Tuesday, July 17, 2012

Resipi Pancake


Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
2 sudu marjerin
1 biji telur
Susu segar (Kalau takde, guna susu pekat pun boleh tapi bancuh dengan air)
Gula secukup rasa
Secubit garam

Cara-cara:
1. Campur tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder. Nak ayak pun boleh, tak ayak pun takpe.
2. Masukkan marjerin dan gaul rata. Jangan gaul lama-lama.
3. Lubangkan tengah-tengah tepung, masukkan telur dan kacau.
3. Masukkan susu, gula dan garam. Kacau sebati.
4. Kalau tepung berketul-ketul, bolehlah blend bagi halus.
5. Bolehlah masak. Minyak oleskan atas kuali untuk first pancake sahaja.

Selamat mencuba.