Assalamualaikum..tiada niat utk menyebar fitnah, memalukan mana2 pihak atau menjatuhkan perniagaan sesama melayu, islam...hal ini berlaku kepada saya sekeluarga ketika majlis perkahwinan saya pada 05/02/2012 utk dijadikan pengajaran buat yang lain. Kami menggunakan perkhidmatan Mutiara Services Catering.
-walaupun kami sudah bayar RM14,850 seminggu awal,tapi apa yang kami terima seperti:
-Air yang dihidangkan mengandungi rumput.(teguran dari tetamu)
-set buffet amat menggelikan dan comot sehinggakan ada baju tetamu yang kotor disebabkan kuah tumpah atas meja
-lauk yang ditambah melimpah keluar dari set buffet.beberapa ketul ayam jatuh diluar set buffet.
-Kuah melecak & langsung tidak berlap sehingga disuruh oleh pengantin
-Staff Yang amat biadap.staff duduk hanya memerhatikan tetamu.pinggan kotor berada atas meja tanpa dibersihkan
-apabila aduan dibuat, Shafiq, adik ipar hakimin (owner)ugut nak gegar(gadoh) satu kampung. Lebih menyakitkan hati apabila Shafiq menyatakan ugutan tersebut kepada ibu pengantin.
-supervisor yang mengurus majlis juga bersikap kurang ajar dengan tuan rumah.
-meja pengantin dihias tidak seperti dlm gambar dan apa yang dijanjikan oleh shafiq.
-pekerja buang ais didalam longkang dan mengatakan pada tuan rumah ais sudah habis.
-bahkan, tuan rumah diarahkan oleh staff Mutiara Catering utk menambah air gula kerana tidak mencukupi.Tuan rumah terpaksa menanggung kerugian dengan tambahan 8 kilo gula.
-tuan rumah terpaksa menambah ais batu 2 paket besar.
-pakej yg diberi 10 kilo nasi putih namun tuan rumah menambah lagi 5 kilo sblm majlis dan sudah dibayar.walaubagaimanapun kami terpaksa memasak sendiri lagi 5 kilo nasi putih.
berikutan nasi putih tidak mencukupi.
-sebelum majlis habis(2.30 ptg) pinggan makan tidak mencukupi.Tempahan yg dibuat 1200 pax sedangkan tetamu yg hadir adalah 900 orang berdasarkan jumlah doorgift yang diberi pada setiap tetamu.
- lori catering telah datang dan berada di satu-satunya laluan masuk tetamu (pintu gerbang) pd jam 3.30 ptg utk memunggah brg. sedangkan para tetamu masih ada yg dtg dan makan di bwh khemah.jalan
alternatif lain diberi namun supervisor kurang ajar dan menjawab dengan nada kasar.
- ketidak puas hatian dari tuan rumah menyebabkan berlaku petengkaran
-setelah perkara ini terjadi dan memalukan kami sekeluarga, En Hakimin dengan sendirinya telah meminta maaf kepada tuan rumah.
-sesiapa yang ingin mengetahui perkara ini dengan lebih detail, boley pm sy.ada beberapa gambar yang sy akan upload selepas ini sebagai bukti selepas ini.
-SEKIRANYA terdapat penipuan dari segi servis mahupun bilangan makanan yang diberikan,kami sekeluarga menHARAMkan setiap sen yang dibayar.Jika anda mendapat layanan baik drpd catering ini anda bernasib baik, tetapi tidak bagi sy. Kami pernah menggunakan catering ini sbelum ini(2009) dan mereka bg yang terbaik,tetapi kali ini perkhidmatan yang diberikan amat mengecewakan dan memalukan.
so fikir-fikirkanlah..majlis perkahwinan kan sekali je seumur hidup..dengan perkataan maaf tidak dapat mengubah apa-apa yang telah berlaku yang menjadi palitan sejarah hidup..
http://mutiaracatering.blogspot.com/