Catatan

Selamat Tahun Baru Masihi 2010.

Malam ini sekali lagi ramai dikalangan sahabat saya akan sibuk-sibuk merayakan kehadiran tahun baru 2010. Ramai yang cuba menanamkan azam baru untuk tahun 2010 sekalipun azam lama 2009 belum tertunai. Saya sendiri tidak punya azam baru untuk diungkapkan melainkan hanya akan meneruskan misi hidup saya, iaitu terus berusaha memperbaiki pencapaian diri dalam segenap aspek yang mendatangkan pahala dalam kehidupan. Ketika melawati blog YB Kulim Bandar Bahru Tuan Zulfikli Nordin, saya tertarik apabila beliau mengatakan bahawa " Kita orang Islam tak perlu sambutan tahun baru masihi ini untuk membuat 'azam. Kita sudah pun ber'azam 5 kali sehari setiap hari..inna solaati, wanusukii, wamahyaaya, wamamaati, lillah hirobbil 'alamin-sesungguhnya solatku, 'ibadahku, kehidupanku dan kematianku semata-mata untuk ALLAH Tuhan sekelian 'alam. Itulah 'azam seorang Muslim tiap hari siang dan malam." Memang tepat apa yang dikatakan oleh YB Zul ini, betapa kita sebagai oran

Wang Punya Pasal....

Lama tidak menulis, sibuk menguruskan hal dunia. Bukan bermaksud mengutamakan dunai semata-mata tetapi hari ini masa sudah terasa begitu pantas sekali berlalu. Untuk menulis sepucuk surat pun kadang-kadang mengambil masa sehari. Jam 8 pagi menulis ayat yang pertama, tidak terasa bila noktah terakhir disudahi dengan tandatangan, tengok jam sudah jam 5 petang. Waw..! begitu pantas detik waktu berlalu. Hari ini saya ingin menulis sedikit berkenaan wang atau dikenali dengan bahasa biasa 'duit'. Kata orang tua-tua, wang ini berhantu. Tidak tahulah sama ada kalau kita simpan duit banyak-banyak bermakna banyaklah hantunya, tetapi yang nyata ungkapan ini ada maksud tertentu. Saya fikir bukanlah maksudnya bersama-sama wang itu ada hantu tetapi yang sebenarnya bersama-sama wang itu ada 'kemudaratan' jika tidak dikendalikan dengan betul. Lihat saja apabila kerana wang ada orang sanggup bermusuhan, kawan jadi lawan,musuh jadi kawan dan bermacam-macam lagi. Kerana wang juga ada dend

Sekalung Tahniah Untuk Almudin Kaida.

Imej
Tahniah Almudin Kaida Ketua Bahagian PBS N6 Tempasuk Atas Kemenangan Sebagai Timbalan Presiden PBS. Saya tidak banyak mengetahui berkenaan pemimpin ini. Tetapi saya sudah lama mengikuti perkembangan dan perjuangan beliau dalam PBS. Semanjak beliau belum diplih menjadi Ketua Pemuda PBS lagi sehinggalah kepada beliau dikalahkan oleh Jahid Jahim (Datuk) untuk jawatan itu, saya mengikuti kemajuan politik Almudin dalam PBS. Menurut orang rumah saya, mereka mempunyai pertalian keluarga dengan Almudin tetapi oleh kerana beliau sentiasa sibuk dengan tugasan dan tanggunjawabnya dan saya pula jarang berada di kampung orang rumah saya maka sebenarnya saya belum berpeluang bersua dan bersalaman dengan pemimpin ini. Lagipun kampung Almudin ini di Nanamun manakala keluarga orang rumah saya di Rampayan Ulu (Raya), jadi jaraknya agak jauh juga, kena naik 'jip' (motokar) atau naik 'gubang' (perahu atau sampan) untuk sampai ke Nanamun. Bagaimanapun perhatian saya kepada Almudin bukanlah

Kuala Penyu Yang Saya Impikan.

Imej
Jeti pantai Sawangan, destinasi memancing yang menarik. Pantai Tembailik, disini banyak merakamkan kenangan zaman kanak-kanak saya. Sudah hampir 20 tahun semuanya hanya menjadi kenangan indah. Bandar Labuan (WP Labuan) kelihatan berbalam-balam daripada Mempakul. Bersama anak lelaki saya dalam feri menyeberangi sungai setumpok untuk balik ke KK. Semalam sewaktu menghantar ibu saya ke jeti feri Menumbok, alang-alang sudah berjalan jauh, saya mengambil kesempatan ronda-ronda sekitar daerah K.Penyu, khasnya kampung saya dan kawasan sekeliling. Sekurang-kurang dapat juga menghidupkan kembali nostalgia zaman kanak-kanak ketika saya membesar di sini. Saya menceritakan kepada anak-anak saya betapa saya semasa kecil dulu, berjalan kaki sejauh beberapa KM melalui jalan yang kami selusuri ini untuk pergi ke sekolah dan kadangkala mengikut bapa pergi menoreh getah. Saya juga memberitahu anak sulung saya bahawa dulu, semasa kecil dulu saya pernah bercita-cita untuk memandu kereta melalui jalan i

Seorang Pemuda Dengan Sebuah Keyakinan

Sewaktu melakukan tugasan di luar bandar semalam, saya berkesempatan berbual dengan seorang anak muda, berusia dalam 20an. Menurutnya sebelum ini dia pernah bekerja di bandaraya dengan pendapatan (gaji) hampir RM2000 sebulan. Tetapi dia mengambil keputusan berhenti kerja dan pulang ke kampung untuk 'bekerja kampung'. Di kampungnya dia mengusaha tanah kampung ayahnya yang berkeluasan lebihkurang 15 ekar saja. Dia menanam kelapa sawit disamping buah-buahan dan sayur-sayuran. Kini kebun kelapa sawitnya telah mula mengeluarkan hasil. Saya kagum dengan pemuda ini kerana pada masa bila rakan-rakan sebayanya sudah lama berhijrah ke bandar untuk menikmati hidup yang moden, dia kembali ke kampung untuk hidup sebagai petani. Dia kata, dikampung tiada hiburan yang menyeronokkan tetapi di kampong ada masa hadapan yang lebih baik. Dia menunjukkan kepada saya satu kawasan yang terbentang luas di depan kawasan tanahnya. Katanya kawasan ini seluas 60 ekar dan dia memberitahu saya bahawa dia se

Air Adalah Kehidupan....

Imej
(Telaga-gambar hiasan) Jam 1.30 petang semalam, ketika saya masih dipejabat, orang rumah saya menghantar pesanan ringkas mengatakan bahawa bakalan air masih terputus. Sebenarnya pagi semalam saya keluar bekerja dengan hanya mandi menggunakan air setengah baldi. Bekalan air terputus daripada subuh lagi, jadi semua penduduk disekitar kediaman saya, berhadapan dengan masalah air sepanjang hari semalam. Bekalan hanya pulih kira-kira jam 5.30 petang. Saya teringat waktu kecil dulu, dikampung halaman yang jaraknya 120 KM dari sini. Masa itu tidak ada dalam kamus harian kami masalah terputus bakalan air. Air dapat diperolehi secara mudah dan percuma melalui air perigi di bawah bukit sana, hanya perlu menuruni anak bukit kira yang mungkin jauhnya 0.5km saja. Pagi-pagi sebelum ke sekolah, saya ditemani ibu berlampukan 'pilasut' (lampu minyak tanah yang bersumbu besar ,sumbu diperbuat daripada kain buruk manakala bekas mengisi minyak daripada botol bekas minuman) untuk mandi, jam 5.30 m

Diari Kehidupan (I)

Atas kapasiti saya sebagai YDP PIBG SK.Penampang, semalam saya turun meninjau aktiviti perkhemahan kokurikulum sekolah, yang melibatkan seramai 119 orang murid tahap 2 sekolah berkenaan. Selain sebagai menunjukkan sokongan moral kepada aktiviti murni sekolah berkenaan, saya sengaja untuk mengambil peluang itu bersantai bersama guru-guru yang kebanyakkannya berjaga malam demi menjaga keselamatan murid-murid yang tidur bermalam dalam khemah dalam kawasan sekolah. Malam kedua berturut-turut saya berada di kawsan sekolah sehingga subuh. Saya berborak dengan seorang guru tentang peranan pelajar untuk mengubah nasib dan masa depan sesuatu genarasi. Pelajaran adalah instrument utama dalam usaha membebaskan satu-satu keluarga daripada belenggu kemiskinan. Guru ini melahirkan rasa sedihnya tentang sikap segelintir ibubapa yang tidak prihatin kepada perkembangan pelajaran anak-anak meskipun pelajaran anak itulah yang sebenarnya akan membela nasib keluarganya. Satu persoalan yang cukup rumit untu