ilmu perubatan

assalamualaikum

amboi dah tukar kerjaya ke aku ni? hee.. tak lah, aku masih lagi seorang pembantu makmal sekolah yang sedang bercuti sekarang ni.. hari ni ada masa terluang nak cerita sikit pasal buku yang aku beli itu hari.. kengkonon beli buku boleh buat bekal untuk hilangkan bosan waktu cuti la.. niat hati nak beli novel cinta cinta, tapi fikir balik macam minat ke arah novel cinta ni makin berkurang pulak.. so beralih ke arah novel yang lebih bermotivasi.. =')


terpandang buku ni,macam tertarik pulak nak beli.. cover buku ni memang betul betul menawan hati aku la.. belek belek tengok isi dalam, not bad la.. boleh layan.. terus beli tiga bijik.. aku kan tamak..

cakar ayam seorang doktor keluaran kata pilar =)
tiga tiga versi aku beli baru puas hati

buku ni aku tak tau nak kategorikan sebagai novel or tak.. sebab tebal macam novel, boleh la kot panggil novel.. novel bermotivasi penuh dengan ilmu kedoktoran dan perubatan.. haa gitu.. ihiks..

setakat hari ni aku dah habiskan dua bijik, tinggal lagi versi ketiga tak baca lagi.. so far sangat berpuas hati dan boleh dikatakan tak rugi pon beli novel ni.. cara penulisan tak terlalu berat dan ada unsur unsur kelakar jugak.. tak sangka pulak doktor doktor kat malaysia ni berbakat dalam bidang penulisan dan jugak bidang lawak.. tehee..

dalam novel ni ada banyak kisah menarik.. di sebalik kisah kisah ni kita dapat ilmu pasal perubatan dan dapat selami kerjaya seorang doktor.. selain tu ada jugak kisah yang boleh buat aku insaf.. yang mana baik boleh dijadikan teladan.. =')

ni contoh isi dalam novel cakar ayam seorang doktor versi 2.0
bolehla amek ilmu sikit sikit..

ni pon isi dalam novel cakar ayam seorang doktor versi 2.0
lepas ni boleh tau kakitangan hospital.. tak semestinya nurse dan doktor je wujud dalam hospital tu.. ihiks

apa yang aku review kat atas ni pendapat aku je.. kalau tak setuju takpe.. hak masing masing untuk beri pendapat.. untuk korang yang berminat nak tambah ilmu dan berminat nak tau kerjaya pasal doktor boleh la beli novel novel ni.. dijamin puas hati.. insyaAllah..

bye!
xoxo

kembali

assalamualaikum

setelah hampir 2 hari berfikir, akhirnya aku buat keputusan untuk kembali ke dunia blog.. blog masih dalam proses baikpulih sebab tu nampak simple je.. nanti kalau rajin aku edit la blog.. kalau malas macam gini jela rupa bentuk blog aku sampai ke sudah.. tehee..

lama aku menyepikan diri bukan sebab merajuk tapi lebih kepada malas nak buka laptop.. lagi lah zaman sekarang ni semua duk apdet pakai smartphone je.. harap anda semua masih mengingati siapa budak ezy ni..

entry lama semua aku dah delete atas faktor usia dan jugak demi menjaga hati banyak pihak.. blog masih blog yang dulu, cuma entry je akan kelihatan lebih matang.. maklomla usia dah meningkat ni takkan nak menulis macam budak budak lagi.. kemon laa budak ezy dah dewasa ok.. =')

so untuk first entry ni aku cuma nak cakap kat diri sendiri welcome back ezy! harap lepas ni akan rajin menulis blog macam dulu dulu.. bab rajin apdet ni payah sikit nak berjanji dengan diri sendiri.. dah tau peratusan malas lebih tinggi dari rajin.. banyak benda nak cerita.. nanti aku apdet lagi..

bye..
xoxo!