Assalamualaikum & selamat sejahtera semua..
Kali ni, entri naida tidak berkaitan dengan barangan kraf..
tapi kerana naida sedia maklum kebanyakan pembaca-pembaca di sini sering menggunakan perkhidmatan bank baik yang cimb clicks, maybank2u mahupun bank in duit, jadi naida ingin mengajak anda semua berbuat satu amal..
naida dapat tahu tentang ni semua daripada kawan sekolah naida yang sedang belajar di Jepun..
apa lah salahnya kalau kita menderma kepada pihak yang bertanggungjawab menguruskan pembinaan masjid ini sedikit sebanyak daripada duit yang kita ada..walau sekecil mana pun derma kita, selagi mana kita IKHLAS memberinya, pasti dipandang tinggi oleh Allah s.w.t..
jadi jom lah kita beramal dan sebar-sebar kan lah berita ini memandangkan tarikh tutup utk kutipan di Malaysia semakin hampir, pada 18hb Nov ni..kalau nak kan berita lebih lanjut, klik saja pada link di bawah gambar..anda akan dibawa terus ke halaman muka buku Masjid Hiroshima ni..
semoga kita semua sentiasa diberkati-Nya..aamiiiiinnn, ^_^