HASIL KORBAN
JOM BUAT AISKRIM SENDIRI...
2 1/2 cawan coffeemate creamer
2 cawan (500ml) susu segar (lenda guna susu HL perisa coklat)
1/2 cawan gula (lenda kurangkan kepada 1/4) sbb mmg dah manis rasanya...
cara:
· satukan coffeemate cremer,susu segar dan gula.kacau sehingga semua larut dan sebati
· tuangkan adunan kedalam bekas dan simpan kedalam freezeer hingga separuh beku(anggaran 5jam)
· selepas itu keluarkan dan tuang kedalam mangkuk besar,pukul dengan mixer hingga gebu.
· masukkan semula kedalam bekas dan simpan dalam freezer hingga ianya beku.
· boleh laa dihidangkan...
KARIPAP INTI SEDAP
Bahan-bahan
- 250g tepung gandum
- 2 sudu besar marjerin - panaskan (klu nk buh semua myk panas pon bleh)
- 2 sudu besar minyak masak - panaskan
- garam
- air
INTI
-5 biji kentang@keledek - bleh juga dicampur
-200g daging@ayam cincang@ peha ayam boneless potong kecik2@ bleh nk masukkan tulang2 ayam skali, tp masa nk isi inti asingkan la tulang2 tuh. cara yg nih lg sedap!(lenda guna daging ayam)
-setangkai daun kari
-daun sup - cadangan dr mamakastam.tQ!
-2 biji telur rebus - di belah 6/lebih setiap biji@ potong dadu.(lenda potong dadu telur rebus)
-21/2 sudu besar kari ayam/daging
-1 biji bwg besar
-2 ulas bwg putih
-garam
-gula - jika perlu(lenda letak sikit)
-air
Cara-cara
Untuk membuat kulit karipap - campurkan tepung, marjerin,minyak masak yang telah dipanaskan (utk mendapatkan kulit karipap yg rangup).
Untuk buat inti - kentang@keledek dikupas dan dipotong dadu dan ketepikan.
Blend bawang besar dan bawang putih. Tumiskan bhn2 tersebut dan juga daun kari hingga naik bau. Masukkan pes kari dan kacau rata. Kemudian masukkan kentang@keledek, ayam@daging, air dan garam secukup rasa. Rebus sehingga kentang empuk dan ayam@daging masak dan air kering.last skali taburkan daun sup yg dipotong halus.
Apabila inti telah sejuk, boleh la mulakan proses mencanai. Asingkan daun kari dan juga tulang2 ayam jika ada.
Masukkan inti kentang dahulu dan buh satu hirisan telur tadi dan tutup serta kelim@cetak mcm biasa. *telur rebus bleh juga dipotong dadu dan dcampurkan ngan inti kentang@keledek tadi.
Goreng dengan api yang sederhana. Dah masak bleh la mkn....:)
HAPPY BIRTHDAY NUR SUFIAH
utk melepa/sapuan atas/keliling kek
250gm butter
75gm shortening
125gm gula icing
1 sudu kecil vanila
Pukul butter dan shortening hingga kembang dan masukkan gula icing sedikit demi sedikit.
Pukul lg hingga betul2 kembang dan gebu.
Masukkan vanila dan pukul lg hingga sebati.
Boleh la digunakan utk mendeco.
(tambahkan kedalam adunan buttercream yg basic td)
100gm cooking chocolate
cairkan secara double boil dan sejukkan sebentar.
Masukkan dlm step terakhir bila adunan BC dah cukup kembang.
Pukul hingga sebati lebih kurang 3 - 5 min.
ROTI KISMIS GEBU
Salam ......berhujung minggu di rumah sahaja sambil2 menarah bukit2 baju yg menimbun itu.....hmmm sure uolss pun sama spt lenda ni kan...cukup rajin membasuh baju( bukan basuh guna tgn ye..tapi si mesin yg ku perah tenaganya)...tetapi ...CUKUP MALAS nak melipatnya...apatah lagi menggosoknya...huhhuhuhuhu
BAHAN-BAHAN:-
300 g tepung roti (high protein flour)
1 camca besar susu tepung
1 1/2 camca teh bread improver
1/4 camca teh garam halus
50 g gula halus
8 g instant yeast
50 g mentega (mat guna minyak sapi@ghee) lenda guna butter
50 g kismis1 biji telur*
1/2 camca teh esen vanilla*(*disatukan dan kacau rata)
120 ml air
Sedikit mentega untuk disapu atas roti
CARA MEMBUATNYA :-)
1. Dalam satu bekas, satukan semua bahan diatas kecuali mentega dan juga mentega untuk disapu atas roti.
2. Keluarkan doh dari bekas. Tumbuh sedikit dan bagi kepada 10 bahagian, kurang lebih 64g setiap bahagian. Bulat2
3. Biarkan 30 - 35 minit hingga doh naik. Bakar dalam oven pada suhu 190C selamat 15 - 20 minit atau hingga perang. Keluarkan roti dari oven dan sapu permukaan roti dengan mentega. Biar sejuk dan hidangkan..... Selamat mencuba...
CHOC -CHIP ALMOND MUFFIN
CHOC CHIP ALMOND MUFFIN
sumber:Rinn Chan
hasil skodeng: cik mat gebu (CMG)
Bahan-Bahannya :-)
1) 2 cawan tepung naik sendiri (self-raising flour)(lenda pakai tepung gandum & 1 sudu teh baking pwdr)
2) 1/2 cawan serbuk koko
3) 1/2 camca teh garam halus*(*digaul dan diayak)
4) 2/3 cawan mentega (lebih kurang 170 g)
5) 1 1/3 cawan gula halus ( mat guna brown sugar) (lenda guna gula pasir)
6) 2 biji telur gred A
7) 1 cawan susu segar (lenda guna susu cair F&N)
8) 1 camca teh esen vanilla
9) 1/2 cawan coklat chip
10) 1/2 cawan kismis (lenda x letak)
11) 1/2 cawan kepingan badam*(*digaul rata)
Sedikit kepingan badam dan coklat cip utk hiasan
Cara membuatnya :-)
- Putar mentega dan gula hingga putih, masukkan telur satu persatu dan terus memukul hingga kembang. Perlahankan speed, tuang susu dan esen vanila, pukul hingga rata.
- Masukkan tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit hingga habis, putar sekadar semua sebati sahaja.
- Masukan kepingan badan, kismis dan coklat chip yang telah digaul dengan tepung tadi, gaul dengan menggunakan spatula sehingga rata.
- Isi dalam acuan muffin pilihan sebanyan 3/4 penuh, tabur sedikit coklat cip dan kepingan badan. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C selamat 25 - 30 minit, bergantung pada saiz acuan muffin dan oven masing2....
SPONGE LAYER CAKE
hepi mode...sambil mendengar lagu ala2 fairy tales si Selena Gomez" Fly To Your Heart" nih..mmg sedap..make my morning tuesday hepi skit...
letak kaler...biru,warna asal adunan & pink....
SPONGE LAYER CAKE
Sumber Resipi : Ilhamdapur.blogspot
Bahan2nya..
· 150g tepong super fine/tepung halus (yang dalam kotak tu, mcm brand Blue Key @ MFM)
· 150g gula kastor
· 5 biji telor gred A
· 1 sudu besar ovalette
· 40ml air
· 40ml susu cair
· 80ml minyak canoli @ minyak sayur yang sesuai
· 1 sudu kecil
· 1 sudu kecil serbuk penaik
· 1/4 sudu kecil garam
· sedikit coklat emolco untuk lapisan bawah (cokelat)
· Rasberi/Strawberi jam secukupnya (maz guna Puratos Rasberi jam) - untuk sapu pada lapisan cokelat (lenda gunakan blueberry filling jer)
Cara
1. Sediakan 2 loyang 10x10 inci yang dialas dengan kertas serap minyak. Panaskan oven 150C.
2. Ayak bersama tepung, serbuk penaik dan garam. Ketepikan.
3. Satukan telur,gula, ovalette dan bahan yang diayak tadi dalam mangkuk adunan. Pukul selama 5 minit dengan kelajuan tinggi sehingga adunan menjadi kembang (2x ganda)
4. Perlahankan kelajuan dan masukkan air dan susu cair, pukul lagi dengan kelajuan tinggi selama 3 minit atau sehingga aduan kek menjadi kembang dan ringan.
5. Tuangkan minyak kedalam adunan dan kaup balik dengan senduk kayu atau spatula sehingga sebati (masa ni jangan terlebih kacau ye)
6. Bahagikan adunan pada 2 bahagian. 1 dibiarkan warna asal dan 1 lagi dicampur dengan coklat emelco, kacau sebati guna spatula atau senduk kayu. Masukkan dalam loyang secara berasingan.
7. Bakar dengan sudu 150C selama 25-30 minit atau bergantung pada oven masing-masing.
8. Bila dah masak keluarkan dari oven dan telangkupkan atas redai kek lebih kurang 5 minit.
9. Ambil lapisan coklat, kikis buang sedikit lapisan atasnya (tujuannya nak bagi lapisan ni melekat dengan lapisan 1 lagi) dan sapu rasberi jam pada seluruh kek secukupnya.
10. Ambil lapisan 1 lagi dan letakkan atas lapisan yang telah disapu dengan jam tadi. Tekan-tekan sedikit agar lapisan bercantum kemas.
11. Boleh lah dipotong (guna pisau yang bermata nipis dan tajam agar kek tidak berderai). Sedia untuk dinikmati.Sedapp..
P/S : Untuk mendapatkan rasa kek yang lebih sedap lagi, biarkan kek yang telah siap dipotong dalam bekas kedap udara semalaman, kek jadi lebih moist.