Assalamua'laikum.
Sudahkah saudara-saudari ku mendapatkan hakikat puasa?
Selain dari menahan lapar & dahaga, puasa mempunyai objektif yang lebih bererti.
Puasa adalah menahan diri dari melakukan sebarang kemaksiatan & dosa.
Puasa adalah menekankan diri supaya mematuhi perintah-perintah Allah.
Puasa adalah.... ketaatan kepada Allah Subhanallahu Wa Ta'ala. Ketaatan yang seperti nya Malaikat.
Bukan untuk menjadi Malaikat, tetapi mencapai ketaatan kpd Allah sahaja.
Mengapa puasa?
Sewaktu puasa itu apabila kita tidak makan, minum, bergaul antara suami-isteri, tiada kata-kata
mencela yang terkeluar dari mulut dan hanya berkehendak untuk berdzikir, bertasbih, melafaz ayat-ayat suci Al Quran.. adalah
sehampir-hampirnya ketaatan seorang manusia, seperti Malaikat, kepada Tuhannya yang Satu. Tuhan Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
Mengapa Malaikat seperti contoh?
Sebab hanya Malaikat lah yang tidak mempunyai nafsu makan, minum & sebagainya, akan tetapi seluruh waktu di isi dengan tugas-tugas ketaatan kepada Allah dan memuji Nya. Justeru itu, walau manusia tidak akan bersetaraf seperti para Malaikat, maka Allah memerintahkan manusia supaya akurkan diri dengan berpuasa demi ketaatan kepada Nya!
Dengan berpuasa lah dapat kita tambah 'plus points' dalam perjalan kita mentaati kepada Allah.
Dengan itu saudara-saudari ku, hakikatnya simple sebenarnya. Jika betul-betul sudah tahu akan hakikat itu, maka akan terasa keindahan segala-gala yang Allah beri!
Wassalam.
//Lizardeouss//












































