Kertas Kerja Legasi Tuan
Guru - Mengimbau Saat Enakmen Syariah Kelantan diperkenalkan.
Muhammad Nuruddin Bashah
Latar belakang
PAS melalui Perpaduan Ummah bersama S46 telah berjaya menguasai
kerajaan Kelantan pada tahun 1990.
Pada awalnya tiada calon MB, selepas dipujuk beberapa kali barulah
Ustaz Nik Aziz bersetuju menjadi MB. Berkelayakan Master Perundangan
Islam Universiti Al Azhar melayakkan beliau memahami erti
Perlembagaan, Enakmen, latar belakang common law, kanun keseksaan
dan lain-lain.
Tuan Guru MB dari awal telah sedar bahawa mengazet Enakmen adalah
tanggungjawab asas untuk melegitimasikan 100 % undang-undang jenayah
syariah, soal jatuh hukum atau laksana hukum ia perkara kedua
selepas jatuh hukum. Hal ini menutup hujah golongan yang menganggap
jika banjir, kemarau, ekonomi meleset Sahabat sendiri tidak laksana
hudud. Sedangkan pada zaman sahabat hudud dan Qisas digazet secara
automatik warisan Rasulullah. Ianya sah walaupun ditanggung atau
gugur hukuman apabila negara berada dalam kondidi tertentu. Isu
pokoknya adalah perlu digazet/dilegitimasi tanpa patuh kepada
syariah Allah.
Sikap kerajaan pusat awalnya
Isu Kelantan belum
laksanakan manifesto Hudud 1990 dijadikan bahan kempen BN pada
Pilihanraya kecil Bukit Payung di Terengganu 1992 - Calon PAS Ustaz
Baharudin Mohamad kalah.
Manifesto PAS 1990:
PAS yakin bahawa sistem perundangan dan kehakiman Islam adalah yang
terbaik untuk dilaksanakan bagi menyelesaikan perlbagai persoalan
pemerintahan. Kerajaan negeri akan menjadikan Al Quran, As Sunnah,
Ijmak dan Qias sebagai sumber rujukan perundangan dan kehakiman di
negeri ini.
Perkara 3.2 Pindaan Dalam
Perlembagaan Negeri juga turut menyebut “beberapa Enakmen akan
dipinda ke arah lebih menepati kehendak-kehendak Islam secara
menyeluruh.
Rentetan kempen Bukit
Payung - UMNO terjerat kerana mencabar Kelantan laksanakan hudud,
akibatnya Dr Mahathir terpaksa mengeluar kenyataan ‘back fire’.
“ Mereka
mahu melaksana hukuman hudud, termasuk potong tangan, potong kepala
dan rejam sesiapa yang melakukan jenayah tertentu. Kalau mereka
berpendapat bahawa dengan memotong tangan dan kpala baru cukup
Islam, itu terserah kepada mereka asal melaksanakan setakat di
Kelantan. Saya nak tahu siapa ahli PAS yang nak memotong tangan
orang kerana bukan mudah hendak melakukannya”
( Berita Harian 17 April 1992 tajuk Rancagan Kelantan laksana Hukum
Hudud: Pusat Tidak halang)
Kemudian Dr Mahathir bagi
laluan lagi (mencabar) dan menjadi ‘back fire kedua’. “ Jika
mereka hendakkan sangat hukum hudud, mereka kenalah cuba hukum
mereka sendiri, atau mahkamah mereka sendiri”
( Utusan Malaysia 25 April 1992 tajuk Hudud: Kelantan Perlu ada
Mahkamah Sendiri)
Ghaffar Baba juga mencabar
PAS “ BN
tidak sama sekali bawa usul seumpama itu ke Parlimen atau
bekerjasama dalam soal tersebut, tetapi dalam masa yang sama tidak
menghalangnya. Dalam pembentangan usul itu nanti, PAS kenalah
melobi DAP, MCA, MIC, Gerakan untuk mendapat sokongan
“ ( Utusan Malaysia tajuk : PAS kena bawa sendiri Usul Pinda
Perlembagaan)
Sikap sebenar kerajaan ditampil oleh pimpinan lain
Tun Ghaffar Baba - Hudud hanya 0.01 % daripada ajaran Al Quran.
Dato’ Hussein Ahmad (Ketua Penerangan UMNO 1990an - Enakmen
Syariah Kelantan terbukti bukan hukum Al Quran dan Hadis. (Utusan
Malaysia 28 April 1992)
Nakhaie Haji Ahmad (Timbalan Ketua Penerangan UMNO) - perlaksanaan
hudud di Kelantan mencemar nama baik Islam di kalangan masyarakat
bukan Islam. PAS perlu guna pendekatan bijaksana untuk mendekati non
muslim bukan dengan perlaksanaan hudud (WATAN 3 Mei 1992 bertajuk
PAS cemar Nama Baik Islam)
Syed Hamid Albar - Hukum Hudud bertentangan dengan Perlembagaan Lord
Reid ( Utusan Malaysia 12 April 1992)
Anwar Ibrahim (Timbalan
Perdana Menteri) - “ Apakah
semua perubahan perundangan Islam akan dapat menyelesaikan masalah
ummah?...Syabas kepada Ku Li kerana menyokong usaha itu, tetapi
adakah beliau tahu tentang hukum hudud ini?”
( Mingguan Malaysia 26 Mei 1992)
Najib Abd Razak (Ketua
Pemuda UMNO/Menteri Pertahanan) - “ Kelantan
harus dipertanggungjawab jika berlaku huru-hara, ketidakstabilan
politik, perpecahan umat Islam dan kegelisahan rakyat apabila hukum
Hudud dilaksanakan.”
(Berita Harian 21 April 1992)
“Hukum rejam kepada
penzina adalah primitif.”
(kata Dr Mahathir Mohamad: 3 Mac 1994).
“Apabila hukum rejam batu
sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya
ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan. Ini sangat
memalukan umat Islam kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya
dan boleh meneruskan kerja.”
(Dr Mahathir Mohamad: 14 Julai 1992).
“Bagaimana kita boleh maju
kalau orang Islam sudah tiada tangan dan kaki. Bagaimana mereka mahu
bersaing dengan bangsa-bangsa lain kalau sifatnya sudah tidak cukup.
Hukum hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai
rakyat berbilang kaum dan agama.”
(Dr Mahathir Mohamad: 2 Mei 1992).
“Saya akan memastikan
bahawa negeri-negeri yang diperintah oleh BN tidak akan melaksanakan
hukum hudud.” (Dr
Mahathir Mohamad: 1994).
Tiada kaum melayu yang menolak hudud ketika itu
Semasa draf dibentang tiada suara non muslim menolak samada BN
ataupun pembangkang.
Hari ini terlalu ramai non muslim menentang hudud kerana nas dan
hujah menolak hudud yang dikumandangkan oleh pimpinan melayu
sendiri.
Ucapan Pembentangan Rang Undang-undang Enakmen Jenayah Syariah
Kelantan 1993
Tuan Guru nyatakan dalil ini:
Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa
yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut
kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak
memesongkanmu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah
kepadamu. Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima hukum Allah
itu), maka ketahuilah, hanyasanya Allah mahu menyeksa mereka dengan
sebab setengah dari dosa-dosa mereka; dan sesungguhnya kebanyakan
dari umat manusia itu adalah orang-orang yang fasik.
(Al Maidah : 49)
Dan ini:
Wahai Daud, sesungguhnya Kami telah menjadikanmu khalifah di bumi,
maka jalankanlah hukum di antara manusia dengan (hukum syariat) yang
benar (yang diwahyukan kepadamu); dan janganlah engkau menurut hawa
nafsu, kerana yang demikian itu akan menyesatkanmu dari jalan Allah.
Sesungguhnya orang-orang yang sesat dari jalan Allah, akan beroleh
azab yang berat pada hari hitungan amal, disebabkan mereka melupakan
(jalan Allah) itu.
(As Sood : 26)
Tegaskan tuntutan amanah melaksana syariah adalah wajib dan dosa
besar jika tidak dilaksanakan.
Enakmen
disahkan oleh Jumaah Ulama’Majlis Agama Islamnserta oleh Mufti
Kelantan.
Isu menakutkan pelabur sahajakah pelru difikirkan, walaupun
pertumhukan ekonomi itu penting bagaimana dengan isu pertumbuhan
iman?
Sesungguhnya
Kami telah menurunkan Kitab Taurat, yang mengandungi petunjuk dan
cahaya yang menerangi; dengan Kitab itu nabi-nabi yang menyerah diri
(kepada Allah) menetapkan hukum bagi orang-orang Yahudi, dan
(dengannya juga) ulama mereka dan pendita-penditanya (menjalankan
hukum Allah), sebab mereka diamanahkan memelihara dan menjalankan
hukum-hukum dari Kitab Allah (Taurat) itu, dan mereka pula adalah
menjadi penjaga dan pengawasnya (dari sebarang perubahan). Oleh itu
janganlah kamu takut kepada manusia tetapi hendaklah kamu takut
kepadaKu (dengan menjaga diri dari melakukan maksiat dan patuh akan
perintahKu); dan janganlah kamu menjual (membelakangkan) ayat-ayatKu
dengan harga yang sedikit (kerana mendapat rasuah, pangkat dan
lain-lain keuntungan dunia); dan sesiapa yang tidak menghukum dengan
apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka
mereka itulah orang-orang kafir.
(Al Maidah: 44)
Arab
Saudi laksana hudud tetap ada pelabur dan pertumbuhan ekonomi juga
tinggi.
Persiapan hakim, mahkamah dan penguatkuasa telah disediakan oleh
kerajaan Negeri.
Hukum
sebat misalnya mudah dilaksana kerana telah lama dilaksana secara
Islam di Kelantan melalui Hukum Sebat 1987. Rotan menurut syariah
juga telah disediakan di Penjara Pengkalan Chepa.
Undang-undang hudud pernah dilaksana di muka bumi Melayu tetapi
disekularkan oleh penjajah.
Sesudah
itu, patutkah mereka berkehendak lagi kepada hukum-hukum jahiliyah?
Padahal - kepada orang-orang yang penuh keyakinan - tidak ada sesiapa
yang boleh membuat hukum yang lebih pada daripada Allah.
(Al Maidah : 50)
Undang-undang
hudud adalah undang-undang paling sukar dilaksanakan kerana
memerlukan syarat yang ketat. Ia tidaksewenangnya menghukum (seperti
yang difahami oleh Dr Mahathir pada tahun berkenaan). Takzir adalah
solusi apabila hudud tidak layak dikenakan.
Hujah Dr Mahathir yang mudah disangkal (Ucapan di Nilam Puri
1992)
Hukum Hudud Kelantan adalah Hudud PAS
Jawapannya :
Adakah undang-undang sivil adalah undang-undang UMNO?
Angkatan Perpaduan Ummah terdiri daripada PAS, S46, Hamim, Berjasa
dan semua setuju untuk laksana Hudud.
Jika ada kekuarangan dari aspek teknikal bahasa undang-undang- jika
ikhlas boleh sahaj ditegur dan dibahas sehingga lumat agar
undang-undang ini praktikal dengan suasana pendakwaan, kepolisan dan
penguatkuasa semasa Malaysia bukannya ditolak mentah-mentah.
Undang -undang hudud di Kelantan tidak menjamin keadilan
Jawapannya :
Banyak lagi hukum Islam yang nampak tiada logik pada akal seperti
keliling kaabah dll.
Keadilan Islam adalah menurut manhaj Rabbani bukan akal manusia.
Prinsip
dalam undang undang jenayah Islam jauh lebih baik iaitu "lebih
baik hakim tersilap bebaskan 10 orang bersalah dari hakim tersilap
sabitkan seorang yang tidak bersalah sebagai bersalah".
Islam menjunjung tinggi konsep bahawa ‘pada asalnya seseorang itu
tidak bersalah’ (al-aslu bara’ah al-zimmah). Tahanan tanpa
bicara dianggap satu kezaliman dalam Islam walau dengan apa alasan
sekali pun. Jika seseorang itu dikatakan melakukan jenayah, maka
perkara jenayah itu perlu dibuktikan oleh pendakwa di hadapan hakim
di mahkamah. Beban bukti terletak pada pendakwa. Jika tiada bukti
bahawa tertuduh itu melakukan jenayah, maka tertuduh itu perlu
dilepaskan dan dia bebas dari tuduhan itu. Dalam undang-undang
jenayah sivi, terdapat peruntukan yang membenarkan tahanan tanpa
bicara yang disebut sebagai tahanan pencegahan atau preventive
detention. Contohnya Akta Keselamatan Dalam Negeri membenarkan
seseorang yang disyakki menjejaskan keselamatan awam ditahan selama
60 hari tanpa bicara untuk siasatan. Seseorang yang pada pendapat
Menteri Dalam Negeri boleh menjejaskan keselamatan awam pula boleh
ditahan selama dua tahun. Mereka boleh ditahan tanpa dibicara di
mana-mana tribunal atau mahkamah.
Kempen Islamisasi UMNO Kelantan
Dalam Pilihanraya Kecil
Kelantan DUN Lundang Mac 1994, UMNO telah menggunakan slogan
Perisytiharaan 14 Syawal 1414 yang bertema “Menegakkan
Islam Secara Bijaksana”.
Tuan Guru counterback
slogan itu dengan kempen “Tak
Dok Sebab Demo Nak Lawe Kawe”
dengan fakta-fakta kempen seperti dalam nukilan di bawah.
Nukilan ini disiar dalam Majalah Khas Krisis Hudud yang diterbit pada
tahun 1992 yang disunting oleh Tarmizi Mohd Jam (kini dato')
Tak Dak Sebab Demo Nak Lawe Kawe
Hudud
telah kawe bente
Dale dewa
Wakil demo sokong
Sekali dengan kawe
Pembangune pun sudoh
Kawe laksanoke
Hue demo kube 700 juta
Sudah kawe kambuhke
Judi arak, konsert rock
Kelab male hak zame demo
Kwe telah halang
Anak-anak demo hok kerja
dengan kerajaae
Kawe tok buwan
Puak puak curi baak
sudah lama kawe ambil tindakke
Bakul tapai, sayur, ike
Kawe tak bui tendang
kakitange kerajaae kawe bui
pehe Islam
Tak dak sebab demo nak lawe kawe
Di mana silap tolong demo tunjuk ke
Kawe berjale
Membangunkan Bersama Islam
Bak po gak demo nak berjihad bunuh kawe
Demo ni sungguh la orang tak reti Quran
Tak dok sebab demo nak lawe kawe.