sabtu lepas aku pergi family day yang dianjurkan oleh office bapa aku, sbm (single buoy mooring) dekat thistle port dickson. yeah! tempat tu okey la. actually aku dah pernah pergi tempat tu 2 kali tapi nama hotel tu guoman. setelah direnovate nama dia telah bertukar kepada thistle....
HOTEL THISTLE
pada pagi yang dinanti-nantikan, aku memang bangun pagi pun. ada khemah ibadah kat sekolah. pukul 3.30 pagi dah bangun. tidur 2 jam je. macam kat kem sukbel pula. pagi tu ada qiamulai tapi ibadah aku tak khusyuk kut sebab ngantuk. pagi tu aku bertolak around 9 a.m. and arrived around 11 a.m.
pukul 12 adalah waktu yang dinanti-natikan. it's time for lunch. yummy.
1. nasi lauk ikan bakar & ketam & ikan bakar & telur dadar &... tak ingat
2. abc
3. beef burger
4. ice cream ' sour apple' (betul ke?)
5. pasta (my fav)
6. fries & nugget
7. ice-cream sarsi
8. ..... (perut dah full)
memang kita org satu family makan banyak gile sampai aku rasa seluar jeans yang aku pakai hari tu ketat gile. petang tu ada telematch tapi yang join most of them budak-budak kecil la. tiga jam lepas lunch ada makan-makan lagi. mari melantak lagi. ada makanan
1. mihun goreng
2. ayam tandoori
3. croissant-3 jenis *telur,tuna,ham
kakak aku,nina yang perut kecil termuntah-muntah kat toilet sebab perut dah tak boleh nak tampung. kesian. tapi 5 minit kemudian lapar balik. pelik bebenar. lepas makan along ajak aku pergi main jet ski. bila dah sampai pantai ramai pula orang main jet ski. so kita orang pun pergi la main kayak. kelakar gile sebab kiteorang tak pandai main. macam rusa masuk kampung lah katakan. aku je yang bersemangat. KIRI
secret, 10:28 AM.
bengang la! ape la brazil ni pergi sepak bola masuk gol sendiri. sekarang dah kalah. belanda menang 2-0. grrr.... jadi mari menyanyi ramai-ramai.
bila rasa bengang sepak orang, dush! dush!
bila rasa bengang sepak orang, dush! dush!
bila rasa bengang begini lah caranya
bila rasa bengang sepak orang, dush! dush!
okey. lame.
secret, 9:23 AM.
WARNING: post ni sangat panjang dan agak membosankan
Best giler la kem ni. waalupun terpaksa berjemur selama 6 hari tapi still the best camp ever. ala-ala cerita camp rock kat disney tu la kan. tapi bezanya cerita tu paasl music tapi kem ni pasal bsmm.
First day- OMG
pagi- pagi tu aku dah excited giler. pukul 7.30 dah sampai IPK sebab konon-kononnya bas btolak kul 8 pagi. marsya sampai lebih kurang pukul 7.45 pagi. tunggu punya tunggu akhirnya 11.30 baru la bas nak btolak. Sabar je lah. dalam bas tu aku tertidur. sampai kat r&r baru la segar sikit. pendekkan cerita bas kita orang sampai lebih kurang pukul 5 ptg. oh lupe plak. dalam bas kiteorang ada budak sbs, wesley methodist (budak private school yg humble), sri rampai (budak skul yg friendly) and air panas (budak skul rendah).
Bila sampai kat kawasan kem tu, kitaorg dapat name tag. aku sama group dgn marsya. then kiteorg kena dirikan khemah. terkial-kial juga la sebab first time kut pasang khemah. sebelum ni kalau pergi kem mana pernah tido dalam khemah. kalau tak tido dalam chalet mesti tido dalam dom yg ada air-con.
mula- mula aku dgn fa @marsya ingat kan nak pergi mandi tapi tengok bilik air dia pun dah errrrr.... pastu tak ada air pula. Haish!! so kteorg pun lepak la di tepi pantai. ( dalam gate je la). ambil angin la konon.
malam tu ada ice breaking. waktu kteorg tengah seronok main game, tiba-tiba budak KL kena panggil. yang terpilih pula kena kawad wakti tengah kawad sempat lagi tengok dari jauh fa naik pentas bagi opinion pasal game tadi. then barulah die join aku kawad. kteorg habis kawad sampai kul 1 pagi. kul 2 baru lah terhegeh-hegeh nak mandi. malam tu tido kul 3 tanpa alas apa2. dah penat sangat daa.....
okey sambung lain kali. laptop aku dah nak kehabisan bateri. daaa....
secret, 8:18 AM.
sekarang ni aku tengah tengok gossip girl tapi still nak blogging. homework jangan cakap la. bertimbun-timbun lagi yang tak siap.
apakah definasi manja sebenarnya? aku pun tak berapa nak pasti la dengan perkataan ni. bagi aku manja tak ada saalhnya tapi kena ada batasnya. dalam keluarga tak salah kalau parents nak manjakan anak dieorang tapi opss!!! Jangan samapai anak die jadi kurang ajar. bagi sesetengah orang, anak manja ialah anak yang sentiasa dilimpahi dengan kemewahan. dan bagi pihak yang lain pula, anak manja ialah anak yang yang dilimpahi kasih sayang sehingga tidak dapat berdikari. adakah itu anda??
mungkin diri aku pun kadang- kala layak diberi gelaran tersebut sebab kakak aku cakap aku anak bapa. aku pun tak faham kenapa. tapi harap aku bukan aknak manja yang over..
okey. adios!!
secret, 7:45 AM.
Aku tahu dah lama aku tak blogging. tiba-tiba pulak hari ni rasa nak luahkan isi hati kat dalam blog. First sekali aku nak cakap yang kulit aku dah hitam. Oh NO!
cikgu sejarah pun perasan yang kulit aku dah hitam. ceritanya macam ni.... pagi tadi lebih kurang pukul 11.30 pg sekolah aku blackout. so semua orang kepanasan dan terpaksa belajar dalam gelap. waktu cikgu tengah mengajar sejarah bab4, tiba-tiba cikgu stop sekejap. "amirah kenape kulit awak dah hitam? Orang lain cuti ni kulit putih je tapi awak dah hitam" dah la blackout dah gelap tambah lagi dengan kulit aku yang gelap! memang sah macam ayam panggang. kawan-kawan aku jangan cakap la. Dieorang kata kulit aku berkilat giler. cakap je lah nak sama taraf dengan orang minyak.
sekarang ni kulit aku dah menggelupas dah. buruk giler. dah la minggu depan nak pergi family day pulak. bertambah-tambah-tambah hitam la kulit aku. bulan ni je dah berapa kali aku keluar rumah dengan family. dah lama tak spend time dengan dieorang. tapi rugi lah sebab na takde. takpe lah family day ni nanti na ada. yeay!!
okey.. daa!!
secret, 7:35 AM.
Thursday, January 28, 2010
minggu ke4 yang sungguh memenatkan. dapat result teruk. pergi latihan rumah sukan. ulangkaji f1 & f2 tak masuk otak. eee...tak bestnya!!! tapi benda yang tak best ni la akan aku rindu bila dah habis sekolah nanti. nak buat macam mana, dah lumrah hidup.
tadi ada kursus pengurusan jenazah. best & agak menyeramkan. ye lah sebelum ni takda rasa takutb namk mati macam hari ni. jadi kena kurangkan dosa yang dah brtimbun-timbun.
secret, 9:40 PM.
Tuesday, December 29, 2009
ARH!!!!! cuaknya!! tahun depan adalah tahun yang penting bagi aku. PMR babe! macam mana nak target 8A??? ada tips untuk orang yang malas dan main-main macam aku? huh hopefully dapat 8A.
sekolah aku pula 81 orang dapat straight A. kira okey la tu kan. tapi benda tu tekanan la untuk batch aku untuk dapat result yang lebih tinggi. agak- agak boleh ke??? insyallah. AMIN!!! so sepanjang cuti ini aku terfikir la nak buat prinsip cikit. (ceh macam boleh amalkan je) tapi minta-mintak la prinsip boleh bagi aku kejayaan.
Prisip-prinsip:
1. Berusaha
prinsip ni mesti la wajib kan? tak kan kejayaan datang bergolek-golek kat depan kita...
2. Bertawakal
ni kena banyak berdoa dan tunaikan apa yang wajib la. kalau tak macam mana tuhan nak
tolong...
3. hormat
kalau hidup nak berkat, mestilah hormat orang lain. yang paling penting parents dan cikgu
yang banyak ajar kita.
tapi kalau ada prinsip je tak cukup la. so aku cadang nak hidar la benda yang tak elok ni..
1. kurangkan bergosip. nak minta maaf nanti susah.
2. kurangkan online (macam sekarang) dan tengok tv.
3. kurangkan tidur petang. paling lama pun 2 jam.
4. jangan bangun lewat sangat.
5. jangan tangguhkan kerja sekolah yang cikgu bagi.
6. jangan bersemangat sekejap je. kononnye azam rajin belajar tapi tengok-tengok balik rumah
dah terlelap dah....
setakat ni itu je lah yang aku ingat harap-harap termakbul amin. walaupun aku hanya dapat hidarkan satu benda daripada list di atas, aku tetap bersyukur. sekurang-kurangnya ada peningkatan....
secret, 2:26 AM.