Sunday, February 17, 2013

seeking His love and smiling endlessly.

Bismillahirrahmanirrahim.


second week of the semester was started with few works on case-hearing to be presented before a judge, the client counselling yada, yada..after all, seems like diri ini tidaklah terlalu bizz busy dan menunggu 'heat' kesibukan dengan all those academic thingy bila dah nak start middle of the semester. oke. that's common. 


actually, i prefer myself untuk berada dalam chaotic busy-ness. buat ini dan itu. ada kerja ni sekejap dan lepas tu kerja lain. dan ponnn.. ponnnn. (bunyi hon kereta jam tengah-tengah highway KESAS). sebab one thing, which masa yang banyak terisi tu lebih manis dan indah dari terlepet goyang kaki doing nothing on subjectively anything which can be considered generally by all human being as buang masa. (peringatan bertubi-tubi buat diri sendiri of course). yes, Rasulullah saw mengingatkan kita bahawa ada dua perkara yang selalu manusia tertipu padanya; nikmat sihat dan masa lapang. so, guna masa lapang untuk sibukkan diri dengan activities yang bagus, comel, dan buat kita senyum bangga :)

kesibukan diri boleh bawa kita usually ahead for two effects. first, kebaikan pada diri dan second, keburukan pada diri. simple. 

oke, now jom kita selak-selak lembaran otak untuk berfikir secara matang, koff koff, how to mem-pure kan hati dan iman even dengan kesibukan melampau biar apa pun yang kita buat dan usahakan, tidak menjadi fitnah balik pada kita. insyaAllah. :)


formula : niat baik + amalan baik = budak baik.
simple.

oke, oke. benar.'cakap senang la kan, cuba kau buat'.eh.habis tu kalau semua pun rasa susah sampai nak ubah diri jadi lebih baik pun payah benar, baik duduk dalam gua sorang sorang dan suka hati lah nak buat apa sorang sorang. boleh? 

life is never easy. if it is easy, we are all in Jannah lepak-lepak di atas tilam sutera empuk sambil makan ayam KFC 15 ketul jilat jilat jari. :)) as it is never easy, we all know that lotsss and lotsss of work to do untuk jadi yang terbaik pada pandangan Allah :) 

"yang demikian itu kerana sesungguhnya Allah tidak akan mengubah suatu nikmat yang telah diberikan-Nya kepada suatu kaum, hingga kaum itu mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. sungguh Allah Maha Mendengar, Maha Mengetahui" (al-Anfal: 53)

may Allah guide.
    

bangun, matahari dah tinggi!

Bismillahirrahmanirrahim.


years goes by. sekejap sangat! selalu ber-wondering dengan diri sendiri in my freshie-first year, that would i able to finish my study dan masa seems so hard-wrecking lambat membilang hari-hari convocation. tapi takpun. dah jadi terbalik. rasa macam masa unbelievably faster sampai bangun tidur pun pelik fikir, "eh, semalam baru je tidur kejap ni dah kena bangun". "eh, rasa panas lagi kerusi dalam lecture theater kelas Evidence menghadap Prof. Akram ni dah mass lecture lagi". "eh, dah final year" bla.bla.bla.

yang lagi penting dan selalu bermain dalam kepala, ->what is my contribution to Islam?. oh, akrimi ! apa yang diri ni dah buat untuk da'wah? untuk tarbiyyah diri sendiri apatah lagi orang lain? apa yang berlaku pada semua orang Islam kat dunia ni? oh!!!

Sultan Mohamed Al-Fateh berjaya menakhluki kota Konstantinopel pada waktu umurnya 24 tahun. oke. that's amazing. me myself? kalaulah kena lantik jadi panglima perang, koff koff dan pada waktu menjangkau 23 tahun masih belum ada apa-apa persediaan melawan musuh Islam, memang kalah besar, malu besar, dan sila lah balut badan macam mumia besar dek humiliation terbesar sebab umat Islam sekarang hakikatnya:

1) tidak berapa cerdik : orang bukan Islam yang pandai lagi bijaksana menguasai banyak bidang ilmu, ekonomi, senjata, dan namakan lah sendiri semua cabang yang kamu semua nak letak. oke. mereka jadi kuasa besar sebab bijak tapi kita? bijak, tapi ha, buatlah pekasam kebijaksanaan yang Allah bagi tu. suka sangat kan? 

2) hina : masalah sosial? siapa juara? tengok malaysia sudah. rempit, dadah, rompak, akhlak macam sampah sampah bertaburan DBKL lupa kutip dan semua perangai tak tentu hala. bunyi macam kasar kan? dah tu, ingat orang yang nak mengutuk hinanya orang Islam ni jarang-jarang ye kalau mengutuk cakap bahasa sopan. sekian.

3) lemah : sekejap. cuba belek peta dunia kejap. nampak 'negara Israel'? eh, negara apa sebelah-sebelah Israel tu? kiri kanan tepi belakang depan keliling? negara Islam kan? tak mampu nak lawan Israel? si pendatang tanpa izin, si penceroboh, si tetamu tak diundang tu oh, kamu kata US tolong Israel tu, sebab tu susah. eh, US tu sebenarnya ekonomi dah goyah. hutang $1.6 Trillion pun kita takut-takut? 

4) berpecah : ambil pinggan kaca, baling tinggi-tinggi dan krakkkk, krrukkkk, krekkkk, berderai prangg prangg. macam tu lah saudara-saudara Islam. pecah belah. nak berpegang pada Quran dan sunnah pun berpecah dan terbit ideologi macam macam. apatah lagi isu negara Islam ni kaya, tapi tak tolong yang lemah ni, yang ni banyak duit tapi lagi best dia kata kalau buat hotel tertinggi di dunia kat Dubai nun. kalau macam ni, macam mana nak  ramai-ramai berdepan bagaikan panglima Islam yang gagah dan macho depan penentang Islam? 


pandang diri sendiri dengan mata hati. tanya. sebelum Allah tarik nyawa kita, dan Allah akan tanya, "wahai hamba-Ku, apa yang kau lakukan dengan umurmu?" take a little step at first, do good deeds untuk agama ini. agama yang Rasulullah saw susah-susah perjuangkan untuk umatnya. sampai sakit sakit Rasulullah saw tu berperang, tercucuk pipi dengan besi, di baling tahi, di ejek orang Quraisyh, takutnya dia-rasul kita waktu Jibril menurunkan wahyu pertama menyebut-IQRA'!. bacalah!. bacalah sebab dengan itu kita dapat ilmu. ilmu tu powerful oke! mana cinta kita pada agama ini? pada Rasulullah? TT

"dan berpegang teguhlah kamu semuanya pada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai-berai..." (Ali-Imran:103)

suatu ketika, Khalifah Umar berkata kepada sahabatnya: "impikanlah". seorang pemuda berkata: "aku mengimpikan negeri ini penuh dengan emas lalu aku infakkan pada jalan Allah". Khalifah Umar berkata lagi: "impikanlah". seorang pemuda berkata: "aku mengimpikan jika negeri ini dipenuhi dengan batu permata lalu aku infakkan pada jalan Allah". Khalifak Umar berkata lagi: "impikanlah". mereka berkata: "Kami tidak tahu apa yang hendak dikatakan lagi wahai Amirul Mukmunin". Khalifah Umar pun berkata: "Aku mengimpikan negeri ini dipenuhi RIJAL seperti Abu Ubaydah al-Jarrah, Muadz Bin Jabal dan Salim (hamba Abu Huzaifah). Lalu aku meminta tolong dari mereka untuk meninggikan kalimah Allah". 

Rasulullah saw yang baik hatinya itu meninggalkan kita dengan hanya Quran dan Sunnah. insyaAllah, hidup berlandaskan ini lebih dari cukup dari segalanya. Nabi Muhammad saw tidak meninggalkan kita dengan harta kekayaan limpah limpah. bahkan Masjidilharam itu pun berlantaikan tanah, berbumbungkan pelepah tamar dan hanya itu tinggalan bangunan buat sahabatnya. hatta al-Quran waktu itupun belum Rasulullah buku kan pun. hanya memori dan hati yang bersih milik sahabat membangunkan pembukuan al-Quran. its engrave in their heart, people. sedarlah, sampai bila pun, the most important thing adalah human resources dan bukan financial resources. tersebarnya Islam oleh sahabat-sahabat bukan dengan wang dirham bergunung tapi human resources dalam jiwa yang awesome melangit itulah yang berjaya menegakkan Islam. wallahu'alam.


moga thabat dengan cinta Quran dan Sunnah.

Monday, February 11, 2013

dah jadi rindu lagi

Bismillahirrahmanirrahim.


asif jiddan incik blog kerana membiarkan kamu kosong tanpa mesej mesej da'wah. juga buat orang yang sudi baca 'blog yang pandang sebelah mata belum tentu pun sudi'.kreekkk kreekk. (goyang goyang biji mata).

aha! bukan apa, rasa macam lagi best dan feel lebih kalau dapat tulis tulis dengan tangan sendiri lalu mengeluarkan tulisan sendiri di atas helaian kertas sendiri untuk di baca sendiri sendiri. kan dah panjang lebar.  --" shewshhh.

sampai saat menaip ni pun sebenarnya kinda know nothing to write on and hatta tajuk post tak terfikir dan di taip pun. i just realise how much i miss blogging and surfing the net berlama lamaan. (sebab nearly a year internet hanya di surf-surf bilamana there are tons of assignment) or perkara penting such as e-mail-ing, google-ing yang tidak dapat tidak harus juga dibuka link nya. or else i dunno what i should do with the net (weird tak? ahah :D) and minta lah tolong orang orang tersayang untuk tolong cek kan saja apa yang patut. admitting the fact that im not deeply into techno-techno thingy. nawaitu 'pasang' internet dekat incik henpon pun tak terlaksana lagi due to the fact no. two that i just dun realise much, it would be useful someday. oh, akrimi !! 


back to the real message of the post now, (hishh, suka hilang fokus akrimi ni), i know sudah ramai antara kita yang sudah disentuh nikmat manisnya iman. nikmat berkasih sayang dengan taufik dan hidayah. tapi, sebanyak mana nikmat ini kita kongsi dengan orang lain lalu mereka sama sama merasa dengan deria mereka sendiri, indahnya hidup dengan hanya mencintai Dia lalu Dia memberi pulang cinta-Nya untuk kita rasa dan kongsi? 

jannah itu indah, cantik, osem, gorgeous, hensem lagi lawa, tak best duduk sorang sorang. jom ajak ramai ramai orang- mencintai jalan tarbiyyah dan da'wah yang memerlukan mereka yang punya mujahadah tinggi sebab, benar, mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis saudaraku! (seronok seronok bahagia macam nak loncat loncat tengok ramai orang sama sama berjuang - tegakkan Islam walau apa cara sekalipun yang kita semua mampu insyaAllah).

semoga Allah redha.