Sunday, April 24, 2011

nothing that's worthwhile is ever easy

Bismillahirrahmanirrahim.




"You're going to across people in your life who will say all the right words at all the right times. but in the end, it's always their actions you should judge them by. it's actions, not words that matter"



langittasbih

Wednesday, April 20, 2011

menyusuri takdir-Nya

Bismillahirrahmanirrahim.


Ibnu Abbas orangnya buta. lalu, untuk hiburkan dirinya kerana banyaknya nikmat yang Allah berikan padanya, dia berkata:

"Allah sudah mengambil cahaya dari kedua-dua mataku, tetapi di dalam nurani dan hatiku masih ada cahaya, hatiku cerdik dan akalku tidaklah bengkok, dan di mulutku ada yang tajam seperti pedang terhunus"

bersyukurlah andai masih begitu banyak nikmat yang Allah masih sudi kurniakan untuk kita. tidak ditarik-Nya walau sampai senget-senget mulut mengomen itu ini tidak puas hati. menjadi orang yang benar-benar hadam erti syukur dalam hidup, benar bukan mudah. memang tidak. apatah lagi, menyampaikan kesyukuran buat sang Pencipta tetapi iman di dada lebih nipis dari kulit bawang. maka, potensi syaitan untuk menghasut anak Adam lebih hebat bukan?

punya iman sekecil biji sawi atau senipis kertas litmus bukan bermakna sampai bila-bila kita tidak akan dan memang-memang tidak akan memperoleh nikmat keimanan sebenar untuk jadi hamba-Nya yang terbaik. bukan juga bermakna yang kita tidak mampu menghadiahi Allah kesyukuran kita atas semua nikmat yang Dia pinjamkan. Allah itu sifatnya adil dan kasih. janji-Nya pasti untuk mereka yang berusaha sehabis baik menjadi soleh dan solehah demi mengejar redha-Nya.

benar juga yang tidak semua orang sempurna. sebab kita ini semua bergantung hidup dengan izin-Nya jua. tapi tidak salahkan mahu menyempurnakan agama dalam diri agar beroleh tempat di dalam jannah?

ingatlah, sesebuah kesempurnaan dan kematangan dalam hidup tak pernah datang begitu sahaja. ia merupakan hasil suatu proses yang biasanya memakan masa yang panjang. dan hukum ini berlaku untuk semua makhluk ciptaan-Nya.

"seekor ulat menghabiskan masa berhari-hari di dalam kepompong sebelum menjadi rama-ama yang cantik. setitis air mani menghabiskan masa berbulan-bulan di dalam rahim sebelum menjadi bayi yang comel. bahkan sebiji anggur yang sebelumnya mentah, lalu masak, kemudian kering dan menjadi kismis" ustaz umar muhammad noor.

bersyukurlah dengan apa yang ada dalam hidupmu sekarang. kerana itu sifat orang yang qana'ah dan tenang jiwanya. tetapi jangan pernah berhenti berjalan dalam hidup untuk mencari kesempurnaan beragama. ya, hingga nafas yang Allah pinjamkan ini di ambil-Nya semula. semoga Allah selalu menghidupkan akhlak dalam diri ini dan diri kamu.insyaAllah.


Tuesday, April 19, 2011

menjadi yang cantik di sisi Allah

Bismillahirrahmanirrahim.

kesukaan bercantik-cantik tidak salah. tidak juga dosa. kerana itu fitrah manusia. tapi yang menjadikan salah dan dosa itu datang bilamana ia bertentangan dengan syara'. ah, saya tidak mahu berpanjang-panjang berkata itu ini tentang pemakaian orang perempuan. kalau yang bertudung pun tidak mampu menjadi contoh yang baik, kasihanilah diri sendiri.

bertudung bukan untuk menutup rambut semata. bertudung ada caranya mengikut garis panduan Islam. malas lagi mahu cakap panjang-panjang. buka al-Quran dan sila rujuk surah al-Nur.

entahlah, saya yang perempuan ini pun malu kalau terpandang orang perempuan lain berpakaian tapi...

rujuk hadith riwayat Muslim, "...dan perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencederungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar bonggol unta. mereka ini tidak akan masuk syurga, dan tidak akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian" .

lalu, pandangan orang lelaki kalau yang ter-pandang atau saja-saja pandang 2 3 kali macam mana? ah,, ini juga saya tidak tahu. belum pernah masuk dalam akal fikiran orang lelaki dan selidik apa yang ada dalam fikiran mereka.

dan lagi, fesyen muslimah yang melebih-lebih-lebih sekarang ini dengan tagline kononnya menutup aurat itu sila fikir semula dengan jelas guna akal yang sihat. jangan kerana nafsu, lalu yang salah cuba dinampakkan betul. berani menyanggah dan menolak kebenaran demi mempertahankan pandangan dan pendirian yang menyalahi ajaran Allah swt, kebanyakannya bukan tidak tahu salah, tapi memang tidak mahu tunduk pada kebenaran. rujuk lagi surah al-An'am: 121.

jadi,,



muslimah tercinta,,

kita ini umpama berdiri di satu pelabuhan kehidupan, sedang menunggu kapal yang akan membawa kita ke destinasi terakhir di sebuah dataran besar, iaitu akhirat yang lebih kekal. tingkatkan ketaatan pada Allah dan Rasul-Nya. carilah yang menyenangkan Allah dan bukan untuk menyenangkan manusia semata. semua orang berharap ganjaran jannah. yang memang tersedia untuk golongan yang benar-benar beriman dan bertaqwa kepada Allah. persoalannya, layakkah kita?