Friday, January 28, 2011

Aku Cuma Nak Tolong!

Malam tadi aku teringat kejadian yang berlaku kat aku beberapa bulan lepas. Kejadian yang buat aku lebih berhati-hati untuk mengulurkan bantuan kat sapa-sapa yang berada dalam kesusahan. heh.

Lepas balik dari  PC Fair malam tu aku dan kawan pun tunggu bas dekat satu bus stop ni. Ada lah dalam tiga orang budak perempuan lain tunggu bas sama waktu tu. Masa tengah tunggu tu dari jauh aku nampak samar-samar ada sorang mamat ni jalan kat tepi jalan raya yang agak sibuk jugaklah.

Aku nampak dia macam pegang tongkat. Eh, ni orang buta ni. Aku cakap dalam hati.

Lokasi sebenar kejadian. tsk.

Sebagai seorang yang terlebih prihatin *ehem* aku pun dengan perasaan kesian pergilah cepat-cepat dapatkan dia. Risau jugak tengok dia jalan sorang-sorang. Malam pulak tu. Silap-silap boleh kena langgar kalau takde siapa yang nak pimpin dia jalan. Bila dia jalan hampir dengan tempat kami tunggu bas, aku pun bangun dengan penuh rasa tanggungjawab untuk membantu pimpin dia ke jalan yang lebih selamat.

Aku pun cakap...

"Encik nak pergi mana? Nak lintas jalan ke? Meh sini saya tolong"

Lalu mamat ni pun pandang muka aku.

"Hah?"

Eh, kenapa dia tengok aku macam ni? Aku tiba-tiba jadi pelik sebab walaupun buta tapi dia boleh tengok tepat-tepat kat dalam mata aku. Eh! Ajaib ni mamat ni. Aku cakap dalam hati.

"Ye?"

Aku membalas walaupun dalam hati aku ada timbul rasa pelik sikit dengan mamat ni terutamanya cara dia pandang aku.

"Tapi saya tak buta, saya tengah ukur jalan ni"

"Ek?"

Masa ni malu aku tak dapat nak dibendung lagi (-__-)

Untuk cover cun, aku pun cakap...

"Ooo yeke. Gitu eh?"

Sumpah, masa ni aku rasa nak cabut balik hostel masa tu jugak. Lantaklah kat bas. Aku nak lari jalan masuk bawah bantal tutup muka ni. Malu wehh!

Aku pun pusing belakang nak pergi kat bus stop tu balik.

Elok aku pusing, budak-budak yang tunggu bas dengan kawan aku tengah terkekek-kekek gelak kat aku.

Cis!

T______T

Kenapa?

Apa salah aku?

Aku cuma nak tolong!
ME : Buat baik memang kena berpada-pada.

Wednesday, January 26, 2011

F for FOOD

Aku paling suka hari Jumaat.

Nak tau sebab apa?

Sebab Jumaat merupakan hari untuk bersantai-santai di kolej di samping merupakan penghulu segala hari. *ececeh*

Lebih untung kalau takde kuliah hari Jumaat boleh la beli tiket bas dan pulang ke kampung halaman sampai hari Ahad..huu memang sorga dapat balik rumah lama-lama.

Tapi bagi yang rumah jauh tu cuti hari minggu kat hostel adalah hari untuk merehatkan minda selepas seminggu berhempas pulas menyiapkan assignment last minute..err..err

Cuti hujung minggu jugak akan lebih heaven kalau dapat meluangkan masa bersama kawan-kawan ke tempat yang penuh dengan makanan *suka suka*









Lokasi :  Red Wok (Seksyen 8) Bandar Baru Bangi 


ME : Kalau dapat makan satu family lagi best. T___T

KLPac Theatre



Sabtu lepas kitorang pergi menonton teater yang bertajuk "Model Citizens" kat KLPac yang dekat Sentul Park tu. Teater start pukul 8.30 malam tapi kami pukul 7 petang dah sampai. Rombongan satu bas kami disertai seramai 23 orang bersama 2 orang lecturer. Punyalah semangat sebab nak tengok teater punya pasal kami pun gigih bertolak awal. Teater ni adalah sebenarnya sebahagian dari assignment kami tapi sampai ke hari ni aku tak buat apa-apa pun sebab deadline lambat lagi huuu..

Overall, semua pelakon memang berjaya bawak watak dengan begitu baik sekali sampai kitorang semua terpegun. Teater berakhir dalam pukul 10 malam dan masing-masing keluar dari dewan teater dengan perasaan puas hati walaupun dalam keadaan perut yang lapar gila. (-___-)

Gambar-gambar kat bawah sempat kami snap sebelum pulang ke UKM.

Cekidaut!

Cuba teka siapa yang paling hot? *saye tau sape*
                                  
 Tak lupa kenangan di banner comel ini


We're Elit students!
                                                        
With the superb actresses!
          Director sedang beri penerangan dan ada yang 
        sedang berpura-pura fokus :P

 
Sempat memberikan pose menawan ni walaupun
perut dah lapar tahap gaban :P



ME : Dulu masa kecik pernah ada cita-cita nak jadi penyanyi.heh.

Wednesday, January 19, 2011

Ku Ada Kamu

Kelmarin tika ingin datang
Dia membawa bergunung harapan
Hari ini dia telah pulang
Mengheret bersama seribu kenangan






ME : Terima kasih cinta :)

Tuesday, January 18, 2011

R.I.N.D.U


Minggu ni aku memang terasa nak balik rumah sebabnya aku rindu sangat suasana kat rumah. Kalau semua ada memang meriah. Walaupun dah duduk jauh tapi bila cuti masing-masing memang akan balik rumah. Betul lah kata orang, walaupun jauh mana pun kita melangkah keluarga memang sentiasa dalam hati.

Walaupun kami selalu bergaduh tapi bila dah duduk jauh ni pandai pulak nak ambil berat sesama sendiri. Kalau ada depan mata tu macam-macam yang tak kena, tapi bila dah malam pandai pulak semua tidur satu bilik sebab nak kongsi macam-macam cerita :P


Kakak sulung *agak garang u*


Kakak lagi


Adik pulak


Adik lagi *rindu ina*


Di saat ini, aku teringatkan mereka. Apa yang diorang tengah buat waktu ini. Tidur la tu. Tengah nyenyak dibuai mimpi mungkin. heh.

Bezanya dengan aku?
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Aku kat sini tengah pulun nak siapkan chapter demi chapter untuk tesis T____T


ME : Dah tak sabar nak tunggu minggu depan.

Monday, January 17, 2011

Konvensyen Mahasiswa Anak Perak

Semalam aku bersama 6 lagi anak Perak UKM menghadiri Konvensyen Pemimpin Pelajar & Mahasiswa Anak Perak kat UiTM Seri Iskandar, Perak. Disebabkan terlampau eksaited aku pun tak tidur malam dan mandi pukul 2.45 pagi. Kemain gigih aku bersiap awal.   

Kitorang bertolak awal pagi, dalam pukul 5 dan sampai sana dalam pukul 9 pagi pagi ngam-ngan dengan waktu pendaftaran.
Fuh! memang laju gila abang driver van tu bawak sampai kitorang asyik melambung-lambung dalam van. Nasib la muka dia boleh tahan manis jugak, takde la aku yang duduk belakang dia rasa nak marah sangat :P
 
Macam biasalah bila dah pergi ceramah ke, taklimat ke, mestilah buat kat dewan besar kan. Tambah-tambah pulak bilangan peserta yang dijemput ramai. Semalam ada 19 IPTA dan IPTS yang hantar peserta masing-masing. Ada yang datang bawak 2 bijik bas kami je yang bawak 1 van.   

Bila dah duduk dalam dewan besar beserta suhu sejuk yang melampau mulalah kan mata ni nak terpejam je (-__-)  tapi aku tahan jugak sebab ceramah yang mula-mula ni best. Orang yang sampaikan ceramah ni merupakan Pengarah Biro Tata Negara Perak. Tambah-tambah pulak ramai budak-budak lelaki dari U lain takkan la nak tidur kut *ceit :P

Bersama Menteri Besar Perak. UiTM Seri Iskandar, Perak

Konvensyen diteruskan lagi lepas break untuk makan dan solat. Bila dah makan kenyang-kenyang ni tau jelah mata makin lama makin berat. Tapi aku tahan je mata ni dari terpejam. Haruslah kan, dah sehari suntuk aku tak tidur. T___T

Tepat pukul 3.30 Menteri Besar Perak datang. Aku ditugaskan untuk jadi perwakilan UKM duduk diatas pentas bersama-sama dengan VIP lain. Dah duduk atas pentas ni lagi la, nak pejam mata memang tak boleh. Cameraman kat bawah kiri kanan asyik ambil gambar dan ada 2 skrin besar kat bawah yang memang fokus betul-betul kat kami yang ada atas stage. Sederet dengan aku semua budak-budak lelaki dari 9 IPTA lain. Kiranya akulah satu-satunya perempuan tunggal yang dikelilingi jejaka-jejaka lain *ehem* (jangan marah soulmate, u tetap dalam hati I)

Konvensyen berakhir lewat petang. Kami pun bersiap-siap untuk pulang. Bukan ke UKM tapi ke Lumut untuk ambil gambar kenang-kenangan. Kemudian kami pun cari kedai makan kat Pangkor untuk mengisi perut yang memang dah lama menjerit minta diisi.

Seronok tengok pemandangan waktu ni

Muka-muka ceria menahan lapar :P

Siakap 3 rasa ni memang superblah!
Mari! mari! Borong banyak-banyak untuk dibawa pulang kepada
keluarga, sanak saudara serta yang tersayang

Dan diakhiri dengan photogediks ni walaupun dalam van yang sarat dengan penumpang...
.
.
.
.
.

:P


ME : Masih terasa kepenatan walaupun dah tidur beberapa jam siang tadi.

Friday, January 14, 2011

Rahsia Bau Ketiak Lelaki

Malam tadi masa tengah belek-belek artikel lama, aku terjumpa pasal artikel ni...

"Specialnya bau ketiak lelaki".

Diulangi, S-p-e-c-i-a-l-n-y-a b-a-u k-e-t-i-a-k l-e-l-a-k-i.
*oh tidak*


Hurm, ada apa yang special lagi ek selain dari bau yang kurang menyenangkan tu? (-_-)

Menurut artikel tu, bau ketiak lelaki mampu menjadi penawar kepada gejala tekanan yang menjadi yang dialami oleh kaum wanita. Kenyataan ini dikeluarkan oleh Bahagian Biologi Manusia di University of Pensyvania bebrapa tahun lalu.

Kajian yang dilakukan di sana juga telah membuktikan bahawa peluh lelaki mampu membantu kaum wanita mengurangkan tekanan serta me
lancarkan perjalanan haid. Ini menurut laporan Journal Biology of Reproduction America. Gitu eh?

Malah, selain boleh menceriakan mood kaum wanita, bau yang terhasil dari ketiak lelaki ternyata mampu membuatkan wanita menjadi kurang tegang. *pengsan*


Macam ni eh perasaan tu? :P


P/s : Untuk artikel penuh ada dalam buku Pa&Ma Feb'04


ME : Biasa dalam bas yang aku naik, kalau ada bau badan lelaki bukan lagi kurangkan tekanan tapi mak oii...bertambah-tambah tahap tekanan aku ada la *_*

Monday, January 10, 2011

Bila Hati Dah Makin Tawar #2

Sungguh
Hati ini ku rasa kian tawar
Dari sehari ke sehari
Bukan aku yang tak mahu mengerti
Tapi kamu yang tidak cuba fahami

.
.
.
.
.


Terasa seperti mahu membawa hati terbang ke pulau ini *tetibe*


ME : Rasa sangat tidak kool dengan perasaan ini T_____T

Friday, January 7, 2011

Bila Hati Dah Makin Tawar

Eh, eh?

Kenapa tajuk entri di atas macam orang tengah frust nak putus cinta je?

Oh tidak.

Takde kaitan langsung sebenarnya :P

Ia lahir atas pemerhatian terhadap manusia-manusia di sekeliling aku. Aku pernah terbaca ayat ni, "Berbuat baiklah kamu dengan semua orang kerana kelak akan mendapat pembalasan yang baik".

Tapi masalahnya, manusia bila kita berbuat baik tak pandai pulak nak menghargai kebaikan yang dah kita berikan. Aku kadang-kadang makin tak faham dengan sikap sesetengah manusia yang walaupun dah buat salah tapi tak pandai nak mintak maaf.

Ego?

Entahlah hati mereka memang dah sedia kering kut.

Gambar tiada kaitan dengan entri di atas :P


ME : Hati memang dah semakin tawar dari hari ke hari.

Sunday, January 2, 2011

Menghitung Hari

Aku mulakan entri ni dengan semangat yang berkobar-kobar. Pertama, sebab semangat nak ber'blogging' macam orang lain. Kedua sebab aku dah masuk final year jadik nak la jugak mencurah rasa atas blog cabuk ni sepanjang tiga tahun bergelar student ni.

Hmm. Dah nak hampir tiga tahun bergelar student ni banyak ajar aku tentang berdikari. Dikelilingi pulak oleh rakan-rakan yang pelbagai ragam kadang-kadang buat aku terfikir susahnya nak carik kawan yang betul-betul baik dengan kita. Eh, eh jap. Ada sorang ni aku rapat sangat dengan dia. Haa..ni dia orangnya..


Jeng..jeng..jeng...



Bersama kawan baik, Afifah Hanani Yusuf. Dulu, kini dan selamanya. Ewah.


Adik aku cakap muka kami nampak sama. Eh yeke? Sama sebab kitorang sama-sama kuat makan kut :P



Kami macam adik- beradik kan? Walaupun muka semua langsung tak sama :P


Dalam diam tak diam dah nak habis pun tempoh tiga tahun kat sini. Sedihnya nak tinggalkan tempat aku menimba ilmu selama ini T____T .

Kolej Zaaba, UKM


Dekat kolej ni la aku makan, tidur,mandi dan lari kejar bas sebab terlambat (eh, eh :P ). Walaupun yuran kolej agak mahal berbanding kolej lain yang ada kat sini tapi tetap puas hati dengan kemudahan yang ada (walaupun kemudahan wifi lembab sikit er.. er...)

ME : Teringat masa baru masuk UKM dulu, asyik call mak cakap nak balik :P