Dah hampir 2 tahun lebih kot tak update blog ni. Disebab kan busy dengan life dan business, tak sempat nak berblog macam dulu walaupun hari-hari online.
Alhamdulillah dulu berdua sekarang bertiga, Lepas 2 tahun lebih menanti, akhirnya Allah makbulkan doa kami suami isteri =) , lahirlah seorang puteri seberat 2.55kg secara normal pada 9 mac 2017 di Hospital LATI Pasir Mas, Kelantan (hospital maut bak kata orang, hahaha..nak taw kenapa kena google sendiri :P )
Aleema Aisyah bt Mohamad Faiz,1st day at Hospital
1st day at Home
Al-kisah nak cerita dari start mengandung lah senang, cover semua dalam 1 entry. Alhamdulillah dari awal mengandung sampai lah melahirkan, Allah bagi rezeki mudah sangat2.
Amalan pemakanan semasa mengandung
Masa mengandung kan Aisyah, kalau bab vitamin, sy betul2 amalkan vitamin yang klinik bagi je masa bulan pertama - ke 7, Vitamin C, B-complex, acid Folic dan Zinc.
Cuma bila masuk bulan ke -8 baru start makan Kurma (3-7 biji sehari) untuk elakkan anak kuning bila lahir, dan Alhamdulillah memang dia tak kena kuning cuma suspected je. Lepastu sy amalkan omega 3 dari Shaklee , yang ni kena amal kan awal2 sebenarnya cuma bila masuk bulan ke 8 baru ada kesedaran nak makan.hahaha :P
Lagi 1, sy amalkan Raspberry tea leaf untuk memudahkan proses bersalin secara normal. Survey2 kat internet tgk ramai yang kata ok dan sedap air raspberry tea leaf . Sebab kalau jenis cecair yang tak sedap, memang tekak tak boleh paksa, Alhamdulillah memang sedap, tambah gula sikit rasa macam air ribena je. Kalau korang tak taw nak beli kat mana, beli je kat lazada. Saya pon beli kat lazada je sebab dekat kelantan susah nak cari.huhu
Makanan Harian
Bedal sajo apa pun tolak kayu dengan batu je :P . 9 bulan mengandungkan Aisyah takde langsung masalah kesihatan ataupun alahan. Dapat detect mengandung pun sebab period lewat 2 minggu, Memang tak ada muntah pening langsung sepanjang mengandung. Selera makan pulak bagaikan Naga, MashaaALLAH mmg berselera sampai berat badan naik 78kg,huhu.
Amalan lain
Selalu baca Al-Quran tak kira surah apa pun, tapi yang banyak Surah Maryam dan Yusuff..surah2 untuk orang mengandung la senang cerita. Sentiasa zikir dan dari sebelum mengandung lagi memang doa mudah beranak . Alhamdulillah Allah perkenankan doa.
Pengalaman Bersalin Kali Pertama
Kalau ikut kiraan, Aisyah sepatutnya lahir pada 11.3.2017 tapi dia lahir awal dari jangkaan 2 hari. Seminggu sebelum dia keluar, ada pergi scan doktor cakap baby besar 3.2 kg macam tu, kedudukan semua normal..tunggu masa nak keluar je. Lepastu doktor cakap anak sulung biasanya lahir lebih dari jangkaan (means lewat dari tarikh jangkaan) , jarang sangat2 yang awal, so saya wat lek je la takde ready apa sangat kecuali beg2 nak bawak g hospital tu memang dah prepare awal2. Lepastu ada jumpe bidan kampung jugak untuk cek kedudukan baby, masa pergi tu dia serong sikit. Dia betulkan kedudukan baby tak sampai 5 minit , dia cakap baby dah ready nak keluar, kalau ikut kedudukan samada keluar 2 hari awal atau 2 hari lambat. PERHHH hebat bidan tu boleh jangka2 dengan saiz baby :'D
Silap anggapan Sakit Braxton Hicks
2, 3 hari sebelum 8hb tu dah rasa tak selesa sangat, baring tak kena, duduk tak kena tapi wat tak taw je sebab takde pengalaman kan, baby memang mengeras je. Kadang2 lama, kadang2 kejap.. ingatkan benda biasa sebab saya wat kerja dari pagi sampai malam hari2. ingat kan efek letih buat kerja .huhu.
Masa hari nak kena warded tu, perut memang sakit sangat2.. sampai tak lalu makan (tang ni yang boleh detect pelik semacam sakit kali ni sebab selalu hulur je makan habis tak pernah tolak huhu)
Waktu pagi tu sakit dah tp bila pergi toilet je membuang tapi macam cirit. dok ulang macam ni la sampai lebih kot 10 kali..sampai lepas asar tu tak larat sangat2 sebab cirit + makan muntah balik.. memang badan hilang tenaga.
Lepas asar tu siap download contraction tracker dalam telefon sebab nak rekod kekerapan sakit. Memang time download tu sakit 10 minit sekali, kalau ikut ni bukan braxton hicks dah sebab nya sangat kerap sakit tu datang. Tapi wat bodo je lagi sebab misi pesan kalau keluar lendir campur darah atau air ketuban pecah kena terus pergi hospital. Memang takde lagi tanda tu so dok sedapkan hati ni braxton hicks atau memang sakit perut cirit birit je, Last sekali masuk toilet jam 6.30 petang dah takde benda nak keluar sebab perut memang kosong..ada darah + lendir sikit keluar masa kencing.. terus ajak ayah bawak g hospital lati,
Masuk Labour Room
Sampai je hospital lati dalam jam 7 malam, terus masuk labour room . Masa tu sakit gila nak berjalan pun susah dah. Cek2 jalan baru buka 1cm, dalam hati ni ya Allah 1cm je kenapa sakit sangat. Dia seluk2 time cek jalan tu tak rasa apa dah..tapi kat hospital tu dia seluk cek guna tangan je memang takde alat lain. Lepas dia seluk tu dia cakap awak buka baru 1cm tapi senang jalan nak buka cepat ni sebab apa benda tah yang nipis. huhu. dalam hati masa tu Alhamdulillah, sakit sangat tak sanggup rasanya lama2 kena tahan. Lepas beberapa jam dalam tu dia cek nadi baby macam tak aktif sangat. Dia bagi minum ais pun still xaktif. So macam ada masalah kat situ.Saya cakap la harini saya cirit, takde makanan kot baby pun tak aktif, Terus misi tu panggil doktor dan time tu jugak kena ambik darah takut ada keracunan makan ke apa . Lepastu sebab takde tenaga sangat, kena masuk air garam 3 botol dalam masa 2 jam kot. tak berapa ingat. Dah setel yang tu baru dia lepas ke wad biasa sebab jalan xbuka sampai 4cm lagi.
Air ketuban Pecah
Masa masuk wad biasa tu dalam jam 9.30 kot. memang sakit tak berhenti lagi. Baring atas katil je tp sakit dia tahap menggigil bila bernafas. So mak yang teman masa tu panggil lagi misi sebab sy cakap tak tahan sakit sgt. Misi datang cek jalan buka 3cm. Dia kata tak boleh masuk labour room lagi selagi tak sampai 4cm. huhu. Masa ni mak ambik peluang suapkan makanan untuk sy sebab nak bagi ada tenaga masa meneran, makan 1 suap je muntah balik :'( So tahan la..dalam masa 20 minit ke setangah jam camtu rasa basah, air ketuban pecah... panggil lagi misi dia cakap ye ke air ketuban pecah atau awak kencing. Adui misi pun nak buat lawak ke apa, kalau kencing mesti la rasa nak kencing..ni air tu keluar sendiri tanpa dipaksa. huhu. Air tu bercampur darah lagi. habis basah katil. Kena seluk lagi dah buka 5cm, terus kena tolak masuk labour room. Rasa sakit gila dan rasa nak meneran sangat2. misi tak bgi teran dia kata tahan, sampai 10 cm baru teran.. Masa ni la sakit gila2 tu boleh rasa, nak meneran tapi kena tahan..masa ni keluar jgk la air mata sebab menahan sakit nak bersalin tu, Allah je tahu..dalam hati tak putus2 baca doa "Laila ha illa anta subha na ka inni kuntu minazzolimin" Dok ulang yang ni je dengan sebut "Ya Allah permudahkanlah" .
Masuk Labour Room kali ke-2
Masa ni dah siap2 masuk labour room dok atas katil , dalam pukul 11 mlm kot, Masa ni rasa perlu sangat suami di sisi tapi dia dok atas kapal terbang lagi tak touch down KB lagi. Naib baik la mak teman. dalam jam 11.30 mcm tu jalan dah buka 8 cm. Masa ni tak tahan giler rasa nak teran sangat tp xboleh, Maximum sakit time ni sampai dah lalok kot antara sedar tak sedar menahan sakit. 11.40 cmtu bukaan 10 cm misi suruh teran, teran2 tak keluar sebab tak pandai. misi dok membebel suruh teran betul2 tapi nak buat macam mana, tenaga memang takde.. time ni dah tak sakit sepanjang masa, kejap ada kejap takde. misi suruh teran dia cakap dia bagi masa sejam je untuk teran, kalau tak bahaya untuk baby dan terpaksa belah perut.huhu.. ya Allah takut nya time ni tapi bila takde rasa sakit datang, takde pulak rasa nak meneran, kalau kita push pun macam xsekuat bila ada rasa sakit tu. harap korang paham la apa y sy cuba cerita ni -_-"
Last2 suami sampai tepat jam 12 malam, time tu kepala baby dah nampak dah.. masa tu suami dan mak tukar tempat, mak keluar suami ganti teman bgi sokongan. Misi siap ambik tangan sy suruh sentuh kepala baby, rasa lembik2 je.huhu.. Lepastu terus semangat nak teran, dah teran betul2 misi pun dah cakap pasal gunting. seriau pun ada... dah rasa pedih kena gunting tu boleh pulak misi tu cakap alaa gunting tumpul laa tukar yang tajam, masa tu dalam hati ni Allah je tahu. Dah la sakit gila lepas tu pedih lagi..skali kena gunting kali ke 2 pulak laa guna gunting y tajam..Alhamdulillah 12.25 tengah malam, 8 mac 2017 keluar la Aleema Aisyah dengan suara yang slow je , tak menangis macam baby lain. huhu
Jahit Luka
Sebab koyak banyak sangat kesan dari tak pandai teran, gunting tumpul lagi, kena bius ubat untuk jahit, 2 jam sesi jahit menjahit sahaja. sakit jugak la kena jahit walaupun ada bius. berapa jahitan tu sampai sekarang tak tahu sebab banyak sangat. Apa pun, Alhamdulillah hari ke 40 semua benang tanggal dengan sendiri.
Keluar Wad
8.hb tu jugk boleh keluar wad sebab takde pape masalah, bersalin 12.25 tengah mlm. keluar wad lebih kurang 2 petang mcm tu. Alhamdulillah.
Itu je la serba sikit detail kisah pengalaman saya bersalin untuk kawan2 yang nak tahu. tak pandai sangat nak cerita sebenarnya sebab dah lama tinggalkan rutin berblog ni. Harap korang xjemu la membaca. haha. Kalau ada sebarang soalan boleh tanya direct kat fb ye :D
muka ikut siapa ni? hee