Jangan sia-siakan....



Assalamualaikum....buat pembawa risalah Islam dan pemegang panji Islam


Assyahid Imam Hassan Al-Banna pernah mengatakan "Kewajipan kita melebihi masa yang ada"

Saya mula terfikir, andainya benar kata-kata seorg ulama yg telah menyebarkan da'wahnya demi Islam sehingga ke Malaysia yg beribu-ribu batu jauhnya perjalanan dari tanah perjuangannya, Mesir, pasti tiada masa utk kita bersenang lenang..

Dan saya mula terfikir bagaimana pula dgn hobi-hobi atau kegiatan masa lapang saya. Benarkah perlu ada 'masa lapang' itu?? Sedangkan banyak lg kewajipan yang harus dilaksanakan..

Setelah berfikir secara mendalam, saya mula menyedari kewajipan ini perlu dibahagikan kpd beberapa bahagian...terhadap Allah (pastinya!!), diri, keluarga dan ummah. Jadi, seharusnya saya mengagihkan seadil-adilnya kewajipan-kewajipan yang ada.

Saya terigt hadith Nabi Muhammad s.a.w yang berbunyi

"Setiap manusia ialah pemimpin dan bertanggungjawab atas kepimpinnya"

Namun, saya menyedari bahawa setiap apa yg dilakukan masih tertakluk kpd ibadah selg ianya dilakukan atas nama Allah. Kemudian, saya terfikir lg, adakah amalan yg dilakukan bukan atas nama ibadah adalah sia-sia?? Sia-sia?? Bagaimana dikatakan sia-sia?? Saya berfikir lg. Secara mendalamnya, apa yg saya dapati, sia-sia ialah perkara yg dilakukan dgn tidak mendapat saham di akhirat nanti, dgn tidak mendapat redha dr Allah.

Saya mula berfikir dgn lebih lg, BAGAIMANA SAYA INGIN MELAKUKAN SESUATU DGN TIDAK SIA-SIA?? Jika tidak saya tergolong dalam golongan mrk yang merugikan.

Ya, setiap apa yg saya lakukan, saya tahu saya perlu dptkan ilmu. Tidak kira dlm bentuk fakta, skill ataupun pengubat hati, biarpun ketika itu saya sedang bermain, membaca buku novel, bermain internet dan sebagainya. Biarpun pada 'nama aktivitinya' kelihatan kurang bermanfaat, tapi saya berpegang pada kata-kata ini,

Ilmu berada di mana-mana. Ilmu tak akan dtg kepada kita tp kitalah yg perlu bersedia dan mencarinya. Biarpun ilmu itu berada di hadapan mata, namun ada juga yg buta, kerana buta hatinya buta mindanya. Na'uzubillah.



Tiba-tiba saya teringat, kata-kata pujangga yg biasa didengari, "Ilmu tanpa amal ialah sia-sia. Amal tanpa ilmu ialah sesat". (Tersedar pula bahawa amal dan ilmu adalah seiringan). Jadi, sekali lg disia-siakan. Iaitu apabila saya tidak mengamalkan apa yg saya tahu, juga apabila saya tidak menyebarkan apa yang saya tahu....

Alhamdulillah, setelah berfikir panjang... saya menyedari betapa pentingnya niat yang dibuat...bukankah niat yang membetulkan hati kita sama ada kita melakukan sesuatu sbg ibadah, untuk mencari ilmu atau tiada apa-apa. Jadi, jelaslah, perkara yang dilakukan tanpa niat akan berlalu begitu sahaja. Bukan sahaja ilmu terbang begitu sahaja, malah masa terbuang tanpa apa-apa....

InsyaAllah, akan saya pastikan setiap apa yang dilakukan akan memperoleh ilmu dan redha drNya supaya tidak sia-sia...

Ya Allah, kurniakanlah kami ilmu yang bermanfaat

Wahai sahabat, saya menyeru kepada diri dan ikhwan akhawat sekalian, tuntutlah ilmu dan sebarlah serta amalkanlah untuk kebaikan Ummah kerana kita membawa tanggungjawab sbg HAMBANYA, KHALIFAHNYA, UMMAT NABI MUHAMMAD S.A.W...

Islam memerlukanmu, Wahai Syabab, Fatayat, Ikhwan wa Akhawat!!

"Dakwah ini tidak menerima kompromi kerana dakwah ini adalah satu. ORg yg menerima dakwah ini akn hidup bersama dakwah dan dakwah ini akan hidup bersamanya. ORG YG X BERSEDIA MENANGGUNG TANGGUNGJAWAB INI akan kehilangan ganjaran para mujahid dan berada sebaris di barisan org2 yg tercicir bersama org yg tercicir. JUSTERU ALLAH AKAN MENGGANTIKAN MEREKA DGN ORG LAIN YG AKAN MENDUKUNG DAKWAH INI"

Persiapkan diri kita dgn ILMU, IMAN dan AMAL supaya kita dipilih oleh Allah.. Ayuh!!

Semoga tugas kita terlaksana dgn jayanya...InsyaAllah

Muhammad Al-Fatih

Salam perjuangan buat pemegang panji-panji Islam

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda "Constantinapole akan di tawan oleh seorang raja yang baik, tentera yang baik dan rakyat yang baik"

Barangkali ramai antara kita yang pernah mendengar nama 'Muhammad Al-Fatih' putera Sultan Murad. Namun, barangkali ramai juga yang tidak mengetahui bahawa beliau ialah peneraju rakyat dan tenteranya untuk merealisasikan hadith nabi setelah nabi wafat. Barangkali juga ramai yang tidak tahu, saidina Ali, Muawiyah, KhalifAH Harun Ar-Rasyid, Sultan Murad dan ramai lagi pernah mencuba untuk merealisasikan hadith nabi tersebut. Tentunya mereka raja yang baik, tetapi mungkin syarat kedua dan ketiga tidak dipenuhi iaitu tentera yang baik dan rakyat yang baik....Dan untuk memenuhi ketiga-tiga syarat ini lebih susah dari apa yang digambarkan. Namun, sultan yang diberi nama oleh bapanya seperti nama nabi Muhammad berjaya memenuhi semua syarat.

Menjadi seorang sultan menggantikan bapanya, Sultan Murad ketika berumur 19 tahun, Sultan Muhammad berjaya menerajui negaranya dengan sangat hebat. Usia tidak menjadi ukuran, bahkan baginya taqwa dan ilmu yang perlu dititikberatkan.

Dididik dari kecil mengenai Islam dari kecil oleh ulama' dan mengenai kepahlawanan oleh bapa saudaranya sendiri, Panglima Tharhan, beliau membesar menjadi seorang sultan yang bukan sahaja cintakan Islam dan mengamalkan sunnah-sunnah nabi Muhammad bahkan seorang sultan yang bijak mengatur strategi peperangan.

Buktinya, setelah mendapat hidayah dari Allah bahawa kapal tentera lautnya berjaya melayarkan kapal mereka yang ketika itu disekat di Pelabuhan Tanduk Emas, Sultan Muhammad mencari idea bagaimana mahu merealisasikan mimpinya. Akhirnya, beliau mengambil keputusan untuk melayarkan kapalnya di atas jalan darat. Kapal yang ditarik bukanlahh hanya 1, 2 atau 3, tetapi sebanyak 70 buah kapal tentera yang besar.
Dan ini menggerunkan pihak musuh terutama pihak gereja, kerana menurut paderi, kitab Bible ada menyatakan apabila berlaku 3 perkara, malapetaka yang dahsyat akan berlaku iaitu KAPAL BELAYAR DI DARATAN, PATUNG MARY PECAH dan GEREJA AYA SOPHIA DISAMBAR PETIR.

Kewarakan Sultan Muhammad terbukti apabila beliau ingin memilih tenteranya untuk mengimami solat setelah gereja Aya Sophia bertukar Masjid Aya Sophia. Sultan Muhammad perintah "Siapa yang pernah meninggalkan solat fardu, sila duduk" Namun, tiada siapa yang bergerak. Nah, terbukti bahawa semua tenteranya sgt layak digelar 'menjadi singa Allah di waktu siang dan menjadi hamba Allah di waktu malam'.
Kemudian, perintahnya lagi, "Siapa yang pernah meninggalkan solat sunat rawatib, sila duduk". Sebahagian tenteranya duduk.
Perintahnya lagi buat kali terakhir, "siapa yang pernah meninggalkan solat sunat tahajud, sila duduk". Kemudian, semua tenteranya duduk...dan hanya beliau seorg sahaja yang berdiri.. Dan beliaulah yang selayaknya menjadi imam.

Keindahan budi pekerti dan kecintaan beliau sendiri pada Islam berjaya menarik minat ramai org untuk memeluk agama Islam dan menyebabkan musuh merasa bangga terhadapnya. Contohnya, Urban pencipta meriam yang dikurung maharaja Constantine memeluk Islam kerana beliau tetap diberi pembebasan oleh Sultan sekiranya tidak mahu bekerjasama dengan orang Islam. Namun, Urban mengambil keputusan utk bekerjasama dgn mereka. Bukan itu sahaja, Perdana Menteri Rom, Alexsi meluahkan rasa bangga terhadap Sultan Muhammad kerana berpakaian seperti rakyat biasa dan berperang bersama, bukan seperti Maharaja Constantine yang berpakaian bertitahkan emas dan sebagainya...

Apa yang saya dapat fikirkan, ADAKAH KITA MENYEBABKAN ISLAM DI PANDANG MULIA OLEH ORANG LAIN atau ADAKAH KITA PENYEBAB PENGANUT LAIN MEMANDANG NEGATIF TERHADAP ISLAM??

Fikir-fikirlah, ADAKAH KITA PUNYA RAJA TAU PERDANA MENTERI SERTA KONCONYA YANG BAIK? PUNYA TENTERA YANG BAIK? PUNYA RAKYAT YANG BAIK?

Jadilah kita golongan yang menyelamatkan Islam di akhir zaman, wahai sahabatku, pemegang panji-panji Islam!!

Boring kerja??




Salam alaikum....


Alhamdulillah setelah sekian lama x meng'update' blog disebabkan kesibukan yg 'melampau'... akhirnya... saya diberi peluang utk 'share' perkara nih.



Bermula dr 18 April hingga 23 April 2009, saya memilih utk mengisi masa lapang saya di rumah utk bekerja di booth INTERNATIONAL BOOK FAIR '09..


huhu..actually, saya kerja 2 hari, dgn READ NETWORK, buku kanak2...huhu..jd kanak2 sekejap... pegang belon... hari yg selebihnya jd volunteer kerja di booth JIM yg jual brg2 utk PALESTIN. "MEMBELI SAMBIL MENDERMA"


...BERDIRI DI TGH LALUAN MANUSIA...MENGHULURKAN PAMPLET-PAMPLET KPD PENGUNJUNG...MELAKUKAN PERKARA YANG TAK DIBAYAR GAJI...MEMBUAT PERKARA YG SAMA UTK 7 JAM SELAMA 4 HARI...



Apa yg saya katakan di atas mungkin berbunyi seperti bosan... Ya, secara normalnya, ia agak membosankan...Mana tidaknya, hanya menghulurkan pamplet-pamplet yg mungkin sesetgh org akan membuang dan sesetghnya akan membaca...tambahan pula, kerja ini tidak berbayar.



Saya mula terfikir ttg dunia pekerjaan... Adakah mereka yg bekerja mengalami kebosanan?? Adakah tidak?? Jika tidak, mengapa?? Jika ya, mengapa?? Adakah kerana wang?? Kerana terpaksa??

Saya terbaca satu berita pendek BERITA HARIAN bertarikh 27 April 2009.. 2 org doktor ditangkap kerana curi tulang, sedgkan ramai pesakit sdg menunggu utk diterima rawatan.. Nampaknya, doktor2 ini mungkin mengalami kebosanan..Siapa tahu??

Tapi, apa puncanya perlakuan yang sungguh tidak baik ini berlaku??



Jawapannya, kerana PEKERJAAN TIDAK DIJADIKAN SATU IBADAH!!



Ya, andai doktor2 ini menjadikan pekerjaannya satu ibadah, pasti mereka berasa terikat dgn sabda nabi Muhammad s.a.w.



"Setiap manusia ialah pemimpin dan bertanggungjawab atas kepimpinannya".


Dan pastinya tiada curi tulang dalam kamus hidupnya. Dan pastinya mereka ingin menjadi doktor utk membantu UMMAH bukannya membebankan UMMAH.



Apa yg saya dapati, betapa kecilnya sesuatu perkara yg dilakukan, tetapi dilakukan atas ibadah di samping mencari hikmah yg terselindung, ganjaran yg besar akan diperoleh...



Alhamdulillah, bnyk perkara yg saya perolehi dr kerja 'menghulur pamplet'...


First of all, saya dpt bantu Palestin. Biarpun bukan dgn nyawa, tp cukuplah dgn masa dan tenaga. Saya menghulurkan pamplet tersebut dgn harapan bahawa pengunjung2 akan membaca pamplet itu dan Allah memberi hidayah supaya menyedari akan kekejaman Zionis.

Then, saya dapati tak semua org yang saya sangka pada mulanya tidak mengambil berat ttg saudara kita di Palestin berkelakuan sedemikian...dan tidak semua juga yg saya sangkakan mengambil berat ttg saudara kita berkelakuan sedemikian... Buktinya...Saya amat terkejut melihat sebuah sekolah yg meng'order' McD utk pelajar-pelajarnya dan mrk mengagihkannya btul2 di hdpn boothh kami..Astaghfirullah!!


Saya dpt belajar berkomunikasi dgn macam2 jenis orang tak kisahlah mereka tu sefikrah atau tidak sefikrah dgn saya... Dan sedikit sebanyak mengajar saya utk berdepan dgn masyarakat dlm melaksanakan tuntutan AMAR MA'RUF NAHI MUNGKAR.. Dan apa yg saya dapati, jgn kita tinggalkan atau sisihkan mrk yg tidak sefikrah dgn kita.. Bergaullah dgn bermacam jenis org kerana ia akan membuka minda kita dan mengajar berfikir dgn lebih matang..... Saya berbual dgn seorg lelaki India berumur 43 tahun mengatakan bahawa saya ni 22 tahun...Aduh, tuanya!!


Apa yang boleh saya katakan setelah beberapa hari melihat dunia luar, masyarakat amat memerlukan agen penyebaran dan golongan yang menjalankan kegiatan dakwah. Sebenarnya, mereka yang jahil di luar sana tidak semestinya mahu sentiasa berada dalam kejahilan.

Satu lagi, saya dapat rasa macam mana life ummi dan abah yang kerja seharian, kepenatan, kelelahan.... Owh, sungguh memenatkan.... Dan dapat juga saya mengagak macam mana life saya nanti bila dah kerja. Saya memikirkan, ADAKAH SAYA MAHU MENJADI ORANG YANG MENGEJAR DUNIA SEHINGGA MELUPAKAN TUHAN?? ATAU SAYA INGIN MENJADIKAN KERJA SAYA SEBAGAI SATU IBADAH??

Ke Arah Remaja Muslim Luar Biasa

Assalamualaikum wbt.Khas buat lepasan SPM, STPM dan STAM 2008; program ini khas untuk anda!

EKSPRESI REMAJA AMBANG IPT-- ERAT '09 --

Forum: Persimpangan Cinta dan Cita-Cita Ayuh Kenal Yuk! Latihan Dinamika Kumpulan Presentasi: Eksplorasi Menara Ilmu Ceritera Sukses: Resipi Kejayaan Mahasiswa Muslim Tafakur Alam Rimba! Cergas Cetus Cerdas Malam Nurani Intepretasi Seni R&R Kerjaya dan IPT Forum: Langkah Menuju Jaya Ceritera Sukses: Misi Agung Mahasiswa Muslim dan banyak lagi!

Tarikh: 24 April -- 26 April 2009 (Jumaat -- Ahad)
Lokasi: Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
dan Rebutia D'Perkasa CampAnjuran: Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia (Karisma) dan Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM)
Yuran: RM 30 sahaja!

Di antara testimoni peserta:"Bagi saya program ini menyeronokkan kerana telah berjaya membuka hati saya kepada kepentingan hidup secara Islam dan nikmat Islam yang cukup cantik dan tersusun." -- Mohd Harith Kamaludin, Kolej Mara Seremban

"Program ini menyeronokkan... Boleh dilihat pada pengisian program ini penuh dengan ilmu. Selain itu, jemputan penceramah luar juga menunjukkan program tersebut tidak diabaikan dan mendapat sambutan ramai. Aktiviti yang dijalankan juga dapat menarik remaja." -- Ihsan Alwi, Kolej Matrikulasi Pahang

"Saya sudah mencubanya, anda bila lagi?" -- Harith Md Nasir, UTM Kuala LumpurUntuk maklumat lanjut, sila klik;http://www.eksplorasimenarailmu.blogspot.com/

CiNtaKah KitA paDa NABI MUHAMMAD s.a.w??

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lg Maha Penyayang



Ucapan SALAMUN ALAIK didahulukan...


Marilah kita berselawat pd nabi tercinta, NABI MUHAMMAD S.A.W tatkala membaca at least 3x


Saya sedar, bahawasanya saya perlu menghitung diri berapa kuatkah cinta saya pada nabi...



YANG TEGUH MENYAMPAIKAN ISLAM


BIARPUN DICACI DIHINA


WALAUPUN DITENTANG OLEH KAUMNYA


MESKIPUN DIKATAKAN SEORANG YG GILA


JUGA DIFITNAH AHLI SIHIR PEMISAH KELUARGA


NAMUN, DISEBALIK KESENGSARAAN


DISAMPINGNYA ADA TEMAN-TEMAN


YG SEDIA MEMBUAT PENGORBANAN


KERNA RASA CINTA MEREKA YG TERLALU MENDALAM KEPADA NABINYA


KERNA MEREKA SEDAR BETAPA KASIHNYA NABI KEPADA MEREKA


DALAM MENYAMPAIKAN AJARAN KEBENARAN


SUPAYA KELAK, AKHIRAT NANTI


TIDAK TERJERUMUS KE LEMBAH KEHINAAN


TAPI SEDARKAH KITA??


PENGORBANAN NABI DAN SAHABAT UNTUK APA??


MENGAPA PERLU ISLAM DIPERJUANGKAN?? DISEBARKAN??


MENGAPA MEREKA SANGGUP DIBUNUH?? RELA MATI??


MENGAPA TIDAK MEREKA RAHSIAKAN KEISLAMAN UNTUK DIRI MEREKA??


UNTUK APA?? UNTUK APA??


BUKANKAH UNTUK KITA?? YA, UNTUK KITA!!


SUPAYA AJARAN INI TERSEBAR PADA KITA


BIARPUN SUDAH BERKURUN LAMA


TAPI KITA BISA MENGECAPINYA


INILAH TANDA KASIH NABI TERHADAP UMATNYA


UMMATI.....UMMATI.....


TAPI KITA??


AYUH, BALASLAH CINTA NABI PADA KITA


DGN MENGHAYATI RIWAYAT HIDUPNYA..KEPERITANNYA...KESENGSARAANNYA...SUNNAHNYA


BUKAN ITU SAHAJA


SEBARKANLAH!! YA, SEBARKAN!! BUKANKAH ISLAM ITU SAMPAI KEPADA KITA MELALUI PENYEBARAN??


BUKANKAH ISLAM ITU AGAMA YG MENYAMPAIKAN??


Coretan... sebenarnya saya pernah tercabar dgn kata2 seorg penceramah...ADAKAH AWAK BETUL2 CINTA NABI?? ORG YG CINTA NABI, DIA MENGETAHUI RIWAYAT HIDUPNYA. BUKAN ITU SAHAJA, MENGHAYATINYA (bila kita menghayati, kita akan amalkan sunnahnya..)!! Marilah, kita sama2 pupuk cinta kpd Nabi Muhammad...




MENARIK!!

Assalamualaikum....

Dapatkan buku-buku terbitan JIMedia dengan mengunjungi gerai ReadNetwork di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2008 (no.38 Legar Putra PWTC) bermula 17 April 2008 sehingga 26 April 2009.
Senarai buku terbitan JIMedia yang akan dijual adalah seperti berikut:

1. Biarkan Aku Jadi Orang Palestin (Antologi Cerpen Palestin) - RM15.00

2. Dalang di Palestin: Hamas Atau Israel? (Hafidzi Mohd Noor) - RM10.00

3. Gaza Diserang! (Maszlee Malik) - RM12.00

4. Ku Temui Jalan Pulang (Ummiroses) - RM10.00

5. Jejak Risalah di Nusantara I (Hafidzi Mohd Noor) - RM10.00

6. Aku Ori Bukan Fotokopi (Roha Hassan) - RM12.00

7. Kembara Beirut (Maszlee Malik) - RM10.00

8. Lambaian Kaabah (Hafidzi Mohd Noor) - RM10.00

9. Berdamai Dengan Israel: Berapa Harganya? (Hafidzi Mohd Noor) - RM8.00 (RECOMMENDED)

10. 20 Persoalan Asas Palestin (Maszlee Malik) - RM6.00 (RECOMMENDED)

11. Israel: Kenapa Dunia Tidak Boleh Mengiktirafnya (Hafidzi Mohd Noor) - RM8.00 (RECOMMENDED- cerita dr awal bgimana palestin diambil)

12. Al-Aqsa Dalam Bahaya!! (Maszlee Malik) - RM10.00 (RECOMMENDED)

Dalam pencarian..

Assalamualaikum...

Sekadar renungan...
Sekadar peringatan...
Buat diri dan teman...
Untuk 'upgrade' iman...

Dulu... saya rasa hidup ni sekadar untuk hidup
Takde apa-apa tujuan len selain blaja sekarang nih untuk dpt kerja bagus besar nanti
Supaya besar nanti tak susah
Iyelah, hidup tak leh bergantung dgn ibu bapa selamanya
Orang lain tanggung ibu bapa, kita ditanggung ibu bapa
Ish, malu!!

Saya ni agak macam ragam (Huhu..Tak kenal maka tak tak tahu!!)
Bila org cakap yang baik-baik.
Tapi berlawanan dgn prinsip hidup saya
Saya tak boleh terima sgt
Memang x cakap terus terang
Tp simpan dalam hati dan fikir balik guna minda yg pramatang ni
Bagi saya ketika itu
AKU TETAP AKU!!

Tapi, bila makin besar...(umur makin banyak...tp, hayat makin pendek!!)
Pemikiran makin matang
Iman makin terisi
Nasihat yg diberi dah boleh fikir
Tarbiyah semakin boleh diterima

Tika itu
Saya mula tercari-cari, teraba-raba dan terfikir-fikir
Apa makna hidup ini??
Untuk belajar je?? Kerja?? Serve msyrkt?? Hidup senang?? Kahwin dgn org kaya??
Hurm.... tp tua nanti semua itu akan hilang
Service saya x diperlukan lg
Badan sakit-sakit dh x rasa hidup senang
Itupun kalau mati tua...
Kalau mati muda??

Apa maknanya yer??
Saya tahu saya perlu cari jalan mana yg saya perlu lalui...
Sebab kalau dh tahu jalan, baru boleh plan nak jalan macam mana
Meniarap ke....merangkak ke...Berjalan ke...berjoging ke...atau berlari
kalau x tahu jalan mana, nanti dr awal kita x start sbb terkandas di awal perjalanan

Bila saya tahu apa yg saya x tahu dan saya tahu apa yg saya nak tahu
Saya tahu saya perlu mengambil tahu
.....................................................................................................................................................

Alhamdulillah
Kabus semakin susut
Yg pudar makin jelas
Yg hitam makin kelabu
Yg kelabu makin putih

Makin lama saya makin jelas yg hidup ni mmg x boleh lari dari Allah
Saya mula sedar
REDHA ALLAH yg perlu saya cari
CINTA ALLAH yg perlu saya capai
KHALIFAH DAN HAMBA ALLAH yg perlu saya jadi

Tapi, dlm menuju destinasiku...
Terkadang saya jatuh, terkadang saya bangun
Terkadang saya ingat, terkadang saya alpa
Yg pasti seringkali saya berubah
Berubah mencari cara sebenar untuk saya menyusuri jalan yg sudah sememangnya lurus
Tapi dikaburi kabus, diselubungi asap yg kadangkala banyak, kadangkala sikit

Ya!! Memang kerapkali!!
Bila tersedar diri tersalah cara,
Saya cuba kembalikan diri kepada empunya IMAN
Ya Allah Ya Tuhanku

Kini, saya masih dalam pencarian...
Penantian...
Pengertian...

"HidUp dI dUnIa hAnYaLah SaTu PerMaiNan yG meLaLaikaN"

Dari Dr. Fauziah

Salam perjuangan, PEJUANG ALLAH!!

Erm... Sekadar perkongsian apa yg saya dpt ketika pergi Program Training of Palestine Speaker (TOPS). Hari kedua program, Dr Fauziah Hassan, seorg doktor sakit puan (obstetrics and gynecology) di Hospital Ampang Puteri telah berkongsi pengalamannya ke Gaza dr 28 Januari 2009 hingga 2 Februaru 2009. Ya Allah, beliau memang antara mrk yg terpilih!!
Kata Dr. Fauziah, yg juga telah mewakili MERCY ke Afghanistan sebelum ini, misi kali ini memang sangat berlainan kerana ia melibatkan nyawa. Dalam keadaan Gaza yg boleh diserang pd bila-bila masa oleh Israel La'natullah, persiapan dalaman iaitu rohani dan mental serta fizikal amat penting. Dengan kata lain, misi beliau kali ini ialah JIHAD...

Dr. Fauziah dan team group beliau masuk ke Gaza melalui pintu Rafah iaitu sempadan Gaza-Mesir. Alhamdulillah, segala urusan berjalan dgn lancar dan sgt singkat, dan pondok imegresen sgt lengang waktu itu biarpun sebelum itu mrk tlh sesat dan kerugian masa selama lbh krg 5 jam. Ya, bantuan Allah kepada mereka yg benar-benar ikhlas.

White phosphorus (F16) yg asalnya ditanam dlm pasir terus terbakar sebaik sahaja didedah.

Dr. Fauziah dan rakannya ditunjukkan oleh seorang warga Palestin serpihan white phosphorus dr F16 warplanes yg telah dibom dr udara. Menurut Palestinian tersebut, white phosphorus ini akan terus terbakar sebaik sahaja terdedah kepada udara atas kehadiran oksigen.White phosphorus ini juga boleh mengakibatkan seluruh badan manusia rentung jika terkena sedikit serpihan. Lihat gambar di bawah...

Inilah apa yg saudara seIslam kita alami di Gaza sana..
Senjata yg digunakan Israel ini adalah hasil dr pembelian brgnnya...SUNGGUH KEJAM!!

Dr. Fauziah juga ada menceritakan bahawa gambar-gambar kesan white phosphorus telah diambil dan ditunjukkan kepada ahli kimia yg mereka alat ini. Ahli kimia tersebut terkejut kerana tidak menyangkakan hasil rekaannya dipergunakan untuk membunuh. Katanya, jika beliau mengetahui sejak dari awal lagi, beliau tidak akan mencipta alat tersebut.

Bukan white phosphorus sahaja yg menjadi ancaman saudara kita, malahan drone attack juga menjd ancaman terbesar sehingga ke hari ini terutama bg tentera HAMAS. Missile tersebut merupakan alat tercanggih di dunia yg memberi ketepatan yg sgt tinggi. Bagi org-org Israel, biarpun anggota HAMAS tidak terbunuh, tubuhnya menjadi cacat sudah memadai.
Kesan drone...

Walaupun Gaza dalam bahaya, tetapi rakyatnya tetap menjalankan aktiviti seharian seperti biasa...HIDUP PERLU DITERUSKAN...kerana JIHAD MENJADI MISI MEREKA.

Bermain bola... Bg mereka letupan bom adalah perkara biasa


Bermain senjata mainan...Israel meuar-uarkan bahawa HAMAS mengajar kanak-kanak kecil menggunakan senjata, sdgkan kanak-kanak ini bermain seperti kanak2 lain.


Mereka solat dimana-mana sebaik sahaja azan dilaungkan. Inilah kekuatan mrk

Rakyat Palestin mempunyai IQ yg sgt tinggi berbanding rakyat Malaysia. Namun, oleh kerana kurang alat-alat zaman moden menyebabkan pemikiran mereka agak terbatas. Menurut Dr. Fauziah, alat-alat kedoktoran yg digunakan di hospital mrk sudah tidak digunakan lg di negara-negara lain pd masa kini. Namun, ada juga alat2 terbaru yg didermakan oleh pihak British, Jerman, PBB.

Dr. Fauziah dan team group beliau diceritakan kisah-kisah menarik yg berupa pertolongan dr Allah kepada para mujahidNya.

1. Di Syairat Village, tmpt pengeboman berlaku, sedikit daging seorg rakyat Palestin telah dijumpai dan daging itu berbau harum yg memnuhi kmpng tersbt.
2. Org Israel sering mengatakan "Those white army....." meruju' kepada tentera HAMAS, sedangkan pejuang HAMAS ini memakai topeng berwarna hitam. Siapakah mereka yg berwarna putih itu?? Malaikat?
3. Bom2 jg meletup seblm dinyalakan di tgn Israel. Dari mana dtgnya bom itu?
4. Pejuang HAMAS yg berjuang terdgr bunyi seperti pedang berlawanan
5.Apabila tentera Israel La'natullah mengorek tanah perkuburan, jenazah2 masih segar seperti bru dikebumikan..Ini menjdkan mrk takut

Rayuan Palestin
Kami tidak perlukan bantuan-bantuan ketenteraan dr saudara-saudara kami. Apa yg kami perlukan sekarang ialah wang dengan cara memboikot brgn Israel serta konconya dan Do'a yg ikhlas utk kami..
Akhirnya, team Dr. Fauziah pulang setelah dikejutkan dgn serangan di Gaza pd 2 Februari 2009. Alhamdulillah, mrk selamat tiba di Malaysia dan Allah telah menakdirkan mrk utk berkongsi apa yg mrk alami di sana..

Adakah cukup dgn hanya merintih bersama mereka atas kesedihan dan kesengsaraan yg mereka alami?Berjuanglah bersama mereka!! BOIKOT, DERMA, DOA!!
Ingatlah, Allah bersama dgm mereka yg berjuang atas lafaz 'LA ILAHA ILLALLAH'



The Israel La'natullah Quotes

Salam perjuangan!!

PERJUANGKAN PALESTIN TIDAK BERMUSIM!!

Perhatikan, Baca apa yg israel la'natullah ini telah katakan...

"Hanya satu negara yg boleh wujud di Palestin iaitu negara Yahudi, dan tidak ada kesamarataan dalam perhubgn Yahudi dan Arab, ttp Yahudi akn mendominasi bila bilgn mrk meningkat" Dr. Eder, Pengerusi P/Jaya Zionis

"Yakinlah pada Tuhan bahawa negara Yahudi akan menjadi kenyataan, tetapi ia tidak muncul melalui deklarasi politik, ttp melalui DARAH DAN KERINGAT bangsa Yahudi" Chaim Weizman
I
nilah janji mereka hingga sekarang. Pertumpahan darah berlaku.


Badan rakyat Palestin dibelah dan diambil organ dalaman


" Tidak wujud apa yg dikatakan sbg rakyat Palestin. Ia tidaklah seakan-akan wujudnya rakyat Palestin dan kemudian kami dtg dan ambil alih mrk. Mereka x wujud" Golda Meir, bekas PM Israel
I
nilah yg cuba mereka hapuskn. Tiada rakyat Palestin...

"Jerusalem can never be separaed from Israel" Sharon

"Jerusalem is Israel's eternal capital city" Ehud Barak, PM Israel


Adakah kita semua boleh menerima hakikat ini? Hak kita, Orang Islam dicaturkan.. Orang Islam dibunuh sesuka hati..

Umat Islam seperti satu angkatan tentera yg sdg memerangi Israel. Orang-orang Palestin diibaratkan seperti mujahidin di saf depan yg menggunakan senjata dgn nama La Ilaha Illallah... dan umat Islam lain berada di saf blkng memberi bantuan sms mereka sedang berperang..
JIhad x semestinya dgn senjata, tp wang ringgit, kata-kata itu dikira jihad.
ALLAHUAKBAR!!



SAYA GRADUAN TOPS!!










Assalamualaikum...

Saya pasti ramai yang bertanya apa itu TOPS? Yeah, Training of Palestin Speaker... Alhamdulillah, x masuk u lg dh jadi graduan, hehe...
Sebagai perkenalan, TOPS ni dianjurkan oleh Jamaah Islah Malaysia (JIM), Palestine Centre of Excellence (PACE) dan Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia (KARISMA).

28 dan 29 Mac 2009... didaftarkan lebih 20 orang yang akan sertai TOPS tu dari seluruh negeri.. Tapi, hanya 7 orang yang hadir. Yang lain sibuk tu, hari minggu.. Dan saya, NADHIRAH ABDUL KADIR menjadi peserta termuda...HUHU

YEAH, PALESTINE!! SAYA NAK JD PEJUANG ALLAH. TP BUKAN DGN SENJATA, TP DGN DO'A, SUMBGN, AMBIL TAHU DAN SEBAR SERTA BOIKOT.

E
rm.... cakap pasal boikot....Panorama sekarang ni...

Dulu.... time Gaza berperang, ramai yang angkat kaki dari McD, ramai yg tahan tangan dr beli NESTLE (especially, MILO dll)



Sekarang... bila jeritan Gaza dah x kedengaran...

Ala...... pegi McD sekali sekala apa salahnya Milo ni penting!! Anak saya tiap-tiap hari minum Israel dah x serang Gaza dah. Tunggulah, bila serang kita boikot balik. Saya selalu makan Maggi time tiada duit

ASTAGHFIRULLAH!!

yang beli tu pulak org Islam...

Nabi pernah bersabda yang baginda tak akan mengaku umatnya di akhirat nanti bg sesiapa yg tak care nasib saudaranya sendiri. Nau'zubillah.

Bagi mereka yg dh sedar dan x beli lagi, alhamdulillah, tp amanah dr Allah untuk menyedarkan mereka yg x sedar, mereka yg pandang enteng perkara ini, mereka yg TELAH BUNUH RAKYAT PALESTIN!!
AYUH, KITA BANGKITKAN KESEDARAN MEREKA!!

Bagaimana???


1. Ambil tahu tentang apa yg terjadi sbnrnya dr 3 aspek, SEJARAH, AKIDAH, SEMASA. Kalau x tahu, susah nk jwb persoalan mrk di luar sana dan kurang ambil peduli
2.
Dah tahu, menjadi amanah untuk sebar pd yg lain. (blog, ceramah, pamplet....dll)

sedarlah!!
Tanggungjawab mempertahankan Palestin bukan atas rakyat di sana sahaja, tp tggjwb umat ISLAM semua. It is an OBLIGATION!! BUKAN SUNAT, BUKAN HARUS!! Lagi-lagi di Palestin ada MASJID ALAQSA yg nabi suruh pergi ke sana jika mampu berdasarkan hadith
"Abdullah ibn Umar bertanya Rasulullah S.A.W, "Ya Rasulullah, terangkan kepada kami hukum menziarahi Baitul Maqdis. Jawab Rasulullah, "Ziarah dan solatlah di sana. Sekiranya tidak mungkin(ziarah dan solat), maka kirimkanlah minyak untuk lampu-lampu (bg menerangi masjid itu)" [Sahih Bukhari]
.Jadi, apa yang telah kita lakukan untuk pertahankan PALESTIN dan ALAQSA? Apa jawapan kita kepada Allah bila ditanya nanti?

BANGKITLAH!! JIKA ANDA ORANG ISLAM, JIKA ANDA TAKUTKAN AZAB, JIKA ANDA UMAT NABI MUHAMMAD S.A.W, JIKA ANDA BUKAN PEMBUNUH, JIKA ANDA MAHU BERJUANG, TAKE ACTION!!



1 fact yg menarik......
Pada tahun 1897, Persidangan 1 Zionis telah diadakan di Switzerland. Time inilah zionis ni berpakat nk jadikan Jerusalem sebagai negara mereka.
Mereka mengatakan bahawa Umat Yahudi merupakan satu-satunya umat yang terpilih di dunia ini. Manusia yang lain iaitu non-jews, x kisah sama ada mereka ISLAM, hindu, buddha, KRISTIAN atau agama lain ialah GOYYIM bagi mereka iaitu subhuman.
Kalau kita ni subhuman bg mereka dam mereka the only human, maksudnya mereka boleh bunuh kita sesuka hati..


bermakna.... membeli barang Israel dan Amerika ibarat mengumpul dana untuk mereka membesarkan lagi tenteranya utk serang semua org (nonJews) kat dunia ni... lg bnyk org beli, lg cepat mereka serang kita. Kalau nk kita kena serang cepat, belilah lagi!!!!