Sunday, April 26, 2009
UCAPAN TERIMA KASIH PADA ARNAB KIUT
TUJUAN SAYE KESANA TUK BELI MAKANAN ARNAB BENGY 6088, TIBA2 FAHMI TELAH BAGITAU SAYE , CARA2 TUK SUNTIK ARNAB SAYE PUN BERMINAT TUK BELAJAR SUNTIK. KEESOKKAN HARI NYE SAYE PUN PEGI KE GOMBAK BELAKANG GIANT TUK BELI UBAT SUNTIKAN IVOCIP (lvermectin). MULA2 SAYA RASA TAKUT JUGAK , TAPI SAYE BERANIKAN DIRI JUGAK TUK SUNTIK ARNAB SAYE SEKOR DULU, SETELAH SUNTIK SAYE TENGOK ARNAB SAYE OKAY, SAYE PUN TERUS SUNTIK LAGI 2 EKOR TADI DAN DI BANTU OLEH ANAK SAYE SYAZWAN.
Sunday, March 29, 2009
Thursday, March 26, 2009
Kutu Telinga (Ear Mites) , KUTU (Fur Mites) dan Kurap (Burrowing Mites) pada arnab
Masalah ini tidak dapat dilihat dengan mata kasar pada peringkat awalnya. Dan apabila sudah dapat dilihat maka ia sudah keperingat yang berat. Jika dibawa kepada Veterinar kaedah “Skin Scraping” akan dilakukan untuk mendapatkan sampel sebelum dilihat dibawah mikroskop untuk melihat kewujudtan telur kutu atau pijat. Sample bulu juga boleh digunakan tetapi memerlukan sample dari setiap bahagian arnab yang mungkin dijangkiti. Jika ujian tersebut negetif, ujian biopsy adalah penyelesaian terbaik.
KUTU TELINGA (EAR MITES)
Kutu telinga disebabkan oleh sejenis parasit yang dikenali sebagai Psoroptes Cuniculi. Ia mempunyai kitaran hidup selama 21 hari, dan telurnya menetas dalam masa 4 hari sahaja. Biasanya ia hanya menjankiti satu telinga sahaja, dan jika tidak dirawat ia boleh merebak ke telinga yang satu lagi, seluruh kepala, tengkuk , bawah perut dan juga bahagian badan lain yang lemah. Serangan oleh parasit ini menyebabkan telinga arnab gatal. Apabila arnab mengaru telinga. Kesan luka dari garuan itu adalah sumber makanan bagi parasit tersebut.
Sintom dan tanda tanda kritikal : gatal telinga,sering mengaru telinga dan mengoyang goyang kepala dengan kerap dan mungkin tanpa henti. Pada peringkat awal sedikit kupingan nipis akan kelihatan di dalam telinga. Kupingan yang berwana kelabu-kekuningan sebenarnya adalah ratusan dan mungkin jutaan parasit, sel kulit dan darah.
Jika tidak mendapat rawatan pada peringkat ini kupingan nipis ini mungkin akan menjadi kerak yang keras yang boleh menjadi tebal sehingga 2cm dalam sesetengah kes. Kerat tersebut tidak boleh dibuang dibersihkan ini kerana ia boleh menyebabkan pendarahan dan kesakitan kepada arnab. Luka tersebut seterusnya akan menjadi lebih serius jika dijangkiti parasit dan boleh mendatangkan masalah lain.
Rawatan : Jika diperingat awal dan ringan… cuci telinga dengan mengunakan kapas yang dibasahkan dengan miyak mineral atau minyak zaiton, biasanya 2-3 kali rawatan ia akan pulih. Jika semakin serius dapatkan rawatan daripada Veterinal. Biasanya suntikan IVERMECTIN akan diberikan. 3 kali suntikan dalam masa 14 hari. Biasanya selepas rawatan kerak akan tertanggal dengan sendiri, Perlu diingat suntikan hendaklah diambil dengan berjadual ini adalah kerana kitaran hidup Kutu telinga adalah 21 hari IVERMECTIN tidak membunuh telur , jadi suntikan sebanyak 3 kali dalam 14 hari mampu membunuh larva dari telur yang menetas.
IVERMECTIN yang dilarutkan didalam air dan diguna terus kepada telinga yang dijangkiti kurang berkesan untuk merawat gejala ini berbanding dengan kaedah suntikan dan oral.
KUTU HAMA( FUR MITES )
Kutu dan hama adalah masalah biasa kepada arnab, kucing dan juga anjing. Dan haiwan haiwan ini boleh jadi pembawa kepada masalah ini, dan ia boleh dijangkiti oleh manusia atau pemilik haiwan haiwan berkenaan. Ia adalah disebabkan oleh parasit Cheyletiella Paracitoctorax dan juga Listrophorus Gibbus
Cheyletiella Paracitoctorax biasanya hanya berada dipermukaan kulit dan paling biasa pada arnab .Ia juga dikenali sebagai ‘walking dandruf’ . Dan ia biasa juga terdapat pada arnab arnab yang sihat. KItaran hidupnya adalah selama 5 minggu. Kutu hama betina bertelur dan melekatkan telur di bulu arnab atau rambut , 3 ke 4mm dari kulit.
Sintom dan tanda tanda kritikal : wujud keruping dibahagian tengkuk arnab dan kelihatan seperti lapisan kelemumur. Dan menyebabkan kegatalan pada arnab. Dan kehilangan atau keguguran bulu berlaku.
Rawatan : Dapatkan suntikan IVERMECTIN di klinik veterinar
Listrophorus Gibbus (kutu babi) adalah kutu yang jarang sekali di jangkiti arnab. Ia mudah dijangkiti oleh arnab yang kerap lepas bebas di halaman rumah dan padang. Ini adalah kerana ia hanya bertelur di dalam tanah dan hanya larva yang hinggap pada arnab, kucing dan juga anjing. Kutu tersebut akak menghisap darap perumah sehinga 3-4 kali ganda dari saiz badanya dan jatuh semula ke tanah untuk meneruskan kitaran hidupnya.
Sintom dan tanda tanda kritikal : Larva biasanya akan menhisap darah di telinga, tepi mata, bawah dagu, di bahu, kaki dan celahan kaki. Kesan gigitan dari kutu tersebut boleh menyebabkan kegatalan kulit dan kesan garu boleh menyebabkan jangkitan.
KURAP ( Burrowing Mite)
Kurap adalah masalah jangkitan yang serius dan jika tidak dirawat lebih awal akan menjadi kritikal. Bukan itu sahaja parasit daripada kurap ini boleh menjangkiti arnab arnab lain, kucing , anjing dan mungkin juga pemilik haiwan tersebut. Kitaran hidup bagi parasit ini adalah 3minggu. Hanya larva berada di permukaan kulit, parasit betina memasuki kulit untuk bertelur dan terus berada didalam sel kulit.
Sintom dan tanda tanda kritikal : Jangkitan akan mula kelihatan pada mulut dan hidung, kemudian merebak ke sekitar kepala, leher dan kadang kandang badan. Kurap akan menyebabkan arnab mengaru dengan kuat dan menyebabkan jangkitan kurap merebak dan menyebabkan bulu jatuh dan kulit kelihatan berair dan menjadi kerak apabila kering. Kerak terbut mudah merekah dan berair dan boleh menyebab jangkitan yang lebih serius menyebabkan arnab kurang daya tahan , lemah dan mati dalam beberapa minggu sahaja.
Rawatan : Dapatkan rawatan Veterinar dengan segera. Biasanya suntikan IVERMECTIN akan diberikan. 3 kali suntikan dalam masa 14 hari. Bersihkan sangkar dengan penyah kuman, dan biarkan selama beberapa harisebelum digunakan semula, ini adalah kerana parasit dari kurap boleh bertahan selama beberapa minggu tanpa perumah. Asingkan arnab yang terkena jangkitan daripada arnab , kucing atau anjing yang lain. Ini bagi megelakan daripada wabak berjangkit.
IVERMECTIN … rawatan yang paling berkesan, dapatkan nasihat dari veterinar
Arnab dan Masalah Najis
Untuk makluman anda arnab yang sihat hanya menghasilkan 2 jenis najis iaitu najis solid atau Fecal ( yang berbentuk bulat kering dan tidak berbau) dan juga najis yang dikenali sebagai Cecotropes. Ada beberapa pemilik arnab terutama yang baru dengan arnab, akan hairan melihat arnab mereka memakan najisnye sendiri.. hahah.. bukan ke mudah kalau arnab dah memakan najisnya sendiri, kurang satu kerja. Jangan lah salah sangka najis yang dimakan oleh arnab itu dikenali sebagai Cecotropes atau cecal. Cecal dihasilkan sendiri oleh sistem semulajadi arnab, dan biasanya dimakan terus oleh arnab sebaik sahaja dikeluarkan dari “OVEN” semulajadinya. Cecal yang dimakan oleh arnab ini mengandungi bakteria baik dan juga khasiat dan diperlukan oleh arnab untuk memenuhi nutrien pemakanannya dan juga membunuh kuman jahat didalam usus.
Najis solid atau Fecal berbentuk bulat berwarna coklat gelap kehitaman. Ia biasanya kering dan tidak berbau. Kandungannya biasanya adalah sisa sisa pemakanan yang tidak tercerna dan bulu ,terutama pada musim Molting . Oleh itu grooming atau pengemasan bulu amat penting pada musim molting bagi mengelakan Fur Block di dalam sistem .
Cecal pula, berwarna coklat gelap, terikat seperti gumpalan anggur. Ia bersaiz kecil dan lembut dan berkilat. Setiap gumpalan kelihatan seperti terdapat cairan mucus. Cairan mucus ini bertindak sebagai perlindung kepada bakteria baik semada proses memakan dan ia akak terhurai apabila masuk ke sistem penghadaman arnab. Cecal ini mempunyai sedikit bau, ini adalah kerana ia mengandungi banyak bakteria yang berguna.
Arnab anda bermasalah sekiranya:
Cirit Birit (Diarrhea) - najis seperti air yang pekat.. pada peringkat awalnya hijau dan berbau dan di peringkat kritikal ia hanya air putih kekuningan.
- masalah ini jarang berlaku kepada arnab dewasa, ia biasanya lebih cenderung berlaku kepada arnab muda yang berumur 8 minggu kebawah. Jika ini berlaku kepada arnab dewasa , ini ada berkemungkinan daripada diet yang ditukar secara mengejut, atau mungkin juga disebabkan oleh beberapa masalah seperti : Cacing Gelang, Cacing Pita dan juga ganguan usus.
Seperti saya katakan tadi cirit birit lebih senang menyerang arnab yang muda , Mengapa?
- Jika arnab anda berumur kurang dari 8 minggu, dan tidak mendapat susu ibunya, masalah ini adalah kerana ia masih memerlukan susu ibunya dan terlalu muda untuk dipisahkan dari susu ibunya. Kebanyakan kedai haiwan peliharaan menjual arnab muda yang berumur kurang dari 8 minggu dan kadang kadang kurang dari 4 minggu, kerana pada umur semuda itu anak arnab kelihatan sangat comel dan dapat menarik pembeli untuk membelinya. Malangnya banyak diantara arnab yang masih kecil ini mati disebabkan masalah cirit birit. Pada umur ini anak arnab memang sudah pandai makan sendiri dan minum sendiri. Walaubagaimana pun sistem penghadamannya yang masih muda, ini masih memerlukan susu ibunya dan juga cecal yang dihasilkan oleh ibunya bagi mengimbangi PH didalam perut muda yang menerima makanan solid, dan masalah cirit birit tidak berlaku. Sekiranya masalah ini berlaku, terus dapatkan rawatan untuk arnab anda. Jangan dibiarkan masalah ini berterusan. Ini adalah kerana sekiranya cirit birit berterusan arnab akan ternyahidrat, lemah dan seterusnya kematian berlaku.
Apa yang perlu dilakukan;
Dapatkan rawatan segera daripada veterinar.
Penting untuk memastikan arnab yang mengalami cirit birit ini dalam keadaan bersih dan selela. Bersihkan bahagian punggung yang terkena nasjis, bagi memastikan ia tidak berbau yang boleh mengundang serangga seperti lalat menganggu.
Jika terlalu kotor dan berbau.. basuhlah bahagian yang kotor sahaja dengan air tidak perlu memandikan arnab seluruh badan
Pastikan arnab anda minum banyak air yang bersih, ini bagi mengelakan arnab anda ternyahhidrat; atau anda boleh memcuba bancuhan serti dibawah dan diberi berterusan kepada arnab dengan meletakan didalam botol atau mangkuk minumannya atau menyuapnya mengunakan Syringe.
1 cawan air bersih
2 camca teh gula
1/4 camca teh baking soda
secubit kecil garam
Note: Ini bukan untuk rawatan Cirit Birit arnab.. ini adalah Rehydration Solution (ORT)
Berikan ORT kepada arnab anda sekerap yang mungkin, sehingga ia pulih dari cirit biritnya. Berikan ia hay dan juga sedikit Rolled Oat bukan yang segera ( hanya sesudu kecil) jika ada. Selain daripada ubat yang dibekalkan oleh veterina dan juga memastikan arnab anda bersih dan selesa serta memastikan ia minum lebih banyak air. Pastikan juga ia makan sedikit , sayuran yang dipuri atau makanan bayi yang dijual dipasaraya juga boleh turut membantu, dengan mengunakan Syringe suapkan makanan tersebut dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap.
Arnab anda bermasalah sekiranya:
Satu lagi masalah yang kadang kala berlaku ada lah masalah najis yang tidak solid dan lembik, ia tidak berair seperti cirit birit, saiznya menyerupai fecal dan mungkin besar sedikit dari fecal biasa. Ia tidak solid lembut atau lebik berbau dan melekit. Ia disebabkan oleh diet arnab yang tinggi kandungan karbohidrat dan kurang kandungan serat. Ia juga boleh berlaku kepada arnab yang mempunyai berat badan yang berlebihan atau obesiti. Satu lagi ia juga berlaku kepada arnab yang kurang aktif dan mengalami ARTHRITIS. Oleh itu untuk menangani masalah ini, berikan diet kaya dengan serat iaitu dengan memberikan lebih hay atau pellet yang mengadungi serat yang tinggi dan juga biarkan arnab anda lebih kerap berlari bebas bagi tujuan senaman. Ini penting bagi sistem pencernaan arnab dan juga mengurangkan berlakunya obesiti .
Melatih Arnab Mengunakan “Littre Tray”
Tahukah anda arnab mudah dilatih untuk membuang najis dan kecing di tempat yang disediakan. Ataupun lebih popular disebut “Toilet Train” atau “Litter Train”. Ini adalah kerana arnab cenderung ketempat yang sama untuk melaksanakan panggilan alam ini.
Ini adalah langkah langkah yang diperlukan bagi mengatur arnab anda.
Jika ada baru sahaja mendapatkan atau membeli arnab, hari pertamanya hendaklah dihabiskan didalam sangkar. Ia perlu biasa dengan persekitaran dan bau tempat dan kawasan baru. Ini juga dapat membuat arnab anda berasa selamat sebelum dilepaskan bebas. Perhatikan sudut didalam sangkar tersebut dimana terdapat banyak najis atau sudut dimana arnab anda mengandaikan sebagai tandas didalam sangkarnya. Setelah mengenal pasti sudut letakan Dulang Najis ( yang boleh dibeli di Pet shop atau anda boleh DIY sendiri) di sudut tersebut. Jangan risau, arnab adalah haiwan yang pintar, anda akan dapat melihat arnab pandai mempraktikan dulang najis tersebut. Pada permulaan meletakan beberapa biji Fecal kedalam Dulang Najis tersebut juga dapat membantu.’
Setelah arnab anda selesa dengan keadaan sangkarnya, bolehlah ada melepaskan arnab anda dalam scale yang kecil dahulu. Ini bagi memastikan arnab anda tidak hilang kemahiran mengenali kawasan untuk ia membuang najis dan juga sangkarnya. Dan setelah itu secara berangsur angsur boleh lah melebarkan lagi kawasan untuknya bergerak bebas. Harus diingatkan walau seluasmana pun kawasan anda membiarkan arnab anda bebas, tetapi mereka masih memerlukan sebuah tempat yang selamat bagi mereka untuk makan, minum dan tidor. Jadi tempatkan bekas makanan dan minuman serta dulang najis ditempat tersebut. Biasanya kita meletakan semuanya didalam sangkar. Anda juga boleh menyiapkan rumah untuk arnab anda yang mana fungsinya adalah sama seperti sangkar.
Apabila arnab anda mencapai umur tertentu atau umur matang, arnab gemar menandakan kawasan mereka dengan najis dan juga kencingnya. Menempatkan lebih dari satu dulang najis dikawasan tersebut dapat membantu masalah ini. Anda juga boleh meletak bekas minuman dan juga hay disamping Dulang Najis ini.
Setelah arnab ada sempurna dengan ‘Litter Train” anda sudah boleh memberikan exis kepasa arnab anda untuk bermain disofa dan mungkin di tempat tidur anda . Sekarang giliran anda pula untuk melihat dan belajar dari arnab anda. Mereka ada lah haiwan yang sangan comel dan seronok untuk dikenali.
Pelbagai bentuk “Toilet Tray” boleh didapati *photos taken from www.chubbypetsgarden.com
Ok. Anda sayangkan arnab anda. . Tapi tahukah anda beberapa fakta tentang arnab yang sememangnya remeh, tetapi amat menarik… mari kita kongsikan bersama dan sekiranya, anda semua ada fakta yang menarik mengenai arnab yang ingin anda kongsikan disini, boleh majukan kepada lanz..
TAHUKAH ANDA;
1. Arnab tidak boleh muntah atau memuntahkan- jadi berpuasa sebelum apa apa rawatan adalah tidak perlu
2. Arnab tidak berpeluh
3. Arnab mengimbangi suhu badannya dengan mengunakan telinga
4. Arnab tidak dapat bertahan dalam cuaca panas, tetapi boleh bertahan dalam cuaca sejuk
5.Arnab mempunyai 28 batang gigi
6.Terdapat 43 jenis arnab yang diluluskan oleh ARBA
7. Arnab mempunyai 18 jari kaki dan kuku - 4 jari kaki belakang dan 5 jari di kaki hadapan
8. Terdapat 5 warna mata yang dilulusakan oleh ARBA - Pink ( Bukan ruby atau red), Marble, Blue,Blue-Grey and Brown
9. Mana diantara berikut lahir pada tahun Arnab ? Albert Einstein, Angelina Jolie, Brad Pitt , Bob Hope - kesemua mereka lahir pada Tahun Arnab
10. 1915, 1927, 1939, 1951, 1963, 1975, 1987 , 1999 adalah tahun arnab , tahun arnab yang berikut adalah pada tahun 2011
11. arnab boleh melompat melebihi 1 meter tinggi dan 3 meter jauh
12. Telinga arnab terpanjang dimiliki oleh American Rabbit, Nipper’s Geronimo dengan ukuran 31.125 inci panjang
13. Umur anab yang tertua direkodkan adalah 19tahun pada masa ia mati
14. Arnab terbesar adalah seberat 26 pounds
15. Jumlah anak yang dilahirkan oleh arnab paling banyak direkodkan pada tahun 1978 dan 1999 iaitu sebanyak 24 ekor
16. Terdapat 150 jenis warna arnab- selamat megumpul warna adik adik
17. Arnab dapat melihat kebelakang tanpa memusingkan kepalanya
18. Arnab tidak dapat melihat dengan kedua dua matanya
19. arnab betina mempunyai 2 rahim yang berasingan , tetapi boleh menampung janin yang berlainan tahap matang pada masa yang sama
20. arnab hanya menyusukan anak sekali sehari dan ini dilakukan hanya apabila arnab merasa selamat untuk masuk kedalam sarangnya.
Wednesday, March 25, 2009
Jenis: Pure Anggora
Mix Breed
Mix Anggora
Holand lop
Lion Head
Lokasi: Bandar Sri Damansara
Kuala Lumpur.