Sunday, May 4, 2014
SAJER...
1:09 PM
Posted by
Chek Nurul
Assalamualaikum dan selamat tengahari..
rasanya dah lama tak update apa2 dalam blog nie..
sorry pada sesiapa yang view blog nie..
agak pening sbb bila ubah template..
lari abis semua..
ada yang jadi post 2x..
urmm...tak apalah..
nak bt ceman..nak update,
nak betulkan sekarang nie pun..
jadi malas..so...
nantilah betulkan..
ni seseje jer letak pic nie...

perasaan kasih ibu kepada anaknya..
ok, jumpa lagi...
Monday, April 7, 2014
My Lil Hero 2..
12:11 PM
Posted by
Chek Nurul
ni sambungan dari entry yang terdahulu...
Alhamdulillah, sekarang kandungan dah masuk minggu ke 26 dan 2 minggu lagi cukup 7 bulan...menanti dengan penuh debaran..harith dah nak masuk 1 tahun 3 bulan dah..dah makin cerdik, dah makin aktif anak ibu sorang nie.. adik pun tak mau mengalah jugak.. bukan main aktif dalam perot ibu, kadang2 sampai senget perot ibu, tak pa...ibu tak marah pun, ibu tak kata apa pun, apa yang ibu harapkan anak2 ibu ini menjadi anak2 yang aktif dan sentiasa berfikiran positif..sentiasa basahkan lidah mu dengan kalimah-kalimah ALLAH...menjadi anak yang soleh dan jadi penawar dihati ibu, abah, tok abah dan tok mami serta semua orang...InsyaALLAH..
Mengandung kali nie, agak mencabar sikit....mungkin dugaan sama kot, lagi satu..syukur jgk aku hadapi semua nie semasa mengandung, kalau tak...mungkin akan berlaku sesuatu diluar dugaan...sebab manusia nie mampu buat sesuatu yang diluar jangkaan ketika marah @ terdesak. Bila mengandung nie, segala2nya terhad dan perlu berfikir panjang. Beberapa kejadian ketika mengandungkan anak yang pertama dan yang kedua nie banyak mengajar dan menguji kesabaran aku, tak kisahlah samada dari alam sekeliling @ individu.
Tapi bagi aku apa yang berlaku pasti ada hikmahnya, tetaplah berfikiran positif walaupun kebenaran itu pahit. Jangan disebabkan tindakan kita, orang lain akan terkesan sama. Untuk melatih anak2 yang baik, aktif dan sentiasa berpotensi tinggi bermula dari dalam diri kita sendiri.
Setiap anak yang baru dilahirkan umpama sehelai kain putih yang menunggu
saat untuk dicorakkan ibu bapanya bukan untuk dihina, dikeji dan
diperlakukan tanpa belas kasihan dan berperikemanusiaan. RasulAllah SAW
bersabda yang bermaksud: “Setiap kelahiran (anak kecil) dilahirkan dalam
keadaan fitrah.” (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim).
Diantara perkara-perkara utama yang perlu diberi perhatian oleh ibu bapa dalam proses melahirkan zuriat yang soleh ialah :
Pertama : Sentiasa Berdoa Kepada Allah s.w.t.
Keinginan
untuk memiliki zuriat yang soleh dan cemerlang hendaklah dengan cara
berdoa kepada Allah s.w.t. kerana amalan ini merupakan amalan yang
dilakukan oleh para nabi dan rasul. Firman Allah dalam surah Ali - Imran
ayat: 38
Yang bermaksud : Wahai
tuhan kami kurniakanlah kepadaku dari sisimu zuriat keturunan yang
baik, seseungguhnya engkau sentiasa mendengar (menerima) doa permohonan.
Dalam
ayat ini menjelaskan kepada kita para nabi dan rasul mengutamakan
zuriat yang soleh dalam kehidupan mereka, walaupun zuriat itu belum
dilahirkan lagi mereka berdoa kepada Allah s.w.t. agar dikurniakan
zuriat keturunan yang baik. Ini memberi gambaran dan contoh kepada
manusia untuk diamalkan. Di samping kita berdoa hendaklah kita memberi
pelajaran yang sempurna dari segi fardhu Ain dan Fardhu Kifayah semoga
mereka dapat membangunkan diri, masyarakat dan negara.
Kedua : Hendaklah Menanam Akidah Didalam Diri Anak-Anak
Akidah
merupakan asas yang perlu diberi perhatian dan keutamaan, kerana akidah
yang mantap sahaja mampu menjamin kebahagian dan kecemerlangan hidup
manusia di dunia dan di akhirat. Selain itu, anak-anak yang mempunyai
pegangan akidah yang mantap tidak akan mudah untuk menyeleweng atau
diselewengkan. Lebih-lebih lagi dapat melahirkan insan yang sentiasa
dapat menjaga iman mereka serta menjauhi perkara-perkara syirik yang
boleh menyesatkan mereka.
Ketiga : Hendaklah Diberi Penekanan Terhadap Tuntutan Syariah Khususnya Dari Sudat Ibadah
Penekanan
dari sudut ibadah yang sempurna melambangkan sifat kepatuhan dan
ketaatan kepada Allah. Selain itu, sebagai tanda penyempurnaan jalinan
hubungan dengan Allah s.w.t sepanjang masa dengan sentaisa menyerahkan
segala jiwa dan raganya terhadap setiap suruhan dan meninggalkan segala
larangannya pada setiap masa.
Selain
itu, dengan melakukan ibadah kepada Allah dapat menyedarkan anak-anak
tentang sifat-sifat manusia sebagai hamba disisi Allah s.w.t. Ini
bersesuaian dengan firman Allah dalam surah al-Anam ayat 162 :
Yang bermaksud : “ Sesungguhnya solatku dan ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah tuhan yang memelihara dan mentadbir sekelian alam ”.
Keempat : Hendaklah Diberi Penekanan Dari Sudut Akhlak
Memiliki
akhlak terpuji merupakan lambang kecemerlangan dan keindahan terhadap
keperibadian seorang muslim sejati. Dengan memiliki akhlak yang terpuji
menyebabkan seseorang itu dihormati dalam sesebuah masyarakat berbanding
dengan orang yang memiliki akhlak yang tercela akan dibenci dan dikeji
oleh masyarakat. Kerana itulah, junjungan besar nabi Muhammmad s.a.w.
diutuskan untuk menyempurnakan akhlak manusia.
Selain
itu, dengan memiliki akhlak yang mulia merupakan amalan yang paling
berat dalam timbangan dihari akhirat berbanding dengan akhlak tercela
yang akan melambatkan proses hisab dihadapan Allah s.w.t. Sebagaimana
sabda Rasulullah s.a.w. :
مَا مِنْ شَىْءٍ أَثْقَلُ فِىْ مِيْزَانِ الْعَبْدِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مِنْ حُسْنِ الْخُلُقِ
( رواه أبو دأود والترمذي )
Maksudnya : “Tidak ada sesuatu yang lebih berat diatas neraca timbangan seseorang hamba di hari kiamat selain dari akhlak yang mulia ”.
Kelima : Memastikan Makanan Anak-Anak Dari Sumber Yang Halal
Setiap
ibu bapa perlu memastikan setiap makanan yang diberikan kepada
anak-anak merupakan makanan dari sumber yang halal serta menjauhi dari
sumber-sumber yang subhah, apatah lagi dari sumber yang haram seperti
rasuah, riba, penipuan dan sebagainya.
Kerana
makanan yang bersumberkan dari rezeki yang halal bukan sahaja membawa
keberkatan tetapi sebenarnya dapat melahirkan zuriat yang pintar dan
sehat. Dan akhirnya mendorong seseorang kearah melakukan kebaikan di
dunia dan mendapat rahmat Allah di akhirat. Firman Allah dalam surah
al-Baqarah ayat 168 :
Yang bermaksud : “
Hai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang
terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan;
kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu ”.
My Lil Hero...
11:13 AM
Posted by
Chek Nurul
Assalamualaikum, good morning...agak bersawang sebenarnya blog nie sebab lama tak masuk @ post apa2...Walauapapun, bersyukur sebab hari nie masih lagi ber kesempatan lagi...
Hari nie macam free sikit..sebenarnya dari semalam lagi tapi biasalah dengan kondisi yang tak memberansangkan sejak 2 3 menjak nie..so, agak terkilan jgk...rehat umpama masa yang berharga sekarang nie..kalau tak cukup rehat mmg akan beri kesan pada badan dan anggota yang lain even dari segi mental dan emosi.
Ada banyak perkara yang nak aku lakukan tapi tak semuanya akan tercapai...betul tak?...bukan sbb itu lumrah manusia yang selalu beri alasan tapi keupayaan diri..diantaranya, nak bt manual utk student, nak update fail,nak buat hantaran kahwin, dan macam-macam lagi.
Ohya, baru2 nie yg hubby bagi flowers dan handbags baru..terima kasih yer..dulu masa preggey kat harith dulu pun dapat bunga jgk dan handbags...love u so much..walauapapun yang terjadi ma tetap bersama b..ma harap b pun kuat dan sentiasa tabah hadapi masa akan datang..muah. Ahli keluarga kita akan bertambah, semoga kita tetap bersama2 membesarkan anak-anak yang bijak pandai ini. amin.
lovely flowers from my hubby
handbags "VERNS" 1set from my hubby
ok, kita sambung nanti...
Subscribe to:
Posts (Atom)