:: Sponsored By ::

Showing posts with label Kehidupan. Show all posts
Showing posts with label Kehidupan. Show all posts

Adab Dalam Bersahabat

Posted on March 18, 2010 by Purpleroses

Sahabat, kawan, teman adalah orang yang rapat dengan kita selain ibu bapa, suami atau isteri, adik-beradik, keluarga, atau saudara-mara.

Semua orang mempuyai sahabat samada ramai ataupun tidak. Kita perlukan sahabat atau kawan dalam kehidupan kita seharian. Kawan untuk berbual, bercerita, berkongsi masalah dan sebagainya. Waktu suka duka, sakit kita dia ada..itulah sahabat. Bila saat gembira tertawa bersama, saat berduka sama-sama duduk bermuram durja.

Dalam bersahabat, perlukan keikhlasan dan kejujuran. Adakalanya tersalah cakap atau terkasar bahasa..semua tu harus saling memaafkan dan memperbaiki diri. Kawan harus sentiasa ada di kala susah senang. Walau kita dalam keadaan bosan, marah, sakit, kita harus melayan sahabat seperti biasa. Contohnya apabila seoarang sahabat menhantar SMS bertanyakan sesuatu, kita buat xtau sebabnya kita demam..rasa xsehat untuk melayan sahabat kita. Cuba kita di tempat sahabat tadi?

Jika kawan bercerita masalah mereka, harus mendengar. Walaupun mereka tidak mengharapkan kita untuk menyelesaikan masalah tersebut, sekurang-kurangnya ia boleh meringankan beban perasaan apabila diluahkan. Jangan pula kita menjaja cerita kepada orang lain pula. Tak baik dalam bersahabat.

Seperti lagu nasyid ini, Kawn dari UNIC.

Kawan jangan biarkan dirimu
Seperti rama-rama
Cantik namun akhirnya menjadi perhiasan di dinding
Kawan jangan biarkan dirimu
Umpama lipan dan kala
Berbisa namun akhirnya menjadi perhiasan di meja tulis
Oh! Kawan jadilah seperti si matahari
Membakar diri demi insan sejagat
Oh! Kawan jadilah seperti bulan purnama
Menerangi malam yang gelap gelita
Menunjukkan jalan demi ummat semesta

Adab-Adab Bersahabat:-  (sumber: PPIMI.ORG)
Terdapat banyak adab yang dituntut dalam Al-Quran dan As-Sunnah berkenaan hal ini. Di sini saya cuba sertakan beberapa daripadanya.

Khabarkan kepada saudaranya bahawa dia mencintainya kerana Allah


Berkenaan dengan hal ini, mari kita renungi sabda Rasulullah s.a.w:
“Jika salah seorang daripada kamu mencintai saudaranya, hendaklah ia memberitahu kepadanya bahwa dia mencintainya” (Ahmad, Abu Daud, Al-Hakim, Ibnu Hibban. Lihat: Sahihul Jami’)
Dalam hadith yang lain, ada disebut “mencintainya kerana Allah” (uhibbuhu fillah). (Ahmad)
Syeikh Abdul Aziz Fathi As-Sayyid Nada memberi komen tentang hal ini: “Selayaknya seorang muslim tidak merasa segan atau malu untuk menghidupkan sunnah Nabi musthofa s.a.w, menyebarkannya dan menampakkannya di tengah-tengah manusia. Bahkan, ini merupakan amal soleh yang sangat agung, yang akan terus mengalirkan pahala baginya.” (Mansuu’atul Aadaab Al-Islamiyyah)

Mengucapkan salam
Hal ini ada disebutkan dalam hadith berikut, telah bersabda Rasulullah s.a.w:
Hak muslim atas muslim yang lainnya ada enam. Para sahabat bertanya: “Apa sahaja, wahai Rasulullah?. Berkata Rasulullah s.a.w: “Ucapkan salam jika berjumpa denganya. Jika ia mengundang kamu, maka penuhilah undangannya. Jika dia meminta nasihat, maka berilah nasihat. Jika dia bersin dan memuji Allah (mengucapkan Alhamdulillah), maka ucapkanlah tasymit (Yarhamukumullah). Jika ia sakit, maka jenguklah dia. Jika dia meninggal dunia, maka iringilah jenazahnya” (Muslim)

Memenuhi undangan
Berdasarkan hadith di atas tadi, ada disebut bahawa memenuhi undangan adalah hak yang perlu disempurnakan. Sekalipun kita berpuasa, kita harus cuba memenuhi undangan yang diterima. Rasulullah s.a.w bersabda:
“Jika salah seorang daripada kamu diundang, hendaklah ia memenuhi undangan tersebut. Jika dia sedang berpuasa (sunnah), hendaklah ia mendoakan pihak pengundang. Jika dia tidak berpuasa, maka makanlah” (Muslim)
Namun, menurut penjelasan Al-Ustaz Abu Bakr Jabir Al-Jazairi, jika majlis tersebut boleh memberi mudarat kepada agama atau tubuh badan seseorang, maka undangan tersebut boleh ditolak. (Minhajul Muslim)

Memberi nasihat jika diminta

Mengucapkan tashmit ketika saudaranya bersin
Mengucapkan tashmit adalah hak yang keempat disebut dalam hadith enam hak muslim tadi. Tashmit bermaksud ucapan “yarhamukallah” (semoga Allah merahmati kamu).
Apabila seseorang muslim bersin, dia dituntut untuk mengucapkan “Alhamdulillah”. Orang yang mendengar hal itu perlu mengucapkan tashmit. Setelah itu, orang yang bersin perlu mengucapkan “yahdikumullahu wa yuslihu baalakum” (semoga Allah memberi hidayah dan memperbaikkan keadaan diri kamu). Hal ini ada disebut dalam hadith sahih, riwayat Al-Bukhari.
Jika orang yang bersin tidak mengucapkan Alhamdulillah, maka tidak perlu ucapkan tashmit. Rasulullah s.a.w bersabda:
“Jika seorang daripada kalian bersin kemudian memuji Allah, maka ucapkanlah tasymit kepadanya. Jika dia tidak memuji Allah, maka jangan kamu ucapkan tashmit kepadanya.” (Muslim)

Menjenguk saudaranya ketika dia sakit
Ini adalah hak kelima disebutkan dalam hadith hak muslim tadi. Menziarahi saudara muslim yang sakit adalah satu adab yang begitu bernilai. Renungi hadith-hadith berikut:
“Barangsiapa menjenguk orang sakit maka ia tetap berada di khurfatul jannah sampai dia kembali. Para sahabat bertanya: “Apa itu khurfatul jannah wahai Rasulullah?” Baginda s.a.w menjawab: ‘Janaaha’ (kebun yang sedang berbuah di syurga)” (Muslim)
“Tidaklah seorang muslim menjenguk saudaranya sesama muslim yang sakit di pagi hari, melainkan 70000 malaikat akan mendo’akannya sampai waktu petang. Apabila dia menjenguknya di waktu petang, maka 70000 malaikat akan mendo’akannya sampai waktu pagi. Dia pun akan mendapatkan taman di syurga” (Abu Daud, Tirmidzi dan Ibnu Majah. Menurut Tirmidzi, hadith ini hasan)

Mengiringi jenazah saudara seislam
Jika ada sahabat kita yang meninggal dunia, maka ikutilah jenazahnya dari mandi, solat dan pengebumian.
Setelah dia ditanam, kita dituntut untuk mendoakannya. Rasulullah pernah berkata kepada para sahabat setelah selesai proses pengebumian seorang sahabat yang telah meninggal dunia:
“Mohonlah keampunan untuk saudaramu dan mohonlah keteguhan hati baginya, kerana sekrang dia sedang ditanya” (Abu Daud dan Al-Hakim. Disahihkan oleh Al-Hakim, dipersetujui oleh Az-Dzahabi. Lihat Sahiihul Jami’)

Mendoakan saudara seagama


Berdoa untuk kebaikan saudara seislam bakal memberi manfaat yang besar untuk diri kita, ini kerana berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w:
Tidaklah seorang muslim mendoakan saudaranya yang tidak berada di sisinya, melainkan berkata para Malaikat: Dan bagi kamu seperti apa yang kamu doakan (Muslim)
Maksudnya, kalau kita mendoakan sesuatu untuk seorang muslim yang lain, Malaikat akan mendoakan hal yang sama untuk kita.

Saling memberi hadiah sesama muslim
Berkenaan dengan memberi hadiah, jelas disebut dalam hadith Rasulullah s.a.w:
“Saling memberi hadiahlah sesama kamu, maka kamu akan saling mencintai” (Bukhari)
Berkenaan dengan larangan menolak hadiah, ada disebut dalam hadith Rasulullah s.a.w berikut:
“Penuhilah undangan orang yang mengundang dan janganlah menolak hadiah..” (Bukhari, Ahmad, At-Thabrani dan Al-Baihaqi. Lihat: Sahiihul Jami’)

Menutup aib saudaranya
Telah bersabda Rasulullah s.a.w:
“Barangsiapa menutup keaiban saudaranya di dunia, maka Allah akan menutup aibnya di hari Kiamat” (Bukhari dan Muslim)

Tidak memboikot saudaranya (tidak lebih tiga hari)
Hal ini jelas dilarang oleh Rasulullah s.a.w dalam hadith berikut:
“Tidak halal bagi seorang Muslim memboikot saudaranya lebih dari tiga hari. Jika keduanya berjumpa, maka yang satu berpaling dan yang lain juga berpaling. Yang paling baik di antara kedua mereka adalah yang terlebih dahulu mengucapkan salam” (Bukhari dan Muslim)

Pada hari itu sahabat-sahabat karib: Setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan takwa (iman dan amal soleh).

( Az-Zukhruf,43:67)

 

This Template is Brought to you by : AllBlogTools.com blogger templates

Blogger Templates