Saturday, July 24, 2010
courage to persist on, bring me closer.
Thursday, July 8, 2010
my mind talks with hijab outside.
pada rasa-rasa hati saya, bacaan ini lebih seronok dibaca orang perempuan. orang lelaki tentu saja nanti rasa bosan. biasalah, ini cerita tentang tudung-tudung. bukan tudung saji buat tutup lauk-lauk sedap tengahari tadi daripada serangan puan lalat dan encik cicak. tapi tudung di kepala ye. oh ya, no offence. silalah teruskan bacaan kalau mahu. heh.
zaman 90-an dulu, (macam lama sangat pula) tidak pernah ada di pasaran pun tudung-senang-main-sarung-je. kalau zaman sekarang ini, baby umur 9 bulan yang comel-comel-comel pun sudah boleh bertudung. selalunya waktu hari raya sajalah. mahu bergambar lah katakan. waktu yang lain, tidak terlarat pula si ibu nanti mahu membasuh tudung si baby yang suka comot-comot kalau makan dan minum. masa saya kecil-kecil molek dulu, saya tidaklah dari umur 7 tahun sudah bertudung. tapi, memang sungguh-sungguh ingat tudung pertama saya warnanya biru laut dan berbunga batik warna merah jambu. sangat cantik. kainnya lembut dan dibeli oleh ayah di Pasar Seni Kuala Lumpur. oh, sebab itulah tudung itu bercorak batik. masa itu baru 5 tahun.
bila sudah besar sedikit, umur sudah menginjak angka 10, ayah beri arahan untuk memakai tudung lebih-lebih lagi kalau pulang ke kampung. kaum sepupu pula ramai lelaki dan mereka itu bukan muhrim. jadi, no free hair ye kaklong dan adik awin!. (kadang-kadang saya ber-free hair juga) tapi, biasalah, kecil-kecil nakal dan degil. maka, saya hanya memakai serkup sahaja kalau balik kampung atau ada orang datang rumah. ya. hanya berserkup. ya Allah. kelakar sungguh kalau diingat semula. macam makcik-makcik. haha.
berserkup lebih senang dan praktikal kira saya pada masa itu. maklumlah, kalau sudah bermain tidak ingat dunia. berbasikal pusing-pusing depan rumah dan waktu maghrib dipanggil suruh mandi baru pulang. tambah lagi, kalau kaum-kaum sepupu menggoda untuk pergi main lecak dan hujan. waktu senja waktu semua orang dalam rumah mahu siap-siap solat, gatal mata pula mahu intai kelawar dari balik pokok pisang di luar rumah. korek tanah sampai berlubang-lubang untuk main congkak berbuahkan biji celagi. ah, macam-macam. lalu, tudung atau serkup lebih selesa untuk bermain? tentu saja saya pilih serkup. haha. tapi, kebiasaan tamat bila sudah darjah lima. tudung yang harus dipakai. barulah tepat kriteria bertudung. (kata ayah). maka, pulang ke kampung dan bermain bersama sepupu-sepupu wajib bertudung dan bukan lagi serkup. itu sudah jadi kebiasaan untuk diamalkan. bertudung, memakai baju lengan panjang hatta bersama sepupu sendiri. apatah lagi itukan perintah Allah. kenangan. lambatnya baru bertudung betul.
"Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan (kemaluan) mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan. Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan (kemaluan) mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya, dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan tudung kepala mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka….." ( An-Nisa' : 30-31)
sekarang, bila masuk universiti, entah kenapa susah pula mahu cari tudung yang sesuai. banyak karenah pula ya kamu akrimi. bila sudah mula pakai tudung bidang 60' jualannya kurang sedikit dipasaran. kalaupun ada, kainnya banyak yang bercorak dari yang kosong. (tidak kisah sebenarnya corak atau tidak). tapi, kalau baju sudah bercorak takkan pula tudung bercorak simpang siur sana sini. macam apa pula nanti. kalau baju kain kosong itu tiada masalah. kain tudung bawal pula kainnya jarang. nampak bayang-bayang tengkuk. kalau mahu juga pakai, perlu memakai inner tudung (tudung sedikit singkat dan kecil) di dalam untuk tutup leher. sedikit panas. tapi mahu buat macam mana. maka, tudung bawal memang tidak menarik perhatian tapi sulamannya memang menarik perhatian. heh.
ini contoh tudung 60'. sumber dari sini.
Monday, July 5, 2010
when you're talking about love.
oh ya. ini bukan 'when you're talking about your love' ,you-know-what. ehem.ehem. lalu, semua terasa semangat mahu klik post ini dengan harapan yang juga-tidak-diketahui penulis. tapi ini cerita-cerita cinta pada Yang Mencipta saya dan kamu. cerita yang ini lebih manis-manis dan indah kan.wahh! wahh! macam mahu main terbang-terbang bawah langit atas bumi pula rasanya. (entah kenapa saya minat benar untuk terbang-terbang. tapi bukan dengan menaiki gergasi besi yang dibawa si pilot yang kononnya kacak bergaya itu. cukuplah boleh terbang secara automatik lalu terasa angin lembut dan nyaman sambil sentuh burung-burung yang terbang) heh. harapan.
Allah sayang saya. Allah sayang juga pada kamu. tentunya. maka, tanyalah pada diri, adakah cukup sayang kita pada Allah yang Maha Penyayang? cukupkah cinta kita pada Dia? benar-benar hebatkah cinta kita itu lalu kisah cinta Shah Jahan dan Mumtaz Mahal awal-awal lagi kalah. tidak lupa juga, Romeo dan Juliet menangis kerana ada kisah cinta yang lebih hebat dari mereka.
kita kata kita sayang Allah. ya. dengan menjaga solat. mengikut segala prinsip-prinsip yang tertulis pada rukun iman dan Islam. berbuat baik pada semua orang. dan ada yang berkata, 'saya masih sayang Allah, biarpun saya ini kadang-kadang berbuat dosa. saya manusia biasa'. oh, kalau yang ini, ya, ini urusan mu dengan tuhan mu. tapi, bagaimana ya, mahu rasa yang kita ini sayang pada Allah. pada Rasul?
kamu suka tak dengar lagu-lagu Maher Zain? saya suka! lagi-lagi lagu Always Be There. lagu yang mengingatkan kita pada Allah, pada Rasul, pada semua. ulang dan ulang pun tidak bosan. saya suka pada Maher Zain. biarpun saya tak pernah bersua muka dengan encik Maher zain ini. ya! seperti itulah bandingannya dengan cinta kita pada Allah. ( walaupun nisbahnya jauh sekali). dan, kita tak pernah bersua dengan Allah, tapi kita sayang pada Allah. kita tak pernah jumpa Rasulullah, tapi kita sayangkan Rasulullah yang sungguh baik hatinya itu.
untuk sayang ♥ dan cinta pada sesuatu atau seseorang, tidak semestinya kita perlu bermula dengan berjumpa. cukuplah dengan melihat dan mendengar dan juga mengetahui kehebatan serta kualitinya, sudah cukup untuk merasa suka dan senang. contohnya, kamu mendengar betapa hebatnya Khalid al Walid, dan kamu mengaguminya. kamu tahu Nelson Mandela itu sungguh bersemangat dan kamu mengaguminya biarpun kamu tak pernah berjumpa pun dengannya. lalu, hidangkanlah hati dan dan akalmu untuk lihat keindahan dan kehebatan ciptaan Allah. kamu merasa cinta-Nya. dan juga, banyakkanlah membaca dan mendengar kisah sirah Rasulullah. agar bertambah cinta kita pada Rasul Terakhir itu. takut-takut, kalau cerita drama slot akasia di TV3 yang lebih kita minati, maka, yang lebih kita kenal ialah pelakon-pelakon drama dari kita mengenali Rasulullah. nauzubillah.
“Katakanlah (wahai Muhammad):"Jika kalian benar-benar mencintai Allah, maka ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosa kalian. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang". (Ali Imran:31)
p/s : jom!!jom!! lebih-lebihkan sayang kita pada Allah dan Rasul. dan semua orang. saya menulis ini, dan saya menegur diri saya sendiri sebelum saya menegur orang lain. langittasbih.