November 15, 2015

Makan Angin di Medan (Part 2) Danau Toba- Samosir- Berastagi

Okay, sambung part 2. Day-2, Pagi-pagi kami bertiga bersiap packing barang sekali sebab malam ni bakal pindah hotel lagi, tidur di berastagi. Adit datang pick-up barang sebab kononnya nak bekpes kat atas, (hotel ni ada 2 restoran) sekali tutup daa, so kteorang bekpes kat area bawah. Lepas bekpes kteorang berkumpul kat area lobi jalan ramai pergi jeti naik feri nak menyusuri tasik danau toba untuk ke pulau samosir. Dekat je jalan, so no worries.Hehe

Masa feri belum bergerak adalah kanak-kanak dok berenang-renang kat dalam tasik suruh lempar duit, so diorang akan berenang cari syiling tu. Cara diorang cari rezeki, and tunjuk skill swimming diorang. View sepanjang menyusuri tasik Subhanallah, sangatlah indahnya. Kami bertiga dok tak diam jalan sana-sini makan angin atas feri sambil ambil gambar ala Malaysia's next top model gitu hahahah.





Sampai je kat pulau tu, berkumpul la dengar tourguide bercerita pasal kisah raja-raja diorang dan jalan-jalan melawat perkampungan orang Batak disini.


November 14, 2015

Western Australia Trip 29.9.2015- 6.10.2015 - Part I ( KLIA2 ke Perth Int Airport) - Albany

Hai semua, entry setahun sekali hahah. okay, sebab agak baru trip ni jadinya rasa ada semangat sikit nak bercerita. *kot-kot ada yang baca nak tahu serba sikit untuk trip korang. trip terbaharu adalah Perth & Southern Part of Western Australia.

Tiba hari dinanti, 29.9.2015, tapi mood biasa-biasa ja dulu sebab masih kerja kan macam biasa sebab flite malam kul 12.05 camtu, dah masuk 30hb. jangkamasa penerbangan dalam 5 jam lebih sket so sampai Perth International Airport awal paginya. Kul 5 dah cerah weyh.


so ni part paling berdebar, cek imigresen sebab katanya ketat kan kalo ke Australia ni. Seperti nasihat-nasihat yang selalu dibaca adalah tentang makanan. apa yang boleh dibawak and tak boleh bawa. dairy product memang sah tak boleh bawak. yang penting declare pada kad yang diorang bagi, ubat ubatan..kang tak pasai bayaq denda. dan satu lagi memang biasa akan ada anjing pengesan kat situ alhmdulillah kteorang tenang je dan lepas dengan jayanya dan tanpa perlu buka beg luggage untuk dicek. sambal ikan bilis pon selamat.


Misi seterusnya adalah nak ke Perth city sebab kteorang sewa kereta di Aries Car Rental yang kat area CBD.  Cara paling murah, first keluar je dari airport tunggu bas free kat depan pintu keluar untuk naik airport transfer ke Terminal 3 &; 4 iaitu terminal domestik . rasa blur-blur tanya je pak cik mak cik jaket kuning heheh. diorang ni volunteer kat airport. bila dah turun kat sini, tunggu bas no. 37 & 40 untuk ke city. jangan risau ramai selalunya dok menunggu nak naik bas ni. tambang dalam 4.2 aud/pax bergantung kepada tempat korang nak turun. yang penting jimat!


Selesai urusan kereta sewa, bergeraklah kami berempat ke Albany. Albany lebih kurang 400+ km dari Perth. Sebelum tu  nasihat dari orang tempat kteorang sewa kereta. disebabkan nak drive jauh, ke suburbs, dinasihat untuk tak drive selepas 5 p.m sebab takut binatang binatang liar terutamanya kanggaroo lah. kanggaroo liar ni katanya suka melintas jalan ikut suka dia. kang accident..naya.

Our ride- nissan micra

On the way ke Albany kteorang ada berhenti di beberapa tempat. yelah jauh perjalanan katakan.. sepanjang perjalanan mata disajikan dengan pemandangan tenang.. ladang-ladang hijau dan yang paling tak boleh lupa ladang canola.. kuning mata hitam ku. cantik sangat! Lebih kurang pukul 3.00 petang kami sampai di Albany. Lega after a long drive. Tempat tinggal malam tu dah booking di George on the Terrace..

February 08, 2015

Makan Angin di Medan-KLIA2 to Kualanamu - Parapat (Part 1)

Hell0! it has been a while since my last post though I wanna write so much! Malas.. OK, Nak berkongsi cerita kisah makan angin baru-baru ni di Medan, Indonesia. 4hari 3 malam, Flite tiket dah lama beli RM78 return which is super cheap! Kali ni trip tiga orang termasuk diri sendiri. Flite dari KLIA2 ke Airport Kualanamu pukul 8.45 pagi on 23rd January 2015, boarding QZ 121, trip pertama bagi tahun 2015. 

Macam biasa, aku akan ambik ERL dari putrajaya. Aim untuk board train kul 7.20 pagi, so akan sampai KLIA dalam 7.40. Dek terlambat keluar rumah, terlepas tren dan the next train 7.50 pagi! kteorang terpaksalah redha meaning akan sampai KLIA2 pukul 8.12 dan kteorang punya gate akan tutup pukul 8.25 pagi. Masing -masing buat muka tenang tapi berdebar nak start amazing race kat airport kejap lagi. Hasil kegigihan kami berjaya sampai gate dan naik flite walaupun masing-masing tahap pancit gila. Kami passenger last la senang cerita, dah tak ada orang menunggu untuk board flite hahhaha.

Kawan i yang last sekali uolss hahah.

Masuk ja dalam flite, relax-relax nak hilangkan penat berlari. Dah dapat arrival card, kami pon sibuk nak mengisi borang custom whatsoever. Aku tunggu turn nak guna pen. Baru aku nak menulis dah announce akan mendarat sekejap lagi! Hehe, kejap gila. Dalam 50 minit rasanya, tapi take off dan landing yang ambik masa.Lantak aku tulis jugak lapik apa ada. Sebab kang dah sampai airport tergendala pulak urusan. 

Dah sampai....Kualanamu International Airport

Sampai, setelkan urusan imigresen dan terus keluar. Alhamdulillah urusan kat kaunter imgeresen went smoothly. Sambil jalan mata meliar tengok kot ada peminat tunggu dengan sepanduk pegang nama aku hahha peminat la sangat. Kteorang dah tempah pakej dari Fantasy Holiday RM520/pax fullboard. Korang bley contact diorang through emel: fantasyhol@gmail.com Selalu travel sendiri, tapi disebabkan faktor muka bumi, pergi pon bertiga ja dan lain-lain so lupakan ja. Nak upah supir asing-asing lagi mahal! Lagipon Indonesia pon minyak naik harga.Lagi mudah dan aku rasa berbaloi dah tak payah fikir apa dah. Dah pusing-pusing tak nampak pulak orang pegang kertas nama aku, relax seminit dua, pusing-pusing badan.. ada ha. tadi tak perasan. 

Terus pergi terjah, guide driver kteorang Mr welfrit seperti yang dah di maklumkan dalam emel. Aku selalu dok lawan balas emel dengan si Rahel orang Fantasy Holiday hihihi kengkadang tokeynya Pak Erwin yang balas. Dah g terjah, our guide driver kenalkan diri dia as Adit. Aku dok konpius, rupanya panggil Adit , welfrit tu nama keluarga le haa.. surname.

Dari Airport pukul 9 lebih hampir 10 mungkin kami terus bergerak ke Parapat, sebab esok nak menyusuri Tasik Danau Toba. Adit cakap ambik masa dalam 5 jam jugak. So bermula lah perjalanan kami. Pukul 12, kami berhenti makan tengah hari kat restoran apa ntah, dah lupa heh. Then sambung perjalanan ke Parapat. Sebelum tu ada singgah kat Paten. Paten ni cam kedai jual kudapan la lebih kurang, ala-ala kacang tumbuk segala. Aku cuci mata ja tak beli pon. 

Hampir pukul 3 petang, kteorang sampai di Parapat. Adit uruskan untuk check in Danau Toba International Cottage, Parapat. Sambil tunggu nak masuk bilik, lepak-lepak makan angin. Masuk bilik ja usha-usha keadaan sekeliling, buka pintu balkoni boleh terjun tasik. Bilik menghadap tasik hahha. Then, masing- terus lelap tak hingat dunia. 

Petang tu, selesai solat suma kteorang pusing-pusing makan angin kat area hotel ja. View yang mendamaikan, dengan angin sepoi-sepoi, posing-posing ambil gambar. Malam ni tunggu adit datang pick up untuk pergi dinner.





Selesai day 1, to be continued... Insyaallah nak update jugak trip ke Krabi, Bandung and Ho Chi Minh sebelum ni. walaupun dah basi sangat hahhaha..Dah bertahun lamanya heh.