Friday, September 26, 2008

Raya dah dekat.....

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan



SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1429H

MAAF ZAHIR DAN BATIN



kepada semua pembaca blog ini dan kepada semua yang mengenali diri ini...



Ikhlas dari,



CIKWAWI SEKELUARGA...



Yaya & chicken pox...

Sebenarnya masa celebrate birthday Yaya yang ke 3 tahun tu dia kena chicken pon (early stage).. kesian dia..tu sebab muka monyok aje. Kalau tidak time ambil gambo kalu mesti ada aksi2 comel dia buat..
Saya bawa dia ke ofis pada hari Isnin 22hb tu. Lepas tu saya ambil cuti dari 23-25hb. Yaya kena kuarantin duduk kat rumah. Haikal saya hantar ke nursery. Selama 3 hari di rumah tu Yaya mandi air panas 3 kali sehari dan blister tu di sapu dengan krim acyclovir. MIL pesan suruh minum air kelapa, mandi air beras... jangan tenguk cermin nanti muka berlubang2...
Semalam, blister tu semua dah kering, cuma tinggal keruping yang belum tanggal tu. Hari ni Yaya nak ikut ke ofis tapi saya banyak kerja tertunggak. So Yaya tinggal nursery jugak. Hopefully dia dah lepas infectious stage tu....
Selama seminggu ni Yaya tak boleh sentuh Haikal. Kesian dia... sebab dia suka sangat bergomol dengan Haikal, peluk cium Haikal.. Bila tak boleh sentuh tu dia nyanyikan Haikal nursery rhyme aje jauh2. Tepuk2 tangan pun jauh2 jugak. Tergedik2 Haikal tenguk kakak dia nyanyi.


Yaya tak boleh hari raya la mama, yaya kena chicken pox...


Blisters kat badan yaya dah kering daa...

Monday, September 22, 2008

Happy 3rd Birthday Nur Alia...


Hari Sabtu 20 September 2008 yang lalu merupakan birthday Yaya yang ke-3.. Happy Birthday Yaya!

Dah 3 tahun rupanya mama beranakkan Yaya.. mama ingat lagi mama start keluar darah hari Ahad 18.9.05. Masa tu sehari lepas travel dari T'ganu ke KL. Mama diam je tak bagitau abah. Sebabnya hari Ahad tu nak sambung travel balik Johor.

Sampai kat Johor petang tu masih kuar darah sikit2. Tapi mama tak sakit. Mama diam je tak bagitau sesiapa. Isnin, abah balik KL sebab kena kerja. Tengahari tu darah makin banyak, so atuk hantar mama pegi Hospital Kluang. Doktor check baru bukak 1cm. So duduk la mama kat Wad...

Kul 3 pagi darah kuar makin banyak berketul2. Mama dah risau da.. Panggil nurse check da bukak 2cm. Masuk la labour room... Pagi kul 8.30 Dr. check n pecahkan air ketuban.. masa tu la episod ngeri bermula... Sakitnya nak beranak hanya tuhan yang tahu.. sampai jerit2 jugakla Mama masa contraction tu.. Kul 1.18 tghri Yaya pun selamat dilahirkan......

Gitula ceritanya...

Buat Yaya, Mama doakan Yaya jadik anak yang baik dan berjaya di dunia dan akhirat... Aminnnnn....

kek birthday Yaya.. Dia yang pilih sebab ada buah strawberry tu...

Birthday present dari mama dan abah.. buku boleh lekat2 huruf...

Friday, September 19, 2008

Tag No.003 - Tag merapu?

Saya kena tag dgn Kak Ina.
So inila jawapan2 saya.

First Name - Satu jenama Ubat Gigi mengambil sempena nama saya.. heheheheheheh... siap masuk billboard tuu...
Nickname - masa kat sekolah diorang bagi saya nama Wawi. Tapi kat umah mak panggil Wah aje. Hubby pulak dulu panggil Ayang, la ni da jadik Mama, esok2 pulak ntah2 jadik Nek aje. Hmmmm....

Birthday - 29 April
Birthplace - Rumah Quarters Guru, Sek. Men. Dato' Sulaiman, Parit Sulong, Johor.
Time of Birth - 10.30 mlm
Zodiac sign - Taurus.

–This or That–
.
Flower or Chocolate - Chocolate...tapi bunga pon suka jugak... Choc Flower..
Pepsi or Coke - Pepsi
Pop or Rock - Both
Relationship or One Night Stand - Relationship laaaa wei! wanita muslimah harapan ni....
School or Work - Both also don't like. Nak goyang kaki dok umah ajer bole?

Love or Money - Camner ek? This ia a tough one... Fuhhh! Cengginila... I LOVE MONEY.(so u can see love 1st, 2nd money.. hehhehehe)
Movies or Music - Music
Country or City - Country

Sunny days or Rainy days - Erk... yang ni I actually like the moment before the rain start pouring tu. masa tengah mendung and windy tu...
Friends or Family - Family la...
.
–Have you ever–
.
Lied - iye..

Smoked - iye.. rokok daun arwah atuk... heheheh
Broke someone’s heart - iye...
Had your heart broken - iye...
Wish you were a prince/princess - erk... tak pernah la puloks

Liked someone who was taken - iye...
Shaved your head - tak pernah la puloks
Been in love - iye..
Used chopsticks - iye...
Sang in the mirror to yourself - ada jugak..
.
Favorites–
.
Flower - sunflower, daisies, gerberra...
Candy - nano-nano
Scent - bau hujan dengan bau rumput

Color - pastel
Musical Instrument - guitar
Movie - animation, claymation
Actor/Actress - saya tak tau nama dia tapi orang panggil dia Dr. Shepperd.... (drools)
Junk food - kerepek kacang sembunyi.. hehehehhe
Animal - cats
Ever cried over someone - iye...
Is there anything you wish you could change about yourself - nak kurus macam dulu2 and nak ubah a bit of my unpleasant attitude
Do you think you’re attractive - sometimes... iye...(perasannya haku!)
If you had to choose a fairytale as your life what would you choose - entahler... nanti pikir
Do you play any sports - erm.. main untuk suka suki ajer.. kenkadang main bowling, kenkadang main badminton, masa sekolah dulu main volleyball. tapi takdela wakil2 kemana2...


–List (8) random facts about yourself –
.
1. Selalu buat assumption. especially kalu hubby cakap something mesti rasa cam ada yang tersirat, padahalnya beria2 orang tu deny.. hehehehhee.. terukkan
.
2. suka makan, memasak, berekperimen di dapur dan juga menonton anything to do with food.

3. Sukakan haiwan. dulu2 masa kecik2 tak pernah putus bela kucing kat rumah. Antara2 kucing yang saya sayang dan yang sayang sangat kat saya ialah Alang, Kiki, Kitty, Aneng, Kecik, Gemuk, Putih, Acat... Miss them all...

4. Sukakan adventure. Kalau boleh nak try white water rafting..

5. Tak pandai berkemas. so bila tak pandai jadik serba tak kena.. last2 jadi malas.

6. Suka membaca dan menonton tv. So, memang saya ni homely type of person. patut jadik suri rumahtangga je.. hehehhehehe
.
7. Teringin nak memancing, napa ntah.. sebab tak pernah memancing kot...
.
8. Selalu orang nampak kita senyummm ajer.. yang orang tak tahu kalau kita tengah marah pon kita senyumm ajer.. hehehhehehehe
.
- next to be tagged:
erleyna
claudia
ummimon


Thursday, September 18, 2008

Anak-anak mama....



Saya dan suami bernikah pada 18.12.2004, selepas bercouple selama lebih kurang 3 tahun. Macam-macam halangan yang suami saya terpaksa tempuhi sebelum dapat memiliki saya... hhheheheh.. over la makcik ni. Sebenarnya takdela susah sangat, cuma saya je yang rasa macam belum sampai seru nak kahwin. Tapi sebab kesian dengan boyfriend saya tu, saya kawin jugak dengan dia... hehehehehhe.. jangan marah Abang, I luv UUUUU.....

Lepas bernikah, saya terus tidak dikunjungi oleh teman baik setiap bulan.. HUWAAAA!!! Sebaliknya saya didatangi oleh orang lain plak iaitu Puan MS. Saya tak suka betul puan MS ni, sampai masuk wad saya dibuatnya. Berat saya hilang 10kg sebab tak boleh makan. Saya survive dengan minum 3 kotak MILO setiap hari. Bila masuk 6 bulan baru saya boleh makan dan makan dan makan lagi... Masa tu saya dok jauh dari suami. Kesian suami saya kena datang jenguk saya setiap 2-3 minggu. Masa tu saya asik nangis ajer... Sebab tu anak saya tu pun kuat nangis agaknya.

Cukup 39 minggu maka lahirlah budak ni... Nama dia NUR ALIA AMIRUDIN. Lahir pada 20 September 2005 jam 1.18 tengahari dengan berat 2.6kg. Saya sempat travel dari Terengganu balik kampung di Johor semata-mata sebab nak beranakkan budak ni...



Lepas yaya dah berumur setahun setengah saya rasa macam nak baby lagi, so cakapla dengan suami. Jadinya bulan Julai 2007 saya concieve lagi.... Kali ni tak teruk sangat macam dulu. Dan pada 14 April 2008 saya pun selamat melahirkan budak yang sorang lagi ni... Nama dia ADI HAIKAL AMIRUDIN, lahir jam 1.08 pagi dengan berat 2.87kg.... Kali ni saya beranak kat Selangor pulak, macam serik je beranak kat Johor harituh.... hehehehhheheeh





Seronok sebenarnya ada anak-anak ni. Bila dengar Yaya bercerita, bila tenguk Haikal senyum, rasa hilang segala penat kerja kat opis nuu.. tapi time diorang buat hal kalu, ada jugak yang jadi Puan Incredible Hulk. Saya sebenarnya garang dengan anak-anak, tapi suami saya sangat penyayang dan penyabar orangnya. So, ok la kan.... Balance....

Itulah dia sejarah permulaan anak-anak saya... Nanti saya akan update pasal perkembangan budak-budak ni ye.

Rezeki Ramadhan.... Alhamdulillah....

Alhamdulillah...

Selepas 2 tahun menunggu, call sana sini, hantar surat sana sini, orang tu tunjuk orang ni, orang ni tunjuk orang tu, selepas hantar surat warning dari BIG BOSS yang baru ni (tq boss, i lap u!), akhirnya saya telah disahkan dalam perkhidmatan! YEAY!!! Memang dugaan betul, member2 lain semua dah selamat, saya sorang yang dok ketinggalan kapal terbang.. Betul2 pengajaran. Tapi bukan salah saya! Saya dah settlekan semua yang wajib 2 tahun lepas! Sepatutnya 2 tahun lepas lagi saya dah sah! Saya memang betul2 salahkan orang lain tu! Yang bestnya surat warning boss tu hantar tak sampai 2 bulan, semuanya diorang boleh settlekan. Kalau saya tau, 2 tahun lepas lagi saya dah hantar surat warning. Huhuhuhuuu...

Apa2 pun, semuanya dah selesai. Yang bestnya tarikh sah dalam perkhidmatan pun backdated ke 2 tahun lepas. So, bolehla dapat arrears. Pencen pon dah dapat berkuatkuasa bulan depan. Bolela makcik apply loan nak beli rumah.. Bolela keluarkan duit KWSP... rasanya 50k ada kot, hehehheehhe... takdela.. makcik berangan aje.. Huhuhuuuuu... dah lama makcik mengidam nak beli rumah sendirik... rumah banglo ke, semi-d ke.. hehheheheh makcik ni memang kuat berangan.. Beli yang termampu je la makcik.. Yang mampu milik dengan mampu kemas... meaning, kalau takde maid beli jela yang rumah kecik2. Bukan ke makcik ni malas mengemas...

Sorila kalau posting ni banyak sangat heheheheh dengan huuhuhuhu tu... makcik gumbira sangat ni!

*p/s: kalu takde aral melintang macam yang 2 tahun tu, insya-Allah makcik tengah tunggu untuk kenaikan pangkat pulak...

Thursday, September 11, 2008

Tag No.002.



LOGO ini dijana oleh:Antown, Mangosteen, Sha, Jasmine, emh, Mummy HnH, UmmiIna, Koci, Aiza a.k. Nis, erleyna, cikwawi, and... write your name here!

Bagaimana caranya?.

Copy gambar di atas lalu posting di blog anda.Lanjutkan tag ini minima ke 5 blogger muslim yang anda kenal.*Jangan lupa tinggalkan komen pada blog merekaTulis alamat blog anda (di bawah gambar) setelah alamat blog pemberi tag (link ya!)

Catatan: Yang mendapat tags ini hanya untuk blogger muslim

Emm.. so far kita takde la nak tag sesiapa lagi coz blogger s yang ku kenal semua dah kena! Ehhehehe...

psstt.. kalu tag sapa2 yang kita tak kenal, diorg marah tak???????

p/s: kita tak tau pesal tapi tadi tadi dok copy paste logo tu takmo kuar!

Wednesday, September 10, 2008

HELP!

Saya dah cuba.. tapi saya tak berdaya... saya tak mampu untuk melakukannya seorang diri.... I feel hopeless!
Saya rasa saya perlukan bantuan....
Mungkinkah dia boleh membantu saya?
Saya mesti cuba... saya tak boleh berterusan begini
Ya... saya mesti consult dia!

My First Tag! Yippi!

Happy 51st MERDEKA Celebration!!!

Yep, I'm proud to be Malaysian, and mind you I've high 'patriotism spirit'... heheh... eventho I have to work on Merdeka Day (what to do, my work nature is like that), doesn't mean that I forget about 'this day' okey... Agreed, that we're currently facing one of the most unstable political state, but, let's forget about it for a while... Let's reminiscing 51 years ago history, on how our grandparents struggled for the independence day... Thank to them, we managed to live blissfully today... and may our kiddies generations will live happily too... Amin!I got this from Ummi Ina and passing this tag to...whoever read this entry... show your patriotism! ;)MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

*begin copy*

1-Add your site(s) to the list if you're a proud Malaysian Blogger!

2-Pass this tag to as many Malaysian Blogger as you know, or if you're interested but nobody tags you, just include yourself volunteerly. Show some patriotism!

3-Once you've done posting this tag, leave a comment HERE! and you will be visited by a Malaysian local fruit, Mangosteen by the name of Mango! and added to the Master List.

4-Update list regularly to ensure every Malaysian Blogger gets equal link benefit. I am a proud Malaysian blogger

1. mangosteenskin - Saya anak Malaysia! 2. Life is too short to be ordinary - Malaysia Tanahair Ku! 3. Sha's Love & Passion - Aku Anak Merdeka 4. A room of crazy scrapper - Merdeka!Merdeka! Merdeka? 5. Fliffy - Aku Patriotik, Sayang Malaysia ! 6. Rizal-Malaysia Ohh Tanahairku!!l 7. haniz - Merdeka Forever! 8. Prozak Nation 9. CarolPinky - Proud Malaysian! 10. Mariuca - I heart Malaysia! 11. Emila’s Illustrated Blog - Saya Anak Malaysia juga 12. Simple Life - Sam - Saya Anak Malaysia 13. Shemah's My Sweet Escape - Live, Enjoy and Love.. MALAYSIA! 14. Mariuca's Perfume Gallery - Made in Malaysia! 15. Yani-Tennitodoku-Proud to be a Malaysian-MERDEKA!! 16. Mummy HnH - Harith and Hannah 17. UmmiIna-OurDreamsOfLife - MERDEKA 51st Celebration!!! 18. cikwawi-Love...aliadi - Malaysiaku Merdeka! 19.You're next!!

Monday, September 8, 2008

Kiamat sudah dekat?....

Terima ini dari e-mail.....

Ust.Harun Din .. korang kenal kan?? dlm ceramah dia,ade mmbace sbuah artkel yg mncritakan bhw dunia ni da nk kiamt ... planet mrikh (planet ke4 n plg dekat ngan bumi) tlh mngalami psingn yg tbalik pd bln sept lpas. maknenye ... planet yg dkat dgnnye jgak (bumi la) akan brtukar arah prgerakan dia gak. maka pd saat tu akn terjadi kjadian mthari tggelam sblah timur. (tnda2 bsar kiamt)...ingat, matahari terbit sbelah barat, pintu taubat da ditutup. x de harapan daa laa!! maklumat ni gak tlh dhentikan pnyebrannya oleh NASA krna akn mnguntungkan pihak islam. tolong sebarkan ye tuk kmaslhtn kiter bersama... wassalam (sebar la bnde nih wehh smentara ade mase) .

Untuk pengetahuan semua, sebuah planet bernama Nibiru atau planet x(oleh NASA) sedang melengkapkan putaran orbitnya yang berlaku setiap 3600 tahun. Planet ini 100 kali ganda besar bumi dan sama besar dengan planet jupiter( musytari). Dijangkakan pada 21/12/2012 planet ini akan memberi kesan paling dahsyat kepada bumi dengan memutarkan kutub2 ke kedudukan terbalik (polar shifting) yang dijangkakan oleh NASA. Bulan Mei 2009 nanti planet ini akan jelas kelihatan oleh semua penduduk bumi..So sama2 kita nantikan... Mereka mengaitkan peristiwa ini seperti yang pernah berlaku banjir besar zaman Nabi Nuh AS dahulu. Planet ini tak menghentam bumi tapi tarikan gravitinya yang sangat kuat akan mengganggu bumi. Ia hanya akan lalu diantara bumi dan matahari dimana kecerahannya berwarna kemerah-merahan seakan-akan anak matahari (tanda besar kiamat? objek merah di langit kelihatan).

AS dan negara2 barat lain sedang sibuk membuat persiapan menghadapi keadaan ini dengan membina beberapa penempatan sementara di banjaran2 gunung lengkap dengan makanan yang mampu bertahan 3 tahun kerana dianggarkan 2/3 penduduk bumi akan lenyap. Di norway misalnya mereka membina sebuah gudang menyimpan segala biji benih di sebuah bukit lengkap dengan ciri2 keselamatan dan dari ancaman bencana (rujuk paper bulan februari, kosmo, BH n lain2)

Untuk rujukan penuh sila cari kat mana2 web tentang NIBIRU or video kat youtube(nak forward besar sgt)..

Benarlah kata2 RASULULLAH satu hari nanti bumi akan hancur dan satu zaman dipanggil back to ancient berlaku dimana segala teknologi pupus dan manusia akan kembali seperti zaman purba, berperang dengan pedang cara kuno. jadi bersedialah kita umat islam...ALLAHHUAKBAR

Lain-lain artikel tentang kiamat..... Kajian....ALLAH je mengetahui..

Assalamualaikum .....

* a) Mengikut hadith umat Rasulullah akan hidup selama 1500 tahun... Sekarang sudah 1439 = 426 + 13 tahun hijrah.... Daripada ini kita ketahui kita akan bertahan dalam masa 61 tahun lagi.. Jikalau ini benar, bumi akan kiamat pada tahun 2066...

* b) Saintis telah menjumpai sebuah planet yang lebih kecil daripada bumi yang menghala ke bumi. Ia telah dianggarkan bahawa planet itu akan melanggar bumi pada tahun 2014. Amerika akan cuba untuk menukarkan orbitnya dengan menembaknya dengan sebuah roket... Dan saintis juga telah menjumpai sebuah planet yang juga akan menghentam bumi... Ia dianggarkan akan melanggar bumi dalam masa 60 tahun lagi.. Dan planet ini lebih besar daripada bumi... Jikalau ini benar, dunia akan musnah pada tahun 2065.....

* c) Dan dikatakan kuasa Israel akan mencapai puncaknya pada tahun 2007.... Dan kuasanya akan jatuh semula dalam 14 tahun, iaitu tahun 2022, disebabkan oleh penurunan semula Nabi Isa..... . Dan hadith mengatakan bahawa Nabi Isa hanya akan hidup selama 40 tahun dan dunia akan kiamat pada hari Nabi Isa wafat.. Jikalau ini benar dunia akan kiamat pada tahun 2062... Dianggarkan Bumi Akan K iamat Antara Tahun 2062-2066...

* Wallahu'alam. .. Semua ini telah dikaji... Dan yang dipercayai paling tepat ialah hadith yang mengatakan bahawa umat Rasulullah akan bertahan selama 1500 tahun... K ita telah berada di bumi ini selama 1439 tahun... Cubalah anda kirakan sendiri... Beribadatlah wahai umat Islam sekalian... Ini adalah antara berpuluh-puluh artikel di internet yg seperti ini.. Dan jangan tunggu artikel seperti ini dikeluarkan baru kita nak buat amal. Benda ni dah diajar sejak kita kecil lagi. Kiamat pasti tiba. hanya orang yang leka dengan dunia shj yang akan rugi. berhibur tidak salah tapi jangan lupa apa yang disuruh oleh Allah. Patuhi suruhan Allah dan tinggalkan yang mungkar. Dan korang jangan risaula....aman dunia akhirat..sama- sama kita doakan kesejahteraan untuk semua umat Islam..

wallahu'alam bi sawab....

Friday, September 5, 2008

Memasak...

Semalam hari ke 4 Ramadhan, dan buat pertama kalinya kami berbuka di luar.. sebelum2 ni berbuka di rumah tapi makanan dibeli dari pasar ramadhan.

Kali ni kami berbuka di hotel... eh, bukan! Di KFC saje.. belakang rumah saje... Sebabnya suami balik lambat dari ofis tak sempat singgah membeli makanan. Itupun bila sampai di kfc punyalah ramai umat manusia.. nasib baik dapat table. Saya seperti biasa order snack plate original. Bila masuk waktu berbuka masih belum dapat order. Lebih kurang 20 minit lepas tu suami pun datang.. Eh, snack plate dah bertukar menjadi dinner plate pulak! Belasah ajer la labu.. Suami makan spicy crunch (betul ke ni?) yang baru tu di hidangkan dengan nasi dan chicken ball soup. Rasanya macam ayam berempah kari, biasa-biasa saja. Sedap lagi original recipe kegemaranku itu..

Seperti biasa Yaya share makanan dengan mama dia. Cuma kali ni dia minta tambahan ice-cream. Haikal tidur dalam stroller.. So makan lah kami dengan aman damai...

Malam tu di rumah saya masak nasi dan sambal tumis tempoyak untuk lauk bersahur pagi ini, dengan harapan bagun sahur nanti cuma tinggal goreng telur dan sayur sedikit.

Sebenarnya saya sangat suka memasak, dan boleh masuk kategori boleh-memasak-makanan-yang-boleh-tahan-sedap-jugalah (kalau ada la kategori itu kan.. hehehheheheheh). Saya belajar memasak dengan mak saya. Masa saya kecik2 dulu saya rajin perhatikan mak saya memasak, kadang2 tolong tumbuk bawang, masak nasik, goreng ikan dan sebagainya. Bila saya masuk peringkat remaja minat saya lebih kepada baking dan juga dessert (dessert di sini bermaksud bubur, pengat dan pudding, cekodok pisang dan juga jemput2). Bila tiba bulan puasa macam sekarang ni sayalah yang ditugaskan buat biskut dan kek. Saya sangat2 suka buat kek. Masa tu saya boleh buat 3 jenis kek sehari.

Semasa melanjutkan pelajaran di local universiti minat memasak bertambah2 sebab nak kurangkan kos perbelanjaan dengan duit scholarship yang tak seberapa tu. Kami kumpul duit RM10 seorang setiap minggu dan pergi membeli belah di pasar seminggu sekali. Jadual memasak pun telah ditetapkan. So, disitulah saya mengasah bakat memasak sedia ada dan juga belajar masakan negeri2 di Malaysia.

Sekarang ni saya masih memasak, cumanya setiap kali mengandung saya ada pantang masuk dapur. Pada saya bau dapur tu punyalah busuk memang sampai termuntah dibuatnya. Kalau kena masuk dapur saya akan tahan nafas dan cepat2 ambil apa yang perlu dan lari keluar. Bila dah bersalin elok je dapur tu, takde bau apa pun.. Tapi masalah lepas beranak lain pulak. Kalu sempat saya masak, kalau tak sempat suami yang masak, kalau suami taknak masak dia belikan ajer...

Oh ya! Saya juga merupakan peminat nombor 1 rancangan masakan. Lepas menonton saya suka bereksperimen di dapur. Saya juga suka merasa makanan yang saya tak pernah rasa. Kira adventurous jugak la. Berbeza dengan suami yang hanya akan makan makanan yang dia pernah makan sahaja. Even kalau cara memasak pun kalau boleh nak buat ikut cara dia saja. Kalau bukan cara dia nanti dia kata tak pernah dibuat dek orang! Sebab itula saya dengan dia tak boleh berdua-duaan memasak di dapur. Nanti boleh bergaduh!

Maafkan saya sekiranya posting kali ini ada berbaur ala-ala perasan gitu... hehehheheheheh..


*p/s: beria-ia masak untuk sahur malam tadi sudahnya semua tak terbangun sahur pagi ni.. Alamatnya sambal tumis tempoyak tu buat lauk berbuka la nanti....


Thursday, September 4, 2008

Cerita... masuk lambat..

Pagi ni lambat masuk kerja.. hampir jam 10 baru sampai ofis..

Sebabnya.. tidur selepas bersahur.. oh tidak! walaupun sebenarnya memang nak sambung tidur tapi Haikal menangis mintak susu. Lepas menyusu Haikal pun sambung tidur. tapi mama Haikal tak boleh tidur pulak. Terus cuba-cuba kemas rumah dan basuh baju. Sebenarnya saya tak pandai mengemas, suami yang rajin berkemas ni.. hehehheh..

Bila dah jam 6.30 pagi nak bersiap-siao ke ofis Haikal menangis lagi. Entah kenapa pulak la Haikal ni pagi pe'el lain macam aje. Tak boleh terlepas pandang muka mama dia ni ha. So masukkan dia dalam buai. Dalam 15 minit tu dia pun tertidur.

6.45 pagi cubaan seterusnya untuk bersiap. Habis mandi haikal terjaga... Hmm dah pukul 7 pagi. bagi lagi susu ( entah2 dalam hati Haikal, mama ni, aku bangun jer bagi susu, bangun jer susu.. patutla mukaku tembam!). Sambil2 layan Haikal sambil2 layan tv.

Cerita yang saa berlarutan sampai jam 8 pagi. Hantar sms kepada boss bagitau masuk lewat.

Akhirnya 9.30 pagi baru bertolak ke tempat kerja. Singgah isi minyak petrol sekejap.


*p/s: penyebab kepada kelewatan bukan hanya anak-anak ye.. Driver juga lambat bangun hari ni... hehehhehehehhh....

Cerita.... bazar ramadhan

Semasa mula buat blog ni merupakan hari ketiga bulan Ramadhan 1429H. Walaupun dah masuk hari ketiga namun semalam merupakan hari pertama saya menjengah bazar ramadhan di kawasan kediaman saya.

Almaklum.. yang 2 hari sebelum tu hujan lebat setiap petang.. Suami saja yang keluar membeli, saya duduk dalam kereta...

Gerai2 sama macam dulu juga, cuma macam makin kurang. Orang pun dah tak berapa ramai macam dulu. Agaknya orang dah tak minat nak berniaga atau membeli makanan semenjak harga barang naik.

Sebelum puasa hari tu dah pasang niat tak mahu sentuh nasi bulan ni. Kalau boleh nak kurangkan 4-5 kg menjelang raya. Jadinya dah 3 kali berbuka dengan mee; mee goreng, bihun sup, kuetiow kerang... Pernah juga kirim dengan suami mee rebus atau mee kari tapi dia kata tak ada orang jual. Alih-alih semasa berjalan2 tu jumpa orang jual mee rebus..

Eh, abang kata takde orang jual mee rebus. Yang tu kan ada..

Kata suami.. haritu takde.. harini baru dia jual.... (Iyola tu!)

So, juadah berbuka kami semalam mee rebus dan tauhu bakar untuk saya dan nasi kerabu, kuih kasui, kuih cucur badak dan cucur udang untuk suami... sampai rumah dah pukul 7 mlm. Saya buatkan teh o panas.

Hajat di hati memang nak masak untuk berbuka sepanjang ramadhan ni. Masakan simple saje, maklumlah takut tak sempat kalau balik lambat dari ofis. Tapi belum ada kesempatan untuk beli barang2 basah. Nantilah.. minggu depan kot..

*p/s: lepas berbuka suami cakap perut saya dah nampak kempis sedikit.. tapi anak menyampuk.. Perut mama boncet la abah!

YAYA!

Wednesday, September 3, 2008

Introduction

Assalamualaikum,

Akhirnya saya berjaya menjerumuskan diri ke dalam dunia blogging.
Blog ini merupakan avenue bagi luahan hati dan buah fikiran saya.. merakamkan saat pahit manis masam kehidupan agar tidak luput dari ingatan...

Dan juga untuk memupuk bakat penulisan yang mungkin ada dalam diri ini.. siapa tahu...

Maka, langkah pertama bermula di sini.. hari ini..

Salam perkenalan dari saya.