Stay connected kay? ^^

07 November 2015

Quote #7


If you are one in a million, there are six thousand people just like you

#deep

03 November 2015

Makan-makan dekat Dave's Deli @ Queensbay Mall Penang

Sambungan daripada entri haritu, Mama Miya Coconut Ice Cream. Lepas sahaja makan ice cream kat Padang Kota Lama, terus ke Queensbay Mall. Bagi pengetahuan korang, ni first time Yun Sing masuk ke Queensbay. Punyalah pusing Queensbay cari Dave's Deli tak jumpa, sampai Kak Nina nak bakar Queensbay hahaha~

Cari punyalah cari, akhirnya jumpa. Tapi pelanggannya banyak ye, harap maklum. Kena ada tempat duduk dulu baru boleh order. Self service punya. Order-order, makanan pun sampai! Yeay! Jom Yun Sing belanja gambar makanan..

Juadah yang sememangnya membuka selera

Fish N Chips

Dave's Beef Lasagna

Hainanese Chicken Chop

Entahlah terlalu lapar ke, makanan terlalu sedap, tapi seperti biasa, Yun Sing makan sampai licin. Memang tabiat buruk takleh nampak pinggan tinggal apa-apa. Biasanya kalau ada sos cili pun ty makan juga. Cili padi pun telan pastu baru lompat satu gerai. Memang dah tabiat and memang dah lapar, jadi menanglah Yun Sing tempat pertama dalam marathon makan sampai licin. Rasanya akak akak terkejut kot dengan selera makan ni hahaha

Dan dan makan terus bincang nak pergi naik basikal. Rujuk gambar, kotak pelik-pelik tu, nampak macam dinamo pun ada.. (ni la akak-akak engineering, jangan main-main) tu sebenarnya Kak Yani nak tunjuk camna basikal empat orang dari atas. Pen dapat dekat Yun Sing terus keluar trademark - poop dengan smiley face xD Kak Nina suruh tambah 'have a nice day'. Letak kat situ terus cabut. Pastu duk usha pekerja nk bersihkan meja makan tu, tengok reaksi dia (nampak sangat takde kerja)

Dah makan banyak tu lari satu Queensbay cari tandas.. sempat lagi snap gambar..

Ini la muka suka selpie dalam tandas (haa amek kau)

(shhh akak dua orang tu tak tau pasal ni)

Secara kesimpulannya (buat karangan pula), makanan dekat Dave's Deli memang sedap-sedap belaka. Jangan lupa singgah dan cuba, anda tidak akan menyesal. *kening kening*