Monday, August 29, 2011

Aktiviti sebelum raya | Photoshoot Masjid Selat Melaka dan Majlis Berbuka Puasa

Assalamualaikum...;)


Saya dijemput oleh pak Artoukgraphy Kisscamera untuk menghadiri Photoshoot Muslimah and Majlis Berbuka Puasa yang telah diadakan di Masjid Selat Melaka pada petang semalam. Around 4.00p.m. to 8.00p.m. I went there with my BFF, NurFarhanah atau nama manjanya angah or ana or na..heh3 :P
Ok this is my first time shooting with MUA from Suhaib Make up & Beauty. Hasilnya memang perghh! Aku tak tahu nak cakap apa. Jap lagi tengok gamba ea? The important thing is superb! Tu je aku boleh cakap. Hehe. I not alone being the talent yesterday, yet ada lagi seorang talent yang anggun lagi menawan. Kakak ni cantik gila you alls! Admire gila nih kat dia! Woot~ woot~ hehe. Rasanya tadi ramai kot photographer(s). Selain Artouk ada  Abg Latif, En. Azim Idris, Solo Sniper, En. Suhaimi and many more.  Tapi memang best, satu lagi experience yang aku dapat. Terima kasih pada yang terlibat menjayakan majlis ini ya!. Then sesudah berphotoshoot kami pun bergerak ke restoran asam pedas area Taman Kota Laksamana, Melaka.
Let’s take a look at those pictures

















Uiii..akak cun ni pakai braces uii...rindu plak dengan my braces yang dulu tu..huhu 







Tu diaaaa make up aku bukan main lagi..hehe. Lawa tak makeup tu? Agak tebal bagi aku dan agak asing bagi aku ..cehh. Tapi aku suka. Bukan pergi mana-mana pun kan. Shoot je. Heh. Note that, this is my first time wearing the eyelash. OK boooo me~~ huhu ><

Do viewing this blog ( Azim Idris) too because another creative photography by other photographer!


Happy reading :)

~peace~





Saturday, August 27, 2011

Aktiviti sebelum raya | Almond London

Assalamualaikum...;)

Hari ini adalah hari pertama aku bercuti raya. Malam semalam aku sampai rumah dalam pukul 10 malam lebih kot. Punyalah semangat nak balik, sampai tak sempat nak berbuka last2  berbuka dalam kereta. Nasib baik mak bawa bekal nasi goreng..kih3. Pagi Jumaat ni tadi aku dan askar-askar aku ( adik and mak ) bersiap sedia untuk membuat kuih raya. Actually, this is not the first kuih raya yang mahu dibuat tapi dah banyak dah mak and adik aku buat  sebelum aku balik lagi.Macam-macam jenis ada. Tapi hari ni punya kuih raya biar aku je yang buat. Ulang balik ea AKU JE YANG BUAT. Hak3. Tapi ..ceitt! ada tapi tu.haha. Adik I ada tolong buat sekali. Heh. Kuih yang kami buat tadi ialah kuih Almond London. Resipinya di ambil dari mama kami. 

Resipinya:


300g mentega/planta
110g gula
1 biji kuning telur
1 sudu aisen vanilla
Sedikit serbuk penaik
Badam hancur 3 sudu besar
200g tepung jagung
300g tepung gandum
badam


Cara-caranya fikir sendiri. HAHA







Kidding mehh!~ tapi kalau bagitahu pun sure u all dah tahu kan?
Senang je. Firstly, campurkan semua bahan2 tu. Dah siap! Haha
Then, bakar..beberapa minit je. Pastu, cairkan coklat masakan. Next, leh salut kuih tadi tu dengan coklat tersebut. Lastly, tabur badam yang kecik2 tu ke atas kuih.
Sorry ini bukan buku resepi so, cara-caranya tak berapa nak proper la..sebab I tak pandai nak ajar orang..kih3 :P
Tapi kalau yang serious tak tahu langsung tu boleh la tanya! Haha









sebelum

sebelum jugak

semasa  boleh?? hak3

selepas

yang kat atas ni, dah siap packing masuk dalam ape nama ni ek? telab? balang? ntah apa ntah namanya kan, aku punya nak bawa balik kolej nanti..heee~

Almond London ni nmpak mcm lain kan? Sampul dia je lain ok. Rasa pasti sama! Kih3! Perasan plak..hak3
Kami buat 2 round. Tapi yang second round punya adik aku dah penat so dia p tido. Yang second round ni untuk my nenek. HEHE. Baik tak aku?? hak3

Sorry nek, comot sikit. Tapi ikhlas auuu! ;P


~peace~

ok. tu je aktiviti aku hari ni. Wait for the next activity ok? I will update soon. InsyaAllah. Bye~


: apa nak buat esok ek? hmmmmmm~




Saturday, August 20, 2011

Hujan + Genting = takde kena mengena!! haha XD

Assalamualaikum..;)

warning : sorry if this entry was so heavy

happy reading :)

Tengah boring-boring nih, hujan pulak tu, aku teringat pula waktu pergi genting highlands dengan akak aku and sorang kawan dia haritu. Masa tu ingatkan tak sejuk tapi sejuk pulak mybe sebab hujan kot. Dulu aku pernah pergi tapi takde la sejuk mana But baru2 ni pergi sejuk bukan main lagi.. Hujan agak lebat waktu tu. Dengan suspicion aku mula2 yg ingatkan genting tak berapa nak sejuk, maka nya aku pun tak bawa warm cloth ke baju lain ke apa2 ke yang boleh cover diri aku daripada sejuk yg amat tuh!. Akak aku ada bawak sehelai pashmina. Sehelai! Sehelai je tau! Haha. Aku tahan je lah sejuk tuhh. Kitaorg mulanya nak naik bas yg Go Go Genting tu..yang memang dikhaskan untuk ke Genting tapi waktu tuh bas tu takde, ada satu je, tu pun dah jalan dah. Last2, naik kereta sewa! Sekepala rm67 hinggit! TAPI siap pakej la kan..67 tu including naik cable car, main2 outdoor dan sebagainya. Ok lah tu kan? Dari pergi sendiri. Time tu, kami bertolak dalam pukul 9 lebih pagi . Sampai Genting dalam pukul 11 pagi kot. Ntah lupa plak..heh3. Sampai2 je Genting memang terasa sejuk. Sebab waktu tu pagi lagi and kabus bukan main tebal!. And then, we all terus naik cable car. 

This is my second time naik cable car. And the first one masa from3, waktu naik tu , cable car terhenti tiba2! Lama juga la..Tapi sebenarnya takde pape pun, dia berhenti pun sebab nak  tunggu penumpang yang lain naik pula.hehe. waktu tu memang takut la sebab budak kecik lagi kan, tak tahu pape. Heh. Dalam cable car bergamba sakan. Haha. Tak kesah dah nak goyang2 ke nak berhenti ke.haha. Alhamdulilah selamat sampai dekat genting highlands tu. Apa lagi kami pun terjah lah segala permainan yang ada..cehh segala tu macam try semua permainan je kan? Padahal tak pun!! Haha..Ada permainan baru namanya flying coaster . yang macam spider man tu, meniarap bagai. Ingatkan nak try naik tapi si budak baju hijau tu kecut perut plak. HAHA!. So, tak merasa lah naik.kih3. Pastu , naik benda lain macam nih:
 The mushroom ride (the spinner) (fast)
 space shot(veru fast)
 pirate ship(moderate fast)
.monorail (moderate fast)
 Pirate train (slow)




1. Cable car







terror ouh sampai berdiri..tak gayat ka? haha


haha..yg ni awat tak diri?? kih3 :P

2. Sampai2 je, tak nampak sangat permandangan kat Genting nih sebab kabus terlalu tebal.
See,







dua gamba atas, kabus sbb masih pagi.




dua lagi gmba di atas kabus tebal sebab lepas hujan 

3. Start main dahhhh~
ni namanya Flying Coaster


ni dekat dalam pirates ship


pirates ship sedang bergerak. kecut perut den!


ni namanya spinner!




kanak2



 4. The clown makes a crown.
(for my sister ONLY!! jelezzzzzz! )
iskk iskk iskk




so sweet isn't it?? Lagi lahh aku jelezz! siap pakaikan! 


OK FINE! malas dah nk jelez! huh!

bak sini bg aku pulak pakai..heh3..pakai sendiri sudehh..hee




muka teruja bila nampak space shot! haha..dah! jgn tgk lama2.


nak jugak pakai..kih3 :P

akk ni dapat patung! tak aci!






nak tahu space shot tu yg mana? yg ni haa





Paling best naik spinner. Macam naik buaian. Tapi paling gila macam nak terkeluar bijik mata naik  space shot tu. Terangkat aku naik benda tu. Dah la tinggi gila. Waktu kitaorg naik benda ni adalah selepas hujan, maka kabus pun tebal dan bila kitaorg naik benda ni sampai ke atas memang tak Nampak apa2 kat bawah ok! Rasa macam dah sampai atas awan! Putih je kat bawah tu. Memang dasyat gila.

We spend this whole day in Genting Outdoor Theme Park je tak main indoor pun.We did not have time to try all rides sebabnya some rides have to be paid separately and not included in the packaged entrance fee yang kitaorg beli tu.

Kami pulang dalam pukul 6 lebih. Barulah dapat merasa naik bas Go Go Genting tu. Fyi, bas pulang juga termasuk dalam packaged tersebut.



So, guys if you want that packaged boleh je pergi ke Gombak k?

That's all.
~peace~ 
;)




: according to the title i think ada kena mengena kot.. kan3 ?? haha

Friday, August 19, 2011

Final Exam weh!

Assalamualaikum..;)






Lama ek tak update? hehe. Banyak kijo la. Apa-apa pun hari ni nak cite pasal final exam. Dah nak dekat ouh! Tinggal berapa minggu je lagi nihh..Bermakna tak? raya aku nanti kalau kena study time tuhh?? haha. Alhamdulillah segala kerja dan assignment sudah siap tapi tinggal satu je lagi nih.dateline dia hari isnin nihh!. Meanwhile, tests and quiz still go on. Next week still got too many tests like test 2 qmt, speaking test, listening test and many more!! WISH ME LUCK GUYS! 
here is my final exam schedule :




monday19 sept 2011 : bel311  (2.15pm - 5.15pm )
friday23 sep 2011: eco211 (8.30am- 11.30am)
sunday25 sep 2011 : ctu 241 (9am- 11am)
tuesday27 sep 2011 : qmt 181 (9am-12am)
monday3 oct 2011 : fin 262 (9am-12pm)

jadual kali ini agak best la juga sebab banyak gap..tehee.



Final exam just around the corner la guys! lets all out dear friends do forgive me for anything that hurts you all and do "halalkan" all foods and drinks you all spent to me k??..hehe >< 
thank yOu..;)







~peace~





Wednesday, August 10, 2011

Bagi effect baik punyaaa~

Assalamualaikum...;)

Hai semua! Mood sekarang ialah tengah ada mood. HAHA. Aku tengah ada mood nak update blog. Kalau tengah tak ada mood tu memang aku tak ada mood la kan nak mengupdate blog haha. Lagi satu aku nak cite yang berape hari lepas aku ada pergi Hi Tea under course Banking aku, kan kan kan...aku nak update pasal tu tapi entah kenapa ntah macam tak de mood lak nak update.haha. Asal ntah. Kau tahu nape? Kalau tahu , bagi la tahu kat aku ea. Aku pn nak tahu ni kenapa aku tak update pasal benda tu..hak3. Nanti lahh kalau rajin aku update pasal tu yerkk..tu pun kalau ada orang yang nak baca la kan..hehe :P

Ok, pape pun sekarang ni aku nak cerita pasal effect gambar baik punyaa~ heh
For you information, aku bukan le nak mengedit foto ke hape ke kan hahaha. kau ingat aku pandai?? Saje buat gempak itu tajuk..tapi kan, memang betul pun gempak sebab nya..Aku nak bagitahu yang before this kan kalau korang sumbat gamba dalam blog korang, kita kena buka new tab bagai la kan.. tapi now aku nak share kat korang supaya bila kita klik gamba tu nanti dia xde nak buka2 new tab but juz enlarge/zoom the pic je..Mybe some of you all dah tahu kot benda ni. Tapi pada yang tak tahu tu meh sini ceq ajaq noh..
eh, bukan aku nak ajar tapi nak share je, yang nak ajar tu jap lagi aku bagi link..
ce try tekan gamba bawah ni dulu baru korang cuba buat ea?





perghhhh! kemain besarrrrrr lagiiii!! XD




Ok, now korang plak cuba buat kat blog korang refer link ni k
uzairkate.blogspot



selamat mencuba ;)
~peace~





note: nampak tak besar gmba tu?? tu la yang aku katakan effect baik punyaaaa~ ;D 
: gamba tu ialah one of the pics masa pergi Hi Tea hari tu..hee~
(nak tgk gmba2 yg lain? :P)
: pada 'awak' yang terasa awak buatkan kita punya watermark tu terima kasih la ea, cantik!..tu pun kalau 'awak tu' baca blog nihh..lalalalalala~





Saturday, August 6, 2011

sempoi.selambe.santai. aku suka!

Assalamualaikum..;)



Aku berani bet la kan yang ramai sekarang ni dah ada account fb sendiri.Budak2 kecik pun aku rasa dahh ada da agak nya. Lagi satu yang si budak2 besar ni plak mesti dah ada 2 3 4 account fb dia kan.? haha. melampau uhh sampai 4 account! haha. OK. aku bukan nak cite pasal fb tapi ada jugak la kaitan nya dgn fb ni. Takpun yang dulu2 punya laman social macam MySpace ke FreindSter ke apa lagi ntahh..Tapi aku xde sume tu dulu..baik tak baik tak?? hahaha. dulu aku x social tp skrg..ermmm....macam mana ntah..kih3:P

Ok..aku tak nak menyimpang dari topic aku skrg ni . Sebenarnya aku nak cakap yang aku rasa macam fun, enjoy gila bila ada seorang mamat fb nihh buat statement macam nihh


"eh, kau ni aku rasa tak payah r nak BERi you  i  you  or  BER awak  saya  awak saya...macam tak best pulak kan. Apa kata kita BER aku kau aku kau..amacam??"


aku punya la tergelak bila dia buat statement macam tu!! WEHH MAMAT! memang sempoi habis lahh kauu! aku suka! hakhakhak

Bila chat dgn dia kat fb stock nak gaduh2 je kan..haha. ada batu dalam itu kapla la lu..hahaha.
sewel, short , wayar putus sume ada kat kau lah!.

Aku cite ni bukan apa, sebab selalunya kan kebanyakkan orang (specific to the guys).nak bajet2,for example bajet macho je kann. Ayat nak manis dalam fb.. 

"boleh saya nak kenal dgn awak?"
 "Awak, awak...bla bla bla.."
"Hi, how are you?"
haha


Lawak ouhhh! Kalau macam tu aku gelar dia sebagai ANNOYING tahu! betul tak girls??








~peace~



note: kelakar lak penggunaan perkataan BER tu mcm air coke plak..BERRRRRRRRRRRR~ hahaha 

Thursday, August 4, 2011

Dugaan Ramadhan

Assalamualaikum...;)



Alhamdulillah kita dah menjalani ibadah puasa di hari yang ke-4. 

Banyak kepentingan yang kita dapat bila berpuasa pada bulan Ramadhan ni. Nabi Muhammad s.a.w. juga ada menyatakan tentang kepentingan Ramadhan seperti berikut :

"Wahai manusia! Telah datang kepada kamu satu bulan yang mulia, bulan rahmat... dimana bulan ini mewajibkan kamu berpuasa di siang hari dan sukarela bersolat pada malamnya. Barangsiapa yang mendekati Allah dengan melakukan segala amalan sunat di bulan ini akan menerima ganjaran seperti melakukan amalan wajib di lain hari. Ini merupakan bulan kesabaran dan kesabaran itu imbuhannya syurga. Ini juga bulan sedekah dan bulan dimana rezeki orang beriman bertambah..." (Diriwayatkan Ibn Khuzaymah).

Dalam bulan Ramadhan ni lahh Allah banyak test kita dengan dugaan2 supaya kita ni boleh bersabar dengan dugaan2Nya ataupun sebaliknya.







Dugaan aku pada bulan Ramadhan kali ini ada dua. Ini baru dua, tak tahu la esok lusa pulak berapa kan?.Wallahua'lam.

Dugaan pertama aku, waktu sehari sebelum start nya puasa iaitu pada hari ahad. Aku dan kawan2 aku ( kawan2 aku pun mengalami dugaan yang sama ) hilang benda yang berharga! Nak tahu apa?? 



SKRIP!!

Skrip ni kalau hilang memang makan tak lalu, mandi tak basah, apa2 semua lah sebab teringatkan skrip yang  dah di tapis/semak oleh ustazahh untuk assignment bahasa arab aku. Haishhh~ kalau hilang nihhh mampuihhh , tak larat eden nak buat balik semula!

TAPI..Alhamdulillah selepas 3 hari berlalu, aku dapat tahu skrip kami tu dah jumpa balik! Tapi dalam tempoh masa 3 hari tu kan aku rasa macam hilang ANAK!! hahaha. risau risau~


Dugaan yang kedua berlaku waktu zohor tadi.. Haishhh, complicated sungguh hidup aku tadi. Huru- hara! Ceritanya macam ni.
Macam biasa aku suka duk lepak bilik sebelah aku. Lepak punya lepak punya lepak punya lepak punya lepak..tertidur plakk (comel tak?? hahaha ). Dengan tak bawa kunci bilik apa semua. Bangun2 je ingat nak pi solat kat bilik sendiri, pastu pukul 2.30 tu pulak ada kelas kan. Sampai2 je kat bilik , Alamak!! PINTU KUNCI!! call roommates aku yang lain...call punya call punya call punya call punya call..diaorang dah keluar, ada kelas! Memang cuak gila la aku! dah pukul brapa da kan nak p kelas lagi. Then, aku minta tolong rakan2 untuk pecah kan pintu bilik kesayang aku tu. Macam biasa laa kan guna kad. Tahu?? Kalau dah tahu senyap! hehe.

Dan Alhamdulillah selama beberapa minit cubaan memecah kan pintu akhirnya berjaya juga buka pintu bilik ku tapi sayangnya tombol pintu ku sudah rosakkk!! whoaaa...malang betul nasib.huhu.




ok.itu je nak share..:)


~peace~
;)
Assalamualaikum




nuffnang tolong aku hilang stress!

Assalamualaikum...;)


Semester 3..alahaiii, banyaknya kerjaaaa! Busy gila aku sekarang ni. Banyak assignment, report, draft , presentation kena hantar/buat before cuti raya nihh!! Test dengan quiz pulak sangat rancak sekarang ni..Stress stress! Kejap lagi pula ada quiz statistic! Aku da study malam tadi sampai pukul dua pagi! Hopefully dapat jawab. Amin~. But now aku nak release tension sekejap, aku pun on9. Tengah godek2 internet ni aku tertarik pulak dengan advertisement dari nuffnang nihh..ce tengok~




menarik, comel, dan sebagainya lahh . Disney plak kan?.haha. Aku pun tekan la iklan ni. Buka2 je memang paham2 je yang aku tengah stress skrang ni kan. Ada banyak game dalam nihh. Aku pun try la main satu2 tapi bukan semua. Paham? haha






ni main tangkap2 ribbon or butterfly ..errkk,,ntah lahh ape bende ntah tu.

ni aku tak tahu ape motif dia..haha


haaaa..banyak tak games yang aku main?? hak3. Boring punya pasal la nihh..kih3. Tapi kan yang paling best kan yang ni.......



















mewarna kau! haha..lama dah tak melukis dan mewarna ni..Tu yang xcited ! XD











kalau tak lawa senyap!


I realized that all this games are suitable for children but ...ADE AKU KESAHH?? hahaha...Why dont u all try this games?? hilang stress kot!~ hehe..

ok lah jap lagi ada quiz. Ada sikit masa lagi nih mahu rest, nak tido! (topup tido yg tak penah nak cukup)  haha.. babai~

~peace~
;)

Followers

♥kisahlovelymyrtle♥