Syifa' Pun Merindui Abi

Abi..tadi syifa' kunjung blog abi..abi kata abi rindu kat syifa'..syifa' pun rindu kat abi juga tau..rindu sangat abi..syifa' rasa dah tak sabar2 nak jumpa abi hujung minggu ni..nanti kita duduk sama2 kat abi..seronok nyer..
Baca Selanjutnya...

Sarawak @ Kelantan


Salam sahabat2..abi syifa' dapat offer kerja kat SHELL Malaysia di miri, sarawak..ni dah kali ketiga dah SHELL offer kat abi..keputusan untuk pergi atau tidak, masih dalam pertimbangan..abi syifa' ngah buat istikharah lagi disamping meminta pendapat daripada keluarga dan sahabat2 abi..jadi sahabat2, syifa' pun tak tahu lah samada syifa' ni jadi orang kelantan ke atau orang sarawak..ikut perancangan, hujung bulan ni sepatutnyer syifa' ngan ummi pindah ke rumah kami di kelantan..tapi sekarang, antara dua, samada kelantan @ sarawak..ummi ngan syifa' tak kisah..yang penting kami nak sentiasa di sisi abi..okay, kita jumpa lagi nanti yer..syifa' nak tido..abiiiiiiiiiiiiiiiiii, syifa' sayang abiiiiiiiiiiiiii..syifa' rinduuuuuuuuuuu sangat kat abi..ummi pun tau..muahhhh..
Baca Selanjutnya...

Syifa' Sayang Abi

Abiiii..syifa' sayang abi..syifa' nak abi sentiasa kuat dan tabah..ummi pun sayang abi juga..ummi selalu cakap kat syifa', suh syifa' jadi anak yang solehah..taat pada ummi dan abi..hormat juga pada kakak..abiii, abi jaga kesihatan yer..jaga makan dan minum..syifa' ngan ummi jauh..tak dapat nak jaga abi..kami tak nak abi sakitt..tolong yer abi..jaga kesihatan abi..demi syifa', kak fatin dan ummi..kami sayang abi..kami rinduuuuuuuu..
Baca Selanjutnya...

Kenali Sepupu Syifa'

Salam sahabat-sahabat..ni la gambar sepupu syifa'..comel kan..macam syifa' juga...hehehe..nama dia 'iffah mardhiyyah..
Baca Selanjutnya...

Sepupu Baru

Salam..syifa' hepi sangat..nak tahu tak?syifa' dah dapat sepupu baru..baru je lahir tadi..kul 3 petang..berat dia 2.9 kg..dia pompuan..sama macam syifa'..hehe..tapi dia takde nama lagi..syifa' beza umur ngan syifa' 26 hari jer..nanti boleh la syifa' belajar sama2 ngan dia..apa2 pun, doakan kami semua yer...erm, nanti syifa' masukkan gambar dia yer dalam blog ni..tungguuuuuuuuu..eh, lupa plak kat abi...abiiiiiiiiiiiiiii, syifa' rindu abiiiiiiiiiii...
Baca Selanjutnya...

Syifa' Kembali

Salam sahabat2..dah lama plak syifa' tak menulis di blog ini..syifa' sibuk laaa..hari tu abi balik..jadi syifa' nak lepaskan sepuas-puasnyer rindu syifa' kat abi..bukan apa, syifa' susah nak jumpa abi..abi syifa' duk jauh kat kelantan nun..lepas ummi syifa' habis pantang, barulah syifa', ummi ngan abi duk sama2 kat kelantan..umah kami kat nilam puri..dekat ngan KIAS..tempat abi keje..erm, nanti jemputlah datang umah yer..sahabat2 nak tahu tak..syifa' tak sabar2 tau nak tunggu saat tu..syifa' nak tatap wajah abi syifa' tiap2 hari..ummi pun camtu gak..hehe..kami sentiasa merindui abi..abiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii, syifa' ngan ummi rindu abiiiiiiiiiii..
Baca Selanjutnya...

10 Etika Anak Yang Soleh

  1. Tidak mempersekutukan Allah SWT, Syirik dan Murtad

    - Merupakan kesalahan dan dosa yang amat besar.

  2. Berbuat baik kepada kedua ibubapa

    • Kenangilah penderitaan ibu yang mengandung kita dengan segala susah payah. Apabila kita dilahirkan, kita disusunya sehingga berusia kira-kira 2 tahun.

    • Banyak bersyukur kepada Allah SWT kerana diciptakan kita untuk hidup di dunia ini.

    • Doakanlah kesejahteraan ke atas mereka dan semoga Allah SWT akan menjaga mereka sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil sehingga dewasa.

  3. Yang tidak boleh kita taati suruhan kedua ibubapa hanya apabila dipaksa syirik atau menyembah yang lain daripada Allah SWT (namun 'ketidaktaatan' ini harus dilakukan dengan cara yang baik - penuh hikmah, dakwah, siasah dan diplomasi) Ketaatan kepada ibubapa yang bukan Islam sekalipun (walaupun anaknya itu mualaf) masih diwajibkan (bukan taatkan suruhan mensyirikkan Allah SWT).

  4. Memahami bahawa segala amal ibadat kita diketahui oleh Allah SWT walau sekecil mana sekalipun.

  5. Mendirikan solat.

  6. Menyuruh perkara kebaikan dan melarang perkara kejahatan (Amar Makruf Wa Nahyu Anil Mungkar) - dakwah lidah, hati dan anggota.

  7. Bersabar dan redha diatas segala dugaan.

  8. Tidak menyombong dan membanggakan diri samada kaya atau miskin, berpangkat ataupun tidak, berilmu atau tidak, tua atau muda atau berketurunan (orang baik-baik) dll.

  9. Bersederhana dalam segala perkara.

  10. Bersikap lemah lembut dan beradab sopan

Baca Selanjutnya...

Syifa' Ceria Kembali

Salam..nak tahu tak?syifa' hepi sangat hari ni..ummi kata, malam ni abi nk bertolak balik ke sini..syifa' rasa macam nak melompat-lompat je..tapi, syifa' tak boleh lompat..hehe..abiiiiiiii, syifa' tak sabar nak tunggu kepulangan abi..syifa' nak peluk abi, nak cium abi, nak dakap abi erat-erat..syifa' rinduuuuuuu..
Baca Selanjutnya...

Syifa' Sedih

Salam..tadi, abi tipun..abi cakap, abi tak confirm lagi dapat balik tak minggu dpn..maybe abi balik minggu dpn satu lagi..sedihnya syifa' rasa..abi janji nak balik minggu dpn..tapi takpelah, abi mungkin ada keje yang lebih penting..syifa' redha walaupun sedih sgt syifa' rasa..ummi mesti lagi sedih..abi jgn risau ye..syifa' ngan ummi akan tetap kuat untuk abi tersayang..
Baca Selanjutnya...

Lagu Syifa' Buat Ummi & Abi

Aku sayang ummi,
Ummi ku sayang ummi,
Sayang sayang ummi, ummi ku sayang...

Ummi ku sayang kau ibu mithali,
Berkorban selalu untuk kami,
Ummi ku sayang kaulah serikandi,
Semoga Allah memberkati...

Aku sayang abi,
Abi ku sayang abi,
Sayang sayang abi, abi ku sayang...

Abi ku sayang kau abi mithali,
Berkorban selalu untuk kami,
Abi ku sayang dikaulah penyeri,
Semoga Allah memberkati...

Syifa' sayang ummi & abi...
Baca Selanjutnya...

Syifa' Merindui Abi

Assalamualaikum.

Salam buat semua..hari ini syifa' rindu sgt pada abi...kan abi syifa' duk jauh..sibuk memanjang je abi syifa' tu..dgr kata abi nak balik minggu depan..seronoknya syifa'..tu ummi la bg tau...td pun abi baru tipun..tp syifa' dgr je la..tak leh nak cakap lg..hehe..apapun, syifa' nak abi tahu yang ummi dan syifa' sgt merindui abi..sayanggggggggggg abi...
Baca Selanjutnya...

IKut Ummi & Abi ke Pekan

Assalamualaikum..

hari ni syifa' ikut ummi & abi ke pekan..ummi nak pergi mengurut..seronok berjalan ni..hehe..
Baca Selanjutnya...

Syifa' Berjaga Malam

assalamualaikum..

selamat pagi kepada semua..pagi ni syifa' masih tak tido lagi...huh letih ummi dan abi dia...duk merengek je keje dia..apepun itulah namanya pengorbanan ummi dan abi...
Baca Selanjutnya...

Lahirnya Nur Syifa' Izzati



Assalamualaikum..

Alhamdulillah..Segala puji bagi Allah..Akhirnya, tanggal 23 julai 08, selepas berada 2o jam dalam labour room dan operation room, seorang mujahidah solehah telah selamat dilahirkan..Nikmat & rezeki Allah yang tak ternilai...



Ya Rabb, betapa sakitnya bersalin hanya Engkau sahaja yang mengetahui..Benarlah, SYURGA ITU DI BAWAH TAPAK KAKI IBU..Lahirnya syifa' menjadi penawar sakitnya ummi ketika melahirkan..Moga syifa' menjadi penyejuk hati ummi dan abi, srikandi di medan dakwah..Terima kasih Tuhan diatas pemberiaanMu yang tidak ternilai...
Baca Selanjutnya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...