Catatan

Catatan PKPD Country Height

Pandemik Covid19 yang melanda seluruh dunia amat mencabar kehidupan manusia. Bukan saja sentiasa terdedah kepada jangkitan virus maut ini tetapi kebebasan dan ekonomi manusia turut menerima kesan teruk. Ratusan ribu malah jutaan orang hilang pekerjaan, perniagaan terpaksa ditutup dan kegiatan ekonomi harian tidak dapat berlangsung dengan lancar. Disana sini orang bergerak secara terhad dan sentiasa dikehendaki memakai pelitup muka.   Hari ini sudah masuk hari ketiga Kawasan kediaman Country Height berada dalam kawasan PKPD iaitu satu perintah kawalan pergerakan yang sangat menghadkan pergerakan orang ramai. Semua orang dikehendaki berada dalam kediaman masing-mmasinng dalam tempoh dua minggu (16-29 Jun 2021).  Ini bukan saja sesuatu yang menyukarkan serta menghadirkan situasi kehidupan yang amat tidak selesa malah jauh daripada itu ianya sangat menghimpit kehidupan penduduk kerana tidak dapat keluar bekerja mencari sarahidup. Bagi yang bergaji tetap ianya tidak begitu sukar tetapi kepe

Kenangan antara Tamoi dan Tambailik

Imej
Pantai antara Tamoi dan Tambailik (saya lupa nama). Dulu pantai ini cantik, landai dan bersih.Kini disebabkan hakisan yg teruk, terpaksa diletak tembok batu.. Tempok ini pula lebih kurang dalam 1 atau 2 meter saja dari tepi jalan. Seingat saya kira-kira lebih 30 tahun dulu, jarak pantai dengan jalaraya lebih 100 meter.

Bersama rakan-rakan 2018-2020.

Imej

Coretan Kenangan 2018

Imej
Kenangan semasa hari penamaan calon Pru14, Mei 2018. Menjadi penyokong kepada pencalonan Cikgu Dikin Hj.Musa sebagai Calon Parti KeAdilan bagi kerusi N26 Kuala Penyu (sekarang N33). Kiri: Tn.Hj.Hussein dan kanan Cikgu Dikin

Keindahan II

Imej

Keindahan.

Imej

Dari 2017 Hingga 2019.....

Alhamdulillah, setelah post terakhir 12 Julai 2017, hari ini kembali lagi untuk meneruskan catatan bebas ini. 12 Julai 2017- 06 Jun 2019, hampir 2 tahun. Dalam jarak masa itu, terlalu banyak peristiwa yang terlepas catat. Kesibukan yang tidak menentu dan pergelutan untuk meneruskan survival kehidupan banyak merampas kesempatanku untuk berkarya. Usia blog ini rupanya supaya melewati 10 tahun, banyak perkara sudah aku catat tetapi banyak juga lagi yang tersisih. Tapi tak mengapa, saudara-saudara boleh menikmati apa yang ada. Sepanjang 2018, suatu detik yang cukup mencabar dan menghasilkan banyak suka duka dalam hidupku. Pilihanraya Umum Negara yang ke 14 pada 09 Mei 2018, bukan saja mencatatkan sejarah bila kerajaan BN telah tumbang dan digantikan oleh Pakatan Harapan, tetapi aku juga mencatat satu sejarah kecil tentang penglibatan aktifku dalam proses pilihanraya ini. Aku menjadi PENYOKONG kepada borang pencalonan Calon PKR untuk DUN 26 Kuala Penyu Sdr.Dikin Hj.Musah. Meskipun tewa