Kamu mungkin tidak begitu mengerti
kerna kamu masih di situ
apakah sungguh kamu masih di situ?
apakah benar?
kerna kurasa kamu sudah jauh
terlalu jauh meninggalkanku
tapi aku masih mengejarmu, mencarimu
walaupun kepenatan
walaupun tercungap dalam lelah
rebah seorang di pesisir kehidupan
namun ku bangkit kembali
terus-terusan menipu hati
kerna ku tahu satu hari nanti
kamu akan terus hilang dari pandanganku
jauh dari diriku
Walau sederas mana ku berlari
mengejarmu, memanggilmu
kau tidak akan berpaling lagi
kau tidak akan berhenti
kerna kau tidak mengerti
kau tidak memahami
apa yang tersimpan di hati ini
Ketahuilah
aku sudah tidak mampu lagi
untuk terus mengekorimu
dan mengejarmu
kerna langkahmu begitu pantas
derapanmu begitu deras
semakin menjauh, menghilang
meninggalkanku keseorangan
bersemadi bersama sepi
dan rindu yang abadi.
p/s:
Sebenarnya dah lama buat benda ni tapi tak siap-siap. Beberapa bulan yang lepas dah. Sekarang baru siap. Dah lama terperap, rasa nak pos kat blog la;)
Friday, November 26, 2010
Thursday, November 25, 2010
:(
"I always knew looking back on the tears would make me laugh, but I never knew looking back on the laughs would make me cry..."
Tuesday, November 16, 2010
Untitled 11
Salam..
Hmm, lama dah tak baca novel. Tiba-tiba semalam ter baca la pulak. Baca punya baca, hmm best la jugak baca novel ni. Takleh nak stop pulak tu. Hehe. Tapi baca online je la. Mana nak dapat novel Melayu kat sini. Kali terakhir baca novel camni..emm masa Tingkatan 4 kalau tak silap..Pastu tak baca dah novel-novel camtu. Sampai la semalam..Hmm, dah 6 tahun rupanya tak baca novel Melayu bergenre camni. Sesekali melayan novel ni best jugak..Pandai orang yang buat novel ni..Boleh tulis panjang-panjang..Ada je ideanya. Rasa macam kisah real pun ada jugak. Best!
Tapi, selepas beberapa ketika..
.........................
.........................
.........................
.........................
Ugh!
Aku dah agak dah..
Aku dah agak dah benda ni..
Cesss..
Lagi 2 chapter nak habis boleh pulak dia buat tergantung camtu..
Nak suruh aku beli novel dia la niii..
Eeeee..
Gerammmm...
Mana aku nak cari ending novel nii..??
Aaaa tidakkk..
Aku tertipuuu..
Aaaaaaa........#@*%$#!

Sunday, November 14, 2010
Untitled 10
Awak mahu 3..Saya bagi 5..
Awak nak 8..Saya bagi 18..
Awak suka 99..Saya bagi 199..
Awak nak 2..Saya bagi 212..
Awak mahu 45..Tapi saya bagi 98..
Hmm..Konklusinya, saya tak faham apa yang awak nak..Atau saya buat-buat tak faham? Tapi takpe, saya selalu bagi lebih kan? So, ambik la. Lebih pun takpe. Awak simpan yer. Jangan buang merata-rata. Simpan je.

Saturday, November 13, 2010
Friday, November 12, 2010
Petang Itu
Aku pejamkan mata
mengingatkan kembali saat itu
waktu indah yang sayu
aku masih di situ
merenung, mengelamun jauh
terlalu jauh
hingga mataku berkaca
kesedihan dan kesayuan hati ini kubiarkan menguasai
di petang indah yang suram itu
sesuram harapanku yang masih bersisa
kubiarkan masa berlalu
kubiarkan semuanya menerpa ke dalam fikiranku
kerna aku tidak punya apa-apa yang indah lagi
hanya memori-memori palsu
yang ku tanam di dalam diriku
Datanglah wahai kamu
datanglah kepada diriku
aku terlalu merinduimu
dan aku akan terus begini
setia menanti kehadiranmu.
......................
Aku bukakan mataku.
Masih berkaca.
Aku menghela nafas. Terasa sebak di dada.
Terasa sesuatu menyekat di kerongkongku.
Aku menyandar di kerusi dan terus memandang ke arah ruang itu.
Ruang memori yang membangkitkan rasa-rasa kehidupan.
Sayu. Sedih. Pilu.
Aku tersenyum pahit.
Petang itu aku tinggalkan dengan seribu rasa di hati.

Thursday, November 11, 2010
Untitled 8
Aku tunggukan hari itu untuk suatu keajaiban berlaku..
Seperti pungguk merindukan bulan..
Tapi adakah pungguk boleh mendapatkan bulan yang dirinduinya itu..?

Wednesday, November 3, 2010
MH is for Malaysian Hospitality
Salam..
Akhirnya, sampai pun kat Malaysia. Setelah penerbangan pada masa yang sepatutnya telah ditunda. Bukan sekejap pulak tu kena tunda. Hampir 17 jam. Sangat tak best. Sehari dah abis camtu je. Totally pure bad luck. Well, dah masuk dalam kapal terbang dah pun masa tu. Dah excited nak terbang pulang. Pastu tiba-tiba kapten buat pengumuman yang this flight has been cancelled. Pastu dia cakap lagi apa ntah..pastu see you tomorrow. Oh, what is this man? How come? Apakah semua ini? Dah la boarding setengah jam lewat. Something was wrong somewhere definitely. And they didn't tell us the reason behind this delay thing.
Maka terkandas la kat Bangalore. Nasib baik diorang sediakan hotel. So pergi la naik bas diorang sediakan untuk ke hotel. Tapi bas pulak buat hal dalam perjalanan tu. Banyak kali gak berhenti. Bila la nak sampai hotel ni wei. Penumpang lain dah bising2. Dah la masa tu pukul 4 pagi. Penat, ngantuk, kecewa, sakit hati, sedih semua ada la. Memang nasib tak baik.
Dipendekkan cerita, flight ke Malaysia kul 4.30 petang hari tu jugak. Hmm takpe la. Asalkan ada jugak flight hari tu. Nak balikkk. Dah beli tiket mahal2 ni. What about others? Yang ada connecting flight sure tak dapat diselamatkan la. Habis terlepas camtu je la flight diorang. Delay lamaaa sangat. Seriously lama. Pastu kat airport memang kecoh la hari tu. Diorang nak tahu camne status connecting flight diorang. Siap buat bising pastu jerit2 lagi. Polis pun masuk la dalam airport ramai2 takut apa2 teruk jadi ke. Havoc gile masa tu. Orang lain kat airport dah ramai pandang2 ni. Apasal la kaunter MAS kecoh sangat hari ni. Haha. Well sapa tak panas kan bila jadi camni. Orang cool pun boleh mendidih beb.
.......................
Imej dan reputasimu tercalar teruk di Bangalore pada hari itu.
Teruk.
Sangat teruk.
Oh Malaysia Airlines...

Subscribe to:
Posts (Atom)