18 December, 2020

Contoh Kebohongan Dalam Tarikat Qodiriah

Zohiruddin Al-Qodiri dalam kitabnya Al-Fathul Mubin, MS 40 menyebutkan bahawa Abdul Qodir Jailani telah berkata: Satu ketika aku bermimpi berada dalam bilik Saidatina Aisyah. Aku sedang menyusu pada teteknya sebalah kanan. Kemudian dia memberikan pula teteknya sebelah kiri untukku menyusu. Lalu Rasulullah SAW pun masuk dan baginda berkata: Wahai Aisyah, Inilah anak kita yang sebenarnya!





Subhanallah, sampai demikian puak tariqat Qodiriah ini menulis kalam yang menghina dan memperlecehkan kesucian keluarga nabi SAW. Mereka-reka cerita untuk mengangkat syeikh yang disanjung oleh mereka.

Dalam bahjatul Asrar Ms 3,  Al-Fathul Mubin Ms 106, Qolaidul Jawahir Ms 22 dan Nasyrul mahasin ms 132 dsebutkan bahawa satu hari Syeikh Abdul Qodir Jailani telah berkata:

" Kakiku ini di atas tengkuk semua para wali!", Lalu semua para wali seluruh dunia menghulurkan tengkuk mereka untyuk diletakkan kaki Syeikh Abdul Qodir Jailani walaupun mereka tidka hadir dalam majlis tersebut. Ada seorang wali yang bernama Syeikh Son'an, beliau tidak menghulurkan tengkuknya, lalu dia mendapat musibah dengan jatuh cinta kepada seorang wanita Nasrani. Lalu dia menjadi gembala babi untuk wanita itu. Kemudian dia bermimpi babi yang dibelanya meletakkan kaki di atas tengkuknya. Bila dia sedar, dia dapati babi itu benar-benar menginjak tengkuknya. Lalu dia pun mendengar suara berbunyi: Kamu tidak sudi tengkukmu dipijak oleh Muhyiddin ( Jailani), maka tengkukmu jadi pijakan haiwan yang bernajis.Dia pun bertaubat dan minta ampun!"