Sunday, June 19, 2011
Selamat Hari Bapa 2011
19 Jun 2011.
Hari yang mengingatkan kita pada seseorang.
Seseorang lelaki yang cukup kita kenali.
Kenali sejak lahir ke dunia ini.
Lelaki yang pernah bertungkus lumus membesarkan aku.
Lelaki yang pernah bekerja tak kira siang dan malam.
Lelaki yang hidupnya tak pernah membiarkan anaknya keseorangan.
Lelaki yang pernah menjadi tempat aku mengadu.
Lelaki yang selalu membelanjakan wangnya untuk aku peroleh ilmu.
Lelaki yang tak pernah menyesal lahirkan aku.
Lelaki yang sentiasa ingat setiap peristiwa pahit dan manis kesemua 10 orang anaknya.
Lelaki yang suka dan dukanya adalah ketika bersama anaknya.
Lelaki yang sering menangis pabila anaknya jauh dari mata.
Lelaki yang sedaya upaya memenuhi segala permintaan anaknya.
Lelaki yang kadang-kala mencintai anaknya lebih dari isterinya.
Lelaki yang sering menjagaku ketika aku terlantar demam.
Namun, kini lelaki itu sudah dimamah usia.
Rambut hitam kini bertukar putih.
Tetapi dia masih tak pernah alpa akan tanggungjawabnya.
Lelaki itulah yang bernama Ayah.
Dan jika anaknya berjaya,biarlah tangisan bapa itu menunjukkan kegembiraan yang tidak terkira.
Bukannya tangisan duka,akibat kau dah berjaya dan mula melupakannya.
Ucapan setinggi-tinggi TERIMA KASIH pada semua bapa@ayah@abah@papa@daddy di seluruh dunia.
#TERIMA KASIH YUSUF BIN IDRUS. Kerana dengan bersusah payah membesarkan aku selama ini.
i owed the time of my life to you. Happy Father's Day~ =)
sudah setahun aku gunakan pic ini sebagai desktop background.
Friday, January 29, 2010
.:Berita Mingguan:.
Salam Mesra Alam
Seperti biasa.hari ini hari rabu.
hari yang kurang kebiziannya berbanding dengan hari2 yang lain.
tapi pagi tadi abes sudah 1 paper mid term.
lantas menekan keyboard untuk mengepost entry ini.
matahari pon seakan-akan gembira jika exam dah abes.tumbuh-tumbuhan juga begitu.
sinaran matahari yang memancar terik ke daun-daunan pokok memberikan mereka santapan breakfast yang cukup.
Minggu ni bizi ngn sukem jek.penatnye macam makan kefsi sorang2 satu bucket.mata masih mengantuk tetapi masih malas mahu tido.
nak tengok muvie dulu yang telah lama terpendam.
komik ujang dan komik2 lain masih berkeadaan selamat dalam bungkusan plastik.
bila da abes exam.terasa busan la pulak tak tahu nak wat ape.
sehinggakan t'kemas bilik sebentar tadi.
see…seee…..kadang2 buhsan yang melampau dapat mendisiplinkan diri.ehehe..
papepon,dijangka bosan ini akan berakhir sehingga malam nanti.
lepas malam nanti boleh lah g enjoy..
mahu lepak kt kedai makan berbual2 sampai pagi.
---------- HepI Chinese New Year ----------
Ckp2 :berjaya juga update blog ni..adess~
Ckp2 lg :esok nak g mid..beli barang untuk raya..ngeh3
Potpetpotpet: ok…selamat bercuti untuk warga UKM..nasihat--> jangan main mercunn..!!
Thursday, December 24, 2009
3 in 1
Salam mesra alam...
welcome back..ucapan yang pnoh ringkas ini dibawa khas oleh leman kepada kawan2 se-uni.. hmmm...ni baru jah mahu update blog.. bizi yang melampau dan kemalasan yang meninggi.. ini lah jadiknya.. semua kerja tak jadik..dan satu hal lagi.. sebenarnya memamng banyak perkara yang ingin diceritakan..tapi bila tiada seorang pun yang ingin mendengar..biarlah mereka membaca..
(@_@) LEMANTO MARSEILOW (@_@)
sem ni jadual tak begitu padat dan agak teratur.. peruntukkan hari untuk balik rumah pon cukup.. katil dan kerusi di bilik masih empuk dan selesa lagi.. dan harap tahun baru,sem baru, dan azam baru tahun ini dapat dilaksanakan dengan cemerlang dengan izin-Nya..Amin~
ckp2 : tahniah pd adekku Yamin kerna dpt 7 A 1 B dlm PMR..main2 game pon leh score..plik aq bdk neh..
ckp2 lg : da mula rasa mls nk berblogging...
Sunday, September 27, 2009
Raya Datang Lagiii...!
Salam Mesra Alam..
Merujuk perkara di atas,sudah semestinya entry kali ini berkisarkan tentang Hari Raya yaa..Walaupun terlewat untuk wish Selamat Hari Raya pada Syawal yang pertama.,saya paham,mesti korang akan jemu dan mungkin juga tidak akan habis baca wishes dari kawan-kawan pada hari pertama raya..jadi di kesempatan ini.,saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin kepada teman-teman di seluruh Malaysia..Semoga persahabatan ini kekal sehingga pernafasan yang terakhir yuk..dan dengan ini diselitkan sebentuk pantun untuk korang..ok..sampai sini saja...papaiii~
Kelantan...
Make ikke cicoh budu
Jange lupo tamboh satar
Kelik rayo taksir laju
Nanti rayo dale sepita.
Terengganu.. .
Makang ubi jamang jepong
Makang kepok cicah cuke
Bulang pose mung bengong
Bulang raye mung gile.
Pahang...
Sepadan Pahang ada kasino
Nasi dagang ikan patin
Jange mu masam muko
Raya makan rendang sadin.
Johor...
Cegitu cegini awak suke
Awak suke kite tak suke
Esok luse hari raye
Sama-sama bersuke rie.
Melaka...
Hawau kau berak merate
Kaki bengkak ulau patok
Kalu balik naik kerete
Jangan pandu kalau ngantok.
N. Sembilan...
Masak lomak cili api
Campo dongan! daun turi
Hari rayo kolumpo sopi
Tinggal penyamun dongan pencuri.
Selangor/K.Lumpur. ..
Wa cakap lu wa tak tau
Tapi wa tipu sama lu
Raya jangan buat tak tau
Angpau ada bagi gua dulu.
Perak...
Gulai tempoyak ikan mayong
Deroyan busok tebok tupai
Pandu hemat ingat kampong
Asal teman selamat sampai.
Thursday, September 3, 2009
Hmm...
Aishh~ sebenarnya.,komitmen untuk membuat blog 'Pabila Jariku Menekan Keyboard' ini pon adalah kerna beliau lah yang sering sahaja sebut-sebut 'buat la 1 blog seniri..bez woo layan blogging ini..' tapi kini...semuanya telah serba terbalik..dulu saya yang tiada blog.,dan hanya singgah-menyinggah pada blog orang,kini tok guru sendiri pula tiada blog..
Jadi.. sedih lor..dia lah yang telah banyak mengajar tentang selok belok internet ini and plus mengajar memblogging ini...dan yang pasti..blog beliau adalah yang terbest among da best..
Jadi..ingin sangat2 wish padanya thank you for everything yep..semoga berjumpa di ruangan yang lain2 nya.. papaii..
Sifu: Mohammad Rusydi Bin Rafi
Blog:Tentang Dee-riku
Student:UPNM
Hometown:Melaka
ckp2 : 'Sampaikanlah sesuatu ilmu itu walaupun hanya sepatah,dan ia akan kekal hingga akhir usia..'
Thursday, August 20, 2009
Salam Ramadhan..
Salam Mesra Alam..
Tarikh keramat 22/08/2009 kini muncul jua...Iaitu tarikhnya kita mula berpuasa pada tahun ini..dan yang pasti.,saya akan berpuasa buat kali ke-2 di kampus ini(UKM) lagi..adehh..masa-masa begini la saya mula terfikirkan akan keseronokan berpuasa di kampung halaman tanah tumpahnya darahku..dengan suasana yang aman dan susun atur penduduknya yang tidak begitu padat..amat tenang sekali menjalani ibadah puasa di sana..tapi..apa boleh dibuat kan..hidup menumpang tempat orang.,begini la hendaknya...
Dan di kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa sepanjang bulan Ramadhan Al-Mubarak ini kepada semua teman-teman dan sahabat andai..dengan ucapan semoga semua ibadat kita diterima oleh Allah S.W.T...Amin~
Dan akhir kata..perdengarkan serangkap pantun dari saya...dan kalau berani..balas la pantun ini kalau boleh...heee
Rehat sebentar bersama-sama sepupunya,
Bulan Ramadhan bulan yang mulia,
Kalau tak berpuasa.!tak syok la raya anda....
ckp2 : Selamat berpuasa kepada semua muslimin dan muslimat~
ckp2 lg: Walau apa jua yang berlaku..akan ku balik juga rumah pada minggu ini..huarghhh~~
potpetpotpet : tingkatkan prestasi..,hapuskan kontroversii.......