Wednesday, October 31, 2012

Muat Lagi....

Anak manja...
Jumpa stokin ulat dia ni suka betul...
Minta dipakaikan
Eh muat lagi...


Stokin ladybug ni pakai masa dia baby umur 5-6 bulan
Sekarang dia sudah 3 tahun 2 bulan
Masih muat lagi???? apakah??



Gaya kaki orang senang hati.......bersilang kaki.....


Mode mama swing malam ni...nak buat apa serba tak reti.... esok mama nak masuk wad sudah... mama akan merindui tidur  tanpa kamu sayang...............

Kawan-kawan doakan saya ya.... dup dap dup dap jantung ni....huhuhuhu



Cari yang tersembunyi!!



Nampak ada  sesuatu tak dalam kotak tu????



perhatikan betul-betul......




Yerrrrrrrrrrrr ada  wajah tersengih disitu.......... nampak gigi je putih!!


Tadaaaa ni la makhluk yg  ada dalam kotak tu....  jadi tempat  permainan dia pulak...


Ni keje papa ngan dia la ni...siap letak bantal ngan toto dalam kotak....
Tau la papa suka kucing.... mika lak jadi mangsa...adoiiilaaaaaaaaaaaaaa
Rupanya sampai tertido dia dalam  kotak tu punya seronok...
gamak tul  papa tengok anak dia tido  dalam kotak... sib baik nenek  angkat dan alihkan dia....hihi





Air kelapa di akhir pregnancy

Masa pregnantkan mika
Aku alert nak minum air kelapa ni bila kandungan 7 bulan ke atas
Yang ke  2 ni agak lewat sket
tapi mujur masih tak terlambat

Kalau ikut kata mak minum air kelapa kulit anak cantik dan yang penting kulit kepala tak berkerak katanya..ntahla dah orang tua bagi petua aku ikut je la... Tapi untuk awal pregnant jangan minum air kelapa ni ya orang orang kata..


Mak datang siap bawa beberapa biji  kepala muda... sebelum2 tu aku biasa beli je...kelapa muda ni tak tentu harga ... ada yang sebiji RM3 ada sekali tu terkena RM5..namapun bandar..KL pulak... kat kampung bersepah FREE je kan....


Mak bawa dalam 4 biji...fresh n manis sangat..TQ mak & abah....
kasih sayangmu  tak pernah berubah walaupun aku dah beso tua ni.... luv both of u so much!



HUbby siap kupaskan berstraw bagai...tq my hubby melayan sy seperti puteri...hihihi perasan jap...


Masa berurut dulu...bidan ada suh aku amalkan minum air kelapa sebelum nak dpt baby 2nd ni..katanya air kelapa juga untuk suburkan wanita yang nak dapat anak...

meh nak share khasiat air kelapa ambil dari SINI


Khasiat Air Kelapa Muda kepada Ibu Mengandung



Di kalangan masyarakat di Malaysia, memang biasa kita mendengar perkaitan antara ibu yang mengandung dengan air kelapa. Ada yang menyatakan air kelapa muda memang baik  dan mempunyai khasiatnya yang tersendiri. Jadi, ramai yang  menyarankan ibu mengandung agar memperbanyak minum air kelapa muda, terutama dari kelapa hijau. Kononnya bila rajin minum air kelapa muda– terutama di trimester ketiga kehamilan–maka air ketuban akan bersih dan bayi yang dilahirkan juga bersih kulitnya, lebat rambutnya dan jernih matanya.

Apakah benar fakta-fakta tersebut?

Sejauh mana kajian secara ilmiah membuktikan kebenaran tersebut, saya sendiri tidak pasti. Namun, air kelapa muda memang mengandung berbagai khasiat kepada ibu mengandung. Zat-zat itulah yang mungkin secara tidak langsung membuat bayi menjadi lebih sihat sebagai mana disebutkan dalam kaedah tradisional itu.

1. Mineral Semulajadi

Air kelapa muda kaya dengan kandungan mineral/nutrient seperti, klorida, kalsium, potasium, magnesium, sodium, dan riboflavin.Sebagai isotonic semulajadi yang kaya mineral dan memiliki elektrolit sama dengan elektrolit tubuh, air kelapa muda sangat bermanfaat untuk rehidrasi dan memulihkan stamina tubuh.

Ibu mengandung memerlukan lebih banyak air dibandingkan orang lain. Dehidrasi selama kehamilan dapat menyebabkan berbagai-bagai komplikasi, termasuk sakit kepala, kekejangan, edema dan bahkan kontraksi yang dapat menyebabkan persalinan prematur.

2. Diuretik semulajadi

Sebagai diuretik natural yang steril, air kelapa muda melancarkan air seni dan membantu membersihkan saluran kemih. Hal ini berkhasiat mengeluarkan zat-zat toksin dari tubuh dan mencegah infeksi saluran kemih– yang juga cukup umum terjadi pada wanita hamil.

3. Anti penyakit

Air kelapa muda mengandungi asid lauric, asid yang membantu melawan penyakit. Asid lauric yang terkandung dalam air kelapa sama dengan yang terdapat di air susu ibu dan memiliki karakteristik antijamur,  antibakteri dan antivirus sehingga menjaga kesihatan ibu dan bayi dari virus seperti  HIV, protozoa giardia lamblia serta bakteriklamidia dan heliokobater.

4. Membantu Pencernaan

Air kelapa juga dipercayai memperbaiki fungsi pencernaan. Selama ibu mengandung, plasenta mengeluarkan hormone progesteron yang melambatkan kontraksi otot lambung sehingga pencernaan pun melambat. Air kelapa dapat membantu meningkatkan proses pencernaan.

5. Meningkatkan HDL

Air kelapa muda tidak mengandungi lemak dan kolesterol, bahkan menurut kajian dapat meningkatkan kolesterol baik (HDL) di dalam tubuh.

Oleh itu, kajian-kajian yang telah dijalankan menunjukkan kepentingan dan kelebihan kelapa yang diperlukan oleh badan kita. Seperti air kelapa muda, minyak kelapa dara yang melalui proses penapisan tanpa haba juga dipercayai mempunyai pelbagai khasiat dan kebaikan jika diamalkan.
 



Tuesday, October 30, 2012

Bila mak ada sini!

Bila duk sini...
Bukan boleh berkebun ke apapun
mak mestila boring
so keje dia masak lerr
ni menu pagi td...

Pulut serunding....




Selebihnya mak buat pulut panggang...suka hubby aku makan..fav dia semua ni...
aku  x berani mkn byk...takut angin....hihi



Masa ni tak sempat staple lg hujung daun tu.. nampak  mcm lemang pulak...hihiii
dah siap  staple barula di panggang....




seronok mak ada sini geng memasak....
mak dah standby kat sini sampai aku bersalin...
best!!!!

Menu Malam

Dah lama x lalu makan nasi malam
tapi nak makan apa2 je yg simple...
kebetulan mak dtg bawa inti serunding
Cari ubi keledek di pasar keramat
Maka bercucur badak la tadi...


Punya la sedap makan panas-panas...
serunding mak  memang sedap...
selalu saudara mara  memang order kalau time raya...
 
HUbby punya keje siap alas daun pisang bagai...


Kebetulan tadi hujan.... 
Hidang lak ngan Teh O panas....
hmmmmm memang tak terkatala...
habis sepingan makan anak beranak



MOde : beberapa hari je lagi menghitung hari.... huhu...doakan aku n baby......:)



Monday, October 29, 2012

Juadah Aidil Adha 2012

 Walaupun dalam keadaan JENTERA BERAT
Kugagahi juga permintaan hubby nak makan ketupat palas
Walaupun hati sedikit cemburu melihat status FB kawan-kawan
Jam di sana sini
Seronok beraya dengan keluarga di kampung masing-masing
Kami hanya 3 beranak beraya dan bertakbir di KL ni
Takpe..InsyaAllah pengorbanan tahun ini Allah akan balas dengan kemanisan


So menu tahun ni....
walaupun macam siput aku di dapur
akhirnya siap juga...


 Ketupat palas sebelum dikukus...aku main lipat je la asal ada rupa...hihihihi


Lepas hubby balik sembahyang raya...
mandikan mika dan hidang untuk makan anak beranak je....




Menu simple....

Cheese cake & muffin...
ni beli di JJ je... cepat dan pantas dah siap...hihi



 2 jenis rendang... rendang udang permintaan  hubby, dia nak cicah ngan ketupat palas...
sehari sebelum raya puas cari udang..semua takde...last2 yang kecik ni je ada.......
Jadila lepaskan hajat hubby..


1 lagi rendang daging....

Makan ngan ketupat nasi





Ready Tuan  Kecik nak santap!


 Muffin coklat pilihan  hatinya....

 Dia teruja nak makan yang mana....

 peace mama..............




 Ada telur rebus permintaan tuan  kecik.... tuan kecik suka makan ketupat rupanya...

Alhamdulillah walaupun kami bertiga je sambut raya... rasa meriah juga dengan hidangan raya.... tak kemana-mana menghabiskan masa di  rumah aje... siapmasak aku flat abis... sebab berdiri lama kaki pun memberontak sakit  sini sana... insyaallah tahun depan kami tak bertiga  tapi berempat  pula... moga ada kelapangan  aku sediakan juadah macam ni lagi walaupun beranak 2..... kepuasan menghidangkan juadah untuk keluarga....


raya korang camana  pula..... ??? :)





Sunday, October 28, 2012

Sup tulang in d house!


Menu wajib Aidil Adha.....

alhamdulillah dapat gak rasa
mak bawa daging korban dari kampung...
makan panas panas....
cicah roti pun sodap!

Friday, October 26, 2012

Salam aidil adha

Salam aildil adha buat semua...
seronoknya yangbdapat pulang ke kampung
tahun ni kami berkorban lg  berya disini
insyaallah pengornaban kali ini akan membuahkan kemanisan dihujung hari
namun kami tak sunyi esok mak aku dtg sini
terubat juga kerinduan




Thursday, October 25, 2012

Alhamdulillah... dah boleh balik rumah!


 Kerana segugus anak kunci ini...
Kami rasa  macam tuhan tarik nikmat untuk sementara...
Ya allah besarnya kuasamu....



Alhamdulillah dah dapat balik semua kunci ni
pagi tadi call maintainance
dia  call org servis lif
Ingatkan dalam kul 10 boleh dapat
Tapi pukul 12 baru dia datang
Kul 1 gak baru kami  balik  rumah

Terima kasih  sangat  kat jiran  dan juga merangkap kawan  kami
kebetulan suaminya pergi Haji
Bolehla temankan dia skali
susu pampers semua pinjam anak dia punya dulu
termasukla baju aku laki bini
Kalaula dia takde mau kami tidur kat surau malam tadi
yerla nak kemana pun kunci kereta pun takde...


Kat sini ada kunci kereta, grill umah, kunci umah dan pintu ofis aku skali..
semua yang penting...memang sadis kalau tak dapat semula
nak buka semua tu macamana?





 Remote kereta  ni ada 2..yang ni pecah akibat jatuh semalam.... ada yang 1 lg yg lama
Nak baru mahal tak ek kalau kereta NIssan ni... nantila  tanya kedai...


apa yang pasti kami suami isteri dah fobia
Kalu masuk LIF, semua barang harus masuk dalam  poket atau bag siap-siap
nak nak benda benda kecik macam ni yang boleh bolos....
satu lagi... sorang satu kena pegang kunci umah..
aku  takde ko ada.. so lebih selamat....



apapun  ini semua kenangan seumur hidup
Hari raya korban tahun ini...huhuhuuuu

kisah sadis malam tadi....

Tak pernah terfikir
tak pernaj terjangkau difikiran
tp beberapa hari lepas
sebelum keluar lif
hubby pernah bicarakan
"mama camana kalau handfon papa jatuh dalam libang pintu lif ni"
akupun saje melawak.... 
hmmm x taula nak kata turun la pi amik tp ntah ntah skrin dah pecah mau kena beli lain...hahaha jawab berseloroh je...

tapi nak dijadikan cerita malam tadi
kami semua keluar
teman hubby hantar brg kat customer
sebab aku boring terperap je
balik dalam kul 11,
Mika mcm biasa nak berdukung blakang kat papa
masa keluar lif "plup"
aku terkedu tengok segugus kunci jatuh dalam lubang pintu lif tu
terlepas dari tangan hubby
adoiiiiiii camana nak masuk rumah ni
hubby panik

kunci rumah, kereta, grill, kunci opis  ku skali kat situ... 
kami tergamam jap..... hubby paling panik
aku coolkan dia...
jom kt turun jumpa pak guard manatau dia boleh callkan maintainance, barula hubby leh berfikir kalau tak dia nampak betul panik n terkedu... maybe rasa bersalah sebab kunci tu terlepas dari tangan dia....

Pak guard datang hulurkan bantuan bawa kayu panjang dan lampu suluh, tolong korek tp tak berjaya... lubang lif tu dalammmmmm... aduhaiiii
mika pandai cakap... " camana kita ni mama"
aku kata kat dia... kita nak tido mana ni mika....
nak kemana mana pun tak boleh... kunci kereta srkali termasuk lubang

last skali hubby suh call umah jiran aka kawan kami gak
nasib baik dia x balik kampung lg
rumah dia di tingkat 2, 
mujur dia ada dan x tido lg
tak pasal pasal kami tido rumah dia malam td...

pagi ni hubby nak g call maintainance
harap dapat balik la segugus kunci rumah akuntu
dahla harini ada chevk up
buku merah tu yg tak petnah aku tinggal
boleh pulak aku keluarkan dari dalam beg
benda nak jadi kan
kita tak pernah buat yg tu la nak jadi...
aduhaiiii
sib baik aku x meragam nak tetberanak ke apa kan
dahla kunci keta pun takde.... memang haru


aidiladha tahun ini falam kenangan nampaknya... hihihi
doakan kunci tu srmua dapat balik ya.... 

Wednesday, October 24, 2012

Puding Roti Bakar..


Opsssssssss
Jangan kata aku KUAT MAKAN yer
Asik entry masak masak je
Preggy kali ni penyakit aku suka mencuba RESEPI
Ni adalah Fav hubby
Aku mmg tak brape sebab  ada susu
aku loya  susu..tp dah preggy ni kena telan gakla tp mesti campur milo


So RESEPI kali ni adalah request dari hubby

PUDING ROTI BAKAR

aku google je resepi mana yg senang

BAHAN-BAHAN
  1. 12 kpg roti putih (guna gardenia) di sapu mentega dpn-blkg
  2.  500 ml susu segar
  3.  3 biji telur gred A
  4. 1 sudu teh esen vanilla
  5. 50 gm gula
  6. 2 sudu besar tepung kastad
  7. kismis hitam/badam @ buah2 an campuran

CARA-CARA :
2. Susun dlm loyang, lapiskn bersama dgn kismis hitam
3. Panaskan susu atas api..perlahan aje..
4.. Pukul telur n gula dlm bekas lain sampai kembang.
5. masukkan susu yg di panaskn tadi
6. masukkan tepung kastad , kacau hingga sebati
7. Tuang atas susunan roti tadi..biar kejap dlm 15 min
8. Bakar pd suhu 180 C selama 30 min.


Sos kastad:
1. 2 sudu besar kastad + air
1. Potong roti ikut suka shape apa nak
2. panaskan 2 sudu gula (ikut rasa...kalau nk manis tambah lg.) + 1 tin susu cair
3. campurkan bancuhan tpg kastad.
4. Kacau atas api perlahan smpai pekat/cair sikit pun ok




Susun roti yang dah dipotong



Tabur lapisan dengan badam  dan kismis....

Roti sapu ngan mentega..lupa step atas tadi... bancuhan dah  dituang dalam  ni...





Punyala aku tunggu depan oven..tengok dia naik...huhuh best!





Saje bagi garing...hitam rangup lagi sedap....hihihi




Dihidang bersama kuah kastard....



Sedia dihidang untuk hubbyyy




panas-panas...... Opssss ini masakan aku 2 hari lepas sebenarnya....hihihi


ada sape nak CUBA???? silakan................






WW Wednesday~~~~ Senangnya dalam hati!



Senangnya dalam  hati
tengok tv sambil silang kaki...
Mulut muncung menyanyi-nyayi.....
lalallalalla

Doa untuk baby...


semoga dpt diamalkan  pada ibu yg preggy....

Tuesday, October 23, 2012

Kek Pisang...


 Rasa nak  makan
Tapi nak buat  sendiri
ni  la kekdahnya
terpaksa keluarkan segala mixer bagai...huhu
apakan daya dah hati kata nak buat taknak yg beli...huhuhu


1st time try
Resepi aku google jek  kat MY RESEPI

  • 7 biji pisang (apa-apa  pisang  boleh)
  • 1 cawan minyak masak
  • 2 sudu kecil soda bikarbonat
  • 5 biji telur
  • 2 cawan gula halus
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 3 cawan gandum

Cara-cara

  1. Blender kan pisang, minyak dan soda bikarbonat sampai lumat
  2. Gunakan mixer untuk pukul telur dan gula. Masukkan bersama esen vanilla (boleh juga di blend)
  3. Masukkan pisang yang telah di blend ke dalam bancuhan telur dan gula
  4. Akhir sekali masukkan tepung sedikit demi sedikit. Kacau hingga rata
  5. Masukkan dalam acuan. Bakar selama 25-30 minit, suhu 180 C

 Blend segala bahan sampai sebati.....







 Dah  siap masukkan dalam loyang.....


Test tengok  jadi tak......

 Baru nak naik......

Punya teruja aku duk tunggu depan oven...huhuhu jakun pun ada... seronok tengok dia naik gebu


 Tadaaaaa............ saje bagi lama sikit biar garing... hitam itu menawan sedap


 merekah naik...




Terbalikkan dalam pinggan dan potong


 huhuhu tak berapa menggebu. .aku terlebih pisang dan gula... kononnya nak lebih pisang bg rasa...hahahha
pandai sangat kan...

takpela cubaan kali pertama...next time boleh diperbaiki....hihihihi...

seronok buat..makan sikit je...selebih bagi jiran...huhuhu


Powered by Blogger.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Exchange LINK...

    Your Link/

Disclaimer

Dilarang mengambil apa-apa jenis bentuk peniruan di dalam blog ini tanpa persetujuan tuan Tanah ya.
 
Copyright 2014 Reserved to Lakaran Hatii © Design By Cik Nurfarah