RSS

CARROT CAKE WITH LEMON CREAM CHEESE


ASSALAMUALAIKUM...

hujan..hujan & hujan lagi....cuaca mendung & sejuk...nyaman terasa...mata pun kuyu..seronok kalo dpt tidur ketika ini...

Carrot cake ni penah buat dulu & mdpt sambutan hangat kat umah..hmmm biasalah kalo sdap sure cpt habis.so apabila tekak ni pingin nak makan mcm2 ( list mmg panjang ye...sentiasa mau makan yg macam2), karot kek ni mjadi pilihan..stok ada kat umah...apa lagi ...ke dapur lah ...

kek ni bertahan selama 2 hari jer kat umah..lepas tu .....bila bukak peti sejuk jer,tgk2 tinggal papan kek je yg tinggal..kek nya habizzzzzz . ni mesti mereka bertiga punya kerja.

oh ye, kek ni lenda x letak walnut tapi lenda tukarkan kepada hazelnut..i love hazelnut very much..resepi spt biasa boleh tgk kat sini....

dah banyak amik gambo ni,bg jelah ye peluang pada saya menayang kek...



tenkiu ,,,,sudi jugak melihatnya.....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

CORNFLAKES COKLAT



ASSALAMUALAIKUM....

ok,xmoh cite panjang lebo kali ni... lets talk about another 1/2 kg balance cornflakes aritu...
hmmm drpd terbiar cenggitu dlm bekas,on the same day jugak(wat cornflakes madu pedas rangup tu), lenda pun wat cornflakes coklat ni...

pernah buat cornflakes ni dulu..blh klik kat SINI & resepi pun blh dpt kat situ....ouwhhhhh...payah nak cite,kebarangkalian cornflakes ni habis dgn cepatnya mmg ada..so 2 bekas cornflakes coklat ni lenda terpaksa sorokkan dulu..if not..xsampai 1 hari blh habis ye....biarkan mereka makan 1 bekas dahulu...itu pun x cukup ye..hamzah dok kecek minta lagi..sorry boy....

tayang....

Cornflakes bersalut coklat

Bahan2nya

500gm cornflakes
200gm cooking coklat (bitter sweet)
200gm badam cincang (optional)-bakar dulu kali ni lenda letak hazelnut.
3 sudu besar mentega
3 sudu besar madu


cara2nya

1) panaskan butter & coklat dalam kuali.
2) bila dah cair butter & coklat tadi,masukkan madu,kacau lagi & masukkan cornflakes & badam cincang....kacau2 sampai sume cornflakes tadi disaluti coklat...
3) tutup api & biarkan sejuk seketika.
4) masukkan cornflakes tadi dlm bekas2 & kemudian bakar sekejap dlm 3 minit.

* cornflakes ni sedap dimakan bila sejuk...very crunchy....so senang je kan....

ini 2 bekas yg lenda sorokkan.hhihihihihihihi

ok,layan jerlah ye gambo2 yg lenda tepekkan tu...babai....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

CORNFLAKES MADU PEDAS RANGUP



assalamualaikum...

Hari ni hujan sepanjang hari ....since pagi sampai lah ni x henti2 hujan gerimis ni...sejuk suasana hari ni..kepala pun pening2 jer ni..ingat nak turu jap tapi bila pikir kerja byk yg tertunggak...paksa jugak lah...Mr hubby pula sudah pun melangsaikan tugasnya sebagai penanda kertas SPM.yeayyyyy boleh ler pi jenjalan...

Cornflakes madu pedas rangup N3 kali ni adalah hasil skodeng kat umah Juwita Fariz & Family yg berada nun jauh di jepun tu...mudah jer buatnya....hari tu gi kedai yg jual brg2 kek,lenda pulun cornflakes sampai sekilo.byk tu..dlm kepala ni dah plan nak buat mcm2.yelah kan cuti skolah ni anak2 pasti nya asyik kedapur cari makanan kan...KELAPARANNNNNNNNNNN.....hihihihihihi.

nak resepi x????? biasalah kat bawah ni ye....




Cornflakes Madu Pedas Rangup

sumber: Juwita Fariz & family (tenkiu bebeh)
Bahan-bahan :

1 bungkus cornflake (lenda guna 500gm jer)
1 bungkus roasted peanut (boleh juga menggunakan kacang tanah kopek yang dipanggang/goreng sendiri)(lenda x letak,xder stok kacang kat umah)
6 biji bawang merah (ditumbuk)
4 ulas bawang putih (ditumbuk)
sedikit cili giling/cili kisar (lenda kurangkan kuantiti cili kisar)
madu secukupnya
sedikit garam
100 g mentega


Cara-cara :
Cairkan mentega di dalam kuali besar. Tumis bahan-bahan tumbuk hingga garing. Kemudian masukkan cili giling/cili kisar secukupnya. Tumis lagi hingga garing.
Masukkan madu dan sedikit garam. Kacau sebati.
Masukkan kacang tanah dan kacau lagi. Akhir sekali masukkan cornflake. Gaul-gaulkan hingga rata.
Jika kurang manis atau minyak, tambahkan mentega dan madu. Gorenglah hingga garing keemasan. Tutupkan api.
Sementara itu, panaskan oven pada suhu 170C-180C.
Sediakan dulang pembakar, taburkan cornflake tadi di atasnya. Ratakan. Kemudian bakarlah selama 5-7 minit atau sehingga garing keemasan. Jangan sampai hangus. Keluarkan dari oven, dan sejukkan sebentar sebelum disimpan di dalam balang.
Kaedah bakar akan menjadikan cornflake ini semakin rangup dan bertahan lama. Selamat mencuba!


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

KENTANG PUTAR & KUAH



ASSALAMUALAIKUM

Hari ni sempat update LENDANUAR malam pula..siang tadi bizi mziarahi kawan yg baru je selamat bersalin...alhmdllh.

Seperti yg dijanjikan.N3 kali ni lenda update pasal kentang putar & kuah nya yg kami buat masa BBQ tempoh hari...mmg sedap ye uolls.lenkali lenda akan wat lagi & gunakan resepi yg sama.resepi lenda cnp dr blog Fazlini @ irma.tenkiu byk2 ye...



KENTANG PUTAR & KUAHLink
cnp dr : Fazlini @ irma

Bahan-bahan untuk Kentang Putar :

6 biji kentang yang bersaiz besar.

2 sudu besar mentega

5 sudu besar susu segar

Garam dan serbuk lada hitam secukup rasa.

Cara-cara :

1. Kupaskan kentang dan potong dadu. Rebus kentang sehingga empuk. Bila dah empuk, toskan air. Untuk mudahkan kerja, lenyek kentang dalam keadaan kentang masih panas.

2. Masukkan susu segar dan mentega. Gaul rata. Rasakan dengan garam dan serbuk lada hitam.

Tambahan : Sekiranya ada stok simpanan double cream atau whipping cream dalam peti ais. Boleh juga gunakan salah satu sebagai penambah rasa dalam kentang putar. Sedap. Bertambah lemak. :D

Sos Kentang Putar.

Bahan-bahan :

650 ml air

1 biji bawang Holland - cincang halus

1 batang saderi- cincang halus

3 sudu besar serbuk Pati Ayam/ 1 1/2 kiub Pati Ayam Maggi

4 sudu besar mentega

4 sudu besar tepung gandum

1 sudu besar sos tomato

1 sudu besar sos tiram

1 sudu kecil serbuk lada hitam

garam secukup rasa

Cara -cara :

Masak air dengan masukkan serbuk pati ayam, daun saderi dan bawang besar. Masak sampai mendidih. Renehkan sebentar dengan api perlahan selama 10 minit. Tapis ke dalam mangkuk.

Dalam periuk yang lain, cairkan mentega dalam api sederhana panas. Biarkan cair. Masukkan tepung gandum sikit demi sedikit. Kacau perlahan sampai tepung tak melekat di periuk. Pastikan api perlahan ya.

Tuangkan air rebusan perlahan-lahan. Sedikit demi sedikit. Kacau sampai kuah menjadi likat.

Masukkan sos tomato dan sos tiram. Kacau sebati.

Masukkan kicap pekat. Tambah kicap sekira mahu kuahnya berwarna gelap.

Masak sehingga pekat. Rasa dahulu sebelum masukkan garam. Sekiranya anda sudah berpuas hati dengan rasa yang sedia ada. Tak perlu tambah garam. Sekiranya mahu masin lebih. Baru tambahkan garam.

Akhir sekali, taburkan serbuk lada hitam. Kacau lagi sampai serbuk lada hitam sebati dengan kuah. Masa ni kalau nak kuah pekat. Kacau lama. Suka kuah cair. Boleh dah tutup api.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

AYAM BBQ

sedap sgttt

ASSALAMUALAIKUM...

Dah petang pun.baru ada masa nak m'update LENDANUAR.tapi rasanya belum lagi terlewat kan...okey,last Saturday 10/12/2011, my hubby & adik beradiknya planning wat gathering kat umah Abah...kumpul ramai2,syokkkkkkkk sangat sambil makan2.

hati girang ,perut pun kenyang.apatak nya..asyik makan..makan.. & makan...semuanya best2.
juadah menu tengahari kami adalah ikan siakap stim,sotong grg tepung,sambal udang,sayo capcai,air teh bunga.ekceli ada lagi 2 menu yg x sempat kami masak.sebabnya bapa mertua lenda nak wat tahlil ringkas sblm lunch.so mana yg dapat ajelah yg kami makan..


hihiihi..saya pun nak interframe sekali...sedang mgoreng sotong ye....x curi tulang tau..

ketika BBQ....mereka yg terlibat...

ouwwhhhh..tengok tu, my laling pun nak interframe jugak...siap pakai kipas tu ...

mereka yang terlibat..bertungkus lumus mjayakan BBQ ini..tenkiuuuu

Petangnya slps asar pulak kami wat ayam,sotong & sosej BBQ.besttttttt sgt.resepi ayam BBQ ni lenda minta dr kakak long lenda yg mmg selalu wat BBQ keluarganya.sedap sgt perapan BBQ nyer...

resepi spt biasa...lenda letak kat bawah ni ye...oh ya,resepi kentang lenyek akan di update kemudian ye...

AYAM BBQ ALONG

sumber: ALONG ( kakak lenda)

bahan2nya

1) 3 ekor ayam

2) serai 5-7 btg *

3) halia 2 inch*

4) bwg pth 4 biji*

5) ketumbar biji 2 sudu*

6) jintan manis 1 sudu *

7) jintan putih 1 sudu *

8) kicap manis 3 sudu teh

9) sos lada hitam (lenda pakai sos lada hitam Life, kepedasan ikut suka,lenda letak 2 cawan)

10) madu 2 cawan

11) myk masak 1 cawan

12) sos tiram 2 cawan

cara2nya…

1) semua bhn2 btanda * diblender halus( xnak air byk ye...)

2) campur semua bhn & perap kan pada ayam atleast 5 jam.

3) Bakar .


itu jer..mudahkan..tapi hasilnya cukup sedap....x caya cubalah...


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

AYAM KURMA



ASSALAMUALAIKUM..

Selamat tengahari...dah lunch?alhmdllh....lenda sefamily baru je lps lunch...
Ayam masak kurma, menu kami hari ni....dah lama hubby asyik dok ckp2 nak makn lauk ni....bukan xnak wat tapi yelah,last 3 days berturut2 dia meeting dr pagi sampai lah ke ptg..(hubby meeting penandaan kertas SPM).. nak di mkn lauk ni waktu dinner biasanya dia suka yg simple2 jer...yg tengahari dia suka yg heavy dishes...so kiranya lebih baik di masak hari ni...dia ada dirumah..i loike.....

resepi spt biasa diturun temurunkan oleh bonda.....resepi masakan mak kan...anak2 pasti ikut.betul x? spt biasa resepi lenda tepekkat bawah....buat rujukan lenda kemudian hari...


AYAM KURMA

sources: Bonda Asiah

bahan2nya

1) 1 ekor ayam ( lenda masak 10 ketul ayam)
2) lada merah dibelah 2
3) 5 biji bawang merah*
4) 3 biji bawang putih*
5) halia*
6) rempah kurma ADABI 1 bungkus kecil
7) rempah 5 sekawan (pekkak,pelaga,kayu manis,buah pelaga & cengkih)
8) 2 biji bwg merah & 2 biji bawang putih dihiris
9) santan 1 kotak
10) 3 cawan air
11) kentang (dibelah 4)
12) tomato (dibelah 4)
13) 1 sudu kerisik
14) sedikit daun sup dihiris halus




cara2nya

1) blender bahan2 yg bertanda **.kemudian dicampurkan dgn rempah kurma.gaulkan.
2) tumis bahan2 yg dihiris bersama2 dgn rempah 5 sekawan sehingga naik baunya.
3) kemudian masukkan bhn2 yg sudah diblender itu..kacau sehingga pecah minyaknya..
4) masukkan ayam dan air.masukkan juga garam & perasa. masak sehingga ayam empuk.
5) masukkan santan ( blh juga digantikan dgn susu cair 1/2 tin).kemudian masukkan kentang.
6) apabila sudah melegak ,masukkan kerisik.biar seketika...
7) akhir sekali masukkan tomato & lada merah yg dipotong dua itu...
8) masukkan daun sup apabila dah ditutup api.

itu je...senang kan...




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

CHOC CHIP MUFIN


assalamualaikum...

masih mood cuti sekolah yg panjang tapi x kemana2 pun..dok umah diam2 jer..hihihi.
harini lenda nak update choc chip mufin yg lenda buat aritu.biasalah bila jenjalan umah kwn2 semuanya tayang muffin choc chip Nigella Lawson tu..amboi2....sedap & menyelerakan.

resepi lenda tepek bawah ni ye.mmg sedap.buatnya pun x susah mana pun...rasanya dlm 1/2 jam dah leh makan2...mudahhhh sangat...selamat mencuba


walaaaaaa...

NIGELLA'S CHOCOLATE CHIPS MUFFIN

(recipe souce : adapted from SSB with minor changes)

source : Ady Greatsword

source : K.Nor@SecubitGaram
*makes 12-14 muffins


Ingredients:
250g plain flour
2 tsp baking powder
1/2 tsp baking soda ~ k.nor letak secubit jer
2 tbsp good quality cocoa powder ( lenda guna van houten coca pwder)
170g caster sugar ~ k.nor guna 150gm (lenda ikut kak nor)
150g chocolate chips (save 1/4 of the chips for sprinkling, i use twist white choc and chocolate chips)
200ml milk
80ml vegetable oil
1 large egg
1 tsp pure vanilla extract

Method:
1. Preheat the oven to 200 deg C (next time I will reduce to 180-190c).
2. Put the flour, baking powder, baking soda, cocoa, sugar, and 3/4 of the chocolate chips into a large bowl and mix well.
3. Pour all the liquid ingredients into a measuring jug and mix well.
4. Mix the dry and wet ingredients together with slow and gentle strokes. Stop stirring once the last traces of flour disappear. Do not overmix. A lumpy batter will ensure the muffins stay moist and fluffy.
5. Spoon the batter into paper muffin cases.
6. Sprinkle the remaining 1/4 chocolate chips on top and bake for 20 minutes or until the muffins are dark, risen and springy.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

MEE BANDUNG

sila abaikan yg comot2 ditepi pinggan tu ye....udah lapar perutnya...xleh tunggu lagi...

Assalamualaikum....

selamat pagi semua...(err ketika update blog ni...jam menunjukkan pukul 1.30 a.m)...mmg belum tidur pun....xmengantuk sesambil tu teman hubby tengok bola Real Madrid vs Ral Sporting...

N3 kali ni pasal mee bandung lah ye...ni lenda buat masa lunch itu hari.....lama x pekena mee bandung ni..pingin & terus ke dapur memasaknya tanpa dirancang for our lunch time...biasalah kan kalo dah lunch hour makan mee,minum petang sure kena wat.takut perut hubby x tahan...ooo perut dia kureng serasi kalo makan mee kuning yg x dicelur dgn air panas....so bila masak mee kuning ,make sure di basuh berkali2 & dicelur dgn air panas.jika x.....selalulah dia akan jumpa Doctor Tan...hmmmmmmmmmmm...sian...

ok,resepi boleh tgk kat sini ye..selalu buat & mmg pakai resepi ini....adiossssssssssss....


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

PUDING JELLY OREN

saya punya puding jelly idok ler gojezz sgt lapisnya tapi saya berpuas hati sbb berjaya mbuatnya....

ASSALAMUALAIKUM...

Dah tengahari rupanya..bila cuti sekolah ni..time management mmg failed.apa yg di plan kadangkala terbabas...pasrah ajelah kan...

okey,dah nama pun puding jelly oren.mmg sedap dimakan ketika sejuk.tapi memerlukan byk kesabaran ketika membuat lapisan jelly ni..uhhhhh,saya tidak punyai kesabaran yg cukup semasa membuat puding jellly ni....akibatnya byk lapisan yg tenggelam ye...(yg ditayangkan cumalah yg cantik2 jer ye.hihihi)

akibat tirguda dgn kekemasan puding jelly yg dibuat oleh Juwita,saya gagahi juga melapiskannya...spt biasa resepi saya tepek kat bawah..blh klik SINI utk tgk juwita punya puding jelly yg kemas & gojezzzzzzzz itew......


PUDING JELLY OREN

resipi : Juwita Fariz

sumber : K.Nor@SecubitGaram

Lapisan Jernih

4 g serbuk agar-agar

500 ml air

5 sudu besar gula ( mengikut kemanisan masing-masing)

sebiji oren diperah airnya( dalam 50 ml)

sedikit pewarna kuning

cara-cara

Masukkan air, gula dan serbuk agar-agar didalam periuk.

Setelah sebati masukan perahan oren yang telah ditapis dan pewarna kuning.

ketepikan

lapisan puding

4 g serbuk agar-agar

200 ml air

300 ml susu

5 sudu besar gula ( mengikut kemanisan masing)

sebiji oren diperah airnya( dalam 50 ml)

sedikit pewarna kuning

Cara-cara

Masukkan air, gula dan serbuk agar-agar didalam periuk.

Setelah sebati masukan, susu, perahan oren yang telah ditapis dan pewarna kuning.

Masak sebentar dan ketepikan

cara-cara untuk melapis.

sediakan bekas yang sesuai.

masukkan lapisan puding dahulu biarkan sejuk hingga lapisan tersebut keras kemudian masukkan lapisan jernih buat kaedah yang sama sehingga habis.

Boleh la disimpan didalam peti sejuk sehingga benar2 keras

Jika ingin dipotong sila kurangkan kandungan air bagi jelly ini kerana jelly ini agak lembik.

** Cara yg K.Nor buat, letakkan gelas yg nak digunakan dlm loyang besar yg berisi air dan ketulan ais. Dgn cara ni, boleh mempercepatkan puding tu mengeras dan tak perlu masukkan dlm peti ais. Masa menuang layer seterusnya, guna belakang sudu kecil dan letakkan di dinding bahagian dalam gelas dan tuang slow2 supaya adunan tak terjerlus ke dalam adunan sebelumnya.

Bila adunan puding yg belum dilayerkan (balance dlm periuk) nampak cam mengeras, panaskan sekejap tp jgn sampai terlalu panas. cukup sekadar nak mencairkan balik adunan supaya mudah dituang. (biasanya bila tinggal 2 layer terakhir adunan akan mula mengeras, boleh la dipanaskan sekejap ya)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS