Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2010

Salam Takziah Untuk Keluarga Cikgu Suffian (KP)...

Sewaktu membelek-belek Daily Express sebentar tadi, barulah saya mengetahui bahawa rupa-rupanya cikgu Suffian telah kembali kerahmatullah 04 Januari 2010 yang lalu. Saya tidak pernah berurusan apa-apa dengan arwah ini malah saya percaya arwah tidak pernah mengenali saya tetapi saya cukup mengenali arwah ini kerana semasa kecil-kecil dulu saya kerap bersua dengan arwah di pekan Kuala Penyu. Tambahan pula isteri arwah pernah mengajar di sekolah saya kira-kira 25 tahun dulu. Anak lelaki arwah Cikgu Suffian (Cikgu Harris) juga adalah senior saya sewaktu di SMK Kuala Penyu dulu (tahun 80an). Sewaktu saya masih bertugas sebagai guru, saya kerap juga bersua dengan Cikgu Harris di KK. Jadi keluarga cikgu Suffian tidaklah asing untuk saya. Saya rasa sedih dengan pemergian arwah. Semoga Allah swt mencucuri rahmat keatas roh allahyarham. Kesedihan saya bukan saja kerana saya mengenali arwah tetapi arwah ini juga seusia dengan guru-guru saya sewaktu sekolah rendah dulu. Bermakna, rupa-rupanya mere

Perginya Seorang Negarawan.

Imej
Siang tadi meskipun cuti umum, saya tetap datang ke pejabatan untuk membereskan kerja-kerja yang tidak sempat diusai pada tahun lalu,2009. Dalam masa yang sama sempat juga membuat sentuhan penyudah untuk 'planning' kerja untuk 2010. Selesai semuanya, saya membuka 'facebook' untuk meng'update' segala berita dan maklumat daripada teman-teman dan rakan 'facebook'. Saya terpandang 'posting' yang berbunti 'Tok Mat passed away'. Saya tidak berpuashati, untuk mengesahkannya saya cuba melayari beberapa akhbar online dan ternyata berita itu benar, Yg Bhg Tan Sri Mohamed Rahmat bekas menteri penerangan Malaysia yang juga bekas setiausaha agung UMNO, meninggal dunia pagi tadi. Bagi saya berita ini merupakan satu kehilangan yang besar kepada negara. Saya mengikuti perkembangan tokoh negara ini bermula selepas beliau dilantik menjadi setiusaha UMNO selepas parti itu dipulihkan selepas peristiwa pengharaman pada tahun 1987 dulu. Saya melihat Tan Sri M