My Followers

Tentang Rohas, family dan segalanya yang berkaitan dengan hobi Rohas....


Monday, May 30, 2011

Tureen Johnson Bros Indian Tree

Salam Petang Isnin.

N3 ringkas ptg Isnin.....Tureen Johnson Brothers Indian Tree.
Walaupun sebelum ni dah dapat tureen IT Wedgewood, hadiah GA dari Al-Kesah.
Tapi tureen IT JB ni cun sgt....beli pun sebelum dapat hadiah GA lagi.
Layan jer la ya....


Tureen JB ni dalamnya ada tree.....cantik....

Dulu seorang, kini berdua....saiznya pun berbeza.



Sekian dulu....tata....

Tuesday, May 24, 2011

Santai2 Di KL Tower....

Salam sejahtera.

N3 ni sepatutnya Rohas n3 2 hari lepas,
tapi disebabkan batt kamera dah kong,
pastu uploading punya ler lembab sgt2,
hingga ler tertunggak sampai hari ni.

Sempena Wedding Anniversary Rohas yg ke-21 kelmarin (20/5/2011),
kami 1 family santai2 ke KL Tower.
Rohas yg cadangkan pada Hubby, kitorang High Tea kat KL Tower
sbb Adik (my little Syahir) tak pernah sampai lagi ke sini.
Iya la umur dia pun baru nak masuk 5 tahun....

Pemandangan bandar Kuala Lumpur dr atas Restoren Berputar. Cantik sgt2......

Sebelum naik ke atas, Adik posing dulu.....hehehe

Nak makan pun kena beratur.....amik tiket....huhuhu

Mama & Abah pun nak posing jugak......layannn....
Sebab dah terlalu lapar.....Rohas terlupa nak snap gambar2
makanan yg dihidangkan di Restoren Berputar ni....hehehe.
Tapi pada Rohas berbaloi jugak ler makan di sini sambil melihat pemandangan Kuala Lumpur.


Adik la yg paling happy sekali.....sbb 1st time ke sini. Jakun la jugak....hehehe

Putera & puteriku dengan Abah.....
Syafiq gurau2 dengan Abah sebelum masuk U......next weekend.
Lepas ni...kena bergurau senda dgn buku pulak ya...


My heroes........


My precious.....Mama luv uols...

Masih romantik lagi.....walaupun dah jadi Pengantin Lama......kikiki



N3 ni Rohas buat untuk catatan diri sendiri,
bukan ler nak menunjuk2 ataupun bermegah2.
Pada yg sudi singgah, terima kasih byk2 Rohas ucapkan.
Jangan lupa singgah lagi ya......daaaa.

Tuesday, May 17, 2011

Single Rose......Yang Single

Salam Petang Selasa.

Hari ni cuti Hari Wesak....so ramai ler collector yg
keluar hunting PML, hunting almari antik,
make over almari antik, susun atur PML,
pendek kata macam2 ler yg derang buat cuti2 nikan.

Ketika Rohas lap2 teko, cawan tadi....ternampak la pulak
1 set cawan duduk tersorok di celah almari.
Dah lama rupanya cawan ni tersembunyi di ceruk alamri tu....
kesian pulak tgk cawan ni tak de geng.
Nape la Rohas boleh tak perasan si cawan yg cantik ni
tak display kat luar....ish...ish...

Jom ler....kita jamu mata cuti2 nikan.
v
v
v
v

Bak kata otai Yatt....kecantikan yg tersembunyi.

Bila piring tu ditegakkan, terserlah ler kecantikan ros tukan....

Pandangan bunga ros dari atas.

Tangkai cawan yg unik, gold rim-nya pun tebal.

Set cawan ni datangnya dr jenama Windsor, England.


Happy holidays......daaaa.

Sunday, May 15, 2011

BLUE SEASHELL or KERANG BIRU

Salam Petang Ahad.

Kelakar pulak bila PML ni Rohas panggil Kerang Biru, macam janggal jerkan....
Tapi collector semua tahu yg bunga ni orang panggil Seashell.
Koleksi bunga ni semuanya ada 4 kaler....Merah, Biru, Hijau Muda & Hijau Tua.
Tapi si Biru jugak yg jadi pilihan hati....

Walaupun bentuknya simple jer....kaler biru tu menaikkan serinya.
Tak tahu lah kalau pandangan orang lain tak cantik....
yg penting Rohas suka....(Aiman tak kisah.....)

Biru turkoish ni mmg my fav.....so klu dah nampak tu mmg x boleh nak corner2,
mesti rembat F1 punyaaaa.....



Mula2 dulu terjumpa si Aladin ni di Loken. Murah sgt reganya.
Walaupun topinya cedera tetap kurembat jua....

6 bulan selepas tu....terjumpa pulak dgn 2 bersaudara ni, ikhsan dr seorang sahabat
yg tinggal di N9.
Sukanya hati....lalala...

Baru2 ni dapat pulak 3 cawan ni dr. Klang...1 set ML, 2 set cawan SIKU. Suka....suka...suka...
Walaupun baru dapat 3 set tp Rohas suka sgt....mudah2an esok lusa dapat ler lg 3 set.

Si Kerang Biru dah berkumpul semuanya di Teratak Rohas.


Sekian dulu n3 kali ni, selamat menjamu mata....daaaaa.

Monday, May 9, 2011

MY 1ST KOPI TIAM

Bertemu kembali.....
Kali ni bersiaran dgn koleksi Kopi Tiam Biru yg baru nak bermula.
Dulu2 tak rasa nak collect set Kopi Tiam ni, maklum ler,
asyik2 nampak si Hijau jer....bila ternampak si Biru ni
macam rare jer....dah terjumpa di depan mata, apalagi rembat ler...


Permulaan tersuka dengan koleksi Kopi Tiam ni bila tengok kawan punya,
tak lama selepas tu...Rohas terjumpa sendiri cawan Kopi Tiam ni.
Dapat 2 biji tanpa piring...

Bermula dari situ....dapat lagi 4 set cawan Kopi Tiam bunga biru yg sama.
Dah meriah sikit keluarga nikan....

Walaupun cawan2 ni bunganya sama tapi cuba tengok pada tangkai cawan tu....berbezakan...
Cawan2nya tanpa chop tp piring2nya tertulis Japan.


Sampai ketemu di lain siaran....daaaaa.

Sunday, May 8, 2011

HAPPY MOTHERS DAY

Assalamualaikum.


Selamat Hari Ibu kuucapkan pada ibuku tersayang...
Hajah Rahimah Arshad & ibu mertuaku Hajah Maradiah Kassim.
Semoga mereka berdua dirahmati Allah sentiasa dunia & akhirat.

Anakmu ini selalu mendoakan semoga ibu2ku sihat walafiat,
dipanjangkan umur, murah rezeki & sentiasa berbahagia di samping anak2 tersayang.

Walaupun daku berjauhan darimu ibu....
namun dikau sentiasa dlm ingatanku,
namamu sentiasa terucap dibibirku tiapkali aku berdoa selepas solat....
x pernah sekalipun kulupa akan kamu...ibu....


Ibuku yang tiada tandingnya di dunia & akhirat.....rindu & sayang ibu.


Ibu mertuaku yg sudah kuanggap seperti ibuku sendiri,
kebaikanmu tak terbalas olehku,
jasamu akan selalu ku kenang.


Rohas ucapkan Selamat Hari Ibu pada semua rakan2 blogger yang bergelar
ibu, mak, mummy, mama, umi, dsbnya.....
semoga ibu2 semua sentiasa dirahmati Allah dunia & akhirat.

Sekian, salam sayang.

Sunday, May 1, 2011

Meakin Sunshine Tureen....My Latest Findings

Assalamualaikum.

Rohas nak share Tureen Meakin Sunshine yg baru jer dapat.
Teruja dengan tureen polos ni, terus jer snap & buat n3.
Kalau PML yg kaler kuning2 ni mmg susah sgt nak dapat,
so, ni kira rare ler ya....
Jom tengok tureen ni......layannn




Sekian dulu, selamat menjamu mata
& selamat bercuti.
54489-238-BD4B8B32DB6D5CAFD2879951CD83A65E