Sunday, June 27, 2010

ulat dalam muka

woh..amazing!! kenot belivit..
worm come out from your face dude..
gelimat aku tengok video ni..
kalau tak silap aku ni rawatan resdung.
depa kata pakai lipas tanah.
tenyeh2 kat muka pastu kuar ulat..

AMARAN : yang tengah makan sila habiskan makanan anda sebelum menonton video ni.. kang tak lalu makan pulak. penat2 korang tapau Nasi Kandaq Pelita, tak pasal2 buang camtu je sebab tak lalu makan tengok ulat ni..yang ada penyakit lemah jantung, asma, gout, lemah semangat, darah gemuruh juga tidak digalakkan menonton video ini. kanak-kanak bawah 18 tahun sila mintak izin mak bapak dulu sebelum tengok video ni. nanti mak bapak korang kata korang tade keje pulak dok tengok ulat.hoh





ntah2 dalam badan lipas tu dah memang ade ulat.
pastu sedap je tenyeh2 kat muka
tenyeh sampai hancur lipas tu kat muka
konon2 ulat tu keluar dari muka..lol

ayat manis : sila betoikan kalau info yang aku bagi ni salah. aku bukan seorang doktor resdung mahupun pawang..

Friday, June 25, 2010

warkah jumaat

hari ini hari jumaat
laki-laki wajib pergi sembahyang jumaat
tapi hari ni dari pagi tadi asyik hujan
aku suspect mesti ramai laki malas pergi sembahyang jumaat
alasan naik moto nanti basah kuyup
tak ada kereta dan banyak lagi alasan basi
ada jugak yang sedang giat menghasilkan tahi mata
dan juga peta Afrika
gara2 tido lewat tengok bola
dah lah hujan, memang syok lah tido ye dak?
pagi tadi ada orang meninggal depan rumah aku
orang tu sehat walafiat je sebelum ni
tiba2 pulak pagi tadi dia terjatuh kat dalam rumah
suddenly terus meninggal
Innalillah..
bertuah dan mulianya meninggal pada hari jumaat
yakni penghulu segala hari
semoga rohnya dicucuri rahmat..amin
Al-Fatihah

Monday, June 21, 2010

awek cun bikin panas

apa ringan2 tu? aku tak paham. pastu dalam kereta pulak. apa ni weh? makan makanan ringan dalam kereta ke? astaga..muka dah lah cun. tapi tanya soalan panas camni kat dalam Youthsays. saje je bikin isu. kalau nak tanya pun jangan la buat soalan yang melibatkan pelajar IPTA. terasa aku weh sebab aku budak IPTA!


klik kalau nak tengok gambar ni membesar


tak cukup dengan soalan pasal ringan2 ni, kau berani pulak tanya soalan berkaitan bra plak.. adeh,aku laki weh. tak pakai bra lah. aku pkai boxer..


klik kalau nak tengok gambar ni membesar


menurut budak2 kat dalam Youthsays tu, depa kata yang tulis ni bukannya pompuan. sebenarnya ada laki menyamar guna username irwaty_salina neh. dah tu mamat neh guna gambar ntah sapa2 ntah sebagai profile pic dia kat youthsays. adeh..kesian la pompuan yang jadi mangsa tuh. tu pasal la aku terpaksa conteng sikit kat picture tu. malu nya! dah la gambar pakai tudung, pastu tanya soalan macam tuh.. kes naya nih!

pastu aku dengar cite mamat empunya profile username irwaty_salina tu ada blog. depa kata blog dia sume pkai keyword2 yang xsenonoh.. tu pasal la dapat traffic tinggi. ish3..tak patot la buat macam ni kan. sian mamat2 yang tengah sangap tu. penat2 depa search "awek bugil", sekali tgk2 kuar blog kau pulak. bila bukak bukannya kuar gambar awek bogel, yang kuar pasal artikel Dapat Wang. apakena mengena lah Dapat Wang dengan awek bogel...haihh.


ayat manis : aku pun nak try lah buat keyword "awek bugil". nak tengok tinggi tak traffic yang aku dapat nanti.

Sunday, June 20, 2010

tunjuk sebab lama tak update blog

dah lama tak update. sorry bz sket. tengkiu kepada bloggers sume sebab setia menjadi follower aku. tak sampai sebulan aku wat blog ni dah ade 200 lebih folower. tanpa anda siapalah saya! heh..

salah satu TUNJUK SEBAB kenapa aku lama tak update blog :

khamis lepas sehari suntuk aku menghabiskan masa dengan Fatin. mula2 kitorang pergi Wisma Chase Perdana. pergi pejabat PTPTN sebab nak uruskan hal PTPTN si Fatin tuh.

sebelom bergerak aku google dulu jalan2 nak ke Wisma Chase yang terletak kat Jalan Semantan,KL. maklumlah, aku tak da GPS. so,tengok google map dulu pastu print. perjalanan dari Shah Alam ke Jalan Semantan sepatotnye 30minit dah boleh sampai tapi aku extend jadi sejam sebab sesat. 2,3 kali pusing2 highway. apa guna google map tu weh? salah aku kot tak reti bace map.

akhirnye setelah 5hengget duit tol dihabiskan akhirnye aku jumpe gak Jalan Semantan tu selepas bertanyakan jalan kat bangla Jaga (guard) dekat2 area situ. "Abang sini masok, kanan belok, sana ada itu Wisma Cesss". pandai jugak bangla tuh cakap Melayu. tau jugak kau jalan2 kat sini ye. ingatkan tak tau.

akhirnya jumpa gak Wisma Chase. nek opis PTPTN xsampai sejam pun. parking kena 4hengget. hoh, mahal! lepas tu kitorang gerak pulak pegi Damansara. aku dengar ada 50% discount for hoodies kat Badger Malaysia. aku ngan Fatin memang pantang nampak benda2 sale n murah ni. so apalagi kitorang pun serbu lah.


seronok Fatin dapat shoping kat Badger


dah puas shoping kitorang pegi pulak ikano Power Centre. niat ke sana sebab nak makan meatball. meatball sana sungguh sedap. kalau sapa2 yang tak penah try silalah ke sana. harga pun tak mahal. murah je. sepinggan 5ketul meatball + french fries = RM5. air siap bleh refill tu yang aku suka. haha.


pic credit to encik google
aku tak sempat nak snap pic meatball sebab khusyuk sangat makan


dah kembong perot makan meatball kemudian kitorang jalan2 kat ikea tengok perabot. aku memang pantang nampak katil empuk. hampir semua katil kat ikea tuh aku try baring. sedap je. dahla sejuk. naseb tak tertidur. tengah syok jalan2 aku terjumpa anak ayam kat dalam ikea. ntah camne lah boleh sesat dalam neh..



anak ayam ni aku jumpa kat Taman Burung @ ikano...


pastu jenjalan The Curve pulak. kat sana terselisih pulak dengan pelakon Nur Kasih - Sharifah Sofia. aku jeling je. segan nak tegur. haha. jalan2 lagi sket kat The Curve jumpe plak Jaclyn Victor. dah la lalu sebelah aku. jalan laju pulak tu. kelam kabot dah lambat nak pegi show kot.

harap korang boleh terima alasan aku dah lama tak update blog neh..

Friday, June 18, 2010

nak tiket sunway lagoon??

ni haa..aku nak bagitau kat korang sume. sapa2 yang tak pernah masok sunway lagoon lagi dan nak merasa main air elok lah join kontest ni sebab depa nak bagi tiket masok ke sunway lagoon kat sapa yang menang contest ni. buleh la korang sume main air, main game, masok rumah antu dan banyak lagi.

senang je cara dia. mula2 korang kena daftar sebagai ahli Sunway World Club. daftar free je. tak rugi pun. malah korang dapat macam2. baru2 ni besday aku dapat voucher men ice skating RM5 dari diorang. best2!! main ice skating cuma bayar 5hengget je. kalau normal price dalam belas2 hengget. so,dapatla merasa men ice skating cam kt obersea..

ni haaa game dia..



sila klik SINI kalau nak main game tu dan nak dapat tiket Sunway Lagoon.
mula2 kena main game dia..xsusah pun. kena tembak terminator je sampai sume mampos.

dan ini hadiahnya..


haa..apa lagi yang korang tunggu. cepat main game ni sebab tarikh tutop dia 21 June 2010..

Monday, June 14, 2010

two (2) tickets Toy Story Marathon 3D to be sold (URGENT!)


I have 2 tickets Toy Story Marathon 3D to be sold urgently ASAP. this is the special screening because u will watch 3 movie's (Toy Story 1,2 and 3) in 3D. and its earlier than the premiere 17 June. anyone who interested please leave your message at the comment form. only for serious person who wants this tickets only!

details for the screening :

Venue : TGV Sunway Pyramid
Date : 15 June 2010 (Tuesday- tomorrrow!)
Time : 7 pm
Hall 7
Free Seating

Price : RM30 for two tickets
(3 movie's lol)

award top 100 follower


waaa..ada orang kasi aku award la. thanks AJ sebab bg award neh kat aku. AJ ni adalah pemilik blog biliksoftware.blogspot.com. katanya dia bg kat aku award ni sebab nak menghargai follower yang telah mengikuti blognya dan aku adalah follower yang ke-100. tak sangka pulak follow blog orang pun boleh dapat award..hehe. Thanks AJ!!

Sunday, June 13, 2010

coklat Cadbury murah!

petang tadi masa aku menjalankan aktiviti blogwalking, aku terjumpa ada satu blog neh. namanya M(O_O)IS MOOIS. aku pun dengan tekun nya belek2 lah blog tuh seolah2 macam ada aura yang memanggil2 aku. pastu aku terbaca satu entry dia yang bertajuk CADBURY WAREHOUSE SALE @ Centro Mall,Klang. aku jadi gila sekejap. hampir2 nak meroyan. pastu aku trus stat kete n ajak budak2 rumah aku follow aku.

kelam kabut aku sebab lagi brape minit lagi diorang nak tutop..sampai2 Centro Mall aku tengok sume dok pakat borong sakan. bawak kotak besar2. banyak betol diorang ni beli. macam nak meniaga dah ha..

ni la coklat2 yang aku sempat beli..dan mampu dimiliki. murah beb! time ni la pun nak beli coklat banyak2 dan murah sebab kat kedai biasa tak dapat lah harga camni.


ni lah hasil borong aku dan budak2 rumah aku





yang ni aku beli 1 kotak rm20.
beli 1 kotak, dapat free 1 kotak. kira sekotak rm10 la
dalam kotak tu ada 12 pack coklat macam dalam gambar tuh
satu pack ada 3 coklat bar.
so,satu kotak ada 12x3= 36 coklat bar = RM10



pastu aku beli plak Cadbury Bite's.
1 peket besar ni ada 12 pack = RM5
murah..klu kat kedai 1 pack dah singget lebih kot


banyak lagi coklat Cadbury yang diorang jual. Dentyne n Clorets pun ada. murah kan! dengan RM15 aku dapat beli banyak coklat. aku rase cukup untuk stok 6 bulan. hu? cukop ke? kalau ikotkan hati aku tadi aku nak beli banyak lagi. tapi takot nanti mati tercekik pulak sebab terlampau banyak makan coklat.



ayat manis : tiap2 tahun aku mesti pegi event macam ni. sebab time ni la pun aku nak beli coklat dengan harga murah. Network Food industries yang terkenal dengan Crispy pun slalu jgak wat event camni kat Seksyen 16 Shah Alam.

siapa nak RM50?

ada contest lagi! kali ni cabotan bertuah plak atau dlm bahasa omputeh nye lucky draw. aku nak try la naseb aku. mane tau kalau bertuah dapat la rm50. jadi la nak bayar bil tenet. lagipun sapela nak bagi rm50 camtu je.

ni ada sorang blogger yang pemurah n sangatla baik hatinya nak sedekahkan rm50. korang nak jugak? nak tahu caranya..senang je..


RM50 untuk dimenangi, Join sekarang!


Syarat-syaratnya mudah sahaja:

  1. Jadi FOLLOWER blog Farhan Razak
  2. PASTE Link cabutan bertuah seperti di atas di blog anda
  3. Tulis satu POST yang anda dah masuk cabutan bertuah ni

camne? ada bran ka? jom join! cepat sebelum 30 JUN..

keranda

lama sudah aku tak update blog neh. mintak maap ye kepada sapa2 yang tag aku. aku xsempat lg nak reply dan jawab sebab bz sangat. aku sebenarnya sebok dgn urusan kutip utang ngan kutip hadiah contest2 yang aku masok.keh3. hadiah2 tu sume aku anggap hadiah besday aku la sbb besday aku bulan ni. jangan tanya aku contest apa yang aku masok. sila baca sendiri entry emel berhantu dan saya menang moto!

lepas amek hadiah contest kat opis Vision KL,Bangsar dan Senheng,Pandan Jaya member aku sorg ni ajak pegi muzium negara pulak. katanya nak tengok keranda. keranda?? nape nak tengok keranda sampai ke Muzium Negara pulak? kau pegi je kubur,korek pastu jumpe lah keranda..abes cte.haha. tapi yang ni macam2 jenis keranda beb kau boleh tengok- kata member aku tuh.

wah..menarik! pastu leh la tempah keranda yang mana satu kau nak. macam2 patern ada. yang paling best keranda tempayan. hoh,gila betol. sumbat mayat dlm tempayan.

jom layan gambar2 keranda yang aku sempat snap kt muzium negara


masok2 disambot dengan banner ni



ni orang zaman batu



ni la keranda tempayan
keranda orang zaman dolu2..


keranda tradisional orang Melayu


dengar cite keranda ni berharga ratusan ribu ringgit.
emas tu beb! brape karat ntah..


keranda orang kristian
siap ada bantal kat dalam utk wat alas kepala


baju2 yang dipakai oleh mayat orang cina


bekas abu


india punya
mayat berada dalam posisi dudok


india punya jugak


ada banyak lagi gambar tapi aku malas nak letak banyak2 kang takot korang tak boleh tido malam pulak nanti.. keranda yang paling best skali aku jumpe kat sini ialah keranda atas pokok. dah la mayat tu diorang gantung atas pokok. pastu mengadap pengunjung2 yang datang pulak tu.. terbaik lahh!! terkejot aku..

lepas penat tengok keranda kitorang pegi muzium utama pulak. aku nak masok muzium utama tu sebab nak jumpa dan bergambar dengan Hang Tuah. masok2 kena mengadap sultan dulu baru boleh jumpa Hang Tuah..



"ampun tuanku beribu2 ampun,
sembah patik harap diampun."


selepas mengadap sultan, aku dibawa oleh orang2 kat bawah ni untuk berjumpa dengan Hang Tuah.


ni macam orang zaman batu je
macam mana boleh idop di zaman Hang Tuah?


akhirnya dapat juga aku bergambar dengan Hang Tuah
katanya- Takkan Melayu Hilang Di Dunia



ayat manis : ada sapa2 nak tempah keranda tempayan tak?

Monday, June 7, 2010

bintang filem porno AS mati dalam keadaan yang tragik!

berita sedih untuk semua penggemar filem porno..
industri porno kehilangan seorang lagi bintang..hu?

eh,aku bukan penggemar filem porno ok! saje je nak share cite ni ngan korang. biar korang update sket dengan isu semasa. haha

Steven Steve Driver, bintang filem porno Amerika Syarikat, mati kerana jatuh dari tebing Los Angeles, California semalam. mamat ni tergelincir kt tebing tu mase nak larikan diri dari polis.

mamat ni lari sebab polis tengah cari dia sebab dia dah bunuh sorang dan mencederakan 3orang dengan menggunakan pedang. dia bunuh sebab kecewa kena pecat jadi porn star..ish3. macam dah xde keje lain je.

moral of da story : jangan jadi pornstar! sebab nti kau akan mati dalam keadaan yang sungguh menyayat hati..

video detik2 mamat ni jatuh dari tebing.. perghh, macam nangka busuk jatuh dari pokok tuu




credit to metro tv news

ayat manis : sapa2 yang simpan angan2 nak jadi porn star tu hentikan la. kau nak ke mati camni? renung2kan dan selamat beramal!!

Friday, June 4, 2010

kembali ke sekolah

pagi tadi bapak aku suh aku pergi sekolah. aku pening. apsal lak aku kena pegi sekolah. zaman sekolah dah lame aku tinggalkan. aku konpius bercampur sedikit mamai sebab baru bangun tidur. rupa2nya bapak aku suh pegi sekolah adik aku amek report card diorang. ceh! ingatkan nak suh aku masok skolah balek. jenuh!

bapak aku n mak aku tak dapat pergi sebab bapak aku keje n mak aku plak sebok ngan bisnes dia. so,aku la kena pergi wakilkan untuk diorang.

menjejakkan kaki ke sekolah rendah, best! rasa nak kembali je ke zaman tuh. syok je aku tengok budak2 dok men kejar2 la, aci nyorok la. best2! sonok je. cam xde pape masalah.

mula2 aku g kelas adik aku yang darjah 4 tu. aku duduk. tunggu turn. mak bapak yang lain beratur tak sabar nak tengok result anak diorang. aku sikit pun xteruja. apatah lagi ghairah. sebab aku bukan mak bapak pun. ngeng!

bila turn aku nak ngadap cikgu yang mengajar adik aku tuh, aku sedikit nerves sebab cikgu tu cun le pulak. muda lak tu. haha. rilek aren,cool! tarik nafas dalam2...lepasssss!!!

cikgu tu jemput aku dudok. aku pun dudok. cikgu tu senyum, aku pun senyum le balik. cett..da macam cite industan pulak. then, cikgu tu tunjuk kat aku result adik aku. timbul satu persoalan. so, aku pun tanya la. "cikgu, banyaknye no adik saya dapat. puloh2 plk tu". aku tepuk dahi. abeslah adik aku ni. balek umah kompem mak aku mengamok punye. lepas tu, cikgu tu pun gtau la apa yang dia lemah dan kami membincangkan langkah2 seteusnya untuk menjadikan adik aku ni pandai dan jadi orang yang berguna. dan apabila besar nanti dapat menggantikan tempat najib. huh?


yang ni bukan adik aku punya
credit to encik google :)


sorang dah setel, lagi sorang plak. lepas tu aku gerak pulak ke kelas adik aku yang darjah 6. macam tadi jugak. kena tunggu turn. haih..tunggu lagi.bila cikgu tunjukkan report card adik aku yang darjah 6 tu aku senyum je.. aku dah agak dah result dia camni. haha. cikgu tu pun dengan semangat nya mengulas dan membuat rumusan hasil dari keputusan adik aku tu. dia cakap adik aku ni kena banyak makan vitamin R.. aku angguk, tanda setuju tapi sedikit pening. ada ke vitamin R?? tak pernah pun aku jumpa lagi kat farmasi. mesti mahal kan.

balek umah aku tanya mak aku vitamin R tu ape. mak aku dengan selamba nye menjawab "RAJIN".
ceh, ingatkan ape mende la vitamin R tu.

yeah! aku berjaya mencipta satu formula..macam albert einstein
vitamin R = RAJIN = BERJAYA
vitamin M = MALAS = GAGAL

pastu, kat rumah aku pun ceritakan balek apa yang cikgu adik2 aku tu cakap pasal diorang kat mak aku. lantas, mak aku panggil kedua2 adik aku tu. dan bermula lah sesi "membasoh" dan rotan. haha. aku tengok je. xcampur.. sebab aku pun dulu masa sekolah pernah kena jugak macam tu. dah lali beb. tulisan buruk pun kena ketok tangan. tu pasal tulisan aku cantik sekarang neh :)

kalau korang pandai meh cuba teka aku yang mana..yang paling comel tu akula..hoh!




Wednesday, June 2, 2010

saya menang moto!! eh,silap.aku menang 4 tiket Toy Story marathon in 3D la..




yess!! akhirnya penat lelah aku berbaloi jugak. 3hari,3malam aku main menatang game padankan gambo ni. usaha aku selama 3 hari- xmakan, xminum dan xberak mendatangkan hasilnya.tadaaa i win tickets to watch Toy Story marathon in 3D.

korang rase korang menang jugak? cek nama korang kat sini..
TOY STORY WEEK 4 WINNERS
mostly da winner is chinese. melayu a few je. hurm

wah..so aku kne persiapkan diri aku untuk dudok lame2 dalam panggung wayang sebab diorang akan tayangkan Toy Story 1 sampai 3 in 3D. marathon tu. macam lari 4x100m berganti2 kan. *hu?betolke?* hoh..3 muvi skali beb.panas la bontot gua camni.. tapi takpe. minat Toy Story punye pasal aku akan dok diam2 tengok muvi tu sampai abes.

nape aku cakap aku menang 4 tiket?? sebab aku dapat 2 dan gf aku dpt 2. so,kitorang akan bawak pasangan masing2 untuk menonton Toy Story tu.errkkk

credit to
blabberina sebab bagi tips2 dan ilmu yang berguna untuk dipraktikkan..nyeh! dia ni memang hebat dan arif dalam bab2 kontest ni. memanjang je menang. aku nak menang pun xdak can..kui3




ayat manis : cik blabberina, i pomot blog u kt sini. harap2 trafic u akan increase lebih bnyk ye. jangan lupa blanja minum,k.haha

Related Posts with Thumbnails