Pages

Friday, August 27, 2010

Library vs Wireless





Aku tak tahu nak kasi tajuk apa.. mungkin sipi-sipi kaitannya dengan celaan aku ni.. dengan menggayakan suara dan mimik muka Wan Kamaruddin dalam edisi siasat, “apa kejadahnya ada library tapi tak da wireless..?!!!”.. seketul tanda soal, tiga tanda seru aku kasi menandakan mood tengah bengang.. aku ni selalu buat kerja kat library dan memang tiap-tiap kerja-buat (bukan takat update blog je) aku perlukan internet.. sama seperti mayat perlukan kubur (ayat gertak).. kalau tak da wireless/wifi, macam mana aku nak surf blue internet untuk siapkan kerja aku..




Selalu aku datang library tak pernah pulak ada masalah not connected – no connections are available.. world class university mana boleh macam ni.. mesti kena internet access 24H di semua ceruk dalam university ni.. aku rasa ni mesti kerja pustakawan, kalau bebudak unibersiti panggil librariawanis yang nak sabotaj aku.. mungkin dia muak dan pening-pening lalat dok tengok aku selalu datang tidur buat kerja kat library.. busuk hati betul.. sebijik macam tong sampah DBKL..


Baik tak payah buat library kalau tak ada wireless.. kalau library kat sekolah pun ada wireless, malulah kalau library kat university tak ada.. tak nampak lak aku notis wireless is not available.. baik aku pergi makan lepak kat Pak Li Kopitiam (wifi here) buat kerja.. Dah! Malas aku nak bengang segala.. buat slim aku punya pahala puasa jek.. astaghfirullah hal-azim..!



Thursday, August 26, 2010

Kempen 1 Blog 1 Bendera


Tadi aku dok merayau kat blog si hamzah.. ada kempen sempena merdeka.. tak susah pun nak sahut kempen ni.. hanya di hujung jari..
aku ni macam lambat je nak mengkibar bendera hatta kat blog sendiri..baru datang kesedaran kot.haha..tapi masih ada 5 hari lagi kan.. belum terlambat lagi..jom pakat-pakat mengkempenkan 1 Blog 1 Bendera.. Merdeka!



Thursday, August 19, 2010

Hadiah Ramadhan



Bertuah punya badan.. hari tu aku dapat hadiah berupa percutian ke kampung halaman selama 4 hari 3 malam beserta pakej bersahur dan berbuka puasa secara percuma.. yang paling best puan mak yang masak.. yeay! tak sangka pulak dapat hadiah best time puasa ni.. xie xie to puan makcik kerana sudi ajak aku balik kampung Jumaat lepas..


- ni la kereta yang aku drive bawak balik kampung -



Sebenarnya aku dijemput untuk jadi driver part time memandangkan encik pakcik tak dapat nak drive sensorang untuk balik kampung.. bila dah tua, nak bawak kereta 7 jam terus-menerus pun dah tak larat..nasib baik tak suruh pikul kereta tu.. boleh patah tulang belikat aku.. bagi orang muda lagi gagah macam aku ni, takat drive kereta 7 jam balik kampung apa ada hal.. pejam mata sebelah sambil bersiul pun boleh drive..


Bertolak lebih kurang pukul 1 petang sampai kat kampung atok dalam pukul 7.30 lebih kurang.. sama dengan 6 jam 30 minit perjalanan.. maksudnya aku bawak kereta tak da la macam siput khinzir.. kurang dari 7 jam.. tu pun sebab ‘baby on board’.. kalau tak, lagi berdesup aku bawak.. confirm kalah si adnan sempit tu racing dengan aku.haha..



Yang best balik kampung ni aku sempat masuk bukit cari buah dokong, adik beradik buah langsat ngan duku..sekarang masih lagi musim buah walaupun mood bulan puasa..lepas naik je mentari pagi aku pakcik ngan nenek dengan gaya ala-ala komando gitu masuk meredah dalam bukit.. belum sempat aku panjat pokok, dah dua tiga ekor pacat dok comolot kat kaki.. patot la aku rasa stim semacam je.. tengah puasa macam ni, boleh lak menatang ni dok bukak puasa kat kaki aku.. boleh mati kering kalau berdozen-dozen pacat dok kekah darah aku sekali gus..


- pokok setinggi 200KG -


Apa kejadahnya ambik gambar atas pokok.. dah rasa macam beruk mike pulak.. ke nampak hensem macam encik tarzan?wakaka.. Agak dah penuh sebakul besar aku isi dengan buah dokong, aku sempat pergi usha pokok buah lain.. rambutan, durian, jambu, petai dok fiwiiiit aku suh petik.. malas nak layan sebab bakul dah penuh..


Petang tu aku gerak balik rumah jumpa puan mak & encik ayah pulak.. 45 minit ke utara jarak dari rumah atok.. boleh la aku berbuka puasa kat rumah pulak.. memang terbaek.. masa nak berbuka puasa semua kuih-muih peberet aku sudah terhidang kat atas meja.. kencang air liur aku meleleh keluar.. ni yang best bila balik rumah.. home sweet home bak kata Barack Obama..


Bila dapat balik berpuasa kat kampung, terubat jugak perasaan hiba masa dok bersahuk dan berbukak puasak sensorang kat shah alam.. bila masa berbuka dan bersahur mesti teringat kat puan emak.. rindu nak balik kampung lagi.. tenkiu makcik sebab kasi hadiah ni..