21 December, 2010

DOMINOS pizza

masa cuti aritu.. sempat jugak kami makan2 kat Dominos Pizza di Ipoh.. pertama kali makan guna duit sendiri.. hehe~~

bawak Kakcik, Ayah and Adik
dan Angah juga
here it come our Pepperoni Pizza
yummy2..
sedapnye ye~~
kita tambah lagi satu la gitu
cheese dia terbaik
kami baru je balik dari berjalan2 kat Jusco sebelum makan Pizza ni.. kat JJ tu sempat gak la kami makan macam2..

sushi kami makan, makanan bergoreng pun kami makan jugak
mee sizzling pun kami makan
Big Apple pun kami tibai jugak
saja jalan2 bersama adik2 yang tercinta


 tak sabar nak tunggu Jumaat tiba.. wee~~

20 December, 2010

Mama Chops Papa Grill

sempena birthday Kakcik yang ke-17.. kami sambut dekat Restoran Mama Chops Papa Grill kat Silibin, Ipoh..

boleh tahan gak makanan kat sana.. layanan pun OK, harga pun OK.. puas hati la.. nanti2 leh makan lagi kat situ..

restoran ni jual makanan barat.. chicken chop, steak, lamb chop.. macam2 lagi la.. makanan bergoreng pun ada gak.. hehe..

excited dapat makan kat luar..
senyum je sebab mama ngan ayah tak payah kuar duit kali ni.. hehe
here it comes my Black Pepper Chicken Chop and Apple Juice
adik and his Mushroom Sauce Chicken Chop..
si Birthday Girl
kami semua order Black Pepper Chicken Chop..
termasuk Ayah yg comel ini juge ^^..
Mama dan appetizer nya, Mushroom Soup and Bread.. pas tu beliau order nasik goreng cina..
sedap atau tak.. anda nilai la sendiri =p

 hope to see my family this weekend.. huhu~~

29 November, 2010

Bermandi-manda menghilangkan stress

tajuk tak nak kalah..

14 November aritu, kami sekeluarga berkelah kat Chepor yang terletak tak jauh dari rumah kami..

awal2 pagi dah bangun dan siapkan bekalan.. menu kami ialah Udang Masak Cabai, Sayur Kobis Goreng Sos Tiram, Bendi Rebus Cicah Sambal Belacan, Ayam Panggang, Sosej, Ubi Kayu Cicah Kelapa dan Air Pepsi Tesco..

Lebih kurang pukul 10 kami dah gerak ke sana.. sampai2 terus ke pondok yang siap ditempah awal.. bentang tikar, susun2 barang dan makanan, adik2 dah redah air sejuk manakala kami mula nak memanggang ayam dan sosej.. 

Bila ayam siap dipanggang, daku pun turut meredah air yang sejuk dan nyaman kat bawah tu..

naik makan bila perut lapar, lepas makan turun mandi balik, sampai lebih kurang pukul 2..

tukar baju, kemas2 barang dan bertolak balik.. sangat best..


Ubi kayu rebus cicah Nyior..
nak...????
perapan ayam sebelum dipanggang
main dish kami :)
ayah comel dengan permandangan yang cantik
memerang atau manusia..???
yang paling lapar sekali
gembira dapat makan
juga gembira dapat nasik
berselera tak kami makan.. ngeh3
ayah membaca selepas mandi

mode: rindu senyum tawa keluarga.. mungkin takdirku bukan disini, tapi disamping keluarga..


--hoot--


 

27 November, 2010

Ada tak yang Lagi SWEET dari yang ini

hehe.. dalam dok mengedit gambar2 masa cuti kat Ipoh ni.. terjumpa lak gambar2 si kecik comel ni..

budak kecik yang terpaksa pinjam baju dan seluar kami masa kecik2 dulu.. besarla bagi si budak kecik ni..

tak puas2 tatap gelagat si budak kecik comel yang nakal ni.. hik3..

see.. how adorable she is with those big cloth..
khusyuk tengok tv
protection, takut baju kena eskrem
tak larat berdiri dah ni
nak duduk atas kerusi pulak la
gambar sapa ni ye..???
ha...!!! cakap pasal Qisya ye...!!!


wahaha.. ye.. mata budak kecil ini memang bulat seperti yang tertera di atas.. hehe...

best kan ada anak kecil di sisi kita.. suka baca blog mereka2 yang bercerita pasal anak2 diorang, daripada yang suka cerita pasal boifren atau gilfren yang belum tentu jadi suami atau isteri diorang tu.. (maaf, pendapat peribadi tu)

mintak tumpang letak gambar terakhir ni.. terjumpa.. ntah sapa yang tangkapnye.. =)

potret keluarga kami yang sederhana saje..


 ---sapa tak sayang family oiiii---

26 November, 2010

Aidil Adha Kami =)

dah balik ke bilik sewa ni baru nak ada masa untuk update blog.. masa kat umah aritu memang tak de masa langsung.. sempat curik2 online je, banyak sangat aktiviti yang nak dibuat.. ni pun masih rasa tak puas duduk kat rumah ni.. alahai~~ 

mesti semua gembira ngan aidil adha masing2 kan.. sama gak ngan daku..

pagi raya tu kami bertolak terus ke Taiping..

sampai2 terus tukar baju dan masuk ke dapur.. bergotong-royong dan makan ramai2.. 

dalam pukul 5 petang, kami gerak balik ke Ipoh semula sebab Puan Mama shift malam..

kuah kacang bekalan ke kampung
juga bawak rendang ayam nyam3
hero2 kami bersarapan sebelum Sembahyang Sunat Aidil Adha
acara gotong royong yang hanya ada di kampung
ayah comel menjaga sup tulang
makan bersama2 sanak saudara (ini gambar pihak lelaki sahaja, yang wanita makan di dapur )

macam tu la kami sambut Aidil Adha kami tahun ini.. mesti ramai yang dah tak merasa indahnya bergotong royong memasak bersama2.. kami di kampung masih lagi mengamalkan konsep masak beramai2, makan pun beramai2 =p


---peace no war---

06 November, 2010

Pada Ketika Itu..

bila duduk atas katil sorang2 ni, mula la nak pikir macam2.. pikir masa depan la, pikir nak pindah la, nak tukar kerja la.. macam2la.. 

terpikir lak, masa kecik2 dulu tak payah pun nak pening2 kepala.. happy je.. dok kat rumah flat kecik je, takde masalah pun.. dah besar sikit baru pindah ke umah besar sikit.. mana2 duduk pun happy je.. 

tak payah nak cepat terasa, rasa terpinggir la, rasa sedih la.. macam2la.. kan best kalau boleh jadi budak kecik balik.. tak susah dan tak menyusahkan orang kecuali mama ngan ayah sendiri.. 

boleh tak nak jadik baby 2 bulan ni balik
rilek je dok dalam stroller tu.. mana mama ayah gi, situ daku ada..
pastu dikurniakan lak adik yang comel untuk mengubat kesunyian
membesar menggedik bersama2
xde hal la dok umah flat 2 bilik, bilik air ngan jamban asing
siap boleh graduate lagi masa kecik2 dulu

Allah hadiahkan pulak budak Bosnia sesat ni dalam kuarga kami
cukup gembira dengan 2 princess sy ini
pergi sekolah sama2 walaupun budak Bosnia tu tak layak masuk skolah lagi
10 tahun lepas saya dilahirkan, Allah tambah lagi hadiah.. tu kat dalam perut Puan Mama tu..
ni la hadiah yang kat dalam perut mama tadi
dan hadiah Allah yang takde tukar ganti adalah mereka berdua.. Raja dan Ratu di hatiku.. selamanya..

sesungguhnya daku kena bersyukur sebab Allah dah kurniakan mereka2 ni dalam hidup daku.. mengapa masih perlu merungut.. pedulikan orang lain, pernah diorang pedulikan kita.. oh tentu tidak..

insaf seketika dan berharap akan kekal selamanya.. kuatkan lah Imanku Ya Allah..

Along sayang kalian.. Jumaat ni along balik ye.. tunggu~~~