Showing posts with label KAJIAN TINDAKAN. Show all posts
Showing posts with label KAJIAN TINDAKAN. Show all posts

Saturday, 3 December 2011

STRATEGI MENGELASKAN 3 PEMBOLEH UBAH DALAM SOALAN SAINS BAHAGIAN B

1.    TAJUK                 :           Kaedah Get Closer ScRooTem dapat meningkatkan pengguasaan murid dalam mencari dan membina ayat pemboleh ubah dan merealisasikan murid celik KPS di kalangan murid tahun 4 sekali gus dapat mewujudkan Rakan Sains di kalangan mereka.

2.    PENGKAJI                      :           Pn. Nuresmalia Binti 
                                                      Ismail

3.    NAMA SEKOLAH          :           SK Ngah Ibrahim

4.    REFLEKSI KAJIAN     
Pada hujung bulan 11, 2008, permohonan saya bertukar ke negeri Perak telah diluluskan. Saya seperti tidak percaya apa yang saya lihat pada ruangan keputusan pertukaran secara online. Bukan apa, selama ini apa yang saya perolehi sering mengecewakan saya. Ayatnya berbunyi “Permohonan pertukaran anda ke negeri Perak tidak diluluskan kerana kepentingan perkhidmatan”.Tetapi sekarang tidak lagi. Hati saya berbunga riang. Tanggal 5 Januari 2009, hari pertama saya menjejakan kaki ke SK Ngah Ibrahim. Hatiku berdebar-debar seolah-olah baru pertama kali menjadi seorang guru dan bagaimanakah reaksi pihak sekolah terutamanya murid-murid di situ. Sepanjang awal sesi pengajaran dan pembelajaran saya, saya tidak mengalami banyak masalah.Tetapi apabila masuk minggu ke-dua, saya mula merasa tekanannya di mana kebanyakkan muridnya tidak mahir berbahasa inggeris. Betulah kata orang, Pengajaran dan pembelajaran Sains dalam Bahasa Inggeris memberi kesan negatif yang agak mendalam bagi murid di luar Bandar. Untuk menyelesaikan masalah tersebut kaedah penyampaian dwi bahasa dan ciptaan kamus sendiri diguna pakai. Selang beberapa minggu penggunaannya, murid-murid sudah mula mahir dan berminat untuk mempelajari ilmu sains. Dalam proses tersebut,wujud pula masalah baru. Murid-murid tidak tahu bagaimana mencari dan membina ayat pemboleh ubah sedangkan mereka sudahpun mempelajari kemahiran tersebut semasa di tahun 3.Banyak sesi perbincangan bersama murid telah saya jalankan. Tetapi keputusannya amat mengecewakan saya. Oleh itu, adalah wajar saya mencari satu pendekatan untuk mengatasi masalah ini.

5.    PENYATAAN MASALAH       
Situasi ini menyebabkan saya tidak berpuas hati dan rasa terpanggil untuk mengatasi masalah tersebut. Pada pandangan saya keadaan tertekan yang tidak terkawal ini boleh mengakibatkan kesan yang negatif dalam proses pendidikan. Penggunaan alatan ICT juga tidak banyak membantu bagi mengatasi masalah ini bahkan hanya memberi  tekanan kepada guru dan pelajar itu sendiri. Ini kerana input yang diberi lebih berfokuskan kepada ilmu dan konsep sains semata-mata tetapi tidak bagi kemahiran proses sains.

6.    RASIONAL KAJIAN
6.1         Untuk mengatasi masalah kemahiran proses sains di kalangan murid.
6.2         Memotivasikan murid untuk belajar dan minat terhadap subjek sains.
6.3         Meningkatkan keyakinan diri murid dalam mengatasi sesuatu masalah.
6.4         Mewujudkan dan merapatkan lagi hubungan semasa murid dan guru.


7.    OBJEKTIF KAJIAN

7.1         OBJEKTIF UMUM
Untuk meningkatkan pengguasaan murid dalam mencari dan membina pemboleh ubah ( KPS ) dalam subjek sains. Fokus bahagian B

7.2         OBJEKTIF KHUSUS
Menggunakan istilah-istilah sains yang mudah dalam bahasa inggeris dan mengumpul maklumat dan jawapan dalam Jurnal murid.
Menggunakan pengurusan strategik, kemahiran berfikir dan masa dalam menyelesaikan masalah tugasan sepanjang aktiviti.

8.    KUMPULAN SASARAN
Kajian ini melibatkan murid-murid darjah 4 SK Ngah Ibrahim seramai 25 orang.

9.    PERMASALAHAN DAN FOKUS KAJIAN / ANALISIS TINJAUAN MASALAH
1.    Murid kurang berminat mempelajari Sains di dalam bilk darjah.
2.    KEMAHIRAN Proses Sains ( KPS ) iaitu menentukan pemboleh ubah merupakan
“ MASTERMIND “     dalam menjawab hampir semua soalan Sains bahagian B.
3.    Tidak/kurang pandai/faham dalam mempraktikkan kaedah yang diberi oleh guru di dalam mencari dan menentukan pemboleh ubah.
4.    Tiada penggunaan kaedah yang berterusan dalam mencari pemboleh ubah, hanya apabila ada kelas Sains sahaja barulah digunakan.

10.   BATASAN KAJIAN
1.  Kajian ini terhad kepada 1 KPS sahaja iaitu mencari pemboleh ubah. Kebanyakkan murid melaksanakan kaedah ini tanpa guru. Guru hanya menjadi pemantau sahaja.
3.    Fokus dan tumpuan kepada murid pandai dan sederhana sahaja.

11. INSTRUMEN YANG DIGUNAKAN

1.    Data HeadCount
2.    Borang Soal Selidik
3.    Set soalan Ujian Pra
4.    Set soalan Ujian Pos
5.    Jurnal Mentor/Protégé
6.    Data PKSR 1
7.    Set soalan Ujian Akhir


12. METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini dijalankan mengikut jadual pelaksanaan yang telah dirancang berlandaskan langkah-langkah yang disarankan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan. Aktiviti yang dirancang dijalankan sama ada di dalam sesi P & P atau di luar  P & P secara tidak formal.

12.1      MERANCANG
Mengenal pasti masalah;
Untuk mengetahui punca yang berkaitan dengan masalah terbabit secara mendalam.
Pendekatan yang digunakan ;
1.    Mesyuarat bersama guru sains yang lain.
2.    Soal selidik murid
3.    Data headcount 2008 dan ujian Pra
     Data yang diperolehi dikenal pasti, dikumpul dan direkodkan untuk langkah yang  seterusnya.

12.2      BERTINDAK

Tindakan 1
Penggunaan Kaedah REDLLOW REEN dalam menentukan pemboleh ubah.
Ujian Pos – kejayaan kaedah terbabit.
Pengumpulan data

Tindakan 2
Kaedah Get Closer ScRootem
Murid yang sudah mahir menjadi mentor kepada murid yang lemah protégé ( ala program Mentor TV3)
Dijalankan dengan 2 cara
P & P – Aktiviti Round table dan Rotating Review
Dinilai selepas sesi perbentangan.
Di luar P & P – Aktiviti “ Duduk Sekali ”masa terluang, ketiadaan guru subjek dan waktu rehat
Dinilai selepas 3 kali sesi perbincangan antara mereka dan diberi ganjaran.
Set soalan bahagian B mencari pemboleh ubah

Tindakan 3
Pertandingan Ala Pop Kuiz di antara kumpulan
Fokus mencari pemboleh ubah dan soalan KPS bahagian B.
Peperiksaan Pertengahan Tahun
Ujian Akhir
Analisa data –  Kadar tahap pencapaian kejayaan kaedah terbabit


REFLEKSI KAJIAN

Keseluruhan pendekatan ini, merupakan satu kaedah pembelajaran secara aktif di antara responeden. Aktiviti Kajian Tindakan ini telah dapat memenuhi aspek seperti berikut :-
v  Responden telah mahir dalam mencari dan mebina ayat pemboleh ubah dengan baik.
v  Meningkatkan perolehan kemahiran Saintifik responden.
v  Memotivasikan responden untuk belajar dan minat terhadap mata pelajaran Sains.
v  Memperlihatkan sikap positif responden dalam menghadapi sebarang masalah dalam menentukan pemboleh ubah.

Manakala pencapaian responden dalam Ujian Pra, Ujian Pos dan Ujian Akhir menunjukkan peningkatan yang ketara dan konsisten. Pendekatan ini merupakan aktiviti yang dapat memenuhi hampir keseluruhan keperluan responden. Penggunaan tenaga yang tinggi dalam pergerakan bagi mencapai matlamat setiap aktiviti responden tidak menumpukan pemikiran mereka kepada perkara-perkara luar dari aktiviti yang sedang dijalankan. Pemikiran responden tertumpu kepada mencapai objektif setiap aktiviti, disamping mengejar ganjaran dan motivasi.

Setakat ini, kaedah yang telah digunakan mendatangkan kesan yang positif kepada 20 orang responden yang mengikutinya. 5 orang lagi masih di tahap yang belum dikategorikan memuaskan. Tetapi saya masih mengharapkan kaedah ini dapat membantu 5 orang responden itu. Walaupun mengambil masa yang lama. Berdasarkan data yang telah diperolehi didapati dengan menggunakan kaedah ini lebih ramai responden dapat menguasai kemahiran mencari dan menentukan pemboleh ubah daripada yang tidak menguasai. Pendapat ini jelas dapat dilihat melalui data yang telah dikumpulkan. Rujuk kepada data yang telah dikumpulkan Saya juga telah menjalankan refleksi bagi setiap langkah pelaksanaan yang dijalankan untuk menilai keberkesanan pendekatan tersebut. Data yang diperolehi disemak dan dinilai untuk membuat penambah baikan.

Melalui kajian ini juga, saya dapati pendekatan ini sebenarnya lebih menarik minat responden. Ini dapat dibuktikan melalui perlaksanaan aktiviti berkumpulan di mana mereka kelihatan gembira semasa menjalankan aktiviti tersebut. Setiap responden tidak perlu meyelesaikan sesuatu masalah pemboleh ubah itu secara bersendirian tetapi bersama-sama untuk menyelesaikan masalah tersebut. Aktiviti ini juga lebih menggalakkan responden memenuhi masa yang terluang (waktu senggang) dengan perkara-perkara yang amat berfaedah.

Saya juga merasa terharu dengan sokongan daripada rakan-rakan sejawat yang banyak membantu di dalam aktiviti yang dilakukan oleh responden terutamanya apabila waktu rehat. Saya juga mendapati responden sentiasa bersikap ingin tahu untuk mencari jalan penyelesaian masalah dalam setiap penyataan eksperimen yang diberikan. Rresponden juga sanggup berkorban sedikit masa rehat mereka dengan dipenuhi aktiviti ini. Walhal pada waktu ini, responden boleh menghabiskan masa mereka dengan bermain-main bersama rakan-rakan yang lain.

SIGNIFIKAN KAJIAN

                  Beberapa cadangan untuk kajian seterusnya adalah seperti berikut :
a.    Guru Sains digalakkan mengubahsuai kaedah pengajaran dengan pendekatan ini dalam P & P terutama bagi kumpulan murid yang lemah dan sederhana.
b.    Menggunakan kaedah perbezaan  warna dalam menguasai Kemahiran Proses Sains.
c.    Pertandingan Ala POP Kuiz diserapkan dalam Bulan Sains di sekolah
d.    Mewujudkan Kelab Rakan Sains di sekolah untuk membantu rakan-rakan yang bermasalah dalam mencari dan menentukan pemboleh ubah sekaligus secara tidak langsung dapat meningkatkan lagi penguasaan responden dalam kaedah tersebut.

Hasilan daripada kajian tindakan yang dijalankan, saya dapati terdapat perubahan yang amat positif dari segi minat responden dalam proses pengajaran dan pembelajaran Sains.Semoga minat responden dalam aktiviti ini boleh menjadikan titik tolak kepada pendekatan proses pengajaran dan pembelajaran Sains yang menyeronokkan dan berkesan, seterusnya dapat menunjukkan peningkatan prestasi akademik yang amat memberangsangkan. Diharap pada masa akan datang, kaedah ini dapat diubah suai dan digabung jalinkan bersama-sama dengan kecanggihan teknologi maklumat yang semakin hari pesat membangun. Sebagai seorang guru, kejayaan anak muridnya merupakan hadiah yang tidak ternilai dan memberikan satu kepuasan yang tidak dapat diluahkan dengan ungkapan kata-kata yang indah.

CARA MENJAWAB SOALAN HIPOTESIS

SOALAN BAHAGIAN B

ALAM SEMESTA

TEKNIK MENJAWAB SOALAN BAHAGIAN B

CONTOH KAJIAN TINDAKAN

RANTAI MAKANAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...