Monday, February 28, 2011
Se-shopping
bila mika pot pet....
Saturday, February 26, 2011
JASAD disini..HATI kat Kampung...
Friday, February 25, 2011
HANDFON rosak kena POWWW pulak..!
pegi care4 mlm td hantar repair HP... cina tu kata 15 minit.. Melayang la RM50.. takpela dari ganti baru kena kuar ratus atau ribu kan.. ohh tidak... lebih baik buat benda lain duit2 tu.. hp asal boleh call in n out dan ada kredit cukupla... pada aku la...
semantara tunggu cina tu repair kena pow plak ngan budak kecik ni...



masuk care4 pandai mintak basikal.. tapi tak beli pun.. sebab takde design n warna yg mama berkenan.. hihihi.. mama plak yg overrrrrrrrrrrrr kihkihkihhhhh
A B C and Ball
lalu kat kedai buku... nampak poster ni murah lak.. tp harga dia mcm pelik sket.. 1 helai RM 5.. tp kalau 4 RM10..
makanya beli 4 keping..
jom belajar ngan mika...

dia teruja tengok gambar-gambar.. biarla belum pandai sebut pun.. tapi dia dapat mengenal gambar....
mama tanya dia mana BALL... dan tak sangka dia tau.. terus tunjuk gambar BALL... sebab mika suka sgt ball.. maknanya dia dah tau apa itu ball.. dan macamana bentuk ball..

Thursday, February 24, 2011
Aksesori tudung
Budak baik

Wednesday, February 23, 2011
DRIVER bas kecik dari penumpang
tengokla driver bas ni.. walaupun pendek kemetot tp sibuk tangan kaki dia kan... macam pandai benor jek...

hamboii tolak gear bagai... ngan muncung2 mulut sekali tu....

Ok puan nak pegi mana sila bayar tambang dulu..
yang penumpang tu lebih besar k dari driver.. hahaha mamamika la tu... papa kata leh naik skali mama pun apa lagi la duduk gak masa bas tu nanyi2.. heheheh kelakar..


mika..mika... kalau layan kan tak balik la jawabnya..............
Keje aku malam tadi
tapi aku terjaga kul 3 pagi baru hubby balik.. kesian dia.. malam semalam pun tido beberapa minit je katanya... tak buat keje tu kang duit katanya.. takpela susah sket.. bukan SENANG nak SEnang kan.. semuanya perlukan pengobanan.....
so malam td bosan punya pasal, nampak keledek kat dapur apa lagi rebus... dan acara menguli ajak mika main2.. tp mika tak uli la.. aku bg sikit je untuk dia buat main2....

4 buku keledek dapat 20 biji keria ni... banyak gak gak.. keledek tu kecik2 je...

aku goreng separuh malam td..
pagi ni goreng lg separuh.. panas2 baru sedap bawak g opis kan... menjadi gak sira aku.. mak aku yg ajor... heheheh nampaknya mika suka makan kuih sama mcm mama.. sebab masa pregnant dulu aku suka sangat makan kuih... hari-hari nak kuih... khekhkekheeeeee
Tuesday, February 22, 2011
Buah hati sepupu sepapat..
Tengok gelagat kenit aku ni...
gambo bulan 12 aritu masa makcik aku dtg dr JB bawa anak-anak dia jalan2 KLCC...
Kemain suka la mika orang layan camtu.. ngalahkan zaman SULTAN MAHMUD dulu nak kena dukung camtu... abg lukman rajin layan dia..

Yang mak tok lak sayang bebenor cucu dia.. sibuk nak payungkan gak... takut cucu dia kena panas.. ehheheh.. so sweet memory..

lukman yg baju oren.. tu kesayangan mak gak tu.. walaupun anak sedara mak aku aka sepupu aku tapi panggil mak aku MAK juga.. sebab masa makcik aku bersalin, dalam pantang mak aku yang jaga.. start dari tu la mak aku syg benor dengan lukman ni.. dah macam anak sendiri..

mika ramai inang dan dayang.. kalau balik kampung ramai yg melayan dia.. relax sket la mama n papa dia.. ehhehehhe
Monday, February 21, 2011
Tolong Support Mika
kat blog (klik ni) cik jue http://anna-jueanna.blogspot.com/
mamamika minta jasa baik kalian support mika.. tp dengan rela hati dan ikhlas la.. sebab kalau rasa mika tak comei takyah lerr.. hehehhe
tq ya sape yg tolong pilih.. ramai gak anak2 kawan2 yang hebat2 sekali ada.. balqis anak anje.. hadif anak mrs K pun ada.. gud luck semua...
Eksiden dengan tiang
pagi tadi punya citer.. nak g keje aku tgk kereta takde tempat biasa... rupanya hubby parking lain plak.. sepatutnya tempat parking aku tu menegak.. tapi dia boleh buat parking melintang plak.. tujuan dia wat camtu konon2 nak bgtau org sbelah tu parking dia gak.. maknanya nak 2 parking la.. masalahnya parking melintang tu susah nak kuar sebab ada TIANG...
selalunya kalau dia park camtu aku senang kuar sebab keta sebelah aku tu takde.. maknanya dia kuar awal la dr aku..
tapi pagi td boleh plak abg tu duk lap2 keta dia... aku ni dah la segan.. kalau ngan bini dia leh la aku tegur.. ni laki dia malu la....
masa nak kuarkan keta aku dah perasan ni macam rapat je ngan tiang.. camana aku nak kuar ni.. aku kuar gak pelan2.. sekali "KRAKKKKKKKKKKKKKK" adoiiiiiiiiii gigil tangan lutut aku..
yang nak jd citer lak.. abg tu punya keta pun belakang sangat.. payah aku nak kuar. yang dia pun bila aku dah bergesel baru nak ke depan kan keta dia... mak aihhhh.. aku yg dah gigil.. dah lambat.. kuar je terus malas nak tengok apa yang kemek....
sepanjang g keje tu mulut dah bebel2 sendiri.. tangan kaki dah ketar sebenarnya.. jantung toksah kata la degup dup dap dup dap sebab aku tak turun keta pun tengok.. sampai ofis baru nak tgk.. kejar punch kad takut merah lak..
sampai opis.. punya debar nak tengok... ayokkkkkkkkkkkkkkkk sekali rupanya calar panjang gak,... adoii la.. sure laki aku bebel.. huh dia bebel kat aku aku bebel kat dia sape suh park bukan tempat yg sebenar.. hehe nak cover diri..
hmmm.. sib baik tak kemek cuma calar panjang.. ada 1 kesan calar tu agak dalam.. adoii tak suka la camni.. tak sonok tengok keta MELECET.. mmg salah aku.. tp takan jadi kalau hubby tak parking camtu..
huarghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh nampaknya seharian aku akan tension.. geram.. marah kat diri sendiri pun ya...
mood nak buat keje pun kelaut.. tp buat gak la...
huh hati tak tenteram!!!!!!!!!!!!
Sunday, February 20, 2011
Sape ingat lagi SITI MUSLIHA
Impian Papa..



Friday, February 18, 2011
Lahir sihat.. tapi cacat akibat DIDERA.. PENGASUH zalim!!!!!!!!!

Derita anak kecil
am@hmetro.com.my
SAKIT...darah beku daripada kepala bayi terbabit dikeluarkan menggunakan tiub.
KUALA LUMPUR: “Sayu hati saya apabila melihat keadaannya yang sebelum ini ceria kini menderita kerana terpaksa bertarung nyawa berikutan parah di kepala sejak 10 bulan lalu.
“Doktor beritahu masa depannya masih kabur dan kemungkinan tidak akan menjadi normal seperti kanak-kanak lain,” kata Rina Abdul Halim, 30, mengenai anaknya, Sheena Mohamad Safwan, 18 bulan.
Bayi perempuan itu kini menderita dan masih dirawat selepas mengalami pendarahan otak serius dan patah kaki dipercayai didera pengasuhnya ketika berusia enam bulan.
Kejadian itu menyebabkan bayi terbabit menjalani beberapa pembedahan bagi mengeluarkan darah beku di dalam otak, selain terlantar beberapa bulan di hospital.
Rina berkata, tragedi berkenaan berlaku selepas dia menghantar anak ketiganya itu ke rumah pengasuh di Mantin, Negeri Sembilan, pada April tahun lalu.
Menurutnya, ketika dihantar ke rumah pengasuh terbabit, Sheena sihat sebelum dia pergi bekerja di ibu kota menaiki komuter dari Seremban.
“Bagaimanapun, pada hari kejadian, saya tidak dapat mengambil Sheena berikutan komuter mengalami masalah sebelum meminta suami mengambil anak saya itu di rumah pengasuh kira-kira jam 5 petang.
“Pengasuh terbabit menghubungi kami supaya mengambil Sheena lebih awal dengan alasan hendak membuat persediaan menyambut hari jadi anaknya. Dia mempunyai dua anak perempuan berusia 12 bulan dan tujuh tahun,” katanya.
Menurutnya, dia yang tiba di rumah mula bimbang keadaan Sheena kerana asyik merengek serta menangis bahkan ada ketikanya mengalami kesukaran bernafas. “Saya yang menyangkakan anak kembung perut membawanya ke klinik dan doktor menyatakan mungkin dia tidak selesa kerana demam. “Namun, sebaik dibawa pulang, saya mula perasan terdapat bengkak pada pahanya sebelum membawanya semula ke klinik. Bagaimanapun, Sheena terpaksa dirujuk ke Hospital Tuanku Jaafar di Seremban, selepas keadaannya makin kritikal,” katanya.
Rina berkata, ketika di wad kecemasan, dia memberitahu doktor bertugas supaya berhati-hati sebelum menceritakan apa yang berlaku. “Namun segalanya terjawab apabila ujian X-ray mendapati paha anak saya patah dan bengkak di kepalanya kian ketara. Melihatkan itu, saya menghubungi pengasuh terbabit dan bertanyakan hal sebenar.
“Dia bagaimanapun memberitahu tiada apa yang berlaku serta tidak tahu punca kecederaan anak saya. Sheena kemudian dimasukkan ke wad kanak-kanak, ” katanya.
Namun, katanya, tidak lama kemudian bayinya tiba-tiba tidak sedarkan diri dan doktor memberitahu anak diserang sawan tiga kali ketika dirawat.
“Melihat keadaan anak saya bertambah serius, doktor mengesyaki sesuatu lalu mengarahkan dilakukan CT Scan dan keputusan menunjukkan anak saya mengalami pendarahan dalam otak.
“Sebaik mendengar khabar itu, saya bagaikan hilang arah apatah lagi memikirkan nyawa anak saya seolah-olah seperti telur di hujung tanduk. Sheena kemudian dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) sebelum pembedahan dilakukan pakar neurologi.
“Susulan itu, anak saya terlantar beberapa minggu di hospital berkenaan dan sebanyak enam pek darah beku dikeluarkan dari kepalanya. Pakar mata turut mengesahkan anak saya mengalami pendarahan di kedua-dua matanya,” katanya.
Rina berkata, berdasarkan laporan perubatan, doktor mengesyaki kecederaan anaknya berkemungkinan akibat digoncang dengan kuat (sindrom menggoncang bayi).
“Bagaimanapun, doktor tidak dapat memastikan bagaimana kaki Sheena boleh patah berikutan dia masih bayi dan belum boleh merangkak dan berjalan. “Kakinya yang patah dipakaikan hip-spica (menggunakan gentian kaca) selama hampir enam minggu. Untuk itu, saya terpaksa mengambil cuti tanpa gaji selama empat bulan untuk menjaga anak saya itu,” katanya dengan nada sebak.
Menurutnya, dia kini masih perlu berulang-alik ke HKL dan Hospital Tuanku Jaafar, bagi mendapatkan rawatan bayinya.
Dia yang membuat laporan polis berhubung kes terbabit bagaimanapun pelik apabila belum ada tindakan undang-undang diambil walaupun sudah berulang kali mendapatkan penjelasan.
“Saya mahukan keadilan terhadap nasib bayi saya. Penderitaan Sheena terlalu teruk dan saya tidak boleh memaafkan apa yang berlaku begitu sahaja. Saya yakin polis mampu merungkai apa yang berlaku dan membawa individu yang bersalah ke muka pengadilan,” katanya.
sumber harian metro
KEJAM BETUL PENGASUH TU........... eeeeee kalau aku dapat aku henyak2 lak kepala dia kat lantai... kalau taknak jaga budak jangan berani amik.. Tau tak hati ibu mana tak hancur tengok keadaan anak camtu.. kalau aku la serius takleh terima... bawa ke muka pengadilan biar org tu terima hukuman setimpal.... anak oiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii ANAK!!!!!!!!.. nak meleleh airmata aku tgk baby tu walaupun bukan anak aku!!!!!!
Ada sesuatu tersembunyi di sebalik My MIKHAIL




Ni la sebenarnya yang tersorok.... rambut mika ada ekor tau... hahah saje kami bela... ni adik aku la punya keje.. memang rambut mika adik aku je yang potong... bukan leh potong rambut kat kedai budak ni.. dia tak suka orang pegang kepala dia... nak bg pakai topi pun susah yg amat...
dek kerana ekor ni bebudak panggil dia apa atu.. "uuuuuu danish rempit la ada ekor.." ada ke bebudak tu panggil mika mat rempit kahhh.. kahh.. lantak kowang la bebudak.. hihihi
tapi aku suka tgk rambut dia camtu.. ala nanti dah sekolah takleh nak rambut panjang2 dah... lg pun budak lg... takpe kot...

ni adalah idea mak tok dia yang nak cucu dia mcm rawk... heheheh kelakar la mak,...
nak balik kg la.. nak repair rambut dia.. dah panjang...................
Thursday, February 17, 2011
Jangan Ada yang Terliur Sudah
Lepas mgrib malam td .. hujan turun renyai-renyai..
lepas magrib aku rajinkan diri lipat kain..
hubby ajak kuar.. aku punya la malas kalau dah kat umah .. nak2 pulak malam kan..
banyak benda nak settlekan.. beg nursery mika..
baju keje.. kemas umah apa yang patut... kalau dah kuar mesti lewat baliknya..
tapi dah di ajak berkali2 pegi gakla.. hubby kata teringin makan SUP KAMBING cicah roti kat restoran mamak PELITA jalan ampang.. (sebelah KLCC tu)


PAPA lak plan dari rumah lain... sampai sini lain plak ceritanya.. dia amik lauk ni...

KETAM GORENG BEREMPAH.. memang sedappppppppppp ooooooooooooooo...
harga pun boleh tahan.. sekor tu kami makan 3 beranak... sape yg mengidam sila la carik kat sana.. heheh

lauk hubby.. sedap betul tengok dia makan..
sape2 nak cari ketam tu carila kat restoran pelita tu ya.. tp ya ampun nak parking memang sesakkkkkkkkkkkk!!!
SENARAI PESERTA
so senang nak tengok sape yg join... sesiapa yang hantar link sy terus update nama di situ.. so leh semak.. kalau takde terus bgtau saya segera ya...

Terima kasih pada semua yang memberi Support.. luv u all..
Wednesday, February 16, 2011
RASA NAK BUAT
sebab hati ada sikit happy tengok blog wajah baru...
berbunga-bunga riang walaupun keje menimpa2 atas kepala...
ada sape nak join tak?
tunggu ekk jap lagi je....
hehehhe
Jalan-jalan Takde Keje = Short Journey






Tuesday, February 15, 2011
Suprise Itu..Tak SEMPAT tunggu esok!!


Jom Exchange LINK...
-
Your Link/