanya dorang nak kecik ati..hehe..
contoh yang lain plak...wanita2 yang da penah melalui saat2 melahirkan anak pasti pernah terluah dalam ati kata sumpah xnak beranak lagi...tapi tup..tup mengandung gak..sebab apa? sebab sifat sensitif dalam diri wanita..bila tgk orang lain mengandung rasa teringin padahal da kata xnak..ni la wanita sangat sensitif...kalau lelaki mummy rasa lum tentu leh buat apa yg wanita buat iaitu mengandung dan melahirkan...sebab tu sifat sensitif Allah kurniakan buat wanita..
selain tu..wanita yang da ada anak..masa uolls tido penah x uolls terhimpit ker..tersepit anak2 uolls..rasanya xpenahkan..mummy berani kata camni sbb mummy da laluinya..padahal mummy ni tido lasak gak..tp bila da ada anak automatik jadi xlasak..kalau anak nangis pun sama..saper yang akan terjaga dulu? ibu kan? sebab apa? sebab sifat wanita yang sensitif..kalau lelaki bukan x sensitif tetapi kurang yer..jgn salah anggap yer kaum adam..
so ni la antara perbezaan antara lelaki dan wanita yang mummy rasa mmg terjadi dalam kehidupan sehari-hari..yang lain banyak lagi tapi semua klise..da selalu dengar dan semua tahu..so tujuan mummy buat entri ni bkn nak cari perbezaan semata2..sekadar berkongsi maklumat dari apa yang mummy dapat...maaf kalau apa yang mummy tulis ni ada yang x puas ati..biar apapun perbezaan antara lelaki dan wanita namun ia saling memerlukan antara satu sama lain...so renung2kan...dan selamat beramal..ngeee..
p/s-nati mummy kongsikan lagi info lain untuk uolls k..hehe ada ke nak baca...
blog ni aku dedikasikan buat suami dan puteri kesayanganku..segala cerita suka dan duka mummy kongsikan dlm blog ni..tak ku lupa pada yg sudi jd member dan sudi berkongsi cerita dgnku.....salam ukhwah dariku buat semua...
isteri kepada suami yg loving n caring Badrisham Bin Sulong dan seorang mummy bekerjaya kepada seorang puteri yg comel Nur Sofea Aamilyn..obses ngn kecantikan dan warna pink...
Perhubungan yg terjalin lebih 2thn telah kami akhiri dengan ikatan perkahwinan pada tanggal 25/1/08 iaitu pada bulan kelahiran kami berdua..semoga ikatan perkahwinan kami akan kekal dan bahagia hingga ke pintu syurga..AMIN
25/01/2008
26/01/2008
preggie of Sofea
OuR LiL CuTe pRiNcEsS
Nur Sofea Aamilyn permata hati yg kami tunggu2 slpas aku kguguran thn lpas...alhamdulillah Allah murahkan rezeki kami..pada tanggal 3/7/09 tepat jam 11.54pm lahirla puteri hati kami di Hospital Putrajaya dgn berat 3.47kg secara c-zer..Aku bersyukur dgn kurniaanMu ini Ya Allah..semoga sofea menjadi anak yg solehah..amin