Showing posts with label kene tag. Show all posts
Showing posts with label kene tag. Show all posts

Saturday, October 23, 2010

award dari 2 sahabat



oh sebelum memberi ucapan sebab dapat award, saya nak cakap yang saya x suka laa iklan Cuti-cuti Cinta tu.. bole?? ;p

asyik asyik iklan cakap "awak cakap saya x cantek?".. "tu apa tu? nasi lemak 50sen?"..

huh motip? dengar banyak2 kali jadi x suke, xrasa kelaka pun... bole? bole? bole?

sebenarnye.. aku xminat farid kamil... entah xminat laa.. lakonan pun x gagah... bole x bole x??

tapi aku minat sangat nora danish.. alaa nape die berlakon dengan farid kamil.

eh so, apa masalah aku ni? pangg~~



okiee kembali pada tajuk, award dari 2 sahabat.



award 1

dari cik bintang!

yeyyy makasih dik bintang kasi kak dd award.

yang comelnye tentang award ni, si bintang ni yang lukis sendiri. ekekeke tergelak2 sendiri aku menengoknye. hahaha jgn laa mara si bintang, kak dd bukan gelak apa, gelak rasa comel je, kui kui kui siap ada smiley sengih mata cam lanun agi tu hee hee xpe dik, comel comel hee hee

alamak, kene jawab beberapa soalan pula.


1) namakan haiwan yang anda x suke..

jawapannye. ulat ulat ulat. aaaaa lariikkk~~ kalau nampak ulat, aku bole menang pertandingan lompat jauh kot.

pagi tadi masa balik dari sarapan, aku nampak ulat gonggok kat tengah jalan, dan otomatik aku meloncat siket sambil tarik2 rina.

rina : "laa dd.. ulat gonggok je punnn"
dd : "eeeeeii tulun laaaa... aku x bole laaa dengan ulat ulat niii... kalau ko suruh harimau dengan ulat kejar aku, aku lari dari ulat dulu ko tau x?"
rina : "kalau ulat dengan anjing yang kejar ko?"
dd : "errrr.... alamak aku takut anjing gak"
rina : "anjing kat belakang kite sekarang.."
dd : "hek elleee tipuu.." *nak kenekan aku la tu sebab semalam kitorang 2 ternampak anjing sedang merayau2 kat area ptm ni, sampai kitorang semalam jalan laju2 sebab takut..
rina : "ni anjing semalam laa..." *sambil buat muke cuak dan berlari ke depan
dd : "rina..... crying" *dah hampir percaya siket dan takut nak pandang belakang

rina.... crying rina.... crying .... terus aku jalan laju2 ikut rina...sambil toleh belakang laju2... kuang ajooo ko rina tipu aku



2. PEREmpuan plastik yg pernah anda kenali .. siapa? tulis saja namanya walaupun cik b x tau haha

Vanessa.... cik b kenal x? dd pun xkenal, muahahaha



3. namakan org yg paling anda sayang ..

plural ke singular ni?
kalau ranking number 1, mak.. =)


cik bintang, thanx ye untuk award comel ni :)


------------------------------------------------------------------------------

award 2

dari cik iedayah :D


thanx iedayah kasi dd award :D erk beautiful ke?
hee hee


oh kene jawab soalan jugak.

Tell 7 things about yourself:

oo ok..

1) hari ni beli majalah Nur keluaran November. motip?

2) x suke iklan yang girl tu tunjuk baik dia bukak kasut depan orang2 sebab kesian makcik tu mengemop. alaa aku pun kesian gak, tapi gune jalan alternatif je la atau jalan sipi2. hek elleee iklan tu. .. so motip aku asyik x puas hati dengan iklan? ;p

3) alamak ngantuknye..

4) ape eh nak describe pasal aku???

5) cadar aku corak bunga2.. bole?

6) bantal aku corak lain lak. alamak.. ngantuknye..

7) baik hati. *tetibe


ok dah habes 7 dah ;p

iedayah, sori dd buat tag ni tak ikut format, heheheheheh ;p pemusnah tag betul dd ni ;p

tapi thanx yaa kasi dd award ni, dd hargai sangat :)





Monday, June 14, 2010

dapat tag, terus jawab



hehe kali ni dapat tag terus jawab.. tak tangguh2.. sebab tag senang.. hihi

dapat tag dari kak ida yang ada koleksi barang2 english style yang cantek2 ;)



1) Apakah yg bermain di fikiran anda sekarang?
"hampehhhhh kukuuu.."




sebab...

baru balik dari lunch bersama kuku..

dudu : awaak jangan parking hujung2.. hari tu kann awa parking situ, lepas tu monyet berkerumun kat kereta diaa *cerita dengan penuh semangat
kuku : ooo yekeee... monyet baju biru ek
dudu : uihh? kenapa monyet pakai baju biru? *xpaham
kuku : *sengih-sengih sambil memandang ke baju kurung biruku

hampeehhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh


grrrrr




2) Apakah nama samaran anda?
dd jehh!!! (sila pronouns macam adibah noor pronouns dalam iklan radio yang SAGA JEHH!!)



3) Berikan 3 org yg anda sayang?
ma, ayah, abang, kuku, family, rakan2... nak 3 kan? pedulik apee i ;p



4) Panggilan utk si dia..
awak jehh!!! (sila pronouns macam adibah noor pronouns dalam iklan radio yang SAGA JEHH!!)



5) Hadiah yg diimpikan dr seseorang yg istimewa?
entah.. ada ke ek?



6) Blog mana yg anda suka tengok?
blog mak hanis zalikha .. hehe

lepas tu, dah lama tunggu anak mat nor update blog. tapi tiada huhu

lepas tu semua blog kawan2 memang akan baca punya, blog kawan2 blogger pun baca gak, eheheee



7) Tagkan pada 15 org blogger..

1) ayu
2) ciare
3) cik paro
4) ezzan
5) hani
6) kak lina
7) kak marina
8) kak ogy
9) kak rihan
10) kak zai
11) linda
12) mimie azimask
13) muni
14) salwa
15) seri
15) zida
*motip letak nombor 15 dua kali? ;p


saje susun nama-nama diatas mengikut susunan abjad ;p



selamat menjawab tag dan membuat kerja. bye byeeee ;)




Tuesday, March 23, 2010

Siapakan dan Apakah?


saya kena tag dengan hani kawan nye kuku, kawan saya jugak :D


[1] Siapakah diri anda di rumah?

saya seorang anak yang selalu kena paksa makan dengan ayah. dan saya adalah harta kepada mak saya. itu yang mak selalu kata, setiap kali saya bising ma ni jangan lah risau sangat kalau kite balik lewat2 malam ;p


[2] Siapakah diri anda disamping rakan?

di kalangan rakan saya, saya yang paling kaya, saya yang paling pandai, saya yang paling cantek, saya yang paling baik hati, saya yang paling slim, dan saya yang paling pandai masak. ok, cukup tak untuk memotivasikan diri sendiri? har har har


[3] 5 benda yang anda idamkan tetapi masih belum tercapai

1) saya nak dapatkan M.
2) saya nak dapatkan M.
3) saya nak dapatkan M.
4) saya nak dapatkan M.
5) semua jawapan di atas. siapa tanya aku 'M' tu apa, siap ko ;P



[4] Siapakah nama pasangan anda?

namanya Mohd Khairi aka kuku aka Hanamachi Sakuragi.

dia adalah bekas teman lelaki saya, sebab sekarang dia adalah tunang saya. kikiki

dd ;n jangan loyar buruk boleh x ;n


[5] Ceritakan 5 perkara yang anda paling suka tentang pasangan anda

1) suka menterbalikkan kata-kata saya.

dudu : awaaak, awak balik terus ke lepas ni?

kuku : tak lah, kite balik bengkang bengkok.

pang~~

eh jap, tag ni suruh letak perkara yang paling anda suka ke? point ni macam tak sesuai jek ;p haha, baiklah baiklah, next~

2) spesis pelik tapi benar :'D waaah larikkk~~

3) pelat perkataan 'janji' kot kuku ni. tak pernah sebut perkataan 'janji'' sepanjang 6 tahun dengan saya.tak kesah laa janji apa2 pun. konsep kuku "kalau dah ada nawaitu buat sesuatu perkara tu, buat aje lah. tak perlu berjanji bagai". ok Alhamdulillah, dalam segala hal dah terbukti dia adalah lelaki yang "membuat dari berkata-kata kosong". yeh!!

4) pelat perkataan 'busy' jugak kot. tak pernah sebut 'busy' terhadap saya. hehe. tapi kalau dah tahap memang busy giler sehingga tak boleh angkat tefon mesti angkat laju2 cakap "nanti kite kol balik, ada nak buat somtething ni". dan x pernah menghampakan, memang akan kol balik. tapi tetap tak akan sebut 'busy' ;p "awaak awk busy ke?" ... "taklah, biasa je".. hoh nak tengok pecah rekod tak, tak sebut busy sampai lepas2 kawen nanti ;P

5) kuku tak ambil mudah dengan apa2 pun perkara. masalah saya juga menjadi masalah dia walaupun masalah remeh temeh macam saya serba salah dengan kawan, xtau nak decide macam mana. oh teringat masa bertunang hari tu, ada lah masalah2 kecil di pihak sini dari segi pengambilan order itu ini. nak tak nak saya termengadu jugak kat dia bila kuku suruh jugak cerita, walaupun dia sendiri tengah dengan hal persediaan belah sana. seboleh2 dia nak tolong jugak saya. tapii saya taknakkk, sebab kalau dia tolong, dia akan nampak apa hantaran yang akan saya kasi dia hehe tak seprais la nanti ;D hrmm saya tak akan keseorangan bila ada masalah. dan kesannye, otak ku menjadi makin lembab untuk menyelesaikan masalah seorang diri ;P haha not gud not gud.. huhu kuku baca point ni karang kang die suruh aku fikir masalah sendiri lak lain kali, uwaaa nyesal tulis :'P

tapi saya harap2 saya pun macam tu juga, sentiasa ada untuknya =) walaupun kadang2 memang hampeh xleh diharap siket wuwuwu

6) baik hati tapi ego tunjuk baik hati. kalau penat pun ego. kalau sakit pun ego. har har har

"awaak, awak batuk ke?"
"taklah, biasa je... kof kof kof... "

;n

eh kejap, point ni betul ke masuk kategori kesukaan' ni? ;P hik hik

7) tegas macam bapak-bapak orang ;p sangat bertanggungjawab pada keluarganya. ok, dah nampak future family ku macam mana, hew hew auwww lari perlahan-lahan~

8) suka tekan button off radio bila saya kata saya SUKA lagu tu. ;n

eh alamak, point ni pun salah kategori gak ni. ini bukan kategori suka. har har har



ups terlebih sudaaa~~ tag suruh 5, aku letak 8 ;P hew hew



[6] Bila tarikh anda couple

tak ada tarikh couple ;p tiba2 dah feeling feeling, boleh gitu? ;p tahun 2004 la yang pasti.
tarikh tunang : 16 Januari 2010. baru lagi ni, hehe.

[7] Apakah kenangan pahit anda bersama pasangan anda?

pahit sungguh apabila kuku nak muntah-muntah apabila adik ezzan kata mukaku iras Tiz Zaqyah. i knowww its iewwwww.
dan sekarang lebih pahit bila korang pun nak muntah beramai2. kan kan?

[8] Lagu tema cinta anda?

dia pernah dedicate saya lagu "Permasuri Hati - Hijjaz". aww~
saya pernah dedicate dia lagu One nyanyian Lee Soo Young, soundtrack cerita Friends yang won bin berlakon tu.

tapi, lagu tema untuk kisah cinta The Color Of My Love blog ni adalah lagu The Color Of My Love nyanyian Siti Nurhaliza. saya sendiri yang pilih. kuku tak tau pun. hehehehe


[9] Apa perubahan yang ingin anda lihat dari pasangan anda?

kurangkanlah kekerapan menebas rambut di kepala. wahh larikkk~~
saya rasa kuku lebih encem bila ada rambut. hik hik.

[10] Tag rakan2 ada yang lain

nak tag kat anne semula. dan juga lisa yang baru kahwin. hihi jawab yuk


dadada (^^.)/

Friday, March 19, 2010

the seven


motip tajuk macam tu? haha aku pun xtau.. xpe, asal bukan the seven dwarfs ok la tu eei tah pape, tak kelaka pun :n


thanx to anne si pinky pinky bagi kite sebuah award.
award apakah?

taraaa~~


beautiful kah? gelak sorok2 belakang pintu

dah dapat award ni, kene bagitau 7 perkara tentang diri sendiri. oh baiklah baiklah.

The Seven things about puteri dudu.

1) aku perasan kan, kalau dekat tol bayar tunai, tak pernah orang tol tu berdialog "dik, duit kecik ada tak?".. oooo orang tol memang tak kan ada masalah takde duit tukar ek?

2) tengah follow cerita siong. ala, semua cerita Lagenda pukul 8:30 tv9 aku suka. paling suka, cerita Puteri Bunian yang nora danish berlakon dulu. nenek kebaya layan gak. ah, banyaklah cerita lagenda aku layan. cerita siong ni best gak. tapi, motip heroin cerita curang dengan kekasih? ;n bukan heroin selalu watak baik ke ;p ngeee

3) setiap kali di jalan raya, ada kereta yang baik hati bagi aku laluan di kala aku dah bagi signal, tapi tak ada orang kesian, nak je aku tekan satu butang, dan keluar belon yang bertulis "TERIMA KASIH, KAMU SANGAT BAIK HATI!" muncul dari keretaku. tapi masalahnya, butang tu tak wujud. alah

4) ada internet kat rumah. nama dia P1 WIMAX. sayang sangat kat P1 sebab haprak, siput macam kura-kura! nak tulis email, tekan "new", sampai ke esok pun tak load load, puk. tapi suka kehidupan sekarang 'tanpa internet' di rumah, sebab boleh buat banyak perkara2 lain yang tak perlu mengadap PC. saya sangat bahagia dengan kehidupan ini^^ cukuplah 11 jam seharian dah melihat PC di tempat kerja ^^

nanti nak tamatkan P1 wimax ;p tapi ada orang tu pulak kata nak registerkan Celcom Broadband tuk aku, nak aku siapkan research kat rumah, adehhh takleh lari ;P

5) baru lepas jawab telefon. hasni tefon, katenyee saje telefon sementara dia tunggu nak masuk bilik meeting. pu~ adakah aku batu loncatan di waktu2 menunggu? hahaa larikk~ hasni kejarr~

6) selepas hasni telefon, encik borhan dari OAS pulak telefon. hihi. baru lepas letak telefon. sok sek sok sek panjang. dan perbualan akhir "cikkk~~ saya ingatkan cik kol saya pasal REVADS!!" disambut gelak tawa encik borhan yang sangat kuat, haha. point num 6 ni, kawan2 oas je yg paham k.

7)

nantilah aku isi lagi, haha.


ok, nak pass award ni dekat kak ogy =)

syarat2 nye adalah:

1. Thank & link the person that gave you the award.
2. Pass this award onto bloggers you’ve recently discovered and think are fantastic.
3. Contact said Blogs and let them know they’ve won the award.
4. State 7 things about yourself.

Tuesday, June 2, 2009

di keheningan malam, menjawab beberapa soalan

ini adalah tag... saya dapat dari ezzan

kekasih saya adalah
: cik kuku lorr~~~

saya sedang mendengar : xde dengar apa2 pownn sgt.. tenang jek selain bunyik kipas dan lagu Heart (britney spears) yang di buka dengan volume rendah :) saya suka ketenangan begini ^^v

mungkin saya patut : lebih berusaha untuk cepat siapkan tesis.. korang dengar pun dah bosan aku nye tesis x siap2.. malu i~

saya baru sudah : post entry tajuk "restoran paling tension saya penah makan" hihi

beza rakan, kawan dan sahabat : bagi aku, sahabat paling kawan segala kawan laaaa, hohoho

saya tidak faham : kenape cam dah lame x jumpe komik sincan yang baru di kedai uh uh

saya perlu mencari : kekuatan untuk menghadapi master yang x abes2 ni, yeh! dd chaiyukkk

ayat terakhir di katakan kepada saya : em? awak~ awak dah tido? (huhu sori kuku, kite yg asalnye ngantuk tetibe x tertido lak, tapi las2 awak yang tertido mase teman kite ;p mata ni haa, salahkan mata ;P )

makna hidup : saya suka hidup (^^)/

cinta itu : pelik noks~~

saya paling suka : waffle aiskem.. arghh tetibe teringat

saya akan cuba : kurangkan gula dalam setiap pemakanan saya ;P nak kurus nak kurus~~

mengapa rakyat Malaysia suka menggunakan Lah di akhir ayat mereka :
oooh saya laah rakyat Malaysia tersebut~~

telefon bimbit saya :
taraaaa~~~ baru beli henset baru ni hari sabtu hari tu hehe

Nokia 2630, hehe simple jek, tapi puas ati lor~~ ;) henset ni ganti henset mono yang lama tu tuk num maxis hehe

henset L' amour ku~~ ;) untuk num celcom hehe

aku sangat sayang dua2 henset aku ni, mmuaxx mmuahxx

katil saya : ade ni haa kat sebelah, kejap ye katil~~

soalan bagi saya yang tidak perlu ditanya : sebenarnye aku dah taip... tapi aku delete.. x jadi la nak gtau korang ape kah "soalan yang tidak perlu ditanya" tu ye ;P

teknologi adalah : bagus, tapi kadang2 aku lebih percaya kan kebolehan manusia itu sendiri ;P contohnya, sampai skang aku xde kad touch n go dan smart tag, sebab aku takut ngan mesin, hehe bole? ;P bukan ape, x sesuai laa untuk org cam aku yang pelupe ni, kang aku xpasan baki touch n go sebenarnye dah abes, pastu kene ngundur ;p smart tag pun same, hoho tidak sesuai untuk org ortodoks cam aku ;P ngeh ngeh prefer tunai walaupun kene beratur panjang hehe.. ye kuku yeee, x kool ekk beratur tunai? ;p

bagaimana saya masak makanan yg saya pandai masak : ikut untuk siapa yang saya masakkan? ;P kalau saya sayang die, jadik sedap la kot muahahah

semalam : makan sambal sotong mak, sedap uh uh telur yang kekal di dalam sotong, nyum2 menjilat jari~~

hari ini : hari ni g keje balik keje tumpang ayu... yuyu yang baik hati amik dan hantar aku tul2 sampai umah hehe... seronok aku duk belakang sambil menikmati pemandangan malam sambil nyanyi2 sume lagu nasyid CD yang yuyu tengah play hehe

malam ini saya akan : tengah malam la ni huhu.. sekarang tengah mendonlod lagu2 lama britney spears.. rindu nak dengar :)

esok pula saya akan : cabut undi kutu yeayyy agak2 nye saye num ke berape eh ;p

saya betul-betul inginkan : masa depan yang bahagia, sama dalam fantasi saya ^^

badminton atau futsal : badminton hoho

karaoke : errr segan laa nak gtau, saye xpenah gi karoke huhuhu

makanan jepun adalah : comel comel belaka

bilik yang terang atau gelap : xberape suke terang lampu sebenarnye.. tapi sgt suke terang matahari (^^)v rase segar~~ hoho

ayat terakhir yang nak anda cakap pada seseorang : tidur nyenyak2 ye :)

kereta : oooh kelisa ku~~

saya nak tag : nak tag kak meriah bole x uolss? ;p

Saturday, May 16, 2009

saya pun ada nama jepun juga ;)

saya kene tag dengan sehelai murni,

jadi apa name jepun saya yee ;D

For the instructions, add your name on the list and simply spell out your name using the given Japanese letter- translations below. Tag six of your friends and inform them of the tag. Have fun.


TRANSLATION:

A - kaF - luK - meP - noU - doZ - zi
B - tuG - jiL - taQ - keV - ru
C - miH - riM - rinR - shiW - mei
D - teI - kiN - toS - ariX - na
E - kuJ - zuO - moT - chiY - fu

nama penuh (nordianah)

n : to, o : mo, r : shi, d : te, i : ki , a : ka, n : to, a : ka, h : ri

nama x penuh (diana)

d : te, i : ki , a : ka, n : to, a : ka

oooooo nama ku te ki ka to ka keeeeeeee~~~ ingatkann name aku adalah misae~ hik hik

lina dan ciare! saya pun mau tahu nama jepun kamu jugaa!! saya tag kamu wokk

Sunday, May 10, 2009

aaaaa dah pukul 3:18 pagi?

saya dapat tag award dari ofismetku~ zida~

Peraturan nak jawab tag ni ialah:


1. Copy badge "2009 Cute's 3logger Award" untuk diletakkan di blog anda.
2. Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda.
zida yang kasi award ni.. die ofismet saya... die comel.. saya suke cucuk pipi die.. zida ade saga.. zida hosmet nye si ayu apple.. sekian terima kaseh ;p


3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya (anda di-tag)

okaaayyyy

- suke ribon

-
suke bunga


- selalu bersyukur sebab dari dulu sampai sekarang asyik dapat kawan yang baik2 jek.. aku seorang yang mudah terpengaruh hehe kalau kawan buat tu, aku suke ikut ape die buat ;P kalau buat yang x baik, takut aku ikut gak hoho.. kat CBN dapat kawan yang baik2 gak, shai, iza dan shee.. dorang x de pun pengaruh aku yg tak baik tak baik..

masuk mrsm, kawan yg baik2 gak, selalu ajak aku solat berjemaah kat surau kuikui, tapi solat subuh kat surau masih x dapat diselamatkan ;p

masuk matrik, laaa dapat rumet yg baik2 gakk, diorang selalu kejut aku solat kalau aku tidur, bile aku kekenyangan cam ular sawa selepas berbuka tahap xleh berjalan, dorang tetap ajak aku g terawih sampai aku "yelaaa yelaaa"...


masuk upm, jangan cakaplaa.. awal2 semester aku paling jahat kot, pakai baju macam x cukup kain.. ;P 1 gang dengan hana yang tudung labuh bulat.. kawan ngan ateh yang selalu sembahyang lama.. kawan ngan ja, ciare, lina yang pakai tudung pin depan atau selempang secare menutupi dada ;p biku pun baik gak ;p
lepas tu lame2 tetibe aku pun kadang2 ikut pakai tudung pin kat depan lak ;p baju pun makin cukup kain dah ;p lame2 tetibe pakai baju kurung lak ;p kadang-kadang je la tapi ;P hehe, pastu dapat boipren pun yang alahai~^^ ;p


zaman bekerja masuk opis oas ni.. laa mereka baik2 gak ;p dak pompuan baik, dak laki baik, bos2 pun baik2 belaka~ ;p

so, bile aku nak jadik jahat ni? paaaang~~ pukul diri sendiri hahaha memain jek laa ;n

sangat bersyukur laaa environment saya selama umur 25 tahun^^ busuk2 hati punya olang pun tarak.. Alhamdulillah, sayang kamu semua, mmuahhhx =)

p/s -->
anyway saya masih terlalu banyak kekurangan, dan masih dalam proses berubah menjadi seseorang yang lebin baik, doakan saya :)


-
selalu makan x abes.. lepas tu risau apakah hukuman yang akan saya terima apabila saya mati nanti sebab selalu membazir makanan? :( saya cuba berubah saya cubaa~~


-
ayah saya sampai sekarang x reti sebut garpu ;p die sebut 'gerpo' (kalau dgr bunyi macam kerpok) he he he comel2 ;P


- arghh minggu lepas masa mak saya dan ayah saya pergi ke klinik telinga di jalan silang, ade orang buat ayah saya marah arghhhh, mase mak cite tu, saya pun jadi marah pada org tersebut.. beng**ng tul

-
saya x suke pakai minyak angin dan bau minyak angin.. kalau sakit perut atau perut masuk angin selalu buat dekk je, xsuke sapu2 minyak angin.. tetapi selepas terbeli losyen mustajab pati halia color hijau dari lina, aku dah rajin pakai bile sakit perut atau masuk angin.. sebab losyen kan senang ;p makasih lina~


p/s -->
sape2 nak beli losyen tu contact la lina ye hehehe


-
dr. taufik suruh aku sambung pHD untuk jadik lecturer sebab dah alang2 aku terjebak dalam bidang research ni kan.. tapi bile fikir2 aku xmaulaa jadi lecturer, sebab aku seorang yang suke bercakap bile ade mood sahaja ;p kalau xde mud, aku xsuke bercakap ;p jadi lecturer kena selalu bercakap, di dewan kuliah lagi, student datang bilek lagi.. semua pun bercakap yang kene 'berfikir'.. so xmau laa jadi lecturer.. nak jadik cikgu tuition jek hihihi


- tadi aku tergelak sorang2 sebab teringat hari jumaat hari tu.. linda membuat keje sambil menyanyi dengan sepenuh hati.. mase tu die nyanyi lagu siti nurhaliza 'Ya Maulai'.. time tu opis senyap je kecuali dengar suare linda yang menyanyi dengan penuh perasaan tu laaa.. sekali part chorus, suare linda tenggelam sebab xsampai kot, tetibe ezan pulak yang menyahut chorus tu menyanyi dengan penuh perasaan jugak :D kelaaakaaaa gilerrrrrrrrr wa cakap time tuuuu~~~

-
mase tengok konsert af tadi jugak aku tergelak sorang2 sebab teringat kesah awa tarik kedua2 belah telinga luqman dengan kuat sekali sebab bengang giler luqman kenekan die, wahahahaha lawak lawak sebijik cam aksi misae mak nye si sincan pusing2kan kepala sincan ha ha ha haaaaa


eh alamak, dah 10 dah? huhu~~

4. Anda perlu memilih 6 penerima award seterusnya dan menyatakan nama mereka di blog.
ermm rasenye ramai dah dapat award ni dan cerita pasal fakta diri sendiri kan, so dengan ini saya menjadi penutup tag ini ;p ampun wokk

makasih ek zida, kasi kite award ;)

akhir kata..
Selamat Hari Ibu ma =)


insan yang saya paling sayang di dunia ini adalah mak saya.. terima kasih sebab menjadi ma yang paling penyayang =) dan pe'risau' ;p he hee heee

Tuesday, May 5, 2009

kesukaanku~

umu~~ kite nak jawab tag umu ni, tapi soalan2 tu, macam dah banyak jawab jekk sebelum2 ni ;p kite jadik cam ezan la ek, jawab pasal lagu kesukaan jek leh? ;p

LAGU KESUKAANKU, TOP 10 =D


1) lagu dalam cerita The Vineyard Man, erm yang tengah jadik theme song kat blog ni ihiii =)

2) semua lagu dalam cerita Sassy Girl Chun hyang

3) semua lagu dalam cerita Love Story in Harvard

4) Squall


5) One love - Spring Waltz OST, dan kebanyakan lagu2 korea yg lain laa ;P

6) aku dan dirimu - bunga & ari lasso

7) lagu fruits basket

8) Debu-debu dosa - Hijaz, taubat - opick, dan lagu2 nasyid yang lain hehe

9) lagu2 lame zaman childhood ku~ ihiiii

10) Beautiful lies - juwita suwito

Friday, May 1, 2009

apa perkara empat ek


Linda@Red, kite sambut tag linda ni hihihi





FOUR NAMES THAT FRIENDS CALL YOU :


- diana
- dd dd dd dd dd dd
- yana
- puteri buah peach (sendiri panggil ;p)

FOUR MOST IMPORTANT DATES IN YOUR LIFE :

- 1 januari
- 1 oktober dan 10 oktober
- 17 ogos
- 28 jun 1984.. ma terima kaseh sebab lahirkan kite ke dunia yang cantek ni =)

FOUR THINGS YOU'VE DONE IN THE LAST 30 MINUTES :

- tertidur depan tv
- pegang pensil nak tulis draft tesis, tapi xtau nak tulis apa.. owh idea mehlaa dtg~
- kacau2 kulit yang kat bibir kering ni ihiiii
- berkerut2 di dahi bace blog org lain

FOUR WAYS TO BE HAPPY :

- akan melupakan atau tak suke ingat mende2 lepas yang buat diri sedih, delete memory tersebut macam xpenah wujud :D lepas tu kalau bersedih, jangan layan sangat perasaan tu, shuh shuh gi kuar jalan2.. tapi yeke? selalu gak aku ter'layan perasaan iteww hehe ;p

- kalau x dapat sesuatu yang diinginkan tu, jangan dikesali :D tapi fikirlaa camne nak dapatkan atau paling koman pun berangan jekk, imaginasi dah mampu buat aku hepi sendiri^^ dan jugaaaa aku suka fikir setiap perkara yang berlaku, mesti ada sebabnyee kenapa Allah jadikan begitu, untuk hepi aku suke fikir camtu :D

- buat perkara yang kite sukee lorr =D

- buat orang yang kite sayang hepi, bile mereka hepi, aku pun hepi =D hep hep hoorayyy

- last last, spend time dengan orang2 yang kite sayang laa sementara mereka masih ada, dan kita masih ada^^

eh terbagi 5 pulak ;p

FOUR PEOPLE YOU MISS FROM YOUR PAST :

- ade sorang tu, nama dia salwa, atau panggil awa.. kite kenal die mase kat matrik melaka.. dah masuk matrik tu, berkenalan, pastu baru tau die dak CBN gak cam aku.. berkawan dengan die beberapa minggu lepas tu die nak pindah masuk UTP kot.. saat itu antara saat yg paling aku sedih, sebab aku sangat suke kawan ngan die, kitorang memang rapat cam hape jek... menagis jugaklaa aku mase hari2 terakhir die.. die apetah lagi, dahlaa putih, menangis sampai merah muka... lepas die pegi tu kitorang terus los kontek, xtaulaaa kenape jadi camtu ek.. tetibe aku rindukan die.. awaa..

- norehah.. kawan mase sekolah agama.. inipun rapat gilerrrr2 punyee.. tapi los kontek gak, num die pun dah x da[at dihubungi


- azmah, rumet aku kat mrsm kuantan.. sekarang die sambung belajar kat indon, final sem dah rasenye.. bakal doktor dah huk huk.. die kawan aku dan rumet yang sangat baik =)

- nana, aina dan naz... rumet2 aku di matrik.. uh aku sangat hepi time tu bersama2 merekaaaa wuuuu

- arwah nyang dan cek kite :( tanpa mereka tidak ada sebab dah la aku nak balik kampung batu rakit, terengganu uhuk

eh terbagi 5 lagi ;p

FOUR GIFTS YOU WOULD LIKE TO RECEIVE :

- nak loket emas, wakakakaka dann dann nak loket emas selepas kes si A rakan opisku beli loket emas untuk kekasih hatinyaa :D

- nak rumah cantek atas cameron highland.. sekian terima kasih

- perfume bau suwit2 bole? ;p

- xkesaaah, sume barang2 yang org bagi aku suke :D

x cukup 1, sebab tadi dah terlebih ;p

FOUR OF YOUR FAVOURITE HOBBIES :

- berjalan2 :D
- blogging and gugeling :D
- bace buku cerita
- berjalan2 lagi :D

FOUR PLACES OR COUNTRY YOU WANT TO GO FOR VACATION :

- semua tempat dalam dunia ni pun nak ;p

FOUR FAVOURITE DRINKS :

- teh o ais kurang manis satu
- sirap kurang manis satu
- laici slurpp :]"
- jus mangga mak buat :]""""

FOUR THINGS ALWAYS FOUND IN YOUR BAG/HANDBAG :

- botol air botol air botol air ;p
- beg duit ku~
- henpon ku~
- spek ku~

FOUR FAVOURITE COLORS :

- pink, peach dan keturunan
- putih
- merah
- hijau lembut

TOP FOUR HANGOUTS :

- oh bilik tidurku
- entah, lagi tiga x spesifik laa mana2 hohoho

TOP FOUR U LOVE SO MUCH :

- mak ayah abang~
- kuku ku~
- kengkawan ku~
- erm~ (menggaru2 dagu)

TOP FOUR THINGS SPECIAL TO YOU :

- barang2 pemberian orang tersayang
- koleksi komik sincan ku!
- koleksi komik doremon ku
- barang2 yang kawan kasik

TOP FOUR WHO YOU WILL TAG :

- xde.. aku kan suke jadik penutup tag hahahaha

TOP FOUR REASONS WHY YOU ANSWERED THIS SURVEY :

- amanah ;p
- bolelaa buat tag sambil2 fikir idea oh tesisku ini
- sebab linda bagi hik
- suke hati aku laa ;p

Tuesday, April 28, 2009

tak tau muni ingat lagi x tag die ni hoho


he he he jawab tag boleh laa tulis slow2, nampak laa cantek siket

alaaa yelaaa yelaa meh laa aku jujur tulisan sebenar aku, hidup kene laa jujur ye dok

haaaa hamek ko, keluar semua cacing2.. pu~~

muni, hutang tag aku dah kire langsai la kan :D

Monday, April 27, 2009

terima kaseh kerana memberi award


1. First insert this badge or the pic above to inform u have been awarded.
dah

2. Make sure you take the picture and said it is from.
ezzan lah si pemberi award ini, makasih wok

3.You should tell 10 facts or hobbies about yourself.

- aku suke bermain2 dan suke geli hati ;p

- aku seorang yg complicated muahahaha, bende yang x perlu fikir aku suke fikir, tapi mende yang perlu fikir, aku x suke pulak fikir.. puk

- bende yang paling ditakuti oleh aku adalah kene marah .. hehe.. orang cam aku ni x sesuai masuk AF kan ;p wakakaka ade hati tu~

- kalau di letakkan
A) seekor harimau dan
B) seekor ulat/cacing/pacat/lintah/ulat gonggok

depan aku, aku lebih takut kan si B, pu~

si A aku takut gak, tapi terus lari lintang pukang laa, kalau si B tuh aku takut tahap x bole berlari langsung, kejang dan menangis di situ

- aku pencinta rumah cantek.. suke gugel gambar rumah2 cantek, dan suke bukak blog kak ogy tengok gambar2 rumah cantek dan hiasan dalamannye yang arghh!!

ngok x aku dulu mase kecik2, setiap kali lalu tepi rumah2 yang cantek aku suke membayangkan aku ade tiket atau diberi kuasa untuk hari ni tidur di rumah tu(taah sape punye umah la kan), esok tido di rumah cantek yang ni pulak, lusa tido rumah yang belah sana lak.. sampai semua rumah cantek dalam dunia ni aku dah tito ;p


- aku suke sangat melancong/atau berjalan2.. tapi sila take note yaa aku lebih tergoda untuk melawat tempat2 menarik/bersejarah berbanding bershopping di tempat orang hihi adekah aku seorang yang membosankan? ;p tak tauuu, tapi aku sangat suke tempat bersejarah =)


- aku selalu bersedih apabila terpaksa membazirkan masa yang lama di jalan raya bile sesak.. setiap masa aku bernilai dan aku suke penuhkan dengan apa yang aku suka, jadi aku tidak suka membuang masa seperti itu ko paham x~ ;p


- dulu pernah bercita2 nak jadi pramugari sebab bes dapat terbang ke tempat2 lain, tapi x ada pramugari yang bertudung laaa pulakkk huk huk


- ke'gila'an aku pada sup amatlah kritikal, sebab kalau x dapat makan sup dalam 1 hari tu aku leh jadik x tentu arah.. ah teruknya aku ini


- kalaulah aku dah dapat master ni, aku masih x tau aku nak jadi apa.. aku nak jadi surirumah je bole x uwaa waa waaa aku tidak suke bekerjaa uwaaa, x pun aku gune master aku (kalau lulus) untuk ajar tuition kat umah leh x? leh tak kuku?


4.You should choose 5 other bloggers and tell their name
- kak vp
- hanis zalikha

ye aku tau dorang x bukak blog aku muahahaha

Sunday, April 26, 2009

yang pertama dalam hidupku =)

saya kene tag dengan ezzan

(tiru ezan ade lagu background)

***** lagu background adalah lagu cinta pertama dari bunga cinta lestari.. sunny~~ sunny~~ *****


:: handphone ::

henpon ericsson yang gedabak giler zaman dulu tu.. taruk dalam poket baju kurung konfem xmuat/menggeleber seperti batu bata yang letak dalam baju kurung... nak cas bateri pun xde nyee main cucuk2, kene keluarkan bateri nye yang gedabak tu dan di cas atas chargernyee hehe.. ermm mase ni form 4 kat mrsm, ngadu2 kat ayah susah laaa nak beratur kat public fon yang seketul 2 tu, bebudak laki suke conquer..

pastu ayah beli henset second hand ni dari guard JKR.. sedangkan ayah sendiri x memiliki henset time tu ;P aku sangat seronok masa dapat :D rase cam bes jek ade henfon mase form 4, biarlaaa gedabak pun :D kawan2 pun tumpang henpon tu kalau mak dorang nak tepon ke ape kee hehehehe

terima kaseh ayah ku~


:: walkman ::
errmmmm mase form 2 ke form 3 ek, x ingatlaa, time tu pakai abang punye je.. pastu mase masuk asrama form 4, ayah belikan sbb aku memang xleh hidup tanpa walkman ;P kat kuantan lak mase tu xbyk channel yg dapat, aku layan radio muzik jek hehehehe pastu layan kaset2 laa :D aku rase aku lah penyumbang terbesar duit ke kooperasi untuk membeli bateri 2A hohoho..

aku kalau belajar memang xleh xdek walkman, ngantuk nanti!! (tapi-sebenarnye-ade-walkman-pun-aku-tido-gak-sebenarnye-hihi)... walkman aku penah dirampas oleh LDP (lembaga disiplin pelajar) sebab melanggar peraturan bawak walkman mase prep.. uh 2 tahun aku pakai hari2 mase prep xpenah kantoi kecuali satu hari tu la wuwuuwu, tp leh dapat balik walkman tu sebab LDP tu kawan aku muahahahaha

walkman memang kawan baikku semase di mrsm kuantan =)


:: basikal ::
aku ingat aku ade basikal dulu, satu abang nye kaler merah, lg satu aku nye kaler kuning (yang kecik punye)... aku suke main basikal ngan abg petang2 kat bawah rumah.. lepas tu, aku ingat lagi kalau ayah aku nak pegi melawat ayah tirinya (kire datuk cina aku la) kat sebuah kampung tu, musti sumbat 2 basikal ni ke dalam kereta, sebab kat kampung tu konfem aku ngan abang x tau nak buat apa sementara ayah sok sek sok sek kat dalam rumah.. so aktiviti aku ngan abang adalah bermain basikal di sebuah kampung cina.. pastu kene kejar ngan anjing cina huk huk huk pastu diselamatkan oleh seorang warga cina kampung tu hohohoho

erm xlama kemudian, aku darjah berape ek, x ingat laa, ayah pergi buang basikal aku ngan abang ke tempat pembuangan sampah.. sebab xnak kasi aku n abang asik main basikal je sampai x study sob sob sob nanges nanges, ayah aku giler ar strict dulu.. pastu aku pun xtau laa sape yang dapat pungut basikal2 tu kat situ, agaknye orang yang keje carik sampah kot, die bawak balik ke anak die ke, mane tau kan huhuhu

p/s --> uhuk baru lepas korek kesah2 lame ngn ma, ma kate ayah x sengaje buang laa.. ayah nak letak basikal kat bawah sebab penat bawak naik turun naik turun.. lepas tu tetibe basikal tu hilang walaupun dah kunci.. yekee ni ma? yekeee? kenape musti kunci kat2 ngan tempat buang sampah? yekeee nii? ma nak beking ayah eyy~~~

:: spectacles ::
form 3 kot.. time tu aku memang gembira giler bile aku disahkan rabun sebab dah lame aku teringin nak pakai spek sbb aku rase org pakai spek nampak smart ;P

tapi sekarang rase x bes la rabun dan pakai spek waawaaawaaa :'O


:: crush ::
masa sekolah rendah darjah 1 dulu kan sampai laa darjah 3, abang aku asyik ngejek diana love siva jek... siape siva pun aku x hengat.. sesuka hati abang aku jek ngejek aku ngan makhluk alif ya nun dal ya alif tu.. sampai nanges2 aku kene ngejek ngan abang, adeke patut die kate aku suka siva? abang siap conteng2 lagi diana love siva tu kat dinding dan buku2.. adeke patut?? adekee???

:: naik flight ::
siriyes ke korang nak tau? ok aku first time naik kapal terbang mase tahun lepas pegi langkawi bersama kuku, lulu dan ruru.. kesian tak aku baru naik kapal terbang umur 24 tahun? ;P hik hik

tapi yang pertama ini sangatlaa indah^^


:: boyfriend ::
truly kuku@khairi@khair@keri@putera buah cempedak (tetibe dapat nama hahaha) ever!

=)

*******************************************************************************
owhhh owwh saya nak ucapkan terima kaseh kat kak ogy sebab bagi saya award hehe

ini dia, taraa~~

akak pun chomel jugaak^^ ;P

Saturday, April 18, 2009

busan ngadap jurnals, jawab tag jap

ye ye saye tau banyak tag yang saya x jawab lg
tapi saya jawab tag yang senang dulu ek ek

ini tag dari kuku kiki koko

1. Letakkan gambar profile anda

ini dia
2. Terangkan apa maksud gambar itu?

buungaaa~ bunga (dengan gaya ako mustapa dlm iklan dulu tu)..
b.u.n.g.a bungaa~

mase blog ni dicipta oleh aku, aku xde pening2 pun, memang terus terpike nak konsep my secret garden (nak buat url www.mysecretgarden.blogspot.com tapii cesss dah ade orang pakai url tu).. terpaksa laa pakai littleflowerfarm-yang-panjang-dan-susah-nak-ingat-ejaan-ni.. pu~
sebelum tuh aku ade bace buku cite english budak2 tajuk my secret garden hehe...

lepas tu x de pening2 nak pakai gambar ape.. memang dalam banyak2 gambar bunga yang aku ada, aku spontan terfikir nak letak gamba ni hihihi

I am just a little flower in a colorful garden.. pk laa sendiri maksud tersirat nyee yekkk ;p

3. Kenapa pilih atau letak gambar itu?

alamak! dah terjawab soalan ni tadi sebelum waktunyeee, kof kof kof...
errr ade reason lain! musti laaa letak gamba bunga ni, xletak muke sendiri sebab bunge tu lagi kiut dari tuan punye blog ni, bole? hohoho

dd yang bertudung bibik VS bunga kiut, yey bunga kiut menang

aku dah mengarut giler..
byee (' '.)/

Tuesday, February 10, 2009

hek elleee

aku mangsa tag waaa waaa :o pemangsanya adalah shai dan lina ;P

alaa malaslaa nak bukak web dorang n copy direction ke instruction tah, tapi yang pastinya tag ni suruh kite cite pasal 16 random things bout kite laaaa.. erm apee ekk erm apee ekk (tak sukeahatitanganmenaip betol ;p)

1) setiap kali hujan masa drive aku mesti terfikir kenapalaa side mirror xde wiper eh? adeke patut wiper hanya pada cermin depan dan cermin belakang kereta sahaja? abes kalau tgh hujan selebat2nye, side mirror kabur, cane nak tengok tepi??????

2) mase tengah hujan, kuku yang sedang memandu menanya "kenapalaa wiper ni x auto detect eh?" maksudnyee klu hujan rintik2 kee, hujan lebat keee, wiper tu bole set sendiri kelajuannye kui kui kui

3) laaa aku ni bercerita pasal wiper pulak.. erm ok cite pasal lain... haaaa nak tau taaakk aku penah seharian di ejek oleh kuku kerana tersalah sebut wiper jadik "viper" kui kui kui mencik mencik, dik cerdak betollaaaa kuku tu ;p

4) opsss tercite pasal wiper lagi ;p next..

5) munii.. nak tiru point ko pasal bas sekolah boleh? hihi em HARI PERTAMA ku di sekolah rendah sangatlaa horror.. kerana selepas waktu sekolah, aku xjumpa bas sekolah yang perlu aku naik.. aku duduk jek di tepi padang sekolah, sampai laa seorang polis yang menjumpai aku bawak aku balik rumah die, kasi aku makan nasi kenyang2 lepas tu hantar aku balik rumah.. masa aku sampai rumah tu tengah kecoh jiran tetangga tentang kehilangan aku, sian mak aku nanges2 ingat aku hilang, tetibe nampak aku muncul bersama pakcik polis yang dah kasi aku mkn kenyang2 heee....

selepas tu, hari yang sama ayah aku bawak aku dan mengamuk kat rumah auntie bas sekolah aku (ohh ohh ayah ku sangat garang dulu).. ayah siap bagi sekeping gambar muka aku untuk auntie bas tu ingat muka aku sampai bila2.. selepas tu, hari2 malunye aku sebab setiap kali bile murid2 naik bas sekolah auntie tu akan tenung gamba tu n carik muka aku untuk pastikan aku dah naik bas sekolah tu (T_T)

6) ooh ayah aku garang, sebab tu result aku bes2 (iewwww) masa sekolah rendah dan sekolah menengah sampai form 3.. ayah kawal ketat masa belajar, n kul 9:30 malam kene masuk tidur... diulangi, pukul 9:30 malam tauu...

selepas aku masuk asrama kat mrsm kuantan, x ada dah kawalan ketat ayah, n aku pulak kejutan budaya sebab ramai kawan sekeliling aku, selepas tu aku dah jadik kurang rajin dan sekaligus kurang pandai ;p kesian ayah keciwa ngan keputusan SPM ku hihi maafkan kite

7) masa kat mrsm, di suatu pagi, aku penah di rotan di funggung oleh warden sewaktu lena TIDUR kerana orang lain tengah berhimpun kat perhimpunan aku lak tengah berhimpun atas katil ;p hew hew

8) sampai sekarang aku xpercaya aku penah jadi conductor untuk choral speaking budak kelas msrm aku, dan menjadi juara... biar betik (dah laa masa aku conduct tu aku gelak, dorang pun g gelak gak, huduh giler dorang puk puk)

9) cinta pertama saya adalah kuku atau nama sebenarnya khairi! (aaahh nak jiwang gak walaupun kuku x jiwang! ;p)

10) pada tahun 1998 aku penah menari untuk opening ceremony, SUKOM, feewit feewit ;p lagu "semua orang tahu REM", lagu dangdut "bulan cinta", lagu anuar zain, lagu apentah lagi, banyaklaa... sume itu pun adalah suwit memoriku ^^ rindu giler ah zaman kulit ku bertukar menjadi hitam legam dalam mase 6 bulan praktis ;P

11) aku pun xtau kenapa aku selalu pakai tudung senget benget.. aku ingatkann orang xpenah kesah pun, tapi masuk OAS ni umu selalu tegur tudung aku senget wakaka ;p uishhh bukan sekadar tegur tau, tahap die tenung aku dan gerammmm tengokk tudung aku sengetttt laluuuu die pegi ke arah kepala ku lalu meluruskan balikkkk tudung kuu yang senget ha ha ha lucu laaa :'D (bole bayangkan x ;p) percaya percaya sebab ummu kan ummu(mak) ;)

12) sampai sekarang aku pelik kenapa aku lebih kesiankan orang tua dari kanak2.. bukan kanak2 yang kesian aku x kasihan langsung, tapi aku lebih kesiankan orang tua yang kesian berbanding kanak2 yang kesian.. paham x paham x? sampai x ek msj aku ni?

13) mase kat mrsm dulu aku suke fizik tapi aku benci biologi.. so aku belajar fizik jek, biologi aku malas stadi... endingnye aku mendapat 1/100 untuk biologi.. cikgu homeroom aku malu dan marah kenape aku dapat 1 je, aku lak pelik mane datang 1 tu? bukan patut 0 ke?

14) masa tadika, aku dapat nombor 1 dari belakang, ataupun bahasa jujur nya nombor last.. semua kerana aku tulis Alif Ba Ta sampai Ya secare terbalik.. patut mule dari kanan tapi aku mula dari kiri cam tulisan rumi gitu.. kesian mak pak aku malu masa pemyampaian hadiah walaupun aku dapat gak hadiah pensil color heeeee

15) buat yang x kenal aku, keluarga aku kecik jek.. ada seorang ayah, seorang mak dan seorang abang.. abang aku sangat pendiam seperti ada emas dalam mulutnya,setahun sekali leh dengar suare nya keluar dr mulut, tapi aku tau die sangat1000x sayangkan aku^^

16) mase kat sekolah dulu, setiap kali aku dapat markah 100 mesti ayah n ma hadiahkan aku coklat snickers yang panjang tu.. kalau 5 paper dapat 100 dapat laa 5 snickers, n aku akan sangat seronok n terlalu menghargai snickers tu cam charlie dalam cite charlie n the chocolate factory tu heeee dulu mase kecik2 mane senang wehh nak dpt coklat, senang jek nak umpan aku rupenyeee, gune snickers je heeeeeee

ok owwww lupe plak nak tag, hihi mangsa2 tag aku adalahhhhhhhhh jeng jeng jeng

## ezzan yang sunyinye floor ni tanpe ezan
## ummu athiah yang xdapat makan lempeng pagi ni
## ayu yang pakai baju kebaya tapi cover ngn sweater sebab malu
## zieda yang pakai saga skang, feewit2
## dayah atau chunk yang suke tapau sup sayur makan dlm opis

jangan larikkkkkkkk!! cepat salin direction ni

Directions: Once you’ve been tagged, you have to write a blog with sixteen random things, facts, habits or goals about you. at the end choose ten people to be tagged, listing their names and why you chose them. don’t forget to leave them a comment (”you’re it”) and to read your blog. you can’t tag the person who tagged you. since you can’t tag me, let me know when you’ve posted your blog, so I can see your weirdness.