Friday, May 1, 2015

Universiti UK yang di lawati




Semasa di UK, kami berkesempatan untuk menjengok beberapa buah Universiti untuk bertemu dengan anak, anak saudara dan anak2 Malaysia.

kenangan di UK




Suatu Kenangan.
Dahulu kira-kira 45 tahun yang  telah berlalu, dikala hujan turun lebat dimusim tengkujuh. Kami  berlari bersama-sama menuruni bukit menuju ke paip air untuk membilas basahan hujan. Terdetik di hati pada ketika itu, alangkah seronoknya bermain salji bersama……. Apakah impian itu menjadi satu realiti?., Kami berdua adalah anak2 yang membesar dibawah pepohon getah……
                      

Monday, April 27, 2015

London 2013


Angah Syamil terpaksa pulang ke Mansurah, Mesir kerana cuti midSem dah habis. Kami terus menaiki Tren ke Loughborough University tempat Along Faizul belajar.

London Mac 2013


Mac 2013, kami berdua diberi peluang untuk terbang menjejaki tanah Ratu Elizabeth.
Along Faizul sedia menunggu bersama Angah Syamil yang terbang dari Mesir. Suhu kota London semakin sejuk.


Saturday, April 18, 2015

Hyderabad 2011



Terkenang Hari Diwali di Hyderabad. Cuti umum, jadi dapat meronda mencari buah tangan...

Hadiah Latihan Luar Negara LDP


Tahun 2011, Kami berdua telah di beri peluang untuk mencari dan menimba ilmu di bumi Hyderabad, India. Kursus Attachment Kurang dari 3bulan dibawah LDP. Terimakasih KKM dan JPA.


Saturday, August 28, 2010

antara impian,harapan dan cita-cita


Selamat berpuasa dan selamat berhari raya. Nanti musim haji akan menjelma. Sewaktu menunggu untuk masuk kedalam pesawat, aku sempat mengambil gambar ini. Julai 2010 aku ditawarkan untuk memenuhi 1 post kosong yang mana mendapat kemudahan 'Business Class' tapi aku mahu kekal di kelas Ekonomi. Aku mahu berkhidmat untuk rakyat Terengganu. Terimakasih Kerajaan Negeri Terengganu kerana sudi memberi tajaan pada anak sulongku. Along Joe akan berlepas ke Loughborough University, UK pada 28 Sept 2010 iaitu seminggu selepas Angah Syamil berlepas ke Mansoura University, Mesir pada 21 Sept 2010.
Jadi 2 orang akan berangkat, 2 orang lagi akan menghadapi exam PMR/SPM dan yang 3 orang kat sek rendah tu tetap relex je. Selamat berjuang anak-anak ku. Abah dan Mama sentiasa berdoa untuk kejayaan kelian.