27 July, 2024

Bahana buat NU

 Siapakah yang mudah ditipu?

Sebenanrnya amat dikesalkan , orang yang mnengaku Ahli Sufi, Asha'irah Maturidiyyah dan kalau di Indonesia dari kelompok NU, sangat mudah menjadi mangsa penipuan. Lihat berapa ramai kalangan mereka yang pecaya kepada cerita-cerita ngawur?

Sementara golongan yang dipanggil Wahabi atau kalau di Indionesia disebut sebagai Salafi dan Muhammmadiyyah, mereka tidak mudah percaya.

Yang dimangsai dan digerogoti oleh cerota dongeng termasuk dakwaan para habib di Indonesia adalah kelompok di aliran NU.

Inilah bencana besar yang membarah dalam batang tubuh NU.

07 July, 2024

Membina dunia untuk silaturrahim

 Hari ini 1 Muharram tahun 1446. Tahun-tahun hijriyyah terus beranjak meninggalkan masa lalu yang kian jauh. entah berapa lagi hijriyyah beraa dalam hitunganku. Allahu A'lam. Umur dan usia adalah ketentuan Allah. Apa yang kita harapkan adalah dipanjangkan umur dalam amal soleh. Sebaik-baik ornag mukmin adalah yang panjang umurnya dan baik amalnya. Hendaklah kirnaya kita ini menjaidkan hari ini lebih baik dari kelmarin . Esok , semoga akan jaid lebih baik daripada hari ini.

Aku ....dalam dua tahun ini diasyikkan dengan pembinaan persanggrahan hari tua(insya Allah) di Kampung Datuk. Setia adanya cuti, aku akan balik ke kampung. Aku menaburkan perbelanjaan untuk bangunkan rumah di satu medan yang buat sementara aku namakan sebagai Medan Kabilah Bani Wahbah. Mulanya, aku hanya ingin bina sebuah rumah stor buat menyimpan alatan membuat pekerjaan. Seiring berjalan waktu, aku menukarkan rancanganku dengan berharap rumah itu akan menjadi rumah kedua apabila rumah tempat tinggalku, aku bina di tapak sebelahnya. 

Manusia ini memang begitu. Sering berubah-ubah fikirannya. Kin i rumah yang aku sasarkan ajdi stor itu sudah dilengkapkan dengan keperluan untuk tinggal. Ada tandas, dapur , bilik dan ruang tamu. 

Aku tidak berkia lagi dalam membangunkan tanah di medan itu. Banyaklah sudah duit aku belanjakan Beratus lori tanah telah aku beli untuk ditimbunkan tanah yang dulunya bendang. Itu pun masih lagi belum berkecukupan.

Aku berharap Allah tidak murka kepadaku kerana  membelanjakan harta yang dikurniakaNya itu ke arah itu. Dalam niat di hati snubariku, penempatan yang sedemikian akan kujadikan medan silaturrahim sesama keluargaku. Aku akan binakan rumah kedai sederhana dan ringkas buat adikku berniaga ikan air tawar, lemang atau produk IKS yang mereka mampu sediakan. Sementara aku melihat adikku Nurulhuda yang pulang kampung tiada tempat tinggal kecuali bermalan di rumah aruah ibuku, akan aku suruh bermalam di rumahku itu. Itu lebih leluasa untuknya dan keluarganya menghabiskan cuti di kampung. Itulah yang aku harapkan. 

Aku berdoa kepada Allah agar dimurahkan razeki untuk aku sempurnakan harapan dan cita-citaku.

Allahumma ameen....


10 September, 2022

AMR BIN MA'DI YAKRIB

Beliau adalah Abu Tsaur Amru bin Ma'di Yakrib Az-Zubaidi Al-Muzhaji.

Beliau masuk Islam dan bersahabat dengan nabi SAW namun setelah wafatnya nabi, dia murtad, akan tetapi kemudiannya kembali kepada Islam.

Beliau seorang ahli berkuda Arab yang terkenal berani dan pemilik pedang yang bernama Somsomah.

Beliau juga seorang ahli penyair Arab.

Beliau menyertai peperangan jihad pada zaman Khalifah Abu Bakar As-Siddiq dan Umar al-Khattab. Beliau terlibat dalam perang Yarmuk dan perang Al-Qadisiyyah. Dikatakn dialah yang telah membunuh Rustam Farakhzad, panglima tentera Parsi yang terkenal.

Beliau seorang yang bertubuh sado, tinggi dan gagah sehingga Umar Al-Khatab berasa kagum dengan bentuk tubuhnya itu dan berkata:


الحمد لله الذي خلقنا وخلق عَمْراً

Segala puji bagi Allah yang telah menciptakan kami dan mencipakan Amr


10 June, 2022

Mazhab Ibadhiah berlepas diri daripada sahabat-sahabat utama nabi SAW

Sebagaimana pegangan Khawarij yang mengkafirkan para sahabat nabi selain Abu Bakar dan Umar, terutama yang terlibat dalam Majlis Tahkim, maka demikianlah pegangan mazhab Ibadhi. Ini kerana ia adalah sebuah pecahan mazhab Khawarij yang kekal wujud sampai hari ini. Malah ia bertapak kukuh di Oman.


05 June, 2022

بما تأقلم الشيعة؟؟؟

 لقد تأقلم الشيعة مع الأذى والظلم حتى صار لهم جلباباً ، وحتى تعجب ظالموهم من تحمّلهم


Di antara keistimewaan mental kaum syiah sepanjang zaman ialah kemampuan mereka untuk menanggung penderitaan atas penindasan dan kezaliman pihak lain ke atas mereka. Mereka boleh menyesuaikan diri mereka dengan persekitaran . Bak kata pepatah Melayu:

" Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak"


Itulah kehebatan mental yang ada pada kaum Syiah. Satu kaum yang sering ditindas kerana penentangan mereka terhadap pemerintah, tetapi mereka tahan sabar. Mereka berlindung di balik harapan dan juga taqiah yang menjaid akidah perjuangan mereka. Mereka didoktrinkan bahawa mereka di atas jalan ahli bait, jalan yang dimuliakan dna nabi SAW bersama mereka di atas jalan ini. Kerana itu mereka tidak kisah walau betapa banyak sengsara yang mereka tanggung. 

Mereka ber"ta aqlama" dalam siksa dan celaan sehingga siksaaan dan celaan itu jadi jilbab buat mereka!


Kata seorang tokoh syiah bernama Ali Al-Kurani Al-'amili  : Kemampuan Syiah untuk berasimilasi dalam keadaan tegang itu adalah nikmat "keluasan dada" yang tidak dimiliki oleh golongan sunnah terutamanya para wahhabiah.

Catatan: Syiah sangat membenci wahhabiah. Kebencian kepada wahhabiah adalah selogan utama kaum Syiah. Apakah kita harus menjerit sepertimana mereka menjerit??

28 April, 2022

BUYA ARRAZY-KENAPA BOLEH PERCAYA DIA SEBAGAI IMAM MAHDI?

 Sungguh menghairankan, bagaimana Arrazy boleh mempercayai orang yang dinamakan Abya Ahmad Albadar itu sebagai wali ghauth dan sekaligus sebagai imam al-Mahdi?

Baca untuk tambahan:

https://www.rumah-muslimin.com/2022/04/buya-arrazy-imam-mahdi-muncul-di.html

12 September, 2021

JANGAN JUAL LEBIHAN

 

Fudhail bin Iyadh melihat anaknya menyapu menyapu bekas timbangan dengan hujung bajunya. Lalu Fudhail bertanya:

" Apa yang kau sedang buat anakku?

Jawab anaknya: " Aku menyapu tanah agar aku tidak mencampurkan tanah dalam timbangan"

Fudhail sungguh terharu dan menangis: 

" Wahai anakku, apa yang kau lakukan ini lebih baik daripada dua kali haji dan 20 kali umrah!".


Renungkanlah....

Orang yang meniaga ikan, masa nak timbang ikan, apakah dia timbang sekali dengan air?

Orang yang jual ibi kentang, apakah ubi kentang itu benar-benar bersig daripada tanah yang melekat pada kulitnya?

Orang yang cabai, apakah masih ada daun cabai bercampur?

Orang yang jual durian, apakah ditimbang sekali dengan kulit lalu dipukul harga sekali dengan kulit itu? Sedangkan isi sedikit kulit yang banyak....

Orang yang jual gula, tepung dan sebagainya....lihatlah apa yang menyusup dalam timbangan bersama barang yang dijual. Bertakwalah kepada Allah atau anda akan termasuk dalam makna mutaffifin yang dilaknat Allah!

Apalah gunanya kejar dunia yang sedikit dan melupakan akhirat yang kekal abadi....