Alhamdulillah...
Urusan preschool Irqin next year dah settled.
Dalam masa yang agak singkat la jugak buat decision.
Actually kalau readers ada perasan awal tahun dulu,
memang ada hantar Irqin to one Islamic Montessori school
tapi it doesnt last.
Tak sempat nak blog pun pasal sekolah tu.
So a bit cerita la pasal experience Irqin this year.
Pergi pun sekejap jer.
Nasib at that time kami bayar separuh je registration.
Kalo tak burn je RM 1700 macam tu je kan.
Maybe tak serasi kot situ.
Irqin pergi for the 1st week, then demam seminggu tak pegi dah lepas tu.
Prob dgn sekolah tu plak, asal call tak penah berangkat.
Masa hantar nak call tanya Irqin macamana pun tak pernah berangkat.
1st day antar, Irqin memang weak gila...
Kami amek full day program, so memang seharian la Irqin kat situ.
Dehydrated & lapar... masa atok & wan dia amek,
dia minum 2 botol susu, pastu terus tido sampai esok pagi.
Hari-hari tak nak pegi school.
Maybe he is not ready.
So demam dah tak pegi.
Lepas tu in Feb macam tu kami try hantar balik lepas discuss dgn owner.
Nampak ok la tapi he still refused nak pegi & lepas seminggu
Dia demam...
Hmmm...
Lepas tu memang dah tak pegi dah...
Owners and Manager langsung tak call tanya status or any updates.
Sesaja kami tak call sebab nak tengok diorang concern ke tak...
One fine day, in August ke Sept macam tu.
Tetiba Irqin bangun pepagi nak pegi school.
Pelik gak kami siap nak pakai uniform.
So kami layan kan dia bawak dia pegi...
Call the owner, asked him kalo Irqin boleh join balik kalo dia OK,
and his reply memang sangat menyakitkan hati.
Malas nak cakap banyak kat sini biar kami je tahu apa dia cakap.
Tapi apa yang saya boleh cakap
"Ingat takde sekolah lain ke kat Malaysia ni???"
Takpe, we take it positively.
"Takpe Irqin next year Mama cari kan sekolah lain k..."
For next year enrollment, kami baru je pi survey end Nov kot.
Hahah
Gila last minute...
Tapi actually decide nak hantar Realkids jer.
Pastu one fine day, last 2 weeks saya training kat Bangi so habis awal.
Amek Irqin & bawak dia pusing Putrajaya cari preschool.
Tak banyak pun tengok.
Little Caliph dah penuh.
BondaMama, CIC & AlamRia Kids.
Lepas pemerhatian & perbincangan dengan encik suami,
kami pilih hantar Irqin ke CIC.
Tengok tempat dia pun bersih,
teachers pun baik.
Nampak diorang mesra kanak-kanak.
So, CIC ada orientation week selama 2 minggu before start next year program.
Last week hari Isnin, Irqin dah start pegi school.
Orientasi macam kelakar je kan budak kecik ada orientasi.
2 minggu plak tu.
Actually nak kasi budak-budak ni biasa dengan environment, teachers.
Gambar ni amek masa register nama Irqin.
Tak silap on Saturday, 15 December.
Heheh
Happy Irqin nak pegi school CIC.
Ni 1st orientation day!
Hahah
Semangat dia berlari masuk school.
Dengan bag tarik lagi.
Hahah
Dua jam je everyday orientasi tu.
9-11 pagi setiap hari.
Ni gambar Irqin hari ni masa amek dia.
Kami cuti arini.
Heheh
So macamana Irqin???
Hihi
Happily, dia memang suka pegi school.
Dia nya timetable pun dah berubah.
Everyday tido awal & bangun awal.
Pagi pun memang looking forward nak pegi school.
Hehe
Balik school dia menyanyi nyanyi & mengeja...
Hari ni ada lagu baru dia nyanyi
"Islam is the way of life"
Hahah
Cute sangat...
Next week, Irqin dah start full day kat preschool nya...
Hopefully dia ok duduk sana for 8 hours.
Mesti fun...
Takde la dok rumah je & tengok TV je kan.
Pastu main game kat Tab je..
Huhuh
Semoga Allah permudahkan urusan kami kali ini.
In Sha Allah.
xoxoxo
P/S: I dont mean to burukkan memana sekolah, but I guess it was nasib tak baik jer buat kami sekeluarga berhadapan dengan situasi begitu. Maybe Irqin was not that ready, yela bebudak lain ok je kat situ. Kami ikutkan FITRAH anak sajer. =)