Showing posts with label lina. Show all posts
Showing posts with label lina. Show all posts

Monday, November 8, 2010

thanx for the weekend :)



mony, ezzan, lina, ros, along mony dan seni.. thanx for everything ya =)


hari ni hari dd, nex time hari korang pula ye :) i owe uols a lot, thanx bebanyak :)


@ the wedding city, maju junction




@islip exclusive, the wedding city
*saje test2 aksesori, tapi x beli pun


friends forever~
mereka ini bermalam di rumah saya di saat 2 minggu lagi saya nak bernikah :)



hasni dan tudung




suke suki curi gambar ni dari fb ezzan




si lina dan si pipi yang takmo2 kecut walaupun dah hampir tarikh





3 budak besar makan menu budak kecil.. ishh ishh



note : sayang korang sume.. thanx for always being there for me..




Friday, September 17, 2010

lina sayang, selamat bertunang



apakah perkara yang bole membuat seorang sahabat bersedih?
jawapannye, apabila tidak dapat menghadiri pertunangan sahabat baik.
uwaaaaa nangesssss, sedih giler okaeyyyy :'(


kawanku lina bertunang pada hari raya keempat.. hari yang sama aku balik dari terengganu... ingatkan sempat sampai lipis tengahari walaupun lewat sedikit, tapi x sempat jugak, huk2... sebab aku drive, bile ngantuk je aku benti, ngantuk je aku benti, memang laa lambat sampai uwaaaaaaaa :'O

frust sangat ok.


demi nak tengok gambar lina bertunang, aku sanggup add makcik lina as a friend kat fb. hik2 sebab makcik lina private folder itu. puas hatiiii aku dapatttt tengok 90 keping gamba lina bertunangg


auntie zainab, tumpang upload kat sini ye :)


dup dap dup dap tak lina?



^_^



terpikat dengan kek comel ni, hihi






tafsir Quran color pink


lina, cantek laa hantaran2 ko ni =)




putih sucii^^




belah din tunangan lina adalah color hijau



lina dan family din.

lina comelnye, hihi


Selamat bertunang lina dan din. Maafkan aku kerana tak hadir sewaktu pertunanganmu :( aku sampai moody tau hari tu sebab x sempat. huk2.
nanti aku dan keri tebus balik masa wedding ko ye :) aku nak hadir awal dan bantu persiapan ko :)
sayang kawan aku ni selamanya^^



note : tak lama dah diorang ni, tak lama lagi, makan nasi minyak la kite, ekekeke ;p


Sunday, August 1, 2010

it's sooo peaceful~



entry ni ditaip pada malam 30 Julai 2010, tapi sebab intenet macam kura2, so x publish2..


hari ni balik lewat lagi..
ramai dah balik tapi aku xbalik2 lagi siapkan keje..
me enjoy the silence..
it's sooo peaceful~~
menyiapkan kerja yang aku suka..
motip suke?
hehe buat masa sekarang i love my job..
do you? ;)
tapi tak tau lak karang2 kann :)

inbox ku sangat penuh hari ni. hrmm baru dimasukkan dalam group ejawatan, so sekarang ramai pemohon apply keje kat ukm... menjawab lah aku sepanjang hari dengan soalan2 emel yang berkaitan teknikal.. kalau ada masalah, struggle mencari punca masalah, huhu.. tup tup dah malam, cepatnye masa berlalu :)

nak menjawab nye ok, tapi bila nak karang ayat reply kasi formal siket tu, aduhhhhh boleh mengambil masa yang sangat lamaaa!! aku memang failed okay bab2 ayat rasmi ni.. sebab nak tulis macam bercakap jugak.. macam dalam blog ni lah.. haishh..

akhirnyaaaa, beberapa org menjadi mangsa aku untuk buatkan ayat termasuk laa si rina tu ekekeke, die kat langkawi pun rela jekk layan dd yang senget ni, hihihi.. rina rina~~ muke x de perasaan pun tapi tetap sentiasa melayan kerenah ku ;P dd larikkk~

lisa pestisid juga menjadi mangsa.. siapa suruh dia ym aku, terus aku suruh dia layan aku buatkan surat rasmi, hak hak... rujuk pada entry ini ..

tapi memang sangat ketuk2 meja okehh aku gelakk baca surat yang lisa buatkan.. soo not lisa hahaha.. memang aku geli giler nak paste ke emel tu.. tapi last2 aku paste jugak,tiru bulat2, cume buang ayat "yang menjalankan tugas" ;p dan terus tekan send sambil kesengihan hihihi..

terima kaseh laaa lisa oiii sebab layan cik diva ni, ekekekeke


hari ni kann, asyik tersengih je.. ade je perkara yang sengal2 nak buat aku gelak. hik2

pagi2 lagi, dah gelak baca kisah pen.. motip? hahahaha

lepas tu masa lunch jumaat yang panjang tu ber'ym dengan lisa pestisid.

kalau ym dengan minah ni memang aku akan asyik gelak jek. sengih2. sampai xperasan ada orang lalu, dan ada orang tu kan tegur aku sengih2 dengan ym T_T

lisa : "cepatlah dd bagitau keri keta merah apa"
dd : "ko teke la"
lisa : "alza, persona.. wah tengah bayangkan kuku dalam dua2 kereta"
dd : "persona laaaa"
lisa : "oh bayangan menjadi makin sempit.. wahhh lajunyee keri sedang memandu persona"

motip sangatkan lisa, nak fantasi macam tu sekali :n


ber'ym juga dengan lina.. tak sangka lina carikkan abah aku juga di gugel.. dia terjumpa nama yang sama dengan abahku.. tapi jawatannya adalah pengurus tadika ke apentah.. hihihihihi comelnyeeee, tersengih2 aku ;P
bila lina send gambar, oh reject reject, muka abahku bukan macam ni rasanya ;P

nway thanx lina, sangat2 menghargai usahamu dalam diam =)


dd : "abah aku cikgu laaa"
lina : "oh kalau cikgu senang siket nak cari"
dd : "cikgu agama"
lina : "ko anak ustaz dd?"
dd : "ye, mak aku cakap"
lina : "aku ingatkan abah kau cikgu sejarah atau cikgu bahasa malaysia"


dd : "lisa, tengoklaaa lina ni.. dia x caya saya cakap abah saya cikgu agama"
lisa : "ko anak ustaz dd?"
dd : "yeeeeee" *baru ingat nak mengadu, uwaaaaaaa


motipppp korang ada tanda soal kat belakang dialog koranggggg?????? uwaaaa

cesssss balik2 rumah terus aku tanya mak aku balik, betulke abah aku cikgu agama.. mak aku cakap mana ada.. uh siapa tahhhhh cakap kat aku sebelum ni, uwaaa... ma cakap abah cikgu sejarah dan bahasa malaysia.. motip kata2 lina adalah betul??? :n


petang2 tu, adalah orang tu kan, ehem ehem dia nak bertunang dah, so adalah beberapa soalan dia tanya kat aku.. termasuklaah

yg-nak-bertunang : "dia minta perfume untuk hantaran"
yg-dah-bertunang : "oh ok"
yg-nak-bertunang : "kalau tunang bagi perfume biasa2 je la kan. macam bodyshop je kan. nanti kawen baru bagi perfume yang mahal2 kan"
yg-dah-bertunang : *muke berubah. "kecikk atiiii hantaran kawen aku, perfume aku bodyshop je tauuuu"


puk puk :^



membaca emel2 pengadu pun boleh buat aku gelak tiba2. hihi

sebagai contoh

"saya masuk ke lawan web ini. tiba-tiba laman web saya menjadi kaku"

kaku? (gelak guling2)

ye saya tau, saya tak baik gelakkan. hukum lah saya, hukumlah.


masa balik malam tadi, masa nak bertolak balik rumah... msj kuku jap

dudu : "awak kat mana"
kuku : "kat melaka lagi"
dudu : "lewatnye balik"
kuku : "abis awak x lewat? :n"
dudu : "kite xpe dekat je. awak luar negeri"
kuku : "bukan ke awak pun luar negeri, selangor nak balik kuala lumpur"

;n menjawab menjawab ;n


eh ape daaaa aku merepek ni malam2.

dah la dah laaa

selamat malam dunia =)

a peaceful scene

Tuesday, June 15, 2010

outdoor photoshoot bukan pengantin ;p



kuku tangkapkan gambar2 ni masa kitorang nak balik dah dari rumah pengantin, sebelum bertolak pulang ke KL :D

hot~ hot~

hehe



wawa, dd dudu, ezzan, lina

sayang korang =)



bye bye no'a, hehe
*motif dd sempat bergosip sewaktu babai?





di hadapan rumah ros.

rumah ros sangat besar hihi. siapa tah kata ayah ros ni ketua kampung. betul ke ros??
selama ni low profile je minah ni, cubit kang ;p






aku dan besty.. ewaahh~


ok habis.


note : sekarang sangat suka baju kurung yang lengan cerut ropol macam dalam gambar ni. baru ada 2 helai baju yang lengan macam ni. suke sangat, hihihi (=^_^=)


Sunday, June 13, 2010

pernikahan ros dan idzuan



tak tau nak cakap camne.. terharu sebenarnye.. kawan baik ku rossa dah berkahwin :') dengan idzuan, kawan kitorang2 jugak :)

percintaan universiti berakhir dengan pernikahan pada 11 Jun 2010 ;)

siu siu~


ros rosss rossss sayang kat ko sesangat :']

sanggup ni amik cuti hari jumaat untuk pergi ke Machang Kelantan demi rossa tersayang ;p dan sekarang adalah hari ahad, aku berada di ofis sebab kene siapkan kerja yang tertangguh xdtg hari jumaat hari tu ;p har har har demi kawan baik, demi demiii~~~~~~

rossa~~ ko dah kawen daaa...... uhuk uhuk



di atas sebab2 yang tak dapat di elakkan, saya terlepas momen2 penting di waktu idzuan lafaz nikah.. oh sedih sangat :'(

masa sampai rumah ros, ros dah sah menjadi isteri idzuan.. x sempat nak tgk muke ros berdebar2 dup dap dup dap tunggu lafaz itu, blushing2, sebak2... wuwuwu


lebih menyedihkan bile dah selesai semua tu, masa salam2 peluk2 ros cakap "dd, aku cari ko.. ko xde"
uwaaaa :'(


ahh x kire, nak suruh jugak idzuan ulang tayang balikk momen itu :p



ayu nye kawan saya ni :) rosa x pakai veil pun, pakai tudung siti yang nice :)



kitorang in pink! tengah nak tangkap gambar, ezan call pulak.. cubit ezan ;p
*cian ezan xdpt tengok ros nikah




depan : dd dudu muka lebar, rossa, wawa
belakang : hana dan lina

waah hana puteri 7 pun datang, suke sangattttt sebab dah lama tak jumpe kawan aku yang sorang ni =D

yang kelakanye suami hana, peja dah jadik macam 2nd photographer pernikahan ni.. di mana2 akan muncul peja dan kamera muncungnya, dan sangat cekap :D hahaha sangat sporting.. kitorang terhibur




saya kawan ros. kuku pun kawan ros. ^_^
banyak sungguh memori kitorang, kann ros~~ kan kuku~~ pegi jalan mana2 pun sama2 :)

aduhh tiba-tiba dah rasa merindui ros yang bujang :'(
*hehe poyo, padahal selalu jek idzuan join sama, takde beza pun ;p





ros sangat cantik. artis kelantan katakann~~~
macam enggang dan pipit jadinye dah gambar ni, uhuk ;p




yangg pentinggg.... mereka sangat happy waktu bernikah, hahahaha
sengih memanjanggg :B




congratsss koraaangggggg =)

hehe mula kenal mereka di zaman upm. satu course, Software Engineering. kenal izuan dulu sebab die jadi cikgu kelas tambahan kitorang malam2. cikgu yang garang, ekekekeke... mula rapat dengan rossa sewaktu praktikal kat Kolej Islam, semester 4. bertambah rapat bila kitorang amik 'M' sama2 =) dan makin rapat.. makin rapat... =)


habesssss kisah pernikahan mereka.



di mana kitorang bermalam ek?



Kat siniiii..... Desa Permai Rest House, Machang Kelantan.


satu bilik Rm 70 :) seronok sangat bermalam dengan lina dan wawa ^_^


ok habess entry ini.. tunggu cerita perkahwinan mereka yang sangat meriah pula :)

dan last sekali..

hehe.. gelap.. :p



note : tudung pink kat atas ni menjadi tudung feveret sy skang, hihi dari Ratu, beli masa less 70% :B



Friday, April 9, 2010

tak dengar


semalam kann, balik kerja pukul 6++... sampai-sampai je rumah, lina ada kat rumah bersama ma ayah ku.. oh lina itu, semenjak dia ada kereta, kaki dia memang panjang siket ;p haha..

lepas tu, aku dengan lina makan2 sambil tengok diari AF yang entah hape2 tu.. lepas tu lina cerita masa aku tak ada, ayah tanya...


note : masa kejadian, aku baru lepas sms ma cakap aku dah kat sungai besi.


ayah : diana mana??
lina : diana dekat sungai besi
ayah : apaaaa??
lina : dianaa dekat sungai besiiii (volume up 1)
ayah : apaaaaaa???
lina : sungaiii besiiiiiiiii (volume up lagi)
ayah : apaaaaaa???
lina : sungaiii besiiiiiiiiiiiiii (volume up up up)

ayah : apaaa?? naik teksiiiii??!! (muka cemas)lina : bukannnn bukannnnn!!! suuunnngaaaaiiiiii beeeesiiiiiiiiii (volume highest)
ayah : haiyooo.. saya tarak dengarr lorrr


ekekekeke, aku gelak pegang2 perut masa dengar lina cerita ;p kesian ayah cemas ingat aku naik teksi balik kerja ;p




beberapa minit kemudian....


ayah nak makan bubur ayam mcD yang ayah beli siang-siang tadi.. tapi dah biarkan lama sangat bubur tu, dah siap mandi solat semua baru nak makan.. aku ada lah kat situ tengah ulang alik ulang alik..

ayah : haiyaaa bubur ini sudah jadik macam nasi lorr
diana : apaaaaa??? bubur sudahh basiiiiii??? (muka cemas)
ayah : bukann... bukan basi.. tapi sudah jadi macam nasii


*lepas tu dengar lina dan mak aku gelak terkekek2... ma siap cakap "tu lahh! gelakkan ayah lagi"


ngeeeeee.... itulah padahnyaaa.. kui kui kui..

Thursday, January 21, 2010

my engagement day - penghargaan (kawan2 buatkan hantaran)


hee untuk hantaran tunang, dah terhampir2 dah nak tempah kat
sinisila klik.. sangat sukeeeeeee... bunga2 fresh gitu... nak nak nakkk.... tapi bila kira2 budget, ermmm dalam RM 300 lebih boleh habis tuu untuk hantaran sahaja.. huk huk...
sekali pada satu hari, lina call, borak2, dia cakap nak tolong buatkan hantaran.. yeayyy \(^o^)/ ...

jadii pada satu hari, pergilah saya, mak saya dan lina ke Nilai untuk membeli barang2 buat hantaran.. kat sana memang giler laa saya kejap ;p terlalu banyak pilihan.. aduhaii....
tetapi saya tau saya kena fokus pada apa yang saya nak.. saya pilih betul2 ikut taste sendiri... akhirnyaa dalam RM112 macam tu laa habis , sekali dengan pistol tembak gam.. campur dengan barang2 dari kedai lain siket, dalam RM150 laa habes untuk barang buat hantaran.. herm ok la tu kan :)


malam 19hb 12 2009, lina dan ezzan tidur kat rumah saya, dan menyiapkan hantaran.. sampai siap 40%.. sangat seronok okay ;D tanganku tak seni sangat, hihi so kalau nak buat benda2 yang berkaitan dengan seni tangan ni, kureng siketlaaa ;P cuma pandai bagi idea siket2 aje, tapi nak implement tak pandai sangat, kena laa jerit linaa! linaa! linaa! hak hak hak sian lina ;P

ezzan pulak pandai gabungkan bunga2 sampai jadik lawa.. aku pun cuma pandai jerit wahh! wahhh! waahh!! aje laa he he he..

inilah lina, kembar tak seiras saya.. hew hew..
kawan yang tidak pernah jauh dari saya (' '.)
saya sudah anggap dia seperti keluargaku sendiri=)

8hb 1 2010 malam pulak, lina datang tidur rumah saya lagi bersama rossa.. untuk sambung buatkan hantaran :') .. rossa tolong tampalkan sticker nama pada goodies yang saya nak bagi pada tetamu.. banyak tuuu.. dekat 200 ;p keesokkannya pulak ezan datang tidur rumah dan tolong ikatkan riben pada goodies itu.. hee

inilah sticker dan riben untuk goodies itu!
makasih rossa dan ezzan :)


rossa, kamu sudah banyak tulun saya :')
kamu sangat seoarang kawan yang baik.
*hugs*



pada 15hb pula (sehari sebelum majlis), dah persiapan hujung2.. my friend muni mumu datang rumah meninjau persiapan.. dan dia dapat melihat kekelamkabutan saya.. haha.. lalu menepek la muni duduk dirumahku sampai tengah malam.. heee makasih muni!!!

erm masa tu sehari sebelum majlis kan, paham-pahamlaa banyak barang hantaran yang baru sampai dan perlu di gubah.. contohnya cupcakes dan stroberi.. jadi muni tolong hiaskan penutup kotak cupcakes dan ikat riben pada coklat stroberi hehe.. juga susun2 kan coklat ferero rocher (arghh tak reti eja) dalam sarang..

dan time2 tu jugaklaa macam2 muni nampak dan dengar.. aku kena marah ngan ma laa, kena bebel ngan ma laa hihi.. ma bukan marah kat aku sebenarnya, tapi pertama kali buat majlis kan, bila orang lain buat hal, ma akan jadik kalut, dan aku laaa jadik mangsa ;p hew hew

sowii muniiii^^ tak pasti mintak sowi untuk apa hihi

inilah murni itu..
terima kasih sangat2 teman kawanmu ini di malam saat2 akhir :')
*hugs*




gambar2 persediaan hantaran tunang..
dari kiri, tangan ezan sedang menggubah bunga, muni decorate kotak cupcakes, lina gam pembalut kotak, dan bawah adalah bunga2 yang digubah.


terima kasih korang =)
sesungguhnya saya sangat bersyukur kerana mempunyai kawan2 baik yang sangat baik hati, dan tak akan tinggalkan saya terkapai2 keseorangan :) saya harap saya juga menjadi kawan yang baik huhu

Tuesday, November 10, 2009

Trip to Bandung part 1


kebanyakan cerita adalah catatan dari buku purple ku ini, yang ditaip semula =)



05/11/09, 11:30 am, LCCT Malaysia..

Yeay, the day has come! bangun pukul 5:30 pagi sebab flight jadual pukul 9:40 pagi.. mandi2, siap2, packing barang2 kecil, lepas itu ayah dan ma hantar sampai KLCC.. janji dengan ezzan dan ayahnye kat sana...

dalam kereta, ayah banyak bagi nasihat...itu ini itu ini.. antaranya adalah


"lu aaa.. nanti naik kapal telebang.. duduk baik2.. pakai tali pinggang.. lepas itu basuh muka.. tau"

"ayah.. kenape kenape kene basuh muke ;n lagipun kite naik Air Asia laa, bukan MAS"..

"ooo yakaaa"


saya tumpang ayah ezzan ke LCCT =) sampai lcct, kuku dah sedia menunggu.. iyaa, kata rumahnye si kuku sebelah jek lcct tu ;P hahaha.... kami sampai serentak dengan ros dan encik tunang & juga lina.. masing2 menunjukkan muka girang untuk ke negara seberang.. oh yaa, ini first time ku akan menjejakkan kaki keluar dari Malaysia... sudah berumur 25 tahun baru berpeluang, tsk tsk..


muke girang nak fly~

beg couple renda hijau ;P hik2


peristiwa di airport... selepas check in bag, dan segala2 benda yang perlu di scan bla bla.. dengan muka girang kami menuju ke arah pintu berlepas tu, dan tiba-tiba kami kene tahan dengan seorang staff Asia lelaki.

"cik cik ni nak pergi bandung ke?"
"ha ah ha ah"
"maaf cik, pesawat sudah pun berlepas"

DANGGGGG!!!!!!!!!!!
batu besar menghempap kepala2 kami semuaaa...

cerita selanjutnyaa sila baca di siniiiiii

ok dah bace dah?
kalau belum bace, sila klik link tersebut..
kalau dah baca, ok anda boleh proceed dengan cerita seterusnyaa =P

seperti yang dikatakan oleh ezzan, selepas kami ditinggalkan kapal terbang, kami beli tiket baru yangggg pukulnyaaa 3:30 petanng... uwaaaa masak laaa kitorang duk lama2 kat airport tu wuwuwuwu...

Italicmalunyee kene tinggal flight ;P

kat bawah ni aksi2 kami yang menunggu menunggu menunggu~~~





05/11/09, 02:57 pm, Balai Berlepas LCCT Malaysia..

Boarding time pukul 2:50 pm. tapi sekarang dah pukul 2:57 pm, staff Air Asia x panggil2 pun untuk ke pintu berlepas.. huh die lewat boleehhh.. pinggan tingkat betol laa!!!

lama giler kitorang tunggu okay.. sampai zaman pun dah berubah menjadik hitam putih.. pu~

Bersambung...

oh p/s ku --> ciare.. nanti tunggu entry aku khas untuk ko ek, aku cerita pasal budget hotel dan semua2 nyee okayyy

Thursday, November 5, 2009

off to Bandung

huk huk taip laju2 ni... dah kena tidur, tapi tadi banyak sangat laa kerja mengemas, menulis , itu ini itu ini.. huk2.. lepas taip ni tidurlaa..

esok saya pergi Bandung.. urusan kerja, cewah! sah2 menipu... tak adalah, mau berjalan2 yuk bersama kawan2 ku... bercuti-cutian bersama kuku, lina, rosa, encik tunang rossa dan ezzan.. sepatutnyaa Ummu dan adiknya ade sekali.. tetapi, last minute umu xdapat pergi pulak atas urusan yg tidak dapat di elakkan..

Ummu, jangan sedey2 yee :(
tapi sebenarnye dd dan yang lain2 sedey sangat umu xdapat g.. kalau umu dapat g mesti ceria dan bes kan group kite kat sana :D

oh oh berkenaan tesis ku, sudah hantar 3 chapter kepada Dr. ku, ada lagi 2 chapter... sangkut sebab tak ada idea nak menulis research ku... harap2 lepas pergi tangkuban Perahu kat Bandung tu, hirup2 siket udara bekas kawah gunung berapi tu dapatlaa idea nak menulis research hahahaha

ye dd! chaiyuk merehatkan minda dan me'resetkan fikiran anda!

tata kawan2 :)

oh p/s ku --> sedey giler pergi Bandung tanpa sempat dapat gaji dan kuku pun x sempat dapat duit kutu, uwaaaa punah harapankuu... jalan2 window soping je laa nampaknyee ;P

oh p/s lagi --> oh yaa, saya balik pagi2 Ahad.. alaa abeslaaa ladang kecil ku x terjaga, Restaurant City, Cafe World lagi uwaaaa

Wednesday, October 14, 2009

samb... catatan weekend bulan syawal (rumah ezzan)


Ya Allah dd dudu ni, tak abes2 lagi keee kesah open house nyee... kejadian nye sehari jek, tapi nak ber'update tu ya ampun, berhari2.... huhuhuhu nak buat cane, ziffi busy sangat sekarang.. siang sebok buat kerja kat opis, malam baru leh update n buat auto publish ke ape ke... bile malam tu, naik taip pulak bulu mata ni asyik di buai2 ajeee, so bile bercerita tu, mendatar aje nadanye, hehe ;P


dah dah... ini last kesah 11hb tau..


11/10/2009, dekat2 pukul 5 petang

kami ramai2 beraya di rumah rakan sekerjaku, ezzan pulak yeayy... ezzan n family ade buat open house start dari lepas Zohor.. tapi kitorang ni sampai lambat pulak.. kawan2 ofis yang lain pun dah selamat balik dah pun huk huk x sempat jumpe koranggg~~

tapi sebenarnye, bes jugak ek datang lambat ni.. ezzan/tuan rumah boleh fokus untuk layan kitorang ajekk muahahhhaa, agak tamak statement tersebut ;P

suke gambar ni sebab ade cahaya kat aku hehehe
suci x ;P pang~

kat rumah ezan kitorang makan nasik beriyani dengan laksa johor yang sedap giler... memang sedap.. sebab aku yang perut senak kenyang ni pun leh hirup2 kuah die lagi.. yummy!

terima kasey ezzan atas layanan tip top kamu :D mmuahxx

bye bye ezzan~

aishh, x perasan lagi minah ni orang duk babai die..


haaaa tengok pun.. bye bye ezan~

ok ok sudaaaa~~ tamat laa sudaa kisah open house 10hb dan 11hb.. akhirnye.. phewww~~

Friday, October 9, 2009

entry untuk puteri 7 lagi


oitt korangg.. semalam aku jumpe hana.. hew hew jeles x? ;) hana yang dah ade 5 bulan perut ;p (betolkan kalau salah ye)


sungguh berdebar2 masa aku, kuku dan rosa tunggu hana untuk keluar dari parcel E kat putrajaya (hana ni chipsmore siket, kejap kat kelantan kejap kat putrajaya)...

mane hana ni? yang pakai baju kurung tu kot... ehh yg tu kot... ehhh haaa yang tu2...
ahhh bukannn laa!! orang tu menuju ke bas ;o
ehh yang belakang tu koott!!


sekali~~~ hana muncul dengan tiba2 dekat kereta kitorang dengan muka tak bersalah... ;n
hanaaa~~!!!! comelnyeee berbaju khas untuk perempuan mengandung ;p


takde gambar hana berdiri laa, kitorang cume duduk2 minum2


aku tak tau kenape gambar ni jadik pecah.. aku tak tauu, uwaaaa.. mungkin sebab transfer ke henpon lain dulu kot..
balik umah karang kalau senang aku upload balik eyy


lina kerang pun ade~
makasih lina kasi burger besar dan mahal untuk bekalan aku alas perut malam tu, sob sob
mase diorang makan, aku xmakan pun.. minum air suam ajek.. hee


borak-borak.. hana yang banyak cerita pengalaman tu pengalaman ni... hee hana masih sama seperti dulu ;P suke menggaruu ;p aaa lariiiiii~~~~~

lepas tu kitorang pun hantar hana balik ke tempat penginapan die dekat Hotel Bangi Lanai... bye bye hana... kalau aku xde banyak keje, musti aku x balik ofis semula, tapi lepak2 + tidur ngan ko dekat bilik hotel tu :(

dan lagi satuu... minta maaf aku macam tak ceria dan serabut je semalam :(
but truly, aku hepi tau jumpe ko =) nanti kalau ko kat putrajaya lagi, bagitau aku eh

owhh perhatian pada semua penumpang2 kenderaan awam, sila bagi keutamaan pada kawan saya ini untuk duduk yaa ;)

;P